Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Friday, December 21, 2012

070234: Bertemu Tok Guru



Assalamualaikum semua...

Pujian setinggi2nya dipanjatkan hanyasanya buat Allah Taala, bukan selainNYA, jauh sekali buat makhluk. Selawat dan salam dipanjatkan kepada Baginda Nabi s.a.w, ahli keluarga, sahabat2 serta penerus tali perjuangan mereka hingga hari Kiamat.

Bagai satu tarikan istimewa, ana ke Bandar Kota Bharu pagi tadi. Ana parking depan KB Mall menantikan sahabat ana, Rohaifi (Epie). Sememangnya meletak kereta pada hari Jumaat tak perlu apa2 bayaran memandangkan hari ini hari cuti buat warga Kelantan. Kami bercadang untuk bergerak ke 'Bandar Raya Islam' dengan kenderaan milik Epie.

Epie sampai tak lama kemudian. Hajat kami untuk bersarapan di White House tak kesampaian kerana restoran tu tutup, terus Epie memandu dan park kereta di celah2 bangunan berdekatan Medan Ilmu. Kami bergerak ke restoran berdekatan tapak kuliah. Bersarapan di situ sambil mendengar kuliah sesi I yang disampaikan oleh senior Epie sewaktu belajar di Maahad Muhammadi (L) satu ketika dulu.


Kami bingkas bangun dan bergerak ke pentas utama ketika suara Tok Guru kedengaran memulakan kuliahnya. Epie terus mengajak ana ke atas pentas utama. Mulanya segan juga, tapi memandangkan mmg ada orang lain dan masih ada ruang kosong di situ, ana naik juga ke pentas. Satu perasaan berbeza bila berada satu pentas dengan Tok Guru. Kali pertama ana ke sana bersama mak mertua ana waktu baru2 menikah dulu. Itupun hanya mendengar dari jauh. Ini adalah kali kedua dan alhamdulillah, berkesempatan ke pentas utama. Ana terus keluarkan buku Pemikiran Tuan Guru yang baru sahaja ana beli semalam, belum mula baca pun. Hajatnya nak minta Tok Guru turunkan autograf. Terus ana catatkan kandungan kuliah beliau di ruang 'catatan' di bahagian belakang buku tersebut.


Kuliah Tok Guru berjalan selama lebih kurang 45 minit. Sepanjang kuliah ana nikmati saat menadah ilmu daripada beliau hinggalah ke akhir kuliah apabila beliau membaca doa. Ketika Tok Guru membaca doa Epie membisikkan kepada ana untuk terus ke meja kuliah sebelum Tok Guru bangun dan bergerak turun dari pentas untuk ke kereta beliau. Habis sahaja Tok Guru membaca doa, terus ana bangun dan bergerak ke meja. Alhamdulillah, Allah permudahkan. "Mintok tando tange di buku ni Tok Guru", pinta ana. Tok Guru tak terus ambil buku tapi terlebih dulu mencapai dan meneguk air kosong di hadapan beliau. Usai minum, Tok Guru ambil buku dari tangan ana, membeleknya, membaca nama penulisnya, terus mencapai pen untuk turunkan tandatangan di muka surat belakang sebelah catatan ana.

Tandatangan Tok Guru

Sudah menandatangan, ana capai tangan beliau untuk bersalam dan mengucup tangannya. Alhamdulillah, satu kepuasan dalam hati ana. Satu nikmat yang berbeza bila hampir dan mengucup tangan seorang tokoh agamawan sekaligus penguasa negeri yang mentadbir mengikut acuan Islam seperti Tok Guru. Ana berjalan ke kereta bersama Epie dengan perasaan yang sukar digambarkan. Maha Suci Engkau Ya Allah, hajatku telah Engkau tunaikan.

Sekadar itu buat kali ini. Moga bertemu di entri yang akan datang. Wallahu a'lam. Ana sertakan beberapa keping gambar buat tatapan antum. Oh ya, hampir terlupa ana. Ucapan penghargaan buat sahabat ana, Epie atas nasihat dan bantuan. Kalau ana pegi sorang2, mmg takde la gambar2 terbaik ni. Jazakallah Pie...

Wassalam.

Sebahagian yang hadir

Tok Guru berjalan menuju ke kereta

Thursday, December 20, 2012

Bahan Bacaan Terkini!



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Tengah hari tadi, meskipun hujan sekejap lebat sekejap berhenti, ana isi juga waktu dengan mencari2 kedai buku untuk dijadikan stok bahan bacaan sekembalinya ana ke Negeri Sembilan nanti. Biasanya ana memang terus ke Kedai Buku Jaafar Rawwas tapi kali ini ana hanya ke kedai buku di TESCO Kota Bharu.

Kedai yang ana kunjungi itu memanglah tak terlalu besar tetapi menyediakan banyak buku2 Islamik untuk dipilih. Tambahan pula diskaun 15% ditawarkan untuk setiap buku yang dibeli. Kalau diikutkan hati memanglah ana nak beli lebih banyak tetapi memandangkan ana akan pulang semula ke Kelantan untuk perkahwinan adik ipar ana pertengahan tahun 2013 nanti, hanya 5 buah sahaja yang ana beli.

Buku 1: Al-Amin, Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah tulisan A. Samad Said

Sememangnya buku mengenai Baginda s.a.w sudahpun ana miliki baik yang berbentuk fakta mahupun novel sejarah. Buku ini tertarik untuk ana miliki memandangkan penceritaannya dalam bentuk sastera yang sinonim dengan karya hasil penulisan A. Samad Said yang puitis. Semua itu membuatkan ana mengambil keputusan untuk membelinya. Tak salah membaca sirah Baginda s.a.w dari sisi penceritaan yang berbeza. Mungkin mempu memberikan kesan yang lebih mengesankan! Ana kongsikan catatan belakangnya.

"Sebelum sampai ke cakerawala, sedang lena di masjid yang suci, telah dijernihkan kalbunya, menunggang Buraq layang yang sakti, dan jauh dari Hijir di mana tidur alam dan manusia, dan dalam mimpi, telah jauh ke angkasa seluruh diri dan batin Nabi, dan kini selepas meneguk susu, menolak arak dan madu, menghadap ia keajaiban, terlintas sebentar, melintas sebentar, amat haru, pesanan yang kemerlap, dibaca dalam aneka tamsil, mengembang di hadapannya, ditenung dan dihayati sebelum dipetik satu-satu".

Buku 2: Quranic Law of Attraction tulisan Rusdin S. Rauf

Sebelum ini kerap kali ana mendengar beberapa slot soal jawab dan penerangan mengenai Hukum Tarikan. Meskipun terdapat buku yang lebih kurang sama cuma pendekatannya yang berbeza iaitu Law of Attraction tulisan Micheal J. Losier, ana memilih untuk membeli buku ini kerana pendekatannya yang mensepadukan Hukum Tarikan dengan Al-Quran dan Baginda Nabi s.a.w. Ana yakin kesepaduan ini pastinya memberikan lebih 'tarikan' berbanding tarikan yang hanya menumpukan kepada emosi dan perkrmbangan manusia semata2.

Buku 3: Pemikiran Tuan Guru tulisan Mohd. Aizat Mohd. Salleh Al-Hafiz

Kebetulan, esok ana dan sahabat ana Rohaifi akan ke Kota Bharu untuk mendengar kuliah Jumaat daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kalau ada rezeki, boleh minta autograf beliau kat buku ni. Hehehe...

Buku 4: Bukti2 Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad tulisan Dr. Danial Zainal Abidin

Beberapa buah buku tulisan Dr. Danial sememangnya telahpun berada dalam simpanan. Pernah juga berhajat untuk mengumpulkan dan membaca semua buku hasil tulisan beliau tetapi sehingga kini masih tak kesampaian lantaran hambatan masa dan kecenderungan membeli buku2 lain yang lebih menarik tiap kali ke kedai buku. Kali ini ana beli sebuah. Insya Allah, lain kali ana akan beli sebuah lagi bersama buku2 yang lain pula.

Buku 5: Leftenan Adnan, Wira Bangsa tulisan Abdul Latip Talib

Filem Leftenan Adnan, saban tahun disiarkan menjelang sambutan Kemerdekaan. Pernah juga ana menonton filem tersebut. Tergerak hati ana untuk membeli novel sejarah ini atas 2 faktor. Faktor pertama, kerana penulisnya. Ana sendiri dah punyai novel2 sejarah Islam mahupun sejarah Malaysia karya beliau. Ternyata, hasil bacaan ana tak mengecewakan. Faktor kedua, kerana pelakon utama yang memegang watak Leftenan Adnan dalam filem tersebut (Hairie Othman) sendiri dah memilih untuk berjuang lantaran kesedaran yang terbit dalam sanubari beliau.

Demikian, sedikit ulasan berkenaan buku2 yang ana baru beli pada kali ini sempena kepulangan ana ke Kelantan Serambi Mekah ini.

Moga bertemu di entri yang lain.

Wassalam.

Monday, December 3, 2012

Munduk: Aku Akan Datang Nanti...



Assalamualaikum...

Pagi tadi ana dah merancang bersama sahabat ana, Epie nak ke Munduk, Thailand (berhampiran dengan Rantau Panjang). Cadangnya nak beli apa2 yang patut sebelum balik ke NS malam ni. Kami sampai seawal jam 8.30 pagi. Peliknya kawasan parking sebelah kita (Malaysia) lengang, tak seperti selalu kata Epie. Bila ditanya kepada seorang pakcik yang kebetulan berada di situ, katanya arahan terbaru daripada pihak berkuasa tidak membenarkan orang ramai ke seberang setiap hari Isnin dan Jumaat. Hari2 lain takde masalah.

Walaupun sedikit frust, kami terus bergerak ke Rantau Panjang untuk bersarapan dan bershopping di sana. Usai sarapan, kebanyakan kedai masih tutup. Jam 10.30 barulah kedai2 mula dibuka. Kami hanya beli apa2 yang patut je. Ana beli jersi Malaysia (baru) sehelai dan coklat Daim (cam kat Langkawi plak) untuk zaujah dan anak2. Selesai bershopping, kami bergerak pulang. Ana ke Wakaf Bharu, Epie ke Kok Lanas. Sebelum pulang ana singgah ke masjid Beijing untuk ke tandas dan solat sunat Tahiyyatul Masjid. Ana sertakan beberapa keping gambar buat tatapan antum.

Wallahu a'lam. Wassalam.

Ruang solat Masjid Beijing

Siap waktu di beberapa negara

Pemandangan Masjid Beijing dari ruang parking

Saturday, December 1, 2012

Jalan2 d' Klate Siri I


Assalamualaikum semua...

Ana doakan antum berbahagian di samping keluarga tersayang. Mesti tengah asyik melayan buah2an yang sedang meranum. Al-maklum la, masing2 duduk kampung sekarang ni.

Bagi ana, peluang kembali ke kampung zaujah ana di Kelantan akan jadi ruang untuk jalan2 dan shopping apa2 yang patut. Biasanya kalau tak buku2 agama dan baju2 Islamik, bahan2 mainan anak2 pasti jadi pilihan. Tak kurang juga masa cuti dipenuhi dengan jalan2 ke tempat2 menarik atau ziarah saudara mara dan member2 zaujah ana sekitar Kelantan.

Semalam, kami berpeluang melawat Expo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang diadakan di Istana Kubang Kerian. Sepanjang hidup ana, ini kali kedua ana masuk Istana. Sebelum ni, Istana Sultan Pahang di Pekan pernah ana lawati. Itupun sebab bertugas (masa dulu masuk Askar Wataniah).

Pada ana pameran seperti ini amat baik untuk diteruskan dan dianjurkan oleh Majlis Agama negeri2 lain juga. Di samping berpeluang mengetahui aktiviti dan program yang diatur dan dijalankan oleh MAIK, pengunjung juga berpeluang merasai suasana dalam Istana. 

Bukan itu saja, berkesempatan juga melihat piala FA, piala Sumbangsih & piala Malaysia dengan mata kepala sendiri. Masa NS menang piala Malaysia dulu pun ana tak sempat tengok. Dapat juga derma darah. Kira banyak aktiviti/kesempatan/peluang dalam 1 lawatan la ni.

Sungguhpun bukan keseluruhan istana dibuka kepada umum, pembukaan satu ruang itupun sudah cukup membuatkan rakyat merasa Raja mereka amat dekat dengan mereka. Setahu ana pada bulan Ramadhan yang lalu juga, Tuanku telah menjemput rakyat bersolat tarawikh di tempat yang sama. Satu sikap yang perlu dijadikan teladan oleh Raja2 lain di Malaysia.

1st time bergambar sefamily, kat Istana plak tu

Piala treble, rugi tak pegi

Ruang rakyat lepak2, ni baru beranda je

Ruang dalam, kawasan larangan amik gambar

Alhamdulillah, sambil jalan2 dapat infak darah

Pada sebelah malamnya pula, ana ke Stadium Sultan Muhammad ke IV bagi menyaksikan Forum Bicara Selebriti yang membariskan UAI, Heliza & Meyda Sefira. Dipengerusikan pula oleh Amin Idris TV AlHijrah. Sungguhpun hujan sekali sekala tetapi kesungguhan penonton yang tidak berganjak membuatkan para penalis juga makin bersemangat.

Pentas utama sebelum forum bermula

Barisan penalis dan moderator

Ana sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan antum. Nantikan siri seterusnya.

Wassalam.

Friday, November 23, 2012

Bersama Sheikh Muhammad Awadh


Assalamualaikum sahabat2 semua...

Bila masuk cuti sekolah, barulah lapang sikit. Boleh la mula menulis semula. 


Entri kali ni, ana nak kongsikan Majlis Maulid & Selawat yang ana hadiri malam tadi.

Sheikh Muhammad Awadh menurut guru ana, Us Nasir adalah seorang yang berfahaman Wahhabi pada asalnya. Meskipun begitu beliau amat gemar mencari perawi2 hadis untuk mendapatkan sanad hadis daripada mereka. Kitab hadis sunan Sittah antara koleksi kitab hadis yang beliau punyai sanad hadisnya. Hinggalah pada suatu ketika beliau berpeluang untuk berhujah dengan tuan guru kami, Sheikh Yusuf. Dalam berhujah, beliau akhirnya akur dengan hujah yang dikemukakan olah Sheikh Yusuf dan mambuat keputusan untuk menjadi anak murid kepadanya.


Sheikh Awadh hadir kali pertama ke Masjid Jamek Bahau bersama Sheikh Yusuf

Bacaan Qasidah & Burdah

Tazkirah / Tausiah

Antara isi tazkirah beliau:
1. Allah mahu diriNYA dikenali, maka diutuskan Rasulullah bagi menzahirkan sebahagian sifatNYA
2. Kurangnya kasih kepada Rasulullah kerana kita tidak benar2 mengenali Baginda
3. Mengenali Baginda perlulah dengan beberapa cara:
    i) Membaca kitab2 Hadis
    ii) Membaca kitab2 Sirah
    iii) Membaca kitab2 berkenaan diri Baginda seperti Syamail Muhammadiyah dan Syifa'
    iv) Membaca kitab Maulid dan menghadiri Majlis Maulid
    v) Banyakkan berselawat dan makan makanan dari Madinah seperti kurma dll.

Bacaan ijazah sanad Hadis Musalsal Asyura

Bersama Us. Nasir

Bersama Us. Nasir dan ustatkimi

Yang pasti, beliau antara individu yang akan kerap hadir ke Pondok Ar-Raudah apabila pembinaannya siap kelak. Bersama kita terus menyumbang bagi membantu pembinaan Pondok Ar-Raudhah.

Wassalam.

Wednesday, November 21, 2012

PONDOK AR-RAUDHAH. Ayuh menyumbang...

Assalamualaikum...

Ana uploadkan brosur dan flyers yang ana dah siapkan untuk dapatkan dana bagi pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Kurang cantik sebab print inkjet. Kalau dah hantar kedai, cetak banyak pakai kertas kilat tu lagi cantik, In Sha Allah.

Ana ambil peluang ni untuk mohon sumbangan daripada sahabat2 semua. Mohon juga panjang2kan kepada ahli keluarga, sahabat2 dan orang kampung. Moga usaha antum Allah balas dengan kebaikan dan ganjaran berlipat ganda.

Wassalam.




Ragam Hana Azzahra 1 Tahun

Bismillah wa Syukru Lillah...

Ana pun dah lupa bila kali terakhir ana menulis entri di blog ni. 

Walaubagaimanapun, entri ni kira enrti 'buat syarat' bagi kesekian kalinya. Disamping menyiapkan kerja2 sekolah dan amik tempahan sedikit sebanyak, ana agak sibuk dengan usaha pengurusan bagi menubuhkan Pondok Ar-Raudhah yang tapaknya hanya seberang jalan depan taman kediaman ana je. Kini sedang giat bersama ahbab2 lain mencari dana bagi merealisasikan penubuhan pondok ini. Bagi yang mahu menyumbang, sila ke FB ana untuk dapatkan nombor akaun bank. 

Is Sha Allah, ana akan masukkan flyers dan brosur untuk memudahkan antum menyumbang. Untuk kali ni, sengaja ana upload gambar2 puteri ketiga ana, Hana Azzahra yang kini menjangkau 1 tahun umurnya. Mula melangkah genap 1 tahun umurnya. Kini, sedang ligat memanjat n berlari.

Wassalam.






Friday, July 6, 2012

Al-Mumtaz d' FNK 2012



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Alhamdulillah, Al-Mumtaz selamat tiba di NS selepas perjalanan panjang dari Kelantan pada jam 4.15 pagi 29.06.2012. Pelbagai kenangan dibawa pulang, deretan reaksi pergi dan datang. Begitupun, FNK 12 telahpun melabuhkan tirainya. Sebarang kekurangan pasti akan ditambahbaik, sudut2 kelebihan akan dikekalkan dan dipertingkatkan.

Ana pada awalnya bercadang untuk menyediakan entri berbentuk travellog yang akan ana update setiap hari. Malangnya, capaian internet di PCB Resort agak kurang mengizinkan membuatkan ana hanya berkesempatan untuk update status FB pada hari pertama sahaja. Hari2 lain diisi dengan jadual yang padat dan hambatan keletihan sebaik saja kembali ke bilik. 

Begitupun, insya Allah ana akan bawa antum semua menelusuri perjalanan Al-Mumtaz sepanjang berada di Kelantan dengan bantuan gambar2 dan sedikit ulasan ringkas.

Hari Pertama (25.06.2012) [Perasmian]

Singgah makan tengah hari di kawasan Rantau Abang

Al-Mumtaz di Majlis Perasmian

Hari Kedua (26.06.2012) [Rehearsal & Pertandingan SR]

Bergambar sebelum membuat persembahan

Ketika membuat persembahan

Akibat dapat giliran pertama. Huhuhu...

Hari Ketiga (27.06.2012) [Pertandingan SM & Makan Malam]

Team Al-Mumtaz sebelum 'membersihkan meja'

Wajah tak sabar nak ke WCY

Hari Keempat (28.06.2012) [Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah]

 Kenangan di pentas yang sempoi

Monday, June 18, 2012

Latihan Pusat Kontinjen NS [Al-Mumtaz & Irsyadus Sufi]



Assalamualaikum...

Menjelang hanya seminggu lagi menuju Festival Nasyid Sekolah2 KPM Peringkat Kebangsaan 2012, Al-Mumtaz dan Irsyadus Sufi menjalani latihan pusat bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ).

Latihan Pusat yang diadakan selama lebih kurang 4 hari bermula 13.06.2012 dan 15-17.06.2012 turut dihadiri oleh Ustazah Salina dan jurulatih sedia ada berjalan secara intensif dari pagi hingga malam. Hasilnya, beberapa kekurangan dan kesilapan dari segi lirik, lagu dan persembahan telah dapat diatasi dan diperbetulkan. 

Pen. Pengarah Bahagian Operasi Dakwah JPNS, Ustaz Hafizi turut hadir memberi sokongan seterusnya taklimat mengenai perjalanan ke Kelantan nanti. Kerjasama daripada ibu bapa juga sangat baik meskipun anak2 mereka terpaksa berulang setiap hari ke lokasi latihan pusat diadakan.

Untuk akhirnya, ana mewakili team pengurusan dan kejurulatihan kontinjen NS amat2 mengharapkan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa Al-Mumtaz dan Irsyadus Sufi agar menjaga keselamatan dan kesihatan anak2 tuan/puan. Paling penting kesihatan fizikal, mental dan suara mereka. 

Semoga dengan kerjasama dan sokongan semua pihak, kontinjen NS mampu membuktikan sesuatu dalam Festival Nasyid pada tahun ini. Buat penyokong Al-Mumtaz & Irsyadus Sufi, teruskan menyokong dan mendoakan kami. Sesungguhnya doa dan munajat antum amat berharga buat kami. Ana sertakan beberapa keping gambar yang sempat ana ambil sepanjang latihan tersebut.

Wassalam.


Irsyadus Sufi

Ustaz Hapizi memberikan taklimat dan kata2 semangat buat kontinjen NS

Saturday, May 12, 2012

Al-Mumtaz: Juara Festival Nasyid KPM Per. NS 2012



سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر

Kalimah2 ini selayaknya diulang2 dalam setiap hela nafas n denyutan nadi team Al-Mumtaz. Sesungguhnya, hanya dengan kata2 "KUN" maka setiap perkara itu pasti terjadi dengan kuasaNYA.

Segala yang berlaku hari ini bagaikan mimpi. Penuh suspen, debaran, sedikit ralat, dan berakhir dengan setinggi2 kesyukuran buat Penguasa Seantero Alam. Pulang ke rumah petangnya terus solat Zuhur n rebahkan diri. Subhanallah, letihnya... Letih jasmani n rohani.

سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر

Perjalanan Al-Mumtaz bermula seawal jam 7.00 pagi. Sebelum bertolak Al-Mumtaz terlebih basahkan tekak dengan air madu + limau nipis panas dan roti. "Air tu untuk bersihkan tekak", kata Cikgu Yusof. 


Sampai di SM Teknik Kuala Klawang, Al-Mumtaz terus bersiap. Maklum la, giliran kedua. Begitupun, pertandingan bermula hanya pada jan 9.00 pagi. Sebelum mempuat persembahan, Al-Mumtaz berkesempatan warm-up suara seterusnya berdoa memohon natijah selayaknya buat kami setelah berusaha sebaik upaya. Sempat juga ana beri Al-Mumtaz minum air zam2 yang ana bawa dari rumah buat hilang gemuruh dan menambah keyakinan. Alhamdulillah, Qayyum yang masih demam tetap bersemangat meneruskan perjuangan bersama rakan2 Al-Mumtaz yang lain.

Sampai giliran Al-Mumtaz membuat persembahan. Segalanya berjalan baik pada awalnya. Ralat mula menyelubungi apabila lagu pertama dialunkan. Suara Aqil (solo) tenggelam dan tidak menonjol. Mikrofon Qayyum pula kejap ada kejap takde. Hasilnya, lagu pertama amat tidak memuaskan hati pengurusan n kejurulatihan Al-Mumtaz. Sebelum tamat lagu pertama, ana berjumpa dengan 'soundman'. Katanya perlu tukar mikrofon. Ana terus bergerak ke belakang pentas dan minta 'CREW' tukarkan mikrofon. Alhamdulillah, lagu kedua berjaya dibawa dengan amat baik. Syukur. Moga para hakim pertimbangkan masalah teknikal yang kami hadapi, kata hati ana.

سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر

Berakhir persembahan 8 pasukan, perasaan team Al-Mumtaz bercampur baur. Masing2 dengan pandangan dan penilaian masing2. Bagi ana, segalanya telah berlalu, hanya tawakkal menjadi peneman Al-Mumtaz ketika itu. Bermula dari saat itu ana pesan kepada Al-Mumtaz supaya memperbanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w. Moga Allah tentukan yang terbaik buat team Al-Mumtaz kali ini.

Bergerak ke vanue utama, SMK Undang Jelebu. Team Al-Mumtaz diminta terus masuk ke Dewan Karisma. Begitu juga dengan pasukan2 lain. Lebih kurang jam 12.15 t/hari, Majlis Penutup dimulakan dengan ucapan daripada Us. Mohd. Wazir dan ucapan Perasmian Penutup daripada wakil Pengarah BPI, seterusnya ucapan daripada Pengerusi Jemaah Hakim, Us. Zainal Arifin. 

Selesai ucapan, Pasukan Irsyadus Sufi daripada SBPI Jempol telahpun dijemput oleh penganjur untuk membuat persembahan selingan. Hati ana jadi berdebar2, apakah Al-Mumtaz punya rezeki pada tahun ini? Usai persembahan barulah Majlis Penyampaian Hadiah dijalankan. Satu demi satu wakil sekolah2 yang mengambil bahagian dijemput untuk menerima sijil. Selesai 5 sekolah menerima sijil masing2, pasukan daripada 3 buah sekolah yang akan mendapat tempat pertama hingga ketiga dipanggil untuk berbaris. SKTMS, SK St. Paul & SK Desa Cempaka. Hati ana makin berdebar bila SK Desa Cempaka diumumkan pemenang ketiga. Apabila Pengerusi Majlis mula menjemput pemenang kedua dengan nama Shoutul... hati ana melonjak kesyukuran. Alhamdulillah, ada rezeki kami tahun ini. Cikgu Nazariah ketika itu sudahpun menitiskan air mata kegembiraan. 

سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر

Usai penyampaian hadiah, kami ambil peluang bergambar. Sejarah terukir kembali apabila NS akan diwakili oleh hanya 1 daerah iaitu daerah Jempol dalam Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan pada tahun ini (SR: Al-Mumtaz, SKTMS & SM: Irsyadus Sufi SBPI Jempol. Ini membuatkan kenangan pada tahun 2009 kembali bermain dalam fikiran. 




سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر

Guru Besar Cemerlang SKTMS, Tn. Hj. Othman Embong menelefon ana awal pagi tadi, sebelum Al-Mumtaz membuat persembahan. Beliau sampaikan pesan bahawa beliau menghadiahkan RM100 kepada Al-Mumtaz untuk belanja makan nanti. "Nak bagi semangat dan bagi mereka seronok", kata beliau kepada ana. Alhamdulillah, memang kena belanja makan pun. Disebabkan pekan Kuala Klawang tak punya KFC, team Al-Mumtaz ambil keputusan untuk ke KFC Bahau. 


سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر 

Tak lengkap entri ini tanpa ana ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada insan2 yang banyak menyumbang usaha, tenaga, masa dan wang ringgit dalam memastikan Al-Mumtaz mencapai kejayaan hingga ke tahap ini.

1. Cikgu Nazariah & Cikgu Yusof
Sering ana ulang, tanpa 2 orang individu di SKTMS ini, Al-Mumtaz takkan ne mana2. Kak Naza menunjukkan kesungguhan yang sangat tinggi, dihabiskan masa beliau melatih Al-Mumtaz di Bilik Muzik saban hari, berkongsi kesedihan dan kerisauan apabila mutu persembahan Al-Mumtaz tidak berada dalam kedudukan terbaik hatta seringkali ana lihat beliau sehingga menitiskan air mata, hanya kerana MINAT. Begitu juga dengan Cikgu Usop, part2 cari vokal yang sesuai dan ejas harmoni ni mmg kepakaran beliau. Tambahan pula mereka berdua merupakan SAHABAT KARIB dengan minat yang sama. So, ana join la team SAHABAT diorang... apapun, terima kasih Kak Naza n Abang Usop.

2. Hj. Shaharudin aka UDO (suami Cikgu Nazariah)
Individu ini kurang dikenali. Hakikatnya beliau adalah penulis lirik bagi Al-Mumtaz (SKTMS) dan Irsyadus Sufi (SBPI) sejak sekian lama. Kalau tak silap ana, lirik yang beliau tulis telah 2 kali memenangi Anugerah Lirik Terbaik Festival Nasyid Kebangsaan. Tugas ana hanya menyediakan isi mengikut tema (lagu pertama) dan tajuk PnP (lagu kedua). Beliaulah yang akan memurnikan laras bahasa, susunan isi dll yang berkaitan. Tanpa beliau juga tak mungkin Al-Mumtaz mampu sampai ke tahap ini. Teruma kasih Udo...

3. Najmi ex Al-Mumtaz (anak Cikgu Nazariah)
Insan ini dikurniakan bakat dalam bidang seni suara. Ana dapat perhatikan kebolehan beliau sejak beliau masih lagi bersama Al-Mumtaz. Baik dari segi harmoni, perkusi dan yang paling hebat, beliau mampu menghasilkan lagu tanpa gunakan apa2 alat muzik. Yang beliau gunakan hanyalah alat perakam. Bermula tahun ini, kedua2 lagu Al-Mumtaz adalah hasil ciptaan beliau. Irsyadus Sufi sendiri mula melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dengan kehadiran Najmi. Sungguhpun penglibatan beliau diselubungi kontroversi berkenaan mutu suaranya yang tidak menepati 'suara' Sekolah Menengah, kini beliau tampil dengan suara yang baru. Moga kejayaan mengiringi kita semua. Terima kasih Najmi...

4. Penyumbang
Bersaing mendapatkan tempat dalam pertandingan seperti ini amat memerlukan dana yang kukuh. Al-Mumtaz bersyukur kerana dikurniakan beberapa individu yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menampung keperluan latihan, persiapan mahupun perbelanjaan Al-Mumtaz sepanjang pertandingan bermula dari Peringkat Daerah, Negeri mahupun Kebangsaan. Jutaan terima kasih daripada Al-Mumtaz. Antara nama yang perlu ana sebutkan di sini ialah:
a) En. Shaharudin (ayah Aizat)
b) Hj. Md Said (ayah ana)
c) En. Hasnan (YDP PIBG SKTMS)
d) Tn. Hj. Othman (Guru Besar SKTMS)

5. Warga SKTMS
Mereka terdiri daripada guru2, staf2, pekerja2 Max Lida, pekerja2 kantin dan murid2 SKTMS. Syukran atas doa selama ini. Sesungguhnya Al-Mumtaz amat mengharapkan doa yang berpanjangan dari kalian semua.

6. Ibu Bapa Al-Mumtaz
Sekalung penghargaan buat ibu bapa yang berkesempatan bersama Al-Mumtaz sepanjang pertandingan pada hari ini. Kehadiran antum sememangnya menaikkan semangat untuk Al-Mumtaz melakukan yang terbaik. Apapun, ana mohon kerjasama agar mereka semua dijaga kesihatan, dijaga pemakanan, rohani  serta jasmani agar mereka senantiasa bersedia menyahut cabaran.

7. Ahli keluarga Team Al-Mumtaz
Bagi diri ana, terima kasih yang tidak terhingga kepada zaujah tersayang kerana menyokong ana selama ini. Begitu juga kepada ibu dan ayah ana yang tak putus2 menyokong Al-Mumtaz hinggakan pemergian mereka ke Tanah Suci baru2 ini juga turut mendoakan kejayaan Al-Mumtaz. Kehadiran mereka ke pertandingan juga amat ana hargai. Tak lupa juga buat Bancik Isa n Pakcu Iqbal. Kepada keluarga Cikgu Yusof dan Cikgu Nazariah, jutaan terima kasih dari kami semua.

8. Usher dari SMK Undang Jelebu
Alhamdulillah, Al-Mumtaz bertuah kerana dikurniakan usher yang amat bertanggungjawab. Beliau bersama dengan team Al-Mumtaz sejak dari awal sehingga ke akhir pertandingan. Nama dia pun ana tak sempat tanya. Apapun, ana doakan dia berjaya dalam SPM yang akan beliau hadapi tahun ini.

Panjang benar rasanya ana menaip nih. Begitulah sedikit sebanyak perkongsian ana tentang Festival Nasyid Sekolah2 KPM Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan pada hari ini. Dengar khabar pertandingan Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 26.06.2012 di Kelantan. Sama2 kita berdoa semoga ada rezeki Al-Mumtaz, Jempol dan Negeri Sembilan di Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Wassalam.