Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Thursday, December 20, 2012

Bahan Bacaan Terkini!



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Tengah hari tadi, meskipun hujan sekejap lebat sekejap berhenti, ana isi juga waktu dengan mencari2 kedai buku untuk dijadikan stok bahan bacaan sekembalinya ana ke Negeri Sembilan nanti. Biasanya ana memang terus ke Kedai Buku Jaafar Rawwas tapi kali ini ana hanya ke kedai buku di TESCO Kota Bharu.

Kedai yang ana kunjungi itu memanglah tak terlalu besar tetapi menyediakan banyak buku2 Islamik untuk dipilih. Tambahan pula diskaun 15% ditawarkan untuk setiap buku yang dibeli. Kalau diikutkan hati memanglah ana nak beli lebih banyak tetapi memandangkan ana akan pulang semula ke Kelantan untuk perkahwinan adik ipar ana pertengahan tahun 2013 nanti, hanya 5 buah sahaja yang ana beli.

Buku 1: Al-Amin, Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah tulisan A. Samad Said

Sememangnya buku mengenai Baginda s.a.w sudahpun ana miliki baik yang berbentuk fakta mahupun novel sejarah. Buku ini tertarik untuk ana miliki memandangkan penceritaannya dalam bentuk sastera yang sinonim dengan karya hasil penulisan A. Samad Said yang puitis. Semua itu membuatkan ana mengambil keputusan untuk membelinya. Tak salah membaca sirah Baginda s.a.w dari sisi penceritaan yang berbeza. Mungkin mempu memberikan kesan yang lebih mengesankan! Ana kongsikan catatan belakangnya.

"Sebelum sampai ke cakerawala, sedang lena di masjid yang suci, telah dijernihkan kalbunya, menunggang Buraq layang yang sakti, dan jauh dari Hijir di mana tidur alam dan manusia, dan dalam mimpi, telah jauh ke angkasa seluruh diri dan batin Nabi, dan kini selepas meneguk susu, menolak arak dan madu, menghadap ia keajaiban, terlintas sebentar, melintas sebentar, amat haru, pesanan yang kemerlap, dibaca dalam aneka tamsil, mengembang di hadapannya, ditenung dan dihayati sebelum dipetik satu-satu".

Buku 2: Quranic Law of Attraction tulisan Rusdin S. Rauf

Sebelum ini kerap kali ana mendengar beberapa slot soal jawab dan penerangan mengenai Hukum Tarikan. Meskipun terdapat buku yang lebih kurang sama cuma pendekatannya yang berbeza iaitu Law of Attraction tulisan Micheal J. Losier, ana memilih untuk membeli buku ini kerana pendekatannya yang mensepadukan Hukum Tarikan dengan Al-Quran dan Baginda Nabi s.a.w. Ana yakin kesepaduan ini pastinya memberikan lebih 'tarikan' berbanding tarikan yang hanya menumpukan kepada emosi dan perkrmbangan manusia semata2.

Buku 3: Pemikiran Tuan Guru tulisan Mohd. Aizat Mohd. Salleh Al-Hafiz

Kebetulan, esok ana dan sahabat ana Rohaifi akan ke Kota Bharu untuk mendengar kuliah Jumaat daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kalau ada rezeki, boleh minta autograf beliau kat buku ni. Hehehe...

Buku 4: Bukti2 Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad tulisan Dr. Danial Zainal Abidin

Beberapa buah buku tulisan Dr. Danial sememangnya telahpun berada dalam simpanan. Pernah juga berhajat untuk mengumpulkan dan membaca semua buku hasil tulisan beliau tetapi sehingga kini masih tak kesampaian lantaran hambatan masa dan kecenderungan membeli buku2 lain yang lebih menarik tiap kali ke kedai buku. Kali ini ana beli sebuah. Insya Allah, lain kali ana akan beli sebuah lagi bersama buku2 yang lain pula.

Buku 5: Leftenan Adnan, Wira Bangsa tulisan Abdul Latip Talib

Filem Leftenan Adnan, saban tahun disiarkan menjelang sambutan Kemerdekaan. Pernah juga ana menonton filem tersebut. Tergerak hati ana untuk membeli novel sejarah ini atas 2 faktor. Faktor pertama, kerana penulisnya. Ana sendiri dah punyai novel2 sejarah Islam mahupun sejarah Malaysia karya beliau. Ternyata, hasil bacaan ana tak mengecewakan. Faktor kedua, kerana pelakon utama yang memegang watak Leftenan Adnan dalam filem tersebut (Hairie Othman) sendiri dah memilih untuk berjuang lantaran kesedaran yang terbit dalam sanubari beliau.

Demikian, sedikit ulasan berkenaan buku2 yang ana baru beli pada kali ini sempena kepulangan ana ke Kelantan Serambi Mekah ini.

Moga bertemu di entri yang lain.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment