Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Friday, January 6, 2012

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Abah!



Assalamualaikum...

Moga antum semua dinaungi rahmat Allah sepanjang masa.

Alhamdulillah, bersempena dengan ulangtahun kelahiran ayah ana semalam, beliau dicadangkan oleh adik ana (yang baru saja dapat berita melalui FB) ttg kehadiran Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa dari Indonesia yang akan hadir di Majlis Selawat di KL, dengan senang hati berhasrat untuk ke sana. Pada ana, ia sesuatu yang baik. Selalunya ulangtahun kelahiran disambut dengan doa selamat mahupun makan2, kali ini ayah ana inginkan sesuatu yang agak berbeza.

Ana yang selama ini biasanya hanya ke majlis selawat setiap malam Jumaat di Masjid Jamek Bahau sahaja, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Kesempatan bertemu dan mendengar nasihat daripada ulama' dan pendakwah hebat sememangnya takkan ana lepaskan. Sebaik ayah ana bersetuju, masing2 bersiap untuk ke sana. Ayah ana bersama adik2 ana, Mohamad Isa dan Mohd. Iqbal terus jemput ana di Bahau. Usai Solat Asar, kami bertolak ke Keramat AU3, KL. Ana memandu berdasarkan pengalaman berada di KL selama 3 tahun. Mujur tak banyak sangat perubahan jalan. Hanya sedikit masalah untuk mencari surau Al-Hidayah. Mohd. Isa bertanyakan rakannya.


Alhamdulillah, sampai juga kami ke sana. Tiba di sana jemaah masih belum ramai. Kami Solat Maghrib berjamaah. Ketika itu, kuliah sedang berjalan. Majlis Selawat pula masih belum bermula. Lebih kurang jam 9.00 malam, jemaah mulai ramai. Terus majlis selawat dimulakan. Habib Munzir tiba ketika majlis selawat sedang berlangsung. Selesai majlis selawat, Habib Munzir menyampaikan nasihat beliau. Beliau mengambil masa lebih kurang 30 minit diakhiri dengan bacaan doa.

Berakhirnya majlis, semua jemaah dijemput menikmati jamuan. Istimewanya, makan dalam dulang. Kenangan satu masa dulu kembali hadir, ukhuwah bersama teman makan sedulang terzahir. Ana makan berempat bersama ayah dan 2 orang adik ana. Siap makan, kami terus bertolak pulang.

Satu pengalaman berharga bila berkesempatan bersama dalam majlis selawat yang 'grand' sebegitu, dengan kehadiran tokoh ulama' yang jarang2 sekali berkunjung ke Malaysia lantaran keuzuran. Berpeluang bersua muka dengan kumpulan Al-Maulid juga tidak kurang ertinya buat ana. Terkenal dengan imej hop hop satu ketika dulu, mereka benar2 berubah. Kerapkali hadir dalam majlis selawat, menerima jemputan di majlis2 agama, sememangnya amat mengkagumkan ana. Sesekali Habib Munzir merintih mengenangkan dosa2 yang kita lakukan, mengharapkan keluasan rahmat Allah yang melaut, Amir ex-VE yang paling mudah tersentuh. Sesekali masing2 bersama jemaah lain bergenang air mata. Begitupu, paling bermakna bila berhasil menunaikan hajat ayah ana yang kebetulan menyambut ulangtahun kelahirannya semalam. Semoga Allah berkati abah.



Ana masukkan beberapa keping gambar yang sempat ana ambil malam tadi. Maaf gambar kurang memuaskan. Maklum la, pakai telefon murah je.

Wassalam.