Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Monday, August 31, 2009

Kemerdekaan: Sejauh mana?

Assalamualaikum...

Beberapa hari selepas kemerdekaan hanya ana lalui dengan lebih menumpukan kepada penghayatan Ramadhan. Bukan kerana hilang jatidiri, jauh sekali dek tidak cintakan tanah air bertuah ini. Pada ana, kemerdekaan perlu dilihat dari skop dan ruang lingkup yang lebih luas. Apatah lagi jika kita bandingkan kemerdekaan negara dengan kemerdekaan minda dan kemerdekaan aqidah, pasti neraca pertimbangannya berbeza.

Apapun pada ana, kemerdekaan sebenar sebagai seorang Muslim dan Mukmin ialah kemerdekaan aqidah dan minda berbanding kemerdekaan negara yang hanya dari segi zahirnya kita lihat. Hakikatnya, sejauh mana kecintaan masing2 kepada negara hanya diri mereka sendiri dan Allah saja yang tahu. Apakah kemerdekaan hanya kita sambut dengan mengibarkan bendera? Menghadiri sambutan? Menonton sambutan di tv? Memang tidak ana nafikan ianya sebahagian daripada cara kita menunjukkan semangat sayangkan negara. Apapun, terpulang kepada jatidiri masing2 untuk meraikan kemerdekaan mengikut cara masing2.

Bercakap tentang kemerdekaan hakiki (aqidah dan minda). Pada ana, inilah yang perlu kita titikberatkan. Dengan memerdekakan aqidah dan minda, dengan sendirinya akan melahirkan kecintaan terhadap negara. Ini kerana negara yang kita diami ini sendiri pun punya penciptaNya. Penciptanya yang mahukan hak2nya ditunaikan. Pencipta yang telah menyediakan panduan hidup kepada semua ciptaanNya. Pencipta yang akan menentukan nasib seluruh ciptaanNya. Pencipta yang menjanjikan nikmat buat ciptaanNya yang taat padaNya, juga Pencipta yang senantiasa memberi amaran azab buat ciptaanNya yang ingkar akan perintahNya.

Merdekakah kita jika mengutamakan hak2 manusia melebihi hak2 Allah yang seharusnya kita tunaikan? Bebaskah kita jika masih terpaku di depan tv menonton pelbagai rancangan hiburan yang melalaikan, hasil ciplak rancangan Barat? Tidak terjajahkah kita jika masih menghabiskan masa bercakap dan mendalami teknologi dan fesyen terkini hingga melupakan ibadah dan syariat. Segala2nya perlu kita fikirkan, renungkan dan muhasabahkan bermula dengan diri seterusnya keluarga, masyarakat dan negara. Sejauh mana pula peranan kita dalam memperbetulkan kefahaman masyarakat berkenaan penghayatan kemerdekaan sebenar?

Sama2 kita berperanan dalam memperjelaskan tentang kemerdekaan sebenar kepada individu di sekeliling kita. Semoga jiwa raga kita kekal merdeka di dunia dan turut merdeka di akhirat, insya Allah. Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 52! Yang penting bebaskan aqidah dan minda kita. Insya Allah, kita akan Allah bebaskan dari segala bentuk penjajahan.

Wassalam.

Wednesday, August 26, 2009

PARAGLIDING: Peluang Melihat Ciptaan Allah 'Dari Atas'



Assalamualaikum...

International Paragliding Jempol 2009 telah berlangsung di Jempol, bertempat di SMK Datuk Mansor, dari 14 -16 Ogos 2009. Program ini disertai peserta dari 14 negara seluruh dunia, ratusan peserta menyertai. Kebetulan, suami kepada sepupu ana salah seorang pesertanya (Abg. Zie). Disamping paragliding, diadakan juga pertunjukan paramotor (turut disertai Abg. Zie).

Sekolah ana telah menjadi salah sebuah kawasan pendaratan paragliding selain SMK Datuk Mansor sendiri. Walaubagaimanapun, persembahan paramotor dimulakan pada hari Sabtu di sekolah ana manakala pada hari Ahad mereka bermula di SMK Datuk Mansor kerana padang sekolah ana digunakan untuk Pertandingan Bola Sepak. Pendaratan pula hanya dilakukan di SMK Datuk Mansor.

Ketika bertemu dengan Abg. Zie, ana berkesempatan menyaksikan beliau mempersiapkan alatan paramotor beliau, berkesempatan juga merasakan kuasa tujahan kipas motor yang berperanan untuk membantu pelepasan beliau disamping tenaga utama iaitu angin. Pelepasan pertama oleh Abg. Zie gagal kerana kekurangan tenaga angin. Sungguhpun begitu, pelepasan kedua berjaya dilakukan tanpa sebarang masalah.

Sempat juga ana minta bantuan daripada Abg. Zie untuk ambil gambar sekolah ana dari udara. Alhamdulillah, berhasil juga akhirnya.

Sehingga bertemu lagi dalam entri akan datang. Wassalam.

Guru Besar Cemerlang SKTMS, Tn. Hj. Mohmad Sabere turut bersama menyaksikan persembahan paramotor

Abg. Zie membuat persiapan terakhir sebelum berlepas

Antara peserta terawal berlepas dari SKTMS

Antara gambar pemandangan SKTMS dari atas

Tuesday, August 25, 2009

ANA KEMBALI!!!


Assalamualaikum semua...

Ana sendiri pun tak pasti dah berapa lama sebenarnya ana dah tak menulis entri baru. Saban hari menunggu kesempatan menulis hinggalah ke saat ini, berhasil juga akhirnya. Ana habiskan masa hampir 3 ke 4 jam juga untuk baca maklumat terkini tentang negara kita dan dunia termasuklah menyemak entri sahabat2 blog ana yang dah lama benar ana tak jenguk.

Sebenarnya ada beberapa faktor yang menghalang ana dari menulis entri terbaru sejak entri ana yang terakhir.

1. Kerosakan perkhidmatan internet tanpa wayar di sekolah ana. Kebetulan pula, pegawai teknikal yang baru sahaja ditugaskan ke sekolah ana menghadiri kursus sebelum cuti bermula. Jadi, terbiar jelah internet tanpa wayar di sekolah ana buat sementara wakktu.

2. Kesibukan persediaan lawatan pegawai dari Jabatan Pelajaran NS dan PPD. Sibuk dengan persiapan diri, macam2 fail (bukan tak ada tapi tak tersusun), kemaskini segala macam, bilik jQAF, bilik2 khas yang lain, fuhh... demam ana.

3. Hasilnya, memang ana demam. Kebetulan pula kena betul dengan hari lawatan JPNS dan PPD. Lega pun ada, frust la yang banyak. Lega sebab semua persediaan dan setel. Frust sebab buat jerih bersedia bagai nak rak, demam pulak yang datang. Demam pun bukan sikit2. Hampir seminggu ana terlantar. Kejap panas, kejap sejuk. Ditambah dengan siksaan dikuarantinkan oleh zaujah ana. Ana ingat ana mangsa H1N1 seterusnya. Dah rasa macam duduk dalam lokap dah. Mujur demam ana sembuh menjelang 1 Ramadhan. Itupun, masih ada belen2 lemah badan hari pertama puasa dulu.

4. Dah cuti. Maklum la kalau dah cuti ni. Program pun boleh tahan jugak banyaknya. Nak berbuka di kampung, nak kemas itu, nak uruskan ini. Hasilnya, tertangguh ana nak masukkan entri. Sampai la ke hari ini.

Sekarang ini ana dalam usaha nak siapkan RPH ana yang tertinggal minggu terakhir persekolahan dulu. Dalam masa yang sama ana nak siapkan beberapa banner untuk kempen Ihya' Ramadhan yang akan berlangsung sepanjang sesi persekolahan dalam bulan puasa nanti. Ana jugak nak kena hantar cek tempahan Kertas Peperiksaan Akhir Tahun Kelas Agama Petang ke Pejabat Agama. Ana dah siapkan cek tu sebelum ana demam tapi takde orang nak tolong hantarkan. So, ada baiknya ana hantar sendiri je. Bukan jauh pun, di Bandar Seri Jempol je.

Apapun, ana masih belum terlewat rasanya untuk ana ucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk tahun ini kepada semua pengunjung blog ana. Tak lupa juga buat warga SK Tunku Muda Serting. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita.

Wassalam.

Tuesday, August 11, 2009

Doa dan Munajat


Assalamualaikum...

Ana doakan antum semua sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah daripada apa jua penyakit, bala bencana mahupun wabak yang melanda negara kita dewasa ini.

Membaca entri terkini blog beberapa orang sahabat ana, rata2 membicarakan tentang wabak H1N1 yang mengancam masyarakat dan negara kita, sekarang. Sebahagiannya menceritakan tentang dilema demam yang dihidapi, dibimbangi kalau2 bukan demam biasa, tak kurang juga yang berkongsi penawar mahupun ikhtiar secara rohani dalam usaha untuk mengelakkan diri dari dijangkiti virus tersebut. Dalam beberapa entri ana sebelum ini juga ana terus menerus mengajak sahabat2 semua agar menginsafi dan bermuhasabah akan sebab musababnya Allah menurunkan ujian sebegini getir buat kita.

Memang, bala yang Allah turunkan tidak mengenal si pelaku maksiat mahupun insan soleh yang senantiasa beramal dan mengharapkan redha dariNya. Kerapkali juga ana berpesan kepada murid2 yang ana didik agar memilih untuk jika dijangkiti, mahu menjadi pesakit yang beriman atau sebaliknya. Jika ditakdirkan pendek umur, mahu dalam keadaan hatinya sejahtera ataupun gundah gulana dek kemungkaran yang berterusan dilakukan tanpa jemu.

Apapun, sebelum kita pasrahkan diri, Islam mengajar agar kita berusaha dan berikhtiar mencari penyembuh mahupun pendinding dengan jalan yang dibenarkan oleh Islam. Doa perlu berterusan, munajat perlu dilazimi dalam kehidupan seharian kita. Pada masa yang sama, perbaikilah diri. Sekurang2nya kita bersedia untuk segala kemungkinan yang mendatang. Bagi yang punya kekuatan, gunakanlah 'tangan' yang Allah kurniakan untuk islahkan kembali masyarakat dalam negara kita, bermula dengan ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Gunakan apa juga medium. Blog, Web, YM, Skype, Emel, Facebook dll., sampaikan kepada mereka amaran dari Allah, pujuk jua mereka akan janji kenikmatan daripada Allah buat hamba2Nya yang sentiasa BERFIKIR.

Semoga kita semua dilindungi Allah. Wassalam.

p/s: Dari blog sahabat ana, Us. Hamidi, beliau ada kongsikan bacaan untuk doakan pada air untuk minum, jerlun ataupun buat mandi bagi yang mengalami demam. Baca kemudian tiupkan pada air. Bacaannya:
1. Surah al-Fatihah
2. 3 Qul (An-Naas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas)
3. Ayatul Kursi
4. Ayat dari Surah al-Hasyr 21-24 (lau anzalna...)
5. Selawat Syifa
6. Doa hajat yang dikehendaki

Friday, August 7, 2009

AL-MUMTAZ d' FNK 09 II

Assalamualaikum semua...

Ana bawakan pula kepada antum persembahan lagu kedua (kontemporari) daripada Al-Mumtaz sewaktu Festival tidak lama dahulu. Bukan ana tak mahu sekalikan dengan entri sebelum ini. Nak masukkan 1 rakaman yang tak sampai 3 minit sebelum ini pun dah naik boring ana menunggu, inikan pulak nak tunggu selesai kedua2nya.

So, ana masukkan lagu pertama (tradisional) 1 entri dan lagu kedua ini dalam entri yang berlainan. Semoga menjadi panduan buat semua. Yang baik jadi panduan, yang kurang jangan la tiru...

Wassalam.



Tuesday, August 4, 2009

AL-MUMTAZ d' FNK 09


Assalamualaikum...

Khas buat sahabat2 yang mengikuti perkembangan Al-Mumtaz dari Peringkat Daerah hingga ke Peringkat Kebangsaan, ana uploadkan video ini buat antum semua. Ini pun makan masa 2 3 hari jugak nak boleh upload, lama betul. Ana akui, persembahan mereka tak sebaik latihan yang mereka lakukan. Terdapat juga beberapa kesilapan yang mungkin antum pun boleh nampak dalam persembahan mereka. Maklum la, sebahagian besar mereka baru pertama kali menjejakkan kaki ke pentas kebangsaan. Pemarkahan juga bukan hanya dinilai dari kemerduan solo semata-mata, tetapi banyak lagi aspek yang para hakim perhatikan. Yang baik jadikan tauladan, yang kurang jadikan pengajaran bersama.

Untuk upload terus ke dalam blog ini, hanya kapasiti tak boleh melebihi 100 MB dibenarkan. Kalau satu lagu penuh memang berlebih la. So, ana edit hingga kapasiti yang dibenarkan sahaja. Insya Allah, ana akan cuba upload ke Youtube dan masukkan dalam blog ini nanti. Dapat tengok lama sikit.

Wassalam.


CUCUK jangan tak CUCUK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

CUCUK. Kalau didengar masa sekolah rendah dulu memang menyeramkan. Namun, kedewasaan dan pengalaman hidup membuatkan ana semakin berani dan tak kisah sangat pasal cucuk cucuk ni. Apa tidaknya, 'masuk jawi' dulu dah kena beberapa das. Demam denggi dulu lagi la, hari2 kena cucuk amik darah.

Hari ini, murid2 tahun 6 SKTMS bakal mengalami saat getir yang lebih kurang sama macam ana dulu. Kena cucuk BCG (bagi yang tak ada kesan) dan RUBELLA bagi murid perempuan. Korang hadapilah dan nikmatilah saat 'menakutkan' ini. Yang pasti, ketakutan ini hanya sedikit sahaja jika dibandingkan ketakutan dan kegentaran saat sakaratul maut menjengah nanti.

Fikir2kan...

p/s: buat 'misi2' yang berkampung di sini, terima kasih ana ucapkan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Maaf la kalau perangai budak2 tu tak berkenan di hati. Maklum la, budak2...



Misi sedang 'check' kesan BCG lama. Kalau takde, alamat kena cucuk la lagi sekali

Sebahagian murid tahun 6 yang sedang 'cuak' menunggu giliran

Team 'misi' sedang menyediakan ubatan untuk suntikan

Israk & Mikraj SKTMS 2009

Assalamualaikum...

Rasa segan dan bersalah menerjah2 hati ana bila lama tak menulis entri terbaru. Bukan kerana tiada bahan atau perkara yang hendak diketengahkan tetapi hambatan tugas2 harian membuatkan ana tak berkesempatan menulis.

Sebelum ana mulakan entri kali ini, sekali lagi ana mengajak antum semua bermuhasabah diri, keluarga dan masyarakat di negara kita, memandang penularan virus H1N1 yang semakin meluas, angka kematian semakin hari semakin bertambah, marilah kita sama2 kembali meletakkan arah tuju hidup kita hanya kepada Allah, dengan menuruti segala perintahnya dan meninggalkan segala tegah dan larangannya. Pada masa yang sama, kita sama2 berdoa agar virus tersebut beransur2 hilang dari negara kita. Mudah mudahan kita semua tergolong dalam golongan hamba Allah yang sentiasa mendapat perlindungan dariNYA. Insya Allah...

Bercakap tentang Israk dan Mikraj. Ketiadaan Ustazah Mazni yang mengambil kursus 14 minggu benar2 dirasakan. Manakan tidak, sebagai Ketua Panitia PI, beliau selalunya yang paling 'alert' dengan setiap hari kebesaran Islam yang bakal menjelang. Menghubungi penceramah, menjemput, dan membahagi2kan tugasan untuk setiap AJK panitia sememangnya menjadi tugas yang tak pernah beliau abaikan. Apapun, berkat kerjasama semua AJK panitia, maskipun dengan ketiadaan Ustazah Mazni, program ceramah dapat juga kami jalankan. Walaupun pada peringkat awalnya penceramah telahpun kami tetapkan, di saat2 akhir terpaksa dibatalkan kerana penceramah tersebut mempunyai urusan lain. Tergapai2 juga kami mencari2 pengganti. Akhirnya, salah seorang penceramah yang dihubungi telah menyelamatkan keadaan. Beliau akan hadir dan meminta disediakan laptop dan LCD untuk keperluan dalam ceramah beliau.

Pada hari Jumaat (31.7.09), Ustaz Fairuz b. Md Isa, seorang penceramah bebas, tiba bersama 'BBC' (bahan bantu ceramah) beliau. Laptop dan LCD telahpun sedia ana pasang. Sambil menantikan kehadiran beliau ana mainkan dahulu beberapa buah lagu dan rakaman yang ada dalam simpanan ana bagi menghilangkan kebosanan murid2. Setibanya beliau, terus ana minta 'pen drive'nya untuk ana sediakan. Malangnya, pengisian dalam bentuk Power Point yang beliau bawa itu tak dapat dibuka. Mujur beliau ada membawa nota tambahan. Ceramah berkisar tentang perjalanan Nabi dari mula sehinggalah ke akhirnya. Diselitkan juga beberapa tayangan video yang beliau bawa bersama bagi menarik minat murid2.

Alhamdulillah, akhirnya ceramah tersebut dapat juga dilaksanakan. Diharap murid2 yang mendengar dapat mengambil manfaat daripada ceramah yang Ustaz Fairuz sampaikan. Yang paling penting, perintah bersolat yang menjadi intipati 'perjalanan' Baginda ketika Israk dan Mikraj perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Ceramah kemudiannya diserikan dengan persembahan dari pasukan Al-Mumtaz. Ternyata, walaupun dengan PA sistem yang kurang memuaskan, sambutan daripada murid2 SKTMS terhadap persembahan mereka tetap seperti dahulu malah lebih menggalakkan. Sungguhpun lagu2 yang dipersembahkan itu telah berulangkali mereka dengar ketika sesi latihan Al-Mumtaz sebelum ke pertandingan pertengahan bulan lepas, minat mereka terhadap irama nasyid tak pernah pudar. Hebatnya 'irama dan lagu' yang Allah ilhamkan dalam fikiran manusia...

Selain persembahan, murid2 juga dimeriahkan dengan pertandingan kuiz spontan. Ramai juga yang bertuah dapat menjawab soalan2 yang dikemukakan. Manakan tidak, semuanya berkisar tentang isi ceramah yang baru sahaja disampaikan. Bagi yang tak berjaya, cuba lagi tahun depan.

Sesungguhnya, di sebalik perjalanan Baginda s.a.w, terkandung pelbagai hikmah dan pedoman buat manusia yang mahu berfikir. Sama2 kita hayati perjalanan Agung Baginda s.a.w.

Wassalam.

Ustaz Fairuz (kanan) ditemani GPK KOKO, Ustaz Abd. Malik

Murid2 SKTMS tekun mendengar ceramah yang disampaikan. Turut kelihatan Us. Ismail dan GPK 1, En. Adnan

Al-Mumtaz membuat persembahan