Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Tuesday, November 12, 2013

Travellog IKK 13 [101113]: Kenangan Terindah



Assalamualaikum semua...

Mungkin ada yang ternanti2kan entri terakhir Travellog IKK 13 kali ini. Alhamdulillah, 3 hari 2 malam berada di sana dirasakan terlalu singkat. Almaklum la, dengan jadual yang penuh dan debaran menantikan keputusan Ihtifal membuatkan segalanya berlalu dengan pantas.

Dua catatan/entri yang ana tulis sebelum ini ana hasilkan di UUM. Malangnya, entri ketiga ini gagal ana sudahkan mengikut masanya. Pulang ke NS, tiba di SKTMS jam 4.30 pagi hari Isnin. Ana sendiri mohon lewat ke sekolah hari tu daripada PK 1. Sebelah petang ke Melaka pula bagi memenuhi jemputan murid2 tahun 6. Mereka buat jamuan makan di Muara Sungai Duyong, Melaka.

Oklah, bercerita tentang hari terakhir team nasyid SKTMS ke Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013. Hari tersebut bermula awal. Begitupun, masing2 tak terjaga untuk Subuh berjamaah awal waktu pagi tu. Jam 6.30 pagi baru ke masjid untuk solat Subuh berjamaah bersama. Kami diminta bersedia seawal jam 7.00 pagi untuk bersarapan dan terus masuk ke Dewan Utama untuk Majlis Perasmian Penutup. Walaubagaimanapun, salah satu bilik al-Mumtaz kehilangan kunci pada malam sebelumya. Jadi, mereka bertiga menumpang di 3 bilik lain. Selepas Subuh, mereka cuba cari kunci dalam bas tapi bas masih berkunci. Hampir jam 7 pagi barulah bas dibuka dan kunci berjaya dijumpai. Pada masa yang sama sebahagian peserta sudahpun turun dari bilik bersama barangan kerana selepas Majlis Perasmian Penutup, kontonjen NS akan terus bergerak keluar dari UUM.


Meskipun bertolak agak lewat dari penginapan ke Dewan Utama, majlis masih belum bermula. Kami mengambil sarapan pagi terlebih dahulu sebelum terus masuk ke Dewan Utama. Agak lama juga menunggu sebelum Majlis Perasmian Penutup dimulakan. Majlis yang sepatutnya dihadiri oleh MB Kedah berlangsung tanpa beliau. Beliau digantikan oleh seorang Exco lain. 


Debaran berterusan. Ana dan Cikgu Nazariah tidak meletakkan harapan terlalu tinggi. Cukuplah sekadar mendapat tempat dalam Ihtifal kali ini. Kalau keputusannya lebih baik, itu adalah bonus buat kami. Akhirnya keputusan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim. Al-Mumtaz telah berjaya mendapat tempat ke-3 di belakang pasukan Selangor di tempat ke-2 dan Pahang di tempat pertama. Bagi al-Mumtazah pula, hanya mendapat saguhati. Kategori lain juga NS hanya mendapat saguhati. Al-Mumtaz menerima hadiah berupa wang tunai RM1000, cenderahati dan sijil manakala al-Mumtazah pula membawa pulang wang tunai RM500, cenderahati dan sijil.

Alhamdulillah, sekurang2 nya target ana dan Cikgu Nazariah tercapai. Begitu juga dengan target JHEAINS. Begitupun, masih ada ruang untuk penambahbaikan tetapi sayangnya ini adalah penyertaan terakhir al-Mumtaz (bagi batch ini) kerana mereka sudahpun berada di tahun 6. Ini bermakna, tahun hadapan al-Mumtaz akan kembali dengan muka2 baru. Insya Allah, kalau tak silap ana murid tahun 3 (tahun depan tahun 4) sudahpun disenarai pendekkan untuk diserap masuk ke dalam pasukan al-Mumtaz bagi tahun hadapan.



 

Usai majlis Perasmian Penutup, kami semua menikmati jamuan makan tengah hari, kemudian terus menaiki bas untuk ke Padang Besar, Perlis. Aktiviti shopping berakhir jam 4.30 petang, seterusnya dari Padang Besar kami terus pulang ke NS.


Alhamdulillah, selain berpeluang mencari pengalaman di IKK pada kali ini, ana juga berkesempatan bertemu dengan sahabat2 yang turut terlibat samada sebagai urusetia, jurulatih mahupun guru pengiring seperti ana. Selain rakan2 jurulatih yang biasa ana temui di Festival Nasyid seperti Akhi Najmi dari Terengganu, kali ini ana ditakdirkan bertemu dengan sahabat seU dengan ana di USIM (dulunya KUIM) yang sejak meninggalkan USIM tidak pernah bersua muka hampir 10 tahun. Pertama, Akhi Bahran yang kini mengajar di Sarawak dan Akhi Tarmizi yang kini berkhidmat dengan JAKIM. Moga tautan ukhuwah ini diredhai dan diberkati Allah.



Sebelum ana mengakhiri entri pada kali ini, tidak lengkap rasanya jika ana tidak rakamkan ucapan terima kasih kepada pihak2 yang sama2 membantu ke arah kejayaan yang dikecapi pada kali ini. Dari segi sokongan moral, ingin ana ucapkan setinggi penghargaan kepada:
1. Guru Besar, staf & seluruh warga SKTMS (termasuk Cikgu Nazariah)
2. YDP PIBG, En. Sabar
3. Us. Fauzar, PPDJJ
4. Ustazah Farihan & team JHEAINS
5. Akhi Khalilullah PAID (syukran bagi ana guna WIFI n bantu ana uruskan al-Mumtaz)
6. Ibu bapa al-Mumtaz dan Al-Mumtazah
7. Ahli keluarga (Udo, Najmi, zaujah, anak2, mak n abah)

Dari segi bantuan mahupun sumbangan kewangan, perlu juga ana ucapkan jutaan terima kasih kepada:
1. Dato' Hj. Salim
2. Hj. Shaharuddin
3. Hj. Zamri
4. Ukhti Farha
5. Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol NS
6. Bank Rakyat Bahau
7. Hj. Wahab TAKAFUL IKHLAS
8. Ketua Kampung Bkt. Laka
9. KAP SKTMS
10. PIBG SKTMS
11. Abg. Madi Petronas
12. Helmizah Trading
13. Hj. Said
14. Kak Anum
15. Penjaga al-Mumtaz & al-Mumtazah

Mungkin terdapat penyumbang yang ana tak sempat sebutkan di sini. Walaubagaimanapun, ana doakan antum semua dimurahkan rezeki dan dikurniakan keberkatan umur oleh Allah Taala.

Terdetik juga di hati ana untuk cuba mencari dana bagi mewujudkan sebuah studio latihan di SKTMS. Alhamdulillah, Guru Besar menyokong usaha tersebut. Insya Allah, dalam masa terdekat ana akan cuba siapkan kertas kerja bagi tujuan tersebut. Siap kertas kerja, bolehlah usaha cari peruntukan pula. Berdasarkan trek rekod al-Mumtaz dan kesungguhan jurulatih, ana rasa wajar untuk diwujudkan studio latihan tersebut. Ini bagi meningkatkan kualiti pasukan nasyid yang bakal dibentuk samada dari segi suara mahupun persembahan. Disamping itu, wujudnya sebuah studio latihan juga akan membantu mengurangkan gangguan kepada PDP semasa latihan dijalankan nanti.

Doakan usaha ini membuahkan hasil. Sekian saja Travellog IKK 13 buat kali ini. Bagi entri travellog IKK 13, ini adalah entri penutup dan terakhir. Sebanyak 3 entri ana hasilkan sepanjang IKK 13 ini. Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang membantu ana mahupun team nasyid SKTMS.

Jumpa lagi dalam travellog yang lain.

Wassalam.

Saturday, November 9, 2013

Travellog IKK 13 [091113]: Berikan Yang Terbaik!



Assalamualaikum sahabat dan pengunjung semua...

Seperti yang dijanjikan. Hari ini, entri berkenaan Ihtifal KAFA Kebangsaan hari kedua tetap ana hasilkan meskipun mata terasa amat berat lantaran kekenyangan menikmati makan malam dalam Jamuan Negeri di Seri Mentaloon. 


Hari kedua bermula jam 5.00 pagi. Sebelum tidur pada sebelah malamnya, ana dah siap simpan kunci bilik al-Mumtaz. Ana kejutkan mereka awal, sebelum Subuh, mandi dan bersedia untuk Solat Subuh. Sebaik mendengar azan, kami bergerak dari kediaman ke masjid. 

Balik dari masjid, ana minta mereka bersiap. Jam 7.00 pagi kami turun, menaiki bas menuju ke vanue utama untuk bersarapan. Selesai bersarapan, al-Mumtaz mengambil tempat bagi bersedia untuk Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. 


Giliran al-Mumtazah tiba lebih awal dari al-Mumtaz. Kebetulan pula, kategori perempuan telah bermula lebih awal berbanding kategori lelaki. Selepas berdoa, al-Mumtazah yang berada dalam undian ke 7 memulakan persembahan mereka. Alhamdulillah, tidak mengecewakan. Moga ada rezeki mereka dalam percubaan dan penyertaan kali pertama ini.


Bagi al-Mumtaz yang mendapat undian ke 10, mereka dijadualkan membuat persembahan selepas makan t/hari. Selepas rehat yang berhenti pada giliran ke 8, al-Mumtaz pun bersedia. Nak dijadikan cerita, rupa2nya peserta ke-9 tidak menghantar wakil. Maknanya selepas rehat, al-Mumtazlah yang seharusnya membuat persembahan. Begitupun, persembahan mereka tidak mengecewakan. Tinggal lagi saingan kategori lelaki sememangnya hebat2 jika hendak dibandingkan dengan kategori perempuan.


Persembahan berakhir lebih kurang jam 5.00 petang. Setelah semua acara berakhir, seluruh kontinjen NS bergerak pulang ke bilik dengan bas. Sampai di bilik lebih kurang jam 5.30 petang. Kami perlu bersiap dan kembali berkumpul dalam bas di vanue utama jam 6.00 petang. Ini kerana semua bas akan berkonvoi dan diiringi oleh 'rider' daripada Polis Trafik bagi melancarkan perjalanan ke Kediaman Menteri Besar di Bandar Alor Setar. Pada malam ini kami akan diraikan oleh MB Kedah dengan jamuan makan malam meskipun MB tidak berada di Malaysia waktu ini.




Usai jamuan lebih kurang jam 10.30 malam, kami kembali ke bas dan berkonvoi kembali ke kampus UUM dengan diiringi 'rider' oleh Polis Trafik tadi. Sampai ke UUM lebih kurang jam 11.15 malam, al-Mumtaz terlebih dahulu menuju ke masjid bagi bersolat. Selesai solat, kami kembali ke bilik. Pagi esok, awal2 pagi lagi kami perlu berkemas dan 'check out' dari bilik. Ini kerana, selepas selesai majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah kontinjen NS akan terus bergerak pulang.

Ana berharap agar antum doakan yang terbaik buat peserta dari NS, moga ada rezeki kami kali ini. Yang pasti, setiap peserta telah memberikan yang terbaik dalam cabaran dan pertandingan yang mereka lalui semalam.

Insya Allah, ana akan kembali dengan entri terakhir malam esok. Itupun jika berkesempatan kerana kami dijangka sampai ke Seremban lebih kurang jam 2 pagi, kemudian bertukar bas untuk ke Bahau. Paling awal kami mungkin sampai ke Bahau jam 3.30 pagi. Jika ana tak berkesempatan menulis malam esok, ana akan update dan akhiri travellog ini dengan entri terakhir pada hari Isnin. Insya Allah.

Sekian buat waktu ini.

Wassalam.

Friday, November 8, 2013

Travellog IKK 13 [081113]: Membawa Cabaran NS



Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, pada awalnya ana rasa tak dapat nak buat catatan travellog IKK 13 ni memandangkan WIFI di UUM ni hanya untuk staf dan student. Rancangan ana hanyalah untuk buat satu entri khas bila balik ke NS selepas selesai Ihtifal nanti. Walaubagaimanapun, Allah Maha Merancang. Ana ditempatkan sebilik bersama dengan seorang sukarelawan PAID Jempol yang juga pegawai yang ditugaskan untuk membantu ana dan al-Mumtaz sepanjang Ihtifal ini, Us. Khalilullah. Entri ini dan insya Allah entri hingga hari terakhir kami berada di UUM Sintok ini akan ditaja oleh beliau (sebab guna WiFi HP dia). Jazakallah sheikh...

Untuk makluman semua, kami bertolak dari SKTMS dengan bas JHEAINS hampir jam 7.00 malam. Ana sendiri yang pulang lewat ke rumah untuk berkemas selepas menguruskan keperluan ahli pasukan turut agak terlewat tiba ke sekolah. Kebetulan, Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 juga yang diadakan pada hari yang sama. Alhamdulillah, YB Shamshulkahar sudi menyumbang bagi menampung perbelanjaan kami sepanjang berada di Kedah nanti.


Perjalanan kami dari SKTMS menuju ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi terlebih dahulu. Usai solat Maghrib dan makan malam, sesi taklimat bersama Us. Amir Intizam diadakan. Selepas taklimat, barang2 dialihkan ke dalam bas lain, Bas Persiaran yang disewa olah JHEAINS. Perjalanan ke UUM Sintok bermula pada jam 9.30 malam. Al-Mumtaz & Al-Mumtazah selain diiringi oleh ana sendiri dan Cikgu Nazariah, turut dibantu oleh seorang pegawai JHEAINS bagi setiap pasukan. Selain kami dan beberapa orang pegawai JHEAINS, turut bersama ialah peserta Tilawah al-Quran L/P tahap 1 dan 2 serta peserta Syarahan.


Sepanjang perjalanan, beberapa kali juga bas berhenti di RnR bagi memudahkan peserta berehat, mengambil angin, membeli makanan mahupun 'melepaskan hajat'. Selain daripada itu, antum tengok sendiri gambar di atas. Tidur... jaga... tak sampai lagi. Tidur lagi... jaga lagi... pun tak sampai lagi. Jauh sungguh haih! Alhamdulillah, perjalanan lancar. Peserta juga tiada masalah kecuali seorang ahli al-Mumtazah yang tak biasa menaiki bas. Pening dan muntah2 sampai 'lembik'. Kesian... Walaubagaimanapun, perjuangan tetap perlu diteruskan.


Kontinjen NS antara yang paling awal sampai ke UUM. Turut bersama sampai awal ialah peserta dari kontinjen Negeri Selangor. Dengar cerita persediaan mereka dibantu oleh munsyid ternama. Takpelah, SKTMS cuba berikan yang terbaik dari usaha guru2 sendiri. Sebelum bergerak ke lokasi kediaman, ana ambil kesempatan ambil gambar dewan utama dahulu (Dewan Mu'azam Shah) lokasi utama merangkap lokasi untuk pertandingan Nasyid bagi kategori Lelaki. Penginapan kami disediakan di kediaman pelajar UUM. Peserta diletakkan 3 orang sebilik manakala guru pula ditempatkan berdua dalam satu bilik.



Kami datang semua ke vanue utama pada waktu tengah hari bagi mendapatkan hidangan makanan tengah hari. Jarak kediaman dengan vanue utama pun memakan masa hampir 20 minit. Selesai makan tengah hari, ana dan Cikgu Nazariah bawa al-Mumtaz & al-Mumtazah untuk merasai debaran berada di atas pentas utama dengan jangkauan pandangan audien yang luas. Harap2 membantu hilangkan rasa gementar dalam hati mereka. Sebelum turun, macam biasa la. Bergambar dulu. Sebelah petang, kami habiskan untuk berlatih dan berehat di bilik penginapan.


Pada sebelah malamnya diadakan sesi taklimat program. Kebetulan taklimat tersebut disampaikan oleh sahabat ana sewaktu di KUIM (sekarang USIM) dulu, Ustaz Ahmad Tarmizi. Beliau kini berkhidmat di JAKIM sebagai Penolong Pengarah Unit UPKK Buku Sumber dan Kurikulum. Sempat juga ana berjumpa dengan beliau selepas sesi taklimat berakhir.

Usai sesi taklimat, al-Mumtazah dibawa ke dewan berasingan oleh Cikgu Nazariah, lokasi pertandingan untuk Nasyid kategori Perempuan pada pagi esok. Dewan tersebut hanya bersebelahan dengan dewan utama. Alhamdulillah, masalah tak cukup perkusi insya Allah akan dapat diatasi meskipun perkusi SBPI Jempol turut kami bawa bersama.

Insya Allah, pertandingan akan bermula jam 8.00 pagi esok dan akan dihentikan sebentar bagi memberi laluan kepada Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Selepas itu, pertandingan akan disambung hingga selesai. Untuk makluman antum, al-Mumtazah mendapat giliran ke 7 manakala al-Mumtaz pula mendapat undian ke 10 daripada 14 pasukan yang akan bertanding bagi kedua-dua kategori.

Ana ambil kesempatan ini untuk mengajak antum agar bersama-sama mendoakan kejayaan kontinjen NS amnya dan pasukan nasyid SKTMS khasnya dalam pertandingan pada kali ini. Moga Allah permudahkan urusan dan usaha kita semua.

Sekian catatan ana untuk hari ini. Insya Allah, bertemu lagi dalam entri seterusnya malam esok dalam 'Travellog IKK 13 [091113]

Wassalam.

Wednesday, November 6, 2013

Doakan Kejayaan Kami




Assalamualaikum semua...

Untuk makluman pengunjung sekalian, al-Mumtaz & al-Mumtazah akan bertolak ke kampus UUM Sintok Kedah pada petang ini bagi menyertai Ihtifal KAFA Kebangsaan.

Buat masa ini persiapan agak memuaskan memandangkan jarak antara pertandingan negeri dengan kebangsaan terlalu hampir.

Ana mewakili team pengurusan dan kejurulatihan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu dalam mempersiapkan pasukan ini terutamanya penyumbang dana yang tak dapat ana sebutkan di sini.

Terima kasih juga buat seluruh warga SKTMS, sahabat handai serta kenalan yang memberi semangat, dorongan dan doa berterusan kepada kami. Segalanya tak mungkin dapat kami balas. Moga Allah berkati anda semua.

Akhir kata, kami mohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap kami sepanjang pertandingan sejak peringkat daerah hinggalah ke peringkat negeri. Mojon juga doa berterusan dari anda semua buat bekalan kami di Kedah nanti.

Sekian, wassalam.

Saturday, October 19, 2013

Catatan Ihtifal Kafa Peringkat NS: SKTMS Juara!



Assalamualaikum...

Moga Allah senantiasa pelihara n naungi kehidupan antum semua.

Bagi ana, hujung tahun memang padat. Padat dengan tugasan sekolah, sedikit padat dengan mesyuarat, terkini usaha kali pertama di Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan pula menjengah.

SKTMS bermula dengan persediaan pasukan perempuan dari tahun 5 (al-Mumtazah) sahaja. Ini kerana kami menyangka murid tahun 6 (al-Mumtaz) tidak layak menyertai Ihtifal ini. Mereka yang tewas di Festival Nasyid KPM juga agak 'frust' bila diberitakan demikian. Segalanya berubah bila 2 minggu sebelum Pertandingan Peringkat Daerah apabila kami mendapat maklumat murid tahun 6 juga layak menyertai Ihtifal ini. Tanpa membuang masa, al-Mumtaz disediakan. Cikgu Nazariah selaku ketua jurulatih terus mempuat pemilihan lagu dan memulakan latihan. Meskipun tidak lagi berlatih di Bilik Muzik, Cikgu Yusof yang telah lama bersama al-Mumtaz turut membantu dengan nasihat dan pendapat yang membina.

Peraturan Ihtifal sedikit berbeza dengan Festival. Selain sedikit perbezaan dari segi pemarkahan, yang paling ketara ialah penganjur menghendaki pasukan yang menyertai Ihtifal menyanyikan lagu Arab sebagai lagu pertama manakala lagu kedua pula perlu mengikut tema. Kebetulan pula tema yang dipilih ialah tema yang sama dengan tema Festival Nasyid Pada tahun ini, "Al-Quran Penjana Wasatiyyah Ummah".

Pasukan al-Mumtaz membawa lagu Ummi manakala al-Mumtazah pula membawa lagu Lau Kana Bainana. Ana sendiri yang pada mulanya merasakan agak kurang yakin dengan kemampuan kedua-dua pasukan membawa lagu ini, akhirnya terkejut dengan kemampuan mereka. Paling ana respek bila Cikgu Nazariah berjaya melatih kedua-dua pasukan dengan memasukkan harmoni dan ia benar2 menjadi. Syabas buat Cikgu Nazariah. Ana hanya support nama2 yang perlu sahaja samada dari segi perkusi dan persembahan. Cikgu Yusof turut membantu.

Pertandingan Peringkat Daerah Jempol menyaksikan hanya 3 peserta lelaki dan al-Mumtazah satu2nya pasukan perempuan yang menyertainya. Cikgu Nazariah, walaupun mengetahui perkara tersebut tidak menjadikannya satu alasan untuk mempuat persediaan sambil lewa. "Segalanya perlu yang terbaik", katanya, walaupun tiada saingan. Beliau tak mahu menghantar pasukan jika mereka belum betul2 bersedia. Selebihnya, terserah kepada Allah. Alhamdulillah, al-Mumtaz dan al-Mumtazah berjaya mendapat johan di Pertandingan Peringkat Daerah. Meskipun bergelar juara, latihan tetap diteruskan bagi memantapkan persediaan kedua2 pasukan.

Kami berhadapan dengan Ihtifal KAFA Peringkat NS buat kali pertama sejak ia dianjurkan. Dengan meletakkan harapan yang tidak terlalu tinggi, kedua2 pasukan berazam untuk melakukan yang terbaik. Bagi al-Mumtaz, kekhilafan dan kekurangan di Festival Nasyid KPM perlu diperbetulkan. Muhasabah dilakukan berkali2 oleh ana dan Cikgu Nazariah bersama mereka agar kesilapan dan kekurangan lalu tidak berulang. Bagi al-Mumtazah pula, meskipun bertanding buat kali pertama, peluang yang terhidang di hadapan mata tidak boleh dipersiakan.

Sebelum Ihtifal Peringkat Negeri, kami dimaklumkan al-Mumtazah mendapat giliran pertama selepas undian dilakukan. Pada mulanya kami agak tidak berpuas hati memandangkan jarak antara Bahau dengan Port Dickson agak jauh. Walaubagaimanapun, setelah berbincang kami pasrah. Pasti ada hikmahnya segala yang berlaku. Berbekalkan sedikit pengalaman, pendapat undian pertama juga ada pro n contranya. Mujur juga sahabat ana, Ustaz Ismail sudi bersama bergerak awal dari Bahau pada hari pertandingan. al-Mumtaz, Shoutul Mawaddah (Kalam Jamaie) dan Shoutul Azqiya' (Dikir Barat) bertolak ke PD dengan 2 buah bas. al-Mumtazah dengan kereta Ustaz Ismail, Cikgu Nazariah & 'Ferrari' ana bertolak ke PD seawal jam 6.15 pagi.

Sampai di PD, vanue pertandingan rupanya tidak berpusat. Setelah mendaftar, kami perlu bergerak ke vanue yang lain iaitu di ILMI, Institut Latihan Islam ATM (kalau tak silap ana). Tiba di ILMI, sebaik memasuki dewan satu kejutan lagi kami terima. Penganjur hanya menyediakan 3 mikrofon sahaja, termasuk 1 untuk MC. Cikgu Nazariah mula resah, kami mula berbincang tentang siapa nak pegang mikrifin, bagaimana dengan pergerakan sewaktu persembahan dll. Sambil mengharapkan yang terbaik, datang pasukan yang mendapat giliran kedua dari SK Putra, daerah Jelebu. Kebetulan, mereka membawa mikrofon spare (4 buah lagi).

Pasukan dari SK Putra. Jazakallah sudi pinjamkan mikrofon

Subhanallah, Maha Benar janji Allah, Dia bersama dengan hamba2NYA yang bertawakkal. Setelah berunding akhirnya team SK Putra bersetuju meminjamkan mikrofon mereka. Jadi 3+4, maka cukup 7 buah mikrofon. Alhamdulillah. Persembahan al-Mumtazah berjalan baik meskipun masih ada ruang yang perlu diperbaiki.

Usai persembahan al-Mumtazah, Cikgu Nazariah mahu terus berada di ILMI. Ana bersama Ustaz Ismail dan suami Cikgu Nazariah bergerak ke vanue utama bagi mempersiakpan al-Mumtaz. Perkusi juga hanya 1 set untuk digunakan oleh kedua2 pasukan. Jadi, kenalah bergilir.

Sampai di vanue utama, kumpulan ke 5 sedang membuat persembahan. al-Mumtaz terus disiapkan. Pakai samping, pakai brooch tapi tak sempat touch up, sekadar lap peluh je. Persembahan juga di dewan terbuka, masing2 berpeluh kerana hari dah mendekati waktu tengah hari. Selesai sekali rehearsal dan pesanan terakhir kepada al-Mumtaz, giliran mereka pun tiba. Alhamdulillah, persembahan mereka juga baik tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Persembahan al-Mumtaz di Dewan Terbuka. Memang panas...

Selesai seluruh pertandingan, majlis penutup dimulakan pada jam 12.45 petang. Majlis yang diadakan di Dewan Tertutup tidak mampu memuatkan semua peserta. Hujan pula turun dengan agak lebat. Hanya sebahagian kecil sahaja peserta berada di dalam dewan. Selebihnya, guru2 dan ibu bapa. Kalau dipasang speaker di luar dewan alangkah baiknya.

Keputusan diumumkan bermula dengan acara tilawah dan syarahan. Apabila keputusan nasyid diumumkan, al-Mumtaz dan al-Mumtazah mula merapati dewan tetapi masih di tepi dewan kerana sebelah dalam terlalu sesak. Tempat kedua, diumumkan. Juara Festival Nasyid KPM, SK Batang Benar yang dipanggil. al-Mumtaz hampir bersorak. Bila MC mengumumkan Juara menjadi milik SKTMS, al-Mumtaz tak dapat menahan kegirangan. Mereka bersorak. Ana hanya mampu mengucap syukur.

Al-Mumtazah turut berada di tepi dewan. Menantikan keputusan bagi kategori perempuan. Bila diumumkan sebagai pemenang, masing2 terjerit girang. Alhamdulillah, kedua2 pasukan nasyid SKTMS telah berjaya menjadi johan. Kepenatan, tekanan dan tension selama ini hilang dengan sendiri. Maskipun kebanyakan masa di sekolah dihabiskan untuk mereka hinggakan tugasan lain agak lewat diselesaikan, segalanya berbaloi.

Kini, Pengurus Pasukan (ana la tu) makin pening. Ihtifal Kebangsaan tak sampai sebulan. Persediaan dari segi persembahan boleh dilakukan, persediaan keperluan yang menjadi kekangan. Segalanya memerlukan kewangan yang agak besar. Kepala mula senantiasa berputar memikirkan kaedah mencari dana. Beberapa nama terus muncul bagi mendapatkan sumbangan. Moga Allah permudahkan usaha kami dan semoga ada insan yang sudi membantu. Buat antum, terima kasih atas doa dan sokongan. Kami amat berhadap doa dan sokongan antum berterusan hingga kami ke Intifal Peringkat Kebangsaan nanti di Kedah.

Sekian catatan ana buat kali ini. Mahu ke sekolah untuk siapkan sijil pemenang dan penyertaan al-Mumtaz dan al-Mumtazah.

Wassalam.

Saturday, August 10, 2013


Assalamualaikum...

Sekali lagi, ana mohom maaf di atas kejarangan ana mengupdate blog ini. Sepanjang Ramadhan pun, jarang2 juga ana online. Jadi, agak tidak berkesempatan untuk menulis entri terbaru.

Begitupun, untuk entri kali ini ana masukkan gambar ana dan anak2 pada pagi 1 Syawal baru2 ini. Mungkin ada yang bertanya tentang umi. Untum makluman, umi yang paling awal siap pada pagi tu, cuma belum touch up je. Lepas siapkan anak2 dan suami, baru umi mengadap cermin. Jadi, bila sampai time nak bergambar masa tu la umi duk depan cermin. Hehehe...

Apapun, ana mewakili diri ana dan keluarga ana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H kepada semua yang mengenali kami. Taqabbbalallahu minna waminkum dari kami.

Wassalam.

Monday, July 22, 2013

Alatan Dikir Barat, dapatkan di sini...



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Terkini dari ana, set lengkap alatan dikir barat buatan tangan yang dibawa khas dari Kelantan. Insya Allah, ana akan cuba belajar sikit2 cara bermain alat2 ni. Sekurang2nya, ada nilai tambah kepada pembeli nanti. 

Boleh dapatkan daripada ana dengan harga RM1500. Insya Allah, ada diskaun bergantung kepada jarak penghantaran. Hubunngi ana di talian: 013-3957924.

Wassalam.

Sunday, May 19, 2013

Al-Mumtaz 2013: Cabaran Berakhir Di Tempat Ketiga


Assalamualaikum semua...

Sesungguhnya sesekali Allah akan menguji hambaNya dengan kemenangan supaya hambaNya belajar erti syukur, sebaliknya sesekali Allah juga akan uji hambaNya dengan kekalahan supaya hambaNya belajar erti sabar.

Pastinya melihat tajuk saja anda semua dah dapat mengetahui keputusan Festival Nasyid Sekolah2 KPM Peringkat NS bagi pasukan al-Mumtaz yang baru sahaja berlangsung semalam. Keputusan sudahpun diperolehi, pastinya setiap pasukan yang bertanding mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2. Hasilnya, para hakim telah membuat keputusan sebegitu. Sebagai sebahagian daripada team al-Mumtaz, redha dan sabar adalah ramuan terbaik bagi menjaga kebersihan hati.

Walaupun tidak berjaya membawa cabaran NS, al-Mumtaz yakin pasukan yang berjaya menjadi johan akan melakukan yang terbaik di peringkat kebangsaan nanti. Meskipun kali ini adalah kali ke 2 al-Mumtaz tidak berjaya ke peringkat kebangsaan (kali pertama pada 2011), keputusan tersebut kami terima dengan lapang dada. Yang pasti, al-Mumtaz punya lebih masa dan peluang untuk membuktikan kemampuan diri dalam UPSR nanti.

Selaku pengurus pasukan, beberapa pihak perlu diberikan setinggi2 penghargaan di atas sumbangan, jasa dan pengorbanan mereka sehingga al-Mumtaz berjaya ke tahap ini. Terima kasih kepada Pn. Nazariah & family (suami & Najmi), sebahagian besar al-Mumtaz adalah dari hasil usaha mereka. Lirik, lagu, paluan perkusi, kejurulatihan dan persediaan al-Mumtaz sebahagian besarnya melibatkan mereka. Kepada En. Yusof, bimbingan dan panduan beliau amat berharga buat al-Mumtaz. Buat Guru Besar Cemerlang SKTMS, Tn. Hj. Othman yang sentiasa bersama Al-Mumtaz sejak dari peringkat daerah, terima kasih diucapkan. Seterusnya kepada ibu bapa al-Mumtaz, sampai di sini sahaja kami 'ganyang' dan 'gasak' anak tuan/puan semua. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan. Buat guru-guru, staf dan murid2 SKTMS, doa dan sokongan anda semua amat kami sanjung tinggi. Semoga Allah membalas jasa, pengorbanan dan sokongan anda semua dengan ganjaran amal kebajikan.

Ana uploadkan gambar peserta2 yang bertanding untuk tatapan anda semua.

Wassalam.

Juara dari SK Batang Benar, Seremban

Naib Juara dari SK Saint Paul, Seremban

Tempat Ketiga, Al-Mumtaz dari SK Tunku Muda Serting








Thursday, May 16, 2013

FN Peringkat NS: 1 Hari Lagi...



Assalamualaikum semua...

Ana pun dah tak ingat kali terakhir ana update blog ni. Yang pasti mesti masa lepas Al-Mumtaz menang peringkat daerah dulu.

Pejam celik, pejam celik, rupa2nya pertandingan peringkat NS hanya berbaki satu hari je lagi. Seperti juga pasukan2 lain yang akan bertanding, Al-Mumtaz tetap mengimpikan kejayaan dan berharap dapat melakukan yanng terbaik dalam pertandingan nanti.

Ana selaku pengurus pasukan mewakili seluruh team Al-Mumtaz mengharapkan doa daripada antum semua. 

Wassalam.



Wednesday, April 3, 2013

Al-Mumtaz Kembali Berjuang


Latihan di hadapan khalayak

Assalamualaikum...

Sekian lama blog ini tak berusik, tak berupdate, tak dihiasi entri baru, malm ini ana gagahkan hati untuk menulis walaupun sedikit. Tambahan pula, esok Al-Mumtaz akan memulakan langkah pertama bagi menyertai Festival Nasyid Sekolah2 KPM Peringkat Daerah Jempol 2013.

Dari segi persediaan, alhamdulillah setakat ini agak meyakinkan. Bagi tahun ini, Al-Mumtaz membariskan pasukan penuh (9 orang) berbanding 8 orang sahaja tahun lepas. Dengan seorang ahli yang telah bertukar sekolah, kini kami punya 5 orang penyanyi dan 4 orang pemain perkusi.

'Digasak' terlebih dahulu dalam bilik muzik

Seperti biasa, persediaan Al-Mumtaz melibatkan banyak pihak. Bermula dari penghasilan lirik dan lagu, sehinggalah kepada latihan dan persediaan menghadapi pertandingan. Untuk itu, ana mewakili Al-Mumtaz ambil kesempatan untuk ucapkan setinggi2 penghargaan dan terima kasih kepada En. Shaharudin, Najmi ex-Al-Mumtaz, Pn. Nazariah, Cikgu Yusof, penjaga Al-Mumtaz dan seluruh warga SK Tunku Muda Serting.

Teruskan berdoa dan menyokong Al-Mumtaz!

Wassalam.

Jurulatih tetap, Sdr Najmi sangat membantu

Monday, January 28, 2013

Lembutkan Hatimu Untuk Berselawat...


Assalamualaikum warhmatullah...

Sekadar sedikit perkongsian pendek. Nak tulis panjang2 pun macam tak sempat. Berkenaan kelebihan berselawat kepada Baginda Nabi s.a.w. 

Moga Rasulullah bermurah hati membantu kita di Akhirat kelak.

Wassalam.