Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Saturday, May 12, 2012

Al-Mumtaz: Juara Festival Nasyid KPM Per. NS 2012



سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر

Kalimah2 ini selayaknya diulang2 dalam setiap hela nafas n denyutan nadi team Al-Mumtaz. Sesungguhnya, hanya dengan kata2 "KUN" maka setiap perkara itu pasti terjadi dengan kuasaNYA.

Segala yang berlaku hari ini bagaikan mimpi. Penuh suspen, debaran, sedikit ralat, dan berakhir dengan setinggi2 kesyukuran buat Penguasa Seantero Alam. Pulang ke rumah petangnya terus solat Zuhur n rebahkan diri. Subhanallah, letihnya... Letih jasmani n rohani.

سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر

Perjalanan Al-Mumtaz bermula seawal jam 7.00 pagi. Sebelum bertolak Al-Mumtaz terlebih basahkan tekak dengan air madu + limau nipis panas dan roti. "Air tu untuk bersihkan tekak", kata Cikgu Yusof. 


Sampai di SM Teknik Kuala Klawang, Al-Mumtaz terus bersiap. Maklum la, giliran kedua. Begitupun, pertandingan bermula hanya pada jan 9.00 pagi. Sebelum mempuat persembahan, Al-Mumtaz berkesempatan warm-up suara seterusnya berdoa memohon natijah selayaknya buat kami setelah berusaha sebaik upaya. Sempat juga ana beri Al-Mumtaz minum air zam2 yang ana bawa dari rumah buat hilang gemuruh dan menambah keyakinan. Alhamdulillah, Qayyum yang masih demam tetap bersemangat meneruskan perjuangan bersama rakan2 Al-Mumtaz yang lain.

Sampai giliran Al-Mumtaz membuat persembahan. Segalanya berjalan baik pada awalnya. Ralat mula menyelubungi apabila lagu pertama dialunkan. Suara Aqil (solo) tenggelam dan tidak menonjol. Mikrofon Qayyum pula kejap ada kejap takde. Hasilnya, lagu pertama amat tidak memuaskan hati pengurusan n kejurulatihan Al-Mumtaz. Sebelum tamat lagu pertama, ana berjumpa dengan 'soundman'. Katanya perlu tukar mikrofon. Ana terus bergerak ke belakang pentas dan minta 'CREW' tukarkan mikrofon. Alhamdulillah, lagu kedua berjaya dibawa dengan amat baik. Syukur. Moga para hakim pertimbangkan masalah teknikal yang kami hadapi, kata hati ana.

سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر

Berakhir persembahan 8 pasukan, perasaan team Al-Mumtaz bercampur baur. Masing2 dengan pandangan dan penilaian masing2. Bagi ana, segalanya telah berlalu, hanya tawakkal menjadi peneman Al-Mumtaz ketika itu. Bermula dari saat itu ana pesan kepada Al-Mumtaz supaya memperbanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w. Moga Allah tentukan yang terbaik buat team Al-Mumtaz kali ini.

Bergerak ke vanue utama, SMK Undang Jelebu. Team Al-Mumtaz diminta terus masuk ke Dewan Karisma. Begitu juga dengan pasukan2 lain. Lebih kurang jam 12.15 t/hari, Majlis Penutup dimulakan dengan ucapan daripada Us. Mohd. Wazir dan ucapan Perasmian Penutup daripada wakil Pengarah BPI, seterusnya ucapan daripada Pengerusi Jemaah Hakim, Us. Zainal Arifin. 

Selesai ucapan, Pasukan Irsyadus Sufi daripada SBPI Jempol telahpun dijemput oleh penganjur untuk membuat persembahan selingan. Hati ana jadi berdebar2, apakah Al-Mumtaz punya rezeki pada tahun ini? Usai persembahan barulah Majlis Penyampaian Hadiah dijalankan. Satu demi satu wakil sekolah2 yang mengambil bahagian dijemput untuk menerima sijil. Selesai 5 sekolah menerima sijil masing2, pasukan daripada 3 buah sekolah yang akan mendapat tempat pertama hingga ketiga dipanggil untuk berbaris. SKTMS, SK St. Paul & SK Desa Cempaka. Hati ana makin berdebar bila SK Desa Cempaka diumumkan pemenang ketiga. Apabila Pengerusi Majlis mula menjemput pemenang kedua dengan nama Shoutul... hati ana melonjak kesyukuran. Alhamdulillah, ada rezeki kami tahun ini. Cikgu Nazariah ketika itu sudahpun menitiskan air mata kegembiraan. 

سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر

Usai penyampaian hadiah, kami ambil peluang bergambar. Sejarah terukir kembali apabila NS akan diwakili oleh hanya 1 daerah iaitu daerah Jempol dalam Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan pada tahun ini (SR: Al-Mumtaz, SKTMS & SM: Irsyadus Sufi SBPI Jempol. Ini membuatkan kenangan pada tahun 2009 kembali bermain dalam fikiran. 




سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر

Guru Besar Cemerlang SKTMS, Tn. Hj. Othman Embong menelefon ana awal pagi tadi, sebelum Al-Mumtaz membuat persembahan. Beliau sampaikan pesan bahawa beliau menghadiahkan RM100 kepada Al-Mumtaz untuk belanja makan nanti. "Nak bagi semangat dan bagi mereka seronok", kata beliau kepada ana. Alhamdulillah, memang kena belanja makan pun. Disebabkan pekan Kuala Klawang tak punya KFC, team Al-Mumtaz ambil keputusan untuk ke KFC Bahau. 


سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر 

Tak lengkap entri ini tanpa ana ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada insan2 yang banyak menyumbang usaha, tenaga, masa dan wang ringgit dalam memastikan Al-Mumtaz mencapai kejayaan hingga ke tahap ini.

1. Cikgu Nazariah & Cikgu Yusof
Sering ana ulang, tanpa 2 orang individu di SKTMS ini, Al-Mumtaz takkan ne mana2. Kak Naza menunjukkan kesungguhan yang sangat tinggi, dihabiskan masa beliau melatih Al-Mumtaz di Bilik Muzik saban hari, berkongsi kesedihan dan kerisauan apabila mutu persembahan Al-Mumtaz tidak berada dalam kedudukan terbaik hatta seringkali ana lihat beliau sehingga menitiskan air mata, hanya kerana MINAT. Begitu juga dengan Cikgu Usop, part2 cari vokal yang sesuai dan ejas harmoni ni mmg kepakaran beliau. Tambahan pula mereka berdua merupakan SAHABAT KARIB dengan minat yang sama. So, ana join la team SAHABAT diorang... apapun, terima kasih Kak Naza n Abang Usop.

2. Hj. Shaharudin aka UDO (suami Cikgu Nazariah)
Individu ini kurang dikenali. Hakikatnya beliau adalah penulis lirik bagi Al-Mumtaz (SKTMS) dan Irsyadus Sufi (SBPI) sejak sekian lama. Kalau tak silap ana, lirik yang beliau tulis telah 2 kali memenangi Anugerah Lirik Terbaik Festival Nasyid Kebangsaan. Tugas ana hanya menyediakan isi mengikut tema (lagu pertama) dan tajuk PnP (lagu kedua). Beliaulah yang akan memurnikan laras bahasa, susunan isi dll yang berkaitan. Tanpa beliau juga tak mungkin Al-Mumtaz mampu sampai ke tahap ini. Teruma kasih Udo...

3. Najmi ex Al-Mumtaz (anak Cikgu Nazariah)
Insan ini dikurniakan bakat dalam bidang seni suara. Ana dapat perhatikan kebolehan beliau sejak beliau masih lagi bersama Al-Mumtaz. Baik dari segi harmoni, perkusi dan yang paling hebat, beliau mampu menghasilkan lagu tanpa gunakan apa2 alat muzik. Yang beliau gunakan hanyalah alat perakam. Bermula tahun ini, kedua2 lagu Al-Mumtaz adalah hasil ciptaan beliau. Irsyadus Sufi sendiri mula melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dengan kehadiran Najmi. Sungguhpun penglibatan beliau diselubungi kontroversi berkenaan mutu suaranya yang tidak menepati 'suara' Sekolah Menengah, kini beliau tampil dengan suara yang baru. Moga kejayaan mengiringi kita semua. Terima kasih Najmi...

4. Penyumbang
Bersaing mendapatkan tempat dalam pertandingan seperti ini amat memerlukan dana yang kukuh. Al-Mumtaz bersyukur kerana dikurniakan beberapa individu yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menampung keperluan latihan, persiapan mahupun perbelanjaan Al-Mumtaz sepanjang pertandingan bermula dari Peringkat Daerah, Negeri mahupun Kebangsaan. Jutaan terima kasih daripada Al-Mumtaz. Antara nama yang perlu ana sebutkan di sini ialah:
a) En. Shaharudin (ayah Aizat)
b) Hj. Md Said (ayah ana)
c) En. Hasnan (YDP PIBG SKTMS)
d) Tn. Hj. Othman (Guru Besar SKTMS)

5. Warga SKTMS
Mereka terdiri daripada guru2, staf2, pekerja2 Max Lida, pekerja2 kantin dan murid2 SKTMS. Syukran atas doa selama ini. Sesungguhnya Al-Mumtaz amat mengharapkan doa yang berpanjangan dari kalian semua.

6. Ibu Bapa Al-Mumtaz
Sekalung penghargaan buat ibu bapa yang berkesempatan bersama Al-Mumtaz sepanjang pertandingan pada hari ini. Kehadiran antum sememangnya menaikkan semangat untuk Al-Mumtaz melakukan yang terbaik. Apapun, ana mohon kerjasama agar mereka semua dijaga kesihatan, dijaga pemakanan, rohani  serta jasmani agar mereka senantiasa bersedia menyahut cabaran.

7. Ahli keluarga Team Al-Mumtaz
Bagi diri ana, terima kasih yang tidak terhingga kepada zaujah tersayang kerana menyokong ana selama ini. Begitu juga kepada ibu dan ayah ana yang tak putus2 menyokong Al-Mumtaz hinggakan pemergian mereka ke Tanah Suci baru2 ini juga turut mendoakan kejayaan Al-Mumtaz. Kehadiran mereka ke pertandingan juga amat ana hargai. Tak lupa juga buat Bancik Isa n Pakcu Iqbal. Kepada keluarga Cikgu Yusof dan Cikgu Nazariah, jutaan terima kasih dari kami semua.

8. Usher dari SMK Undang Jelebu
Alhamdulillah, Al-Mumtaz bertuah kerana dikurniakan usher yang amat bertanggungjawab. Beliau bersama dengan team Al-Mumtaz sejak dari awal sehingga ke akhir pertandingan. Nama dia pun ana tak sempat tanya. Apapun, ana doakan dia berjaya dalam SPM yang akan beliau hadapi tahun ini.

Panjang benar rasanya ana menaip nih. Begitulah sedikit sebanyak perkongsian ana tentang Festival Nasyid Sekolah2 KPM Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan pada hari ini. Dengar khabar pertandingan Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 26.06.2012 di Kelantan. Sama2 kita berdoa semoga ada rezeki Al-Mumtaz, Jempol dan Negeri Sembilan di Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Wassalam.

Friday, May 11, 2012

Al-Mumtaz: FN NS 2012




Assalamualaikum...

Menjelang Festival Nasyid Sekolah2 KPM Peringkat Negeri Sembilan esok, perasaan ana bercampur baur antara gelisah & berharap. Gelisah kerana salah seorang ahli al-Mumtaz mengalami demam (moga Allah kurniakan kekuatan untuknya bersama kami hingga ke akhirnya). Berharap pula agar Allah kurniakan kejayaan buat kami pada tahun ini. Setelah berehat selama 2 tahun (2010 tiada FN, 2011 Naib Johan Peringkat Negeri), rasanya team Al-Mumtaz dah cukup bersedia membawa cabaran Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan pada tahun ini.

Sungguhpun pencapaian ahli2 Al-Mumtaz tahun ini tak sama dengan ahli2 tahun yang sudah, Al-Mumtaz kini juga punya keistimewaan dan kelebihan tersendiri untuk mencapai kemenangan. Menyaksikan sahabat ana, Ustaz Anis (AbuHazieq Pulau Pinang) bersama pasukannya Imtiyaz melayakkan diri mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan membuatkan ana semakin bersemangat sekaligus berharap agar tahun 2012 ini akan dilakar indah oleh Al-Mumtaz.

Walaubagaimanapun, segalanya bergantung kepada mutu persembahan Al-Mumtaz esok. Dengan kesihatan beberapa ahli yang kurang mengizinkan, ana sendiri berserah kepada Allah. Sesungguhnya DIA Maha Menentukan segala2nya.

Nak tidur awal malam ni. Awal pagi esok dah nak bertolak ke Jelebu. Jam 8.30 pagi pertandingan dah bermula. Al-Mumtaz dapat giliran ke 2. Ana mohon doa dari warga SKTMS dan penyokong2 Al-Mumtaz. Kepada yang berhajat untuk hadir memberi sokongan, ingin ana maklumkan vanue pertandingan untuk Sekolah Rendah ialah di SM Teknik/Vokasional Kuala Klawang. Vanue utama di SMK Undang Jelebu. Penyampaian hadiah juga akan diadakan pada jam 12.00 t/hari di sana.

Ana upload rakaman video pendek Al-Mumtaz sewaktu rehearsal akhir di SKTMS. Moga bermanfaat.

Wassalam.

Thursday, May 3, 2012

Ayatul Kursi edisi frame



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Dalam kesuntukan masa, ana usha2 jugak isu yang nak diketengahkan untuk entri terbaru ni. Last2 ni je yang ada. Sebelum ni ana tak pernah letak frame, kira ni kali pertama la. Alhamdulillah, nampaknya takde la jadi makin teruk.


Hehehe... kira edisi 'buat syarat' jugak la kali ni.

Wassalam.