Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Wednesday, December 28, 2011

Makmal Komputer SKTMS 2012



Assalamualaikum...

Ke sekolah lewat petang tadi, hajatnya nak potong board untuk tempahan seorang rakan. Kelihatan Makmal Komputer masih terang. Sebuah kereta yang tak ana kenali diperkir di hadapan sekolah. Pantas ana tanyakan kepada Pengawal Keselamatan sekolah. "Ada orang pasang komputer", katanya.

Sememangnya sejak pertengahan cuti penggal kedua lalu, meja komputer lama sudah pun memenuhi koridor makmal. Bila ana intai ke dalam ketika itu, meja yang baru masih belum disusun dan kotak2 mengandungi monitor, mouse, head phone dll masih memenuhi meja.

Terus ana naik ke atas. Kelihatan 3 orang lelaki sibuk memasang alatan dan menyusun seterusnya membuat penyelenggaraan. Kelihatan juga, Juruteknik Komputer sekolah (Akmal) sibuk juga membantu sambil2 bertanya dan mempelajari sebanyak mungkin.

Sememangnya jumlah monitor lebih banyak dari yang lama. 40 buah berbanding 20 sebelum ini. Ana tercari2 PC untuk setiap monitor, takde... Ana tanyakan kepada Akmal. Katanya ini sistem terkini, 8 monitor (sebaris) untuk 1 PC. Pehhh... tak pernah ana tengok. Malahan untuk sebaris monitor tu hanya 1 plug diperlukan! Memang canggih, getus hati ana.


Sebagai guru yang pernah diberikan tanggungjawab menguruskan makmal, ana rasa amat bertuah. Lebih bertuah, guru baru yang akan ditugaskan mengurus makmal ini nanti. Manakan tidak, ketika ana dahulu segala2nya 'lama'. Kini, segalanya terbaru dan terkini hinggakan Akmal sendiri perlu mempelajari beberapa perkara berkenaan penyelenggaraan komputer2 tersebut.

Apapun, ana harapkan agar kemudahan ini akan dimanfaatkan oleh seluruh warga SKTMS samada murid2 mahupun guru2. Kecanggihan dan ke'update'an itu perlu digunakan semaksima mungkin terutamanya dalam mengoptimumkan penguasaan murid2 dalam P&P bagi tahun 2012 nanti.

Sekian buat kali ini. Ana sertakan beberapa keping gambar buat tatapan antum. Wassalam.


Tuesday, December 27, 2011

Sesi Persekolahan Hampir Bermula



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Ana doakan antum semua diberkati dan dirahmati Allah bersama keluarga tersayang.

Sekadar entri ringkas berkaitan status terkini ana. Alhamdulillah, semalam telah diadakan Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi sesi 2012. Tugasan pun dah dapat. Buku Ringkasan Mengajar juga dah ambil. Hanya jadual waktu sahaja yang belum keluar. Bukan apa, yang jadi banyak keje sikit tu cuma nak dapatkan, sediakan dan satukan RPT, DSK (bagi tahun 1&2) dan SP/HSP (Bagi tahun 3-6). Almaklum la, buka setiap tahun kita mengaja rtahun yang sama. Lebih2 lagi persediaan bagi melengkapkan fail instrumen bagi PBS tahun 1&2. Pada ana, biar lengkap dahulu bahan2 dan instrumennya, mudah nak mengajar nanti. Bimbang kalau dah mula mengajar, dengan urusan2 tambahan lain yang sentiasa hadir tak tentu masa, lama2 perkara asas pun tertinggal.

Berkenaan SBPA, ana sendiri bersama rakan2 dah ditaklimatkan oleh kerani sekolah kami, Pn. Mahyun semalam. Majoritinya (terutamanya lelaki) tak punya masalah untuk sambung dan terima skim/sistem tersebut. Bukan hanya kerana melihat kepada kenaikan gaji. Ini kerana kenaikan gaji mahupun bonus adalah hak pekerja yang saban tahun menjalankan amanah untuk memajukan negara atas rasa tanggungjawab. Berbeza jika tiada kenaikan gaji/bonus tetapi pihak berwajib mengambil pendekatan tertentu untuk menstabilkan/menurunkan harga barang keperluan harian. Ini kerana penurunan harga barang memberikan impak berpanjangan manakala kenaikan/bonus hanya memberi impak sementara.

Menjelang sesi persekolahan baru yang tak sampai lagi seminggu, bagi ana beberapa perkara perlu ana siapkan/sediakan sendiri mahupun bersama rakan2 lain. Selain perkara asas dalam P&P, sejumlah urusan juga perlu ana selesaikan. Ini termasuklah berkenaan PIBG, Panitia Agama Islam, Surau Al-Muttaqin dan lain2 termasuk beberapa tempahan khat board terbaru.

Walaubagaimanapun, tugas tetap tugas dan amanah tetap amanah. Akan ana usahakan setakat kemampuan terbaik ana. Mohon Allah permudahkan...

Sekian buat waktu ini. Wassalam.

Saturday, December 17, 2011

Bercuti di Kelantan



Salam ukhuwah buat semua...

Macam tak percaya! Ini adalah posting terbaru ana selepas posting terakhir pada awal bulan 10 yang lalu. Terasa macam tak sempat, tapi paling nyata aura 'blogging' dah agak kurang menyerlah dalam diri ana. Respek juga pada sesetengah sahabat yang maintain update blog walaupun dengan entri yang ringkas. Ana pun rasanya boleh je nak update tapi tah, entah macam mana tak update2 jugak.

Kalau nak diikutkan dah banyak sangat perkara berlalu yang ana nak ceritakan. Kelahiran puteri terbaru, hasil kerja terbaru, aktiviti terkini, macam2. Paling2 tak sempat sangat pun, ana post kat FB je. Tapi rasa2nya nak kena tambah dalam azam 1433H ni, kena rajin update blog.

Apapun, ana tak berhajat nak menulis panjang buat kali ni. Lagipun, dengan keterbatasan dan kekurangcepatan internet menggunakan broadband adik ipar ana di kampung ni sedikit menggeramkan ana. Itupun mujur ada, kalau tak alamat 3 minggu la ana tak online. Syukran Cik Cu bagi punjam broadband ye.

Bersama entri ini, ana uploadkan sekeping gambar ana bersama puteri terbaru ana dan zaujah tersayang. Hana Azzahra namanya. Ini gambar sehari lepas dilahirkan. Sekarang, rambut yang ana cukur hari ketujuh pun dah makin lebat. Insya Allah, kalau dah balik ke Bahau, NS nanti, dapat line yang manthop ana akan update lagi entri2 terbaru dengan 'laporan2' aktiviti, peristiwa dan pengalaman lain buat tatapan antum.

Sekian buat kali ini, salam ukhuwah dari ana.

Wassalam.

Sunday, October 9, 2011

Kursus Pendedahan KSSR & PBS Bahasa Arab Tahun 2 Daerah Jempol



Assalamualaikum w.b.t sahabat2 semua...

Lebih sebulan sejak ana menulis entri terdahulu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kini Ramadhan semakin menjauh, Syawal juga sudah melabuhkan tirainya. Ana kembali kepada tugas2 dan rutin harian. Sebagai guru, ayah, suami dan hamba yang hina kepada Allah s.w.t.

Semakin menjarakkan diri dengan Ramadhan, ibadah dirasakan semakin berat. Tiap kewajipan dirasakan tidak seringan dan semudah ketika melakukannya di bulan Ramadhan. Mahu qiam seperti 10 akhir Ramadhan rasa seperti hampir mustahil. Mujur Masjid Jamek Bahau meneruskan tradisi ibadah qiam yang diadakan seminggu sekali setiap Ahad bermula jam 5.00 pagi. Terasa terujanya hati, sedikit kuat lonjakan iman bila qiam dilakukan secara berjamaah. Bermula dengan qiam, seterusnya Solat Subuh berjemaah, kuliah Subuh dan diakhiri dengan solat Dhuha berjamaah dan sarapan pagi.

Kembali kepada kisah kursus. Ana ditugaskan bersama sahabat ana, Us. Hasrul Nizam dan Us. Suhaimi untuk memberi pendedahan dan penerangan dalam kursus kali ini. Setinggi2 penghargaan ana ucapkan kepada Us. Hasrul Nizam kerana banyak membantu memberi penerangan kepada peserta2. Tidak lupa juga penghargaan ana buat Us. Suhaimi yang banyak membantu pengurusan sepanjang kursus. Meskipun hadir sebagai JU, beliau juga hadir sebagai peserta kerana hanya beliau seorang guru BA di sekolahnya. Seterusnya penghargaan ana buat Us. Radzali dari JPNS dan Tn. Hj. Abd. Rasid selaku tuan rumah kursus tersebut.

Secara keseluruhannya ana boleh katakan bahawa kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya. Kedua2 aspek samada KSSR mahupun PBS dapat disampaikan dengan baik. Peruntukan tampoh 3 hari untuk KSSR dan 2 hari untuk PBS juga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya berbanding kursus untuk tahun 1 yang hanya 2 hari untuk KSSR dan 3 jam untuk PBS. Bengkel yang dijalankan juga berjaya memahirkan GBA2 yang hadir dengan pelaksanaan KSSR dan PBS. Adalah diharapkan agar segala maklumat yang didedahkan dalam kursus tersebut dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin demi memastikan KSSR dan PBS dapat dilaksanakan dengan jayanya sekaligus menjayakan hasrat KPM bagi melahirkan modal insan bertaraf dunia satu hari nanti.

Antara topik2 yang didedahkan sepanjang kursus tersebut termasuklah:
1. DSK dan Buku Teks Bahasa Arab Tahun 2
2. HSP dan Buku Teks Bahasa Arab Tahun 5
3. Seni Bahasa
4. Lughatul Fasli
5. Pembinaan RPH berpandukan 4 Fasa Terarah
6. Modul Transisi Tahun 1
7. DSP Bahasa Arab Tahun 2
8. Aplikasi SPPBS
9. Pengoperasian PBS

Sebagai JU KSSR & PBS yang dipertanggungjawabkan untuk daerah Jempol, ana amat2 mengharapkan GBA2 dalam daerah ini sentiasa berhubung dengan ana sekiranya terdapat sebarang masalah mahupun persoalan yang timbul. Insya Allah, ana akan cuba dapatkan jawapan daripada pihak2 yang lebih mengetahui. Ana dah pun beri maklumat2 yang boleh antum gunakan untuk berhubung dengan ana. Insya Allah, bahan2 yang perlu akan ana emailkan kepada antum secepat mungkin sebagai panduan buat memudahkan antum melaksanakan KSSR dan PBS di sekolah nanti. Seperkara lagi yang perlu ana ingatkan kembali ialah agar antum sentiasa juga berhubung dengan rakan2 dalam daerah untuk berkongsi maklumat mahupun pengalaman. Ini akan membantu antum dalam melaksanakan KSSR dan PBS dengan lebih baik. Untuk itu, ana akan emailkan maklumat diri semua GBA daerah Jempol yang hadir dalam kursus baru2 ini.

Harapan ana agar pelaksanaan KSSR dan PBS di daerah ini berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Sesungguhnya, berjaya atau tidaknya KSSR dan PBS terletak di tangan antum semua. Ana hargai kerjasama antum sepanjang kursus dan berasa amat bertuah dapat bersama dengan antum selama seminggu dalam kursus baru2 ini. Moga ukhuwah antara kita berkekalan hingga ke akhirnya.

Sebagai tanda kenang kenangan, ana upload sekeping gambar buat tatapan antum, gambar yang diambil sebaik sahaja tamat kursus pada hari Jumaat yang lalu. Gambar2 lain ana dah upload dalam FB ana. Boleh klik di sini untuk tengok gambar masing2.

Wassalam.

Thursday, August 25, 2011

EID MUBARAK!!!



Assalamualaikum sahabat2 semua...

[Intro: Entah kenapa air mata ana murah sekali ketika bertarawikh malam tadi terutamanya selepas tazkirah selepas rakaat ke 8 oleh Ustaz Nasir, imam Masjid Jamik Bahau. Maha Benar firman Allah: "Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat buat orang yang beriman". Bermula selepas tazkirah hingga akhir witir, hati ana hiba tak terkata. Memikirkan apakah amalan ana sepanjang Ramadhan khasnya dan selama ini umumnya diterima Allah ataupun tidak. Memikirkan dosa2 yang lepas, apakah diampunkan Allah. Dengan baki Ramadhan yang tak sampai pun seminggu lagi, mampukah ana memanfaatkan baki hari tersebut dengan ibadah kepada Allah. Berkesempatankah lagi bertemu Ramadhan tahun hadapan? Bimbang hati ana turut hanyut dengan 'belaian' persediaan Ramadhan, ditambah lagi dengan alunan lagu raya yang begitu melalaikan. Begitupun, persiapan ala kadar dah pun dibuat. Syukur juga Allah campakkan rasa 'jauh hati' dengan lagu2 raya yang bermaharajalela di mana2 sekarang ni. Moga Allah tentukan yang terbaik buat kita seiring keikhlasan kita beribadah dan mengharapkan redha dariNYA di bulan penuh keberkatan ini.]
  
Kurang seminggu menjelang Hari Raya Aidilfitri (kira2 umum), manakala hanya 3 hari sahaja Ramadhan bakal meninggalkan kita (kira2 sebenar), lagu raya dah lama berkumandang. Pada ana ianya amat mengganggu mood ibadah khususnya bagi yang mula merasakan umurnya selama ini amat banyak dihabiskan untuk perkara2 selain menumpukan kepada munajat kepada Allah dan mengharapkan redha dariNYA. Begitupun, kalau lagu raya ni dinyanyikan oleh kanak2 ianya lebih sesuai kerana umum menyedari Hari Raya lazimnya buat kanak2 yang bersusah payah berpuasa kerana inginkan 'habuan' buat membiasakan dirinya dalam melakukan ibadah. Berbeza bila orang dewasa yang menyanyikannya (penyanyi) atau yang amat gemar mendengarnya mahupun terikut2 menyanyikannya bersama (pendengar) berbanding membasahkan bibir dan melazimi hati dengan mengingati Allah. Pelik memikirkan bagaimana dengan ibadah mereka? Apakah makna Ramadhan buat mereka? Apakah Ramadhan sekadar persediaan menantikan ketibaan Hari Raya? Sehinggakan Ramadhan diisi dengan persediaan sebaik2nya untuk menyambut Aidilfitri.

Amat malang jika berfikiran sebegitu. Bagaimana kita mampu buat tak peduli kepada tawaran rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka yang diberikan Allah? Cukupkah sudah bekalan pahala kita? Tidakkah kita bimbang akan muflis di Padang Mahsyar nanti? Tidak mahukah kita bersama2 dalam satu saf dengan Baginda s.a.w. Benar sekali kebimbangan Baginda akan keadaan umatnya ketika hayat Baginda dulu. Manakan tidak, semakin jauh dari Allah, malah tidak pula semakin dekat dengan Baginda s.a.w. sendiri.

Mahu tak mahu, Syawal tetap tiba. Meskipun begitu, Islam telah menetapkan kaedah2 tertentu dalam menyambutnya sepertimana biasa diamalkan oleh Baginda Nabi s.a.w. Kasimpulannya, Syawal bukanlah bermaksud NAFSU kembali berkuasa. Bukan juga bermaksud segala yang ditinggalkan di bulan Ramadhan kembali boleh diamalkan sesuka hati. Hakikatnya, modul yang digariskan oleh Allah dalam 'MADRASAH' Ramadhan seharusnya terus dilazimi hingga dipertemukan kembali dengan Ramadhan yang akan datang. Jika tidak, kitalah yang paling tak jujur dengan Allah. Beramal (kalau beramal la) di bulan Ramadhan hanya kerana orang lain juga buat begitu, bukan kerana Allah. Itulah sebabnya nilai2 baik dalam 'KEM' Ramadhan tak mampu membentuk diri kita meskipun kita untuk terus terusan dekat dengan Allah meskipun kita baru sahaja keluar dari KEM/MADRASAH tersebut.

Untuk akhirnya, sama2 kita muhasabah diri kita. Bagaimanakah prestasi kita menghadapi Ramadhan tahun ini. Moga Allah kurniakan kesempatan buat kita bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. Jika tidak, bermohonlah agar amalan kita diterima Allah. Moga kita bersama2 hamba2 Allah yang beriman di Hari Akhirat kelak dan akan bersama2 dengan mereka di syurga Allah, sebaik2 tempat kembali.

عيد مبارك, كل عام وانتم بخير, تقبل الله منا ومنكم

Wassalam.

Monday, August 1, 2011

Jom Ceriakan Sekolah!


Assalamualaikum sahabat2 semua...

Ana doakan antum semua senantiasa dinaungi rahmat Allah seiring limpahan rahmatNYA di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Selamat Berpuasa ana ucapkan.

Entri kali ini khas ana sediakan buat sahabat2 yang berhajat untuk berkongsi sedikit info dengan ana berkenaan kaedah penghasilan 'sign board'. Sebenarnya, dah lama ana berhajat nak berkongsi tapi tak sempat2 juga nak rekodkan step2 dia dari mula sampai akhir hinggalah beberapa orang rakan FB ana melahirkan keinginan untuk mempelajarinya, akhirnya ana tekad. Inilah ketikanya ana kena cari juga masa dan sediakan dokumentasi untuk tujuan tersebut.

Sebelum itu, ana nak rakamkan penghargaan buat 'guru' yang ajar ana semua ni. Beliau ialah Ustaz Amiruddin, seorang pensyarah KIPSAS yang juga Penyelaras Kelab Kaligrafi KIPSAS satu ketika dulu. Dari dialah ana dapat ilmu ini, ditambah dengan penghasilan2 mengikut tempahan orang luar menjadikan ana dan sahabat2 seangkatan dalam Kelab ini sedikit sebanyak agak mahir menghasilkannya. Moga ilmu yang ana kongsikan ini menjadi amal jariah dan pahala ilmu yang bermanfaat buat beliau juga.

Insya Allah, untuk entri kali ini ana akan kongsikan salah satu cara menghasilkan 'sign board' ini yang asalnya mempunyai beberapa cara dan kaedah menghasilkannya bergantung kepada 'budget' dan kesesuaian.

Bagi kaedah ini beberapa peralatan diperlukan sebelum 'sign board' dihasilkan.

1. Plastik Perspec/Arclic
Plastik ini bileh didapati di kedai2 Advertising. Ana nasihatkan pergilah bandingkan harga di beberapa kedai. Plastik ini punya berbagai warna, saiz dan ketebalan. Bagi warna biasanya hitam, hijau, biru, oren, jernih dll. Saiz pula samada 4x6 kaki @ 4x8 kaki (boleh juga dibeli sikit2). Ketebalan paling nipis ialah 2.0 mm hingga ke 1cm atau lebih. Harganya juga berbeza mengikut warna saiz dan ketebalannya.

2. Pisau pemotong perspec/arclic
Plastik ini tak boleh dipotong menggunakan pisau biasa. Ia punya pisau khas yang hanya digunakan untuk memotongnya. Ana tak pasti harganya, yang ana tahu masa ana beli dulu ana kena tipu dengan macha kedai tu (geram tul). Boleh dapati di kedai Advertising juga pisau ni. Matanya boleh ditukar2 kalau dah tumpul.

3. Pisau 'cutter'
Pisau ini boleh didapati di kedai2 Stationary berdekatan anda. Boleh juga guna pisau biasa tapi hasilnya kurang kemas. Lagipun mata pisau perlu kerap ditukar bagi menjamin ketajaman dan kekemasan potongan. Ada saiz kecil dan ada juga yang besar sikit (tak sakit sangat tangan nak potong nanti).

4. Cat Spray
Kedai runcit pun kadang2 ada jual cat spray ni. Kedai Stationary lagi la ada. Pilihlah warna mengikut kehendak antum. Kalau nak warna2 yang lagi mengancam kena la pergi kedai yang lebih besar. Segala warna ada.

5. Pembaris besi
Biasalah, mestilah guna untuk pastikan potongan plastik perspec/arclic tu nanti tak senget benget. Pembaris biasa pulak untuk mudahkan potongan2 lurus. 

6. Pita pengukur
Takyah cite la, dah tahu gunanya...

Proses menghasilkan 'sign board' ini akan dimulakan dengan memotong plastik tersebut mengikut ukuran/saiz yang dikehendaki. Perlu dipastikan agar plastik yang baru dibeli masih berbalut dengan kertas nipis (macam sticker). Pastikan juga kertas nipis tu rata (takde koyak2 atau renyuk dan yang sama waktu dengannya) kerana ia akan menjejaskan hasil kerja bila di'spray' nanti.

Plastik yang dah dipotong

Seterusnya antum pilihlah design yang antum kehendaki. Boleh cari dalam internet, boleh cari juga font2 menarik dari internet. Kalau pakar khat, tulis la sendiri. Kalau nak buat tulisan biasa, pakai la MS Publisher. Untuk kali ini, ana pilih kalimah Allah. Ana gunakan program MS Publisher. Untuk lakaran besar pilihlah 'Poster'. Untuk tulisan panjang gunakan 'Banner'. Dalan proses ini kemahiran 'mengejas' amat diperlukan agar design yang di'print' menepati saiz plastik yang telah dipotong. Kerap kalilah tengok kat 'print preview' dan acu2lah kertas A4 kat plastik tu berulang kali. Ini kerana bila kita buat 'print preview', ia akan dipaparkan dalam bentuk jumlah kertas A4 yang akan diprint nanti. Ana nak ingatkan kalau design tu dalam guna font biasa, ejas kepada 'outline', jimat sikit ink. Bila dah print, sambungkan design tersebut (kalau besar) dan tampalkan di atas plastik yang telah dipotong tadi.

Dah print, dah sambung, dah tampal pun atas plastik

Seterusnya ialah kerja2 memotong blok (kertas yang diprint tu la). Potong je ikut tulisan tu. Kalau tak biasa potong memang lari sikit2 tapi biasa la tu. Lama2 nanti ok la.

Dah potong, buang bahagian tengah pastu tanggalkan kertas blok

Siap dipotong, bolehlah dikeluarkan kertas nipis/sticker kertas di bahagian yang kita nak hasilkan. 

Dah tanggal dah tengah dia

Bila dah siap tanggalkan bahagian yang nak ditonjolkan (kalimah Allah tu la), antum boleh buat border ikut bentuk yang diinginkan. Kalau ada border yang lebih cun, antum pulak rajin nak potong, print jela pastu buat macam kaedah yang sama nak potong design tadi, pastu tanggalkan.

Dah ada border tapi simple je la

Siap border bolehlah dibawa ke tampat yang sesuai untuk antum spray mengikut warna yang antum inginkan. Untuk yang ini ana spray tulisan dan bordernya sama je, senang. Kalau antum nak tulisan dan border warna lain2, kena la buat satu2. Nak spray tulisan, kena tutup border dulu. Spray la 2 @ 3 lapis. Kalau dah kering tulisan baru tutup tulisan untuk spray border pulak.

Dah spray. Jangan lupa alas dulu meja belakang tu. Mengamuk  tuan dia nanti...

Selesai spray, bila dah betul2 kering, bolehlah tanggalkan kertas nipis/kertas sticker yang tertinggal tadi. Bila dah tanggalkan semua kertas nipis tu, jadi la macam gambar kat bawah ni.

Dah siap, senang kan?

Demikianlah perkongsian ana buat kali ini. Memang simple je. Asalkan ada 'budget' nak beli barang2 dan sedikit masa2 terluang untuk potong dan spray, Insya Allah, semuanya boleh disiapkan. Moga bermanfaat.

Sekali lagi ana ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua yang mengenali ana. Moga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan terbaik buat kita. Bimbanglah kalau2 tahun hadapan kita tak punya kesempatan untuk sekali lagi bersua dengannya.

Wassalam.

Sunday, July 17, 2011

Mesy. Penyelarasan KSSR & PBS Tahun 2



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Ana doakan antum ceria, gembira dan sentiasa diberkati Allah bersama insan tersayang.

Lama benar ana tak menulis. Bukan tiada apa2 yang nak dikongsikan tapi entahlah, masih melazimi diri dengan tugas sehari2 dengan tambahan beberapa tugasan lain. Begitupun, bila menyentuh bab tanggujawab ana sebagai JU KSSR & PBS Bahasa Arab ana gagahkan juga menulis. Harap sedikit sebanyak memberikan maklumat terkini berkenaan KSSR & PBS terutamanya buat guru2 Bahasa Arab daerah Jempol khasnya dan seluruh NS & Malaysia amnya.

Jumaat lepas (15.07.2011), satu mesyuarat antara JPNS dengan JU2 KSSR & PBS Tahun 2 telah diadakan di PKG Ampangan. Ustaz Shahrir telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Hadir bersama Ustaz Ghazali untuk membantu. Mesyuarat bertujuan menyelaraskan tindakan dan berbincang tentang kursus perluasan yang bakal diadakan nanti. Ana yang bertolak dari Bahau selepas Solat Jumaat tiba agak lewat berbanding rakan2 JU lain yang tinggal di sekitar Seremban. Mujur juga mesyuarat belum bermula, mereka ambil sedikit masa untuk berbual2 tentang pelbagai perkara.

Sebaik mesyuarat dimulakan, selepas aluan, Ustaz Shahrir terlebih dahulu memaklumkan kepada kami, JU2 yang hadir berkenaan laporan umum bagi pemantauan KSSR yang telah dilakukan di beberapa buah SK terpilih di NS bersama dengan pegawai2 dari BPK. Mengejutkan apabila hasil pemantauan mendapati (secara umum) KSSR Bahasa Arab di NS 'gagal' dilaksanakan menurut kehendak BPK. Ini berikutan prestasi beberapa orang guru yang dipantau amat mengecewakan.

Masih terdapat guru yang mengajar mengikut cara lama tanpa ada apa2 penambahbaikan dan pembaharuan. KSSR seharusnya berpusatkan murid, guru hanya berperanan sebagai fasilitator. Suasana pembelajaran pula sepatutnya lebih menarik dan menarik minat murid dengan kebebasan yang diberikan kepada guru untuk mencurahkan kreativiti yang ada dalam diri guru bagi mengaplikasikannya dalam P&P. Begitu juga dengan ABM, sewajarnya dimaksimakan dengan aplikasi TMK, termasuk menyelitkan ENT yang lain. Begitupun, pihak JPNS sendiri tidak menyalahkan mana2 pihak dalam hal ini. Segala kekurangan diterima dengan positif dan diharap KSSR & PBS Tahun 2 akan lebih berkesan dan berjaya.

Antara maklumat yang dapat ana kongsikan berkenaan Kursus KSSR & PBS yang akan diadakan nanti ialah:

1. Kursus akan diadakan pada bulan September (lepas raya).
2. Kursus akan berjalan selama 5 hari (Isnin hingga Jumaat) tanpa bermalam.
3. Guru perlu hadir penuh (kecuali kecemasan) selama 5 hari.
4. Guru perlu mengutamakan kurikulum (core) berbanding kokurikulum (sampingan).
5. Guru akan diberikan 'duit minyak' sebanyak Rm30 tiap seorang tanpa claim.
6. Tarikh pelaksanaan (jika tiada perubahan) adalah seperti berikut:
  • 19-23.09.2011 Daerah Port Dickson [PPD Port Dickson, Lukut]
  • 26-30.09.2011 Daerah Seremban [SM Teknik Ampangan]
  • 26-30.09.2011 Daerah Rembau [PKG Kota]
  • 10-14.09.2011 Daerah Tampin [Darul Falah, Tampin]
  • 10-14.09.2011 Daerah Jempol Jelebu [SK Petasih Berasrama]
  • 03-07.10.2011 Daerah K. Pilah [SK Pelangai]
Kursus kali ini diadakan selama 5 hari bagi menjamin pemahaman dan ke'hadham'an guru2 berkenaan pelaksanaan KSSR & PBS. Tambahan pula, kursus kali ini berbeza dengan tahun lepas kerana pada tahun lepas kursus untuk KSSR dan PBS diasingkan. Kali ini ia disekalikan. Ini amat penting untuk guru2 memahami aliran P&P bermula daripada penyediaan RPH hinggalah kepada pentaksiran.

Selain KSSR dan PBS Tahun 2, turut akan didedahkan nanti ialah HSP dan Buku Teks Tahun 5 yang baru, DSK dan DSP Tahun 2 berserta Buku Teks Tahun 2 yang baru, Lughatul Fasli, Seni Bahasa dan beberapa slot bengkel bagi memastikan guru2 mampu mengaplikasikan KSSR & PBS Tahun 2 dengan baik.

Ana amat mengharapkan kerjasama daripada guru2 yang akan diarahkan hadir nanti. Sekiranya terdapat sebarang masalah, silalah bertanya kepada JU2 yang telah diamanahkan. Kejayaan KSSR & PBS terletak di tangan antum semua. Moga usaha antum dibalas dengan ganjaran kebajikan oleh Allah Taala.

Wassalam.

Friday, July 8, 2011

Selamat Jalan Cikgu Adnan!



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Ana doakan antum semua berbahagia dan dilindungi Allah sentiasa.

Ketika ini ana baru sahaja pulang dari menghadiri Majlis Perpisahan Cikgu Adnan, GPK 1 sekolah ana. Beliau kini dinaikkan pangkat ke JPN Negeri Sembilan. Sepatutnya hari ini merupakan hari terakhir beliau di SKTMS tetapi memandangkan esok masih lagi 'diarahkan bersekolah', beliau memutuskan untuk hadir juga esok.

Majlis diadakan di Hotel Desa Inn, hotel yang sama digunakan ketika Majlis Perpisahan Tn. Hj. Sabere sebelum ini. Seperti juga majlis yang lepas, kali ini ana masih ditugaskan untuk menyediakan persembahan multimedia. Bezanya sebelum ini tempoh masa persediaan lebih panjang. Kali ini tempohnya tak sampai setengah hari. Jadi, ana hanya buat setakat yang termampu sahaja. Begitupun, ana bersyukur kerana dalam kesuntukan masa sempat juga ana siapkan persembahan tersebut.

Bercakap tentang Cikgu Adnan. Beliau merupakan GPK 1 pertama ana sejak ana mula mengajar. Bagi ana secara peribadi, beliau seorang yang memahami, mesra dan rapat dengan guru2 di sekolah. Ana sendiri tak pernah punya sebarang masalah mahupun konflik dengan beliau. Setiap masalah akan diselesaikan dengan rundingan dan perbincangan. Selepas Hj. Sabere, beliau adalah insan kedua yang 'meninggalkan' ana di SKTMS. Sememangnya kedua2 mereka merupakan majikan pertama ana yang banyak memberi tunjuk ajar, bantuan dan sokongan semenjak ana menjadi guru.

Apapun, ana doakan beliau terus maju dalam kerjaya beliau di JPN mahupun di tempat lain selepas ini. Harapan ana walaupun tidak lagi bersama di bawah satu bumbung, ukhuwah antara beliau dan guru2 SKTMS akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Ana upload persembahan multimedia yang ana sediakan ke Youtube dan linkkan ke blog ini. Saiznya terlalu besar, tak dapat ana upload via Blogger.

Selamat Jalan Cikgu Adnan!

Wassalam.

Saturday, June 18, 2011

Kursus Induksi KSSR dan (SP) PBS Tahun 2, 2012



Assalamualaikum...

Baru semalam ana sampai ke rumah setelah 5 hari berada di Hotel Seri Cempaka Service Suites bermula 13.6.2011 bagi menghadiri Kursus Induksi KSSR dan SP Tahun 2, 2012. Alhamdulillah, ana rasa amat beruntung kerana terpilih untuk menjadi antara guru2 j-QAF yang terlibat untuk mendengar dan memahami tentang KSSR dan SP untuk pelaksanaan bagi Tahun 2 tahun depan. Ini kerana pada tahun lepas ana juga antara yang dipilih untuk menghadiri kursus dan taklimat berkenaan kedua2 perkara di atas. Pastinya maklumat yang ana terima baik untuk tahun 1 mahupun tahun 2 menambahkan lagi pemahaman ana. Bezanya ialah, pada tahun lepas penerangan tentang KSSR dibuat oleh BPK manakala tentang SP dibuat oleh Lembaga Peperiksaan (LP) secara berasingan. Bagi tahun ini pula kedua2nya dijalankan serentak. Oleh sebab itu, kursus yang ana hadiri tempoh hari memakan masa 5 hari mulai hari Isnin hingga Jumaat. Ana bersama 5 orang guru Bahasa Arab dari NS mewakili daerah masing2 dipilih menghadiri kursus pada kali ini.

Seperti yang telah ana sebut dalam entri ana sebelum, kursus kali ini menggabungkan semua pihak yang terlibat dalam penyediaan, pelaksanaan mahupun pemantauan KSSR dan SP. Antaranya ialah BPK sendiri, LP, JNJK (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti), BTP dan IPG. Masing2 diberi slot khas untuk diberi penerangan kepada peserta kursus yang sekaligus diberi Watikah Pelantikan bagi menyebarluaskan KSSR dan SP untuk Tahun 2 nanti.

Kursus kali ini menggabungkan perluasan KSSR dan SP bagi matapelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bagi taklimat umum kami semua diberi penerangan di dewan kuliah yang besar manakala bagi taklimat khusus untuk subjek masing2, kami dipecahkan kepada 3 bahagian. Setiap taklimat umum akan diikuti oleh sesi bengkel. Pada waktu ini setiap peserta kursus diberi maklumat dan 'dikerah' berbincang, berlakon, membentang dan menjalankan simulasi pelaksanaan KSSR dan SP. Moga segala yang kami ikuti dan alami dapat kami sampaikan juga dengan baik dalam kursus di peringkat negeri mahupun daerah masing2 nanti.

Majlis penutup pada hari Jumaat turut dihadiri oleh Ketua Sektor yang baru, Us. Idrus b. Hj. Abd. Rahman. Kemesraan antara beliau dengan peserta diperhatikan amat mesra dengan ucapan penutup yang 'simple', mudah difahami dan diselangseli dengan kisah pengalaman beliau, nasihat dan seloroh yang bersahaja. Ditambah pula dengan acara penyerahan Watikah Pelantikan kepada semua peserta. Sambil bergambar, beliau kerap kali berseloroh dan bergurau dengan setiap peserta yang naik ke pentas. Suasana mesra amat jelas terjalin. Selesai Majlis Penutup, imej dan identiti serta perawakan beliau menjadi bualan ramai terutamanya bagi guru2 yang tak pernah bersua muka dengan beliau. "Alangkah baiknya jika semua pegawai2 di PPD, JPN mahupun KPM seperti beliau", gumam hati masing2.

Segala maklumat dan panduan pelaksanaan telahpun dibawa pulang oleh semua peserta yang sekaligus dilantik sebagai JU di daerah masing2. Terpulang kepada JPN dan PPD untuk menetapkan tarikh bagi kursus penyebarannya nanti. Begitupun, perbincangan berkenaan pelaksanaannya amat diharapkan buat masa ini.

Buat kali ini, beberapa perkara ingin ana sebutkan merangkumi kedua2 perkara samada KSSR mahupun SP:

1. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 2

Pastinya DSK tahun 2 berbeza dengan DSK bagi tahun 1. Begitupun dari segi pelaksanaannya, tiada apa yang berbeza. Setiap guru akan dibekalkan dengan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) tahun 2 yang merangkumi strategi pengajaran meliputi 4 kemahiran, Penggunaan Buku Teks Tahun 2 & 5, HSP Tahun 5 serta penambahbaikan pelaksanaan P&P di sekolah termasuklah Lughatul Fasli, Seni Bahasa, Modul Transisi dan Elemen Nilai Tambah.

2. Standard Prestasi (SP)

Jika pada tahun lepas peserta didedahkan dengan DSP tahun 1, pastinya peserta tahun ini didedahkan dengan DSP bagi tahun 2 pula. Disamping itu, mereka turut dibekalkan dengan Contoh Instrumen untuk membantu guru2 melaksanakannya di dalam P&P termasuk penerangan umum berkaitan PBS, Konsep SP dan Penjaminan Kualiti.

Segalanya akan didedahkan kepada wakil guru Bahasa Arab yang mengajar Tahun 2 di setiap sekolah di seluruh NS nanti. Secara kesimpulannya boleh ana simpulkan di sini.

[Guru sememangnya/mesti/wajib mengajar menggunakan/berpandukan DSK. Dalam pelaksanaan P&P, guru tentunya membuat penilaian bagi mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid2 menguasai P&P pada pertemuan itu. Selepas P&P berakhir barulah guru merujuk kepada DSP untuk merekodkan penguasaan murid. Paling penting, elakkan mengajar berpandukan DSP].

Sekian buat kali ini. Buat guru2 yang mengajar tahun 1, teruskan pengajaran anda berpandukan DSK, selesai P&P, buat pentaksiran berpandukan DSP. Bagi yang mengajar tahun 2 pula, nantikan perluasan pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Wassalam.

Tuesday, May 24, 2011

Penataran DSP 5 Daerah



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selesai juga Taklimat Penataran Dokumen Standard Prestasi (DSP) Tahun 1 berdasarkan KSSR petang tadi di Dewan SK Kuala Pilah. Yang pasti, segalanya telah disampaikan. Semua yang dibekalkan dah dipanjangkan. Segala pesanan juga telah dipesankan kepada hampir 100 orang peserta mewakili SR dari 5 daerah Negeri Sembilan. Jempol, Jelebu, K. Pilah, Rembau dan Tampin.

Seronok juga dapat bertemu dengan keluarga besar j-QAF Bahasa Arab Negeri Sembilan ni. Sebahagian mereka sahabat2 yang se'kohort' dengan ana. Sayang sekali tak banyak peluang untuk berbual panjang. Sampai2 je taklimat terus mula, tamat taklimat masing2 dah bergegas ke kantin, sebahagiannya dah berkejar ke kereta memandangkan hari dah dekat nak hujan.

Ana ditugaskan bersama sahabat JU ana, Ustazah Norlina dari SK Kg. Gelam PD untuk sampaikan penataran kepada mereka semua. Tidak dinafikan, masa yang diperuntukkan terlalu sedikit. Terlalu banyak penerangan yang ingin diberikan terpaksa dipendekkan dan dipercepatkan untuk mengejar masa. Pastinya sebahagian besar ustaz/ustazah yang hadir juga hanya berharap taklimat cepat berakhir lantaran ketidakselesaan. Walaubagaimanapun, ana berharap segala kemusykilan selepas antum kembali ke sekolah dan meneliti semula bahan2 yang kami 'pindahkan' dalam taklimat tadi dapat diutarakan di mana2 ruang yang telah ana war2kan.

Pada asalnya ana bercadang untuk emailkan seluruh bahan tu pada semua yang hadir malam ini. Malangnya, 2 senarai nama daerah telahpun dibawa pulang oleh wakil PPD yang hadir. Maksudnya, ana perlu tunggu 'Pengerusi Majlis' taklimat (lupa namanya) fakskan kepada ana keseluruhan senarai bahan tu. Insya Allah, ana akan cuba dapatkannya secepat mungkin. Paling lewat pun ana akan email pada antum dalam minggu ini juga.

Secara keseluruhannya, PBS tiada bezanya dengan PKSR yang sedang kita lakukan. Walaupun dilihat ianya 2 perkara yang berlainan tetapi kedua2nya boleh diintegrasikan dalam usaha menentukan pencapaian seseorang murid. Ana tak pasti, tapi besar kemungkinan keadan ini takkan lama. Pihak BPG pasti akan mencari jalan agar tugas guru j-QAF Bahasa Arab tidak bertindan dan berulang.

Sampai di sini saja untuk kali ini. Moga ada manfaatnya buat kita semua.

Wassalam.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011



Assalamualaikum...

Lebih 2 minggu sejak entri terakhir ana sebelum ini. Hakikatnya memang sibuk dengan tugasan hakiki dah tugas2 lain di sekolah. Umum sedia maklum, menghampiri Cuti Pertengahan Tahun pastinya semua guru sibuk dengan urusan peperiksaan samada menyediakan, memeriksa mahupun merekodkannya. Bagi ana semuanya 'double'. Maklumlah, mengajar pagi dan Kelas Agama Petang sekaligus membuatkan semuanya 'double' termasuklah RPH dan 'elaun'. Hehehe...

Jika dicongak, hampir 7 tahun ana menceburkan diri dalam dunia pendidik, bersama ramai lagi rakan2 lain seluruh negara. Pastinya, banyak yang telah dipelajari. Tak kurang juga yang dicurahkan buat anak didik. Amatlah bahagia bila kembali bertemu bekas murid dalam keadaan mereka berakhlak, menutup aurat dan masih mengingati dan menegur kita, apatah lagi bersalaman (lelaki je) dan bertanya khabar.

Setiap insan pastinya dikelilingi oleh individu bergelar guru sejak mula mengenal dunia. Segenap hela nafas pastinya berkait rapat dengan ilmu pengetahuan mahupun pengalaman kurniaan Allah. Proses ini pastinya berterusan sehingga seseorang itu dijemput menghadap Allah nanti.
Di kesempatan ini, ana ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang pernah mencurah ilmu buat ana walaupun sekejap atau sedikit terutamanya yang mendidik ana di SKSP, SMAP, SMAAFBT, KIPSAS dan KUIM (USIM). Tak lupa juga buat bekas majikan ana di SMADATA (Us. Zamani) dan SKTMS (Hj. Sabere). Ilmu dan nasihat kalian amat ana hargai. Seterusnya buat seluruh komuniti guru terutamanya guru j-QAF di seluruh Malaysia, sekali lagi SELAMAT HARI GURU dari ana.

Harapan ana agar guru diberi ruang untuk menjadi guru sebenar, bukan disibukkan dengan tugas2 perkeranian dan lain2 tugas yang seringkali menggugat ke'manthop'an P & P yang mereka seharusnya jayakan sesempurna mungkin. Hal ini dapat dielakkan seandainya tugas2 tersebut diagihkan dan dilaksanakan secara kolektif antara guru2 dalam sesebuah sekolah. Begitu juga dengan kebajikan guru. Jangan sampai guru merasa diri mereka tidak dihargai. Pengorbanan mereka amat mahal 'harga'nya. (Pesanan ini khas ana tujukan buat pentadbir2 sekolah seluruh Malaysia).

Untuk akhirnya ana mohon pada Allah agar senantiasa kurniakan ana kegigihan dan keazaman berterusan agar ana menjadi seorang guru yang baik dan bertanggungjawab. Ana hanya insan biasa, kadang2 terlebih terkurang juga antara tugas dan keluarga. Untuk itu, ana juga ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada isteri tersayang, Aminorah Mohamed kerana bersabar dan memahami dunia perguruan yang ana lalui sekarang.

Sekian buat kali ini. Semoga bertemu lagi di entri2 yang akan datang (entah bila la agaknya).

Wassalam.

Thursday, April 28, 2011

Mesy. Pemurnian DS BA Tahun 4 KSSR



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Ana kini berada di rumah. Jumaat malam Sabtu dah balik ke kampung, Sabtu pula hadiri Majlis Perkahwinan adik beradik j-QAF SKTMS di Kg. Lakai (Selamat Pengantin Baru Faizah, tinggal 2 orang lagi yang belum lepas). Petangnya balik semula ke Bahau kerana jiran depan rumah buat bacaan Yasiin, tahlil arwah dan Doa Selamat malam tadi. Hari ini hanya habiskan masa di rumah mengemas dan membersihkan halaman. Sebentar lagi hajatnya mahu ke sekolah buat apa yang patut. Esok rancangannya mahu berkelah dengan anak2. Sejak ke Jeram Tengkek minggu lepas, 2 puteri ana tak lepas dari bertanyakan bila lagi mahu ke sana.

Mendekati hujung sesi penggal pertama persekolahan, pastinya hambatan menyediakan soalan Pertengahan Tahun menjadi rutin. Bagi ana kerjanya double (sekali dengan Kelas Agama Petang), baik dari segi penyediaan mahupun menanda kertas nanti. Minggu ini rasanya baru nak mula buat soalan. Ditambah juga dengan tugasan JU Standard Pentaksiran, tarikh untuk Taklimat Penataran kepada guru2 j-QAF BA tahun 1 juga semakin dekat. Alhamdulillah, beberapa usaha telah ana buat terutamanya dalam bab pendokumentasian sedikit sebanyak akan memudahkan kerja ana. Tinggal nak study semula untuk beri penerangan nanti. Sign board juga masih ada yang belum ana pasang terutamanya yang besar. Entah bilalah nak pasang agaknya...

Berkenaan tajuk entri ana kali ini, Mesyuarat tersebut telah diadakan di Corus Paradise Hotel & Resort, Port Dickson dari 26-28.04.2011 (Selasa-Khamis). Ana masih lagi dalam kumpulan yang sama seperti di Concorde Inn Hotel tempohari, menyediakan bahan kursus untuk tajuk Seni Bahasa, bezanya hanyalah ahli kumpulan. Kali ini ana digandingkan dengan Ustaz Ali Husni (Kedah) dan Ustazah Ibtisam (Johor) serta seorang Ustaz dari Selangor. Mereka adalah jurulatih Kalam Jamaie sekolah masing2 dan pernah menjuarai pertandingan tersebut dalam Mahrajan j-QAF di negeri masing2. Selain memurnikan lagi slaid Power Point yang telah sedia disiapkan oleh Ustazah Faizah dan Ustazah Hanan semasa di Concorde Inn sebelum ini, kami juga ditugaskan untuk menyediakan satu teks Kalam Jamaie untuk praktikal JU2 Negeri yang bakal diberi pendedahan dalam Kursus Pendedahan nanti.

Selain itu, antara input atau maklumat lain yang boleh ana kongsikan di sini ialah:

1. Soalan Pertengahan Tahun, BA Tahun 4
Untuk makluman semua, soalan pertengahan tahun telahpun disiapkan dan dimurnikan dalam mesyuarat kali ini. Soalan tersebut akan di'upload' ke laman web BPK dalam masa terdekat. Turut disediakan juga soalan baru untuk tahun 5 dan 6.

2. Fokus 2011, Kalam Jamaie
Sebagaimana yang kita sedia maklum, terdapat 8 unsur Seni Bahasa dalam KSSR BA. Untuk Tahun 2, hanya 4 unsur yang digunakan dalam Buku Teks. Walaubagaimanapun, untuk Kursus Perluasan nanti penekanan khusus akan diberikan kepada unsur Kalam Jamaie. Ini kerana ramai antara guru j-QAF yang masih belum mampu menguasai seni ini. Jika pun mereka menguasai, masih tidak menepati ciri2 persembahan Kalam Jamaie yang baik.

3. Tarikh Kursus Perluasan
Insya Allah, jika tiada apa2 halangan dan perubahan, Kursus Perluasan kepada JU2 BA Negeri2 bagi zon Selatan & Tengah (termasuk NS) akan diadakan pada 13-17.06.2011 (6H5M). Tempat masih belum diputuskan. Lama bukan? Ini kerana selama tempoh tersebut beberapa pihak terlibat dalam memberikan pendedahan. Ini termasuklah Lembaga Peperiksaan, BPK, IPG, BPG, Jemaah Nazir, BBT dan BTP. Taklimat akan menyentuh tentang KSSR Tahun 2, pelaksanaan hinggalah kepada pentaksiran. JU2 Negeri diharap bersedia...

Ana sendiri masih terasa kerdil apabila menyertai mesyuarat bersama insan2 hebat sepanjang berada di sana. Kepakaran dalam bidang masing2 begitu terserlah. Bagi ana, ana hanya membantu setakat yang termampu. Walau apapun, sememangnya berada bersama2 mereka memberikan suntikan baru kepada ana agar berusaha menjadi guru yang lebih baik.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Dah berselang 3 hari pun sejak ana balik dari sana. Moga perkongsian kali ini memberi manfaat buat kita bersama.

Wassalam.

Tuesday, April 12, 2011

Mesy. Pembinaan Bahan Kursus JU BA KSSR Thn 2 & HSP BA KBSR Tahun 5



Assalamualaikum semua...

Hari terakhir di Hotal Concorde Inn, KLIA Sepang. Ana tersepit dicelah2 Jurulatih-Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) yang dah lama berkecimpung dalam dunia penghasilan bahan kursus mahupun penyediaan HSP. Ramai insan2 hebat yang ana jumpa. Ada yang dari BPK, dari IPG, dari JPN termasuklah guru2 j-QAF terbaik seluruh negara. Bertuah sungguh diberi kesempatan hadir dalam slot2 perbincangan, pembentangan dan perdebatan/perbincangan antara mereka. Masing2 dengan kepakaran dan kelebihan masing2. Alhamdulillah, dapat juga ana pelajari perkara2 baru hasil perkongsian pengalaman dalam sesi perbincangan dan pembentangan yang dilakukan.

Dari NS, hanya ana dan Ustazah Suraiya. Berbeza dengan beliau, ana baru kali pertama terlibat. Lainlah beliau, dah berkecimpung dalam dunia JUK sejak beberapa tahun dahulu. Jadi, sebagai orang baru pendekatan ana lebih kepada pemerhatian dan penyesuaian diri dengan suasana dan dunia JUK ini. Begitupun, yang mana ana rasa nak komen mahupun beri pandangan, ana redah je. Betul ke salah, belakang cerita.

Ana diletakkan dalam kumpulan yang ditugaskan untuk menghasilkan Bahan Kursus di bawah tajuk Seni Bahasa. Bertuah sungguh dapat kongsi pengalaman dan bertukar2 pendapat dengan Ustazah Faizah (j-QAF SK Putrajaya Presint 14 [1]) dan Ustazah Hanan (PPD Putrajaya). Masing2 dengan kepakaran dan pendekatan masing2 dalam menjadikan Bahan Kursus di bawah tajuk Seni Bahasa lebih tersusun, menarik dan terisi dengan input2 terkini selain input dan pendekatan sedia ada.

Ustaz Zubaidi, seorang lagi blogger j-QAF dari Selangor terbaru yang ana temui. Selama ini hanya tengok gambar dan baca blog je, dapat juga bersua muka. Memang mesyuarat kali ini membuka peluang untuk ana belajar dan mengetahui banyak perkara serta bertemu ramai insan2 hebat. Bersama entri ini ana masukkan sekeping gambar. Dari kiri: Us. Mior (JU j-QAF Johor), Us. Idrus b. Hj. Abd. Rahman (Ketua Sektor Pendidikan Islam, BPK), Us. Nazri (JU j-QAF Selangor) dan Us. Zakuan (Pen. Pengarah Sektor Pendidikan Islam, BPK).

Sekian buat kali ini. Wassalam.

Saturday, April 9, 2011

MTAQ [Festival Nasyid] Peringkat NS: Satu Penilaian



Assalamualaikum...

Segala puji hanya selayaknya bagi Allah Taala, Tuhan pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga Baginda, sahabat2 seterusnya para penerus perjuangan Baginda hingga hari Kiamat.

Alhamdulillah, MTAQ Sekolah2 KPM Peringkat NS 2011 telahpun berlangsung pada 09.04.2011 (Sabtu) di SM Sains (SMS) Rembau. Seperti yang telah ana maklumkan di FB ana, tahun ini Al-Mumtaz mendapat tempat Naib Johan. Begitupun, setelah berbincang dengan jurulatih (Kak Naza & Abg. Usop) kami sepakat membuat kesimpulan bahawa tiada sesalan, terkilan mahupun sedih di atas keputusan tersebut. Tambahan pula, Al-Mumtaz III baru dipilih, dilatih dan diberi pendedahan pada tahun ini. Segalanya dimulakan pada bulan 3 setelah tema tahun ini dimaklumkan. Jadi bagi kami, bagi sebuah pasukan yang baru dibentuk, mendapat tempat Naib Johan adalah satu pencapaian yang amat baik. Ini kerana, selaku pengurus dan jurulatih, kami telahpun melalui saat2 kegagalan mahupun saat2 kemenangan sejak mula bekerjasama daripada tahun 2007 hingga sekarang. Sungguhpun ada nada2 kecewa dari ahli Al-Mumtaz sendiri, ana tetap dengan ungkapan yang biasa ana sebut setiap kali lepas solat atau pada bila2 masa bersama Al-Mumtaz I, II mahupun III. "Kemenangan dan kekalahan adalah ujian Allah. Allah beri menang untuk uji sebanyak mana kita bersyukur. Allah beri kalah untuk uji sebanyak mana kita bersabar". Alhamdulillah, Al-Mumtaz III menerima dengan baik hakikat itu.

Secara keseluruhannya, persembahan Al-Mumtaz tidak jauh berbeza daripada kehendak jurulatih. Hanya dapat diperhatikan, tempo lagu pertama yang dibawakan terlalu perlahan daripada yang sepatutnya. Ditambah dengan key permulaan yang agak tinggi membuatkan suara mereka seakan2 tersepit bila berada pada nada yang tinggi walaupun tidak pecah/rosak/serak. Bagi lagu kedua pula, segalanya berjalan lancar dan dibawakan dengan baik oleh Al-Mumtaz. Pastinya kekuatan persembahan mereka pada lagu yang kedua ini. Setelah berbincang secara tak rasmi, barisan jurulatih dan pengurusan telah mengenalpasti beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk persediaan bagi tahun2 yang akan datang. MTAQ 2012, Al-Mumtaz pasti akan datang lagi...

Bercerita tentang MTAQ Peringkat NS yang berlangsung semalam, ana secara peribadi ingin lahirkan komen (pandangan peribadi) tentang beberapa perkara. Moga dapat dijadikan iktibar bersama:

1. Waktu Pendaftaran

Sepertimana yang tercatat dalam surat daripada pihak penganjur (kepala surat JPNS), semua pasukan perlu mendaftar pada jam 7.00 hingg 8.00 pagi. Pasukan yang lewat akan dipotong 5 markah. Pada ana pendekatan ini agak kelakar untuk difikirkan. Sepanjang penglibatan ana, tak pernah ana dapati syarat2 sebegini. Pihak pengurusan sepatutnya mengambil kira masalah yang dihadapi oleh peserta2 yang datang dari jauh. Memang penginapan disediakan tapi bukan senang nak uruskan satu pasukan. Pelbagai perkara perlu difikirkan, masing2 juga punya kekangan keluarga untuk bermalam di sana. Apalah salahnya kaunter pendaftaran dibuka hingga jam 9.00 pagi. Tak nampak cacat pun, lebih menampakkan ke'fleksibel'an dan understanding. Paling ana rasa macam tak percaya, ketika berada di vanue pertandingan, seorang petugas murid ditugaskan untuk berjumpa dengan semua pengurus pasukan untuk merekodkan masa sesebuah pasukan itu tiba untuk pendaftaran. Geram je ana nak suruh dia tulis pasukan kami sampai pukul 5 pagi!...

2. PA System Festival Nasyid

Seharusnya PA System di Peringkat Negeri adalah yang terbaik. Ana pasti kebanyakan guru pengiring juga bersetuju dengan ana. Beberapa kelemahan yang dapat diperhatikan antaranya berdesing sewaktu persembahan dan mic tak berbunyi ataupun sekejap berbunyi sekejap tidak. Paling menarik, pada satu ketika petugas masuk ke dalam persembahan untuk menukar mic. Macam gimik la pulak...

3. Peserta2 terlalu lapar!

Bayangkan, peserta yang rata2nya baru Tahun 4-6, bangun seawal 5.30 pagi, tak sempat bersarapan, bersiap dan ke sekolah untuk bertolak ke SMS Rembau jam 6.30 pagi, dengan bekalan makanan hanya sebuku roti dan air mineral (kalau singgah untuk sarapan, dah tentu lewat sampai untuk pendaftaran). Tiba di vanue, tiada makanan disediakan sehinggalah pertandingan berakhir. Hingga semua peserta masuk ke Dewan Utama pada jam 11.45 pagi, masing2 mengadu lapar, ditambah dengan keadaan panas dan dewan yang kalut untuk menyusun peserta oleh petugas murid. Mujur penganjur bekalkan sebungkus kuih bahulu untuk setiap murid. Habis dimakan kerana terlalu lapar. Itupun masih tak mencukupi. Mereka hanya makan pada jam 2.00 petang. Kesian...

4. Perasmi

Pihak penganjur menjemput Undang Rembau untuk merasmikan Majlis. Tiada salahnya menjemput siapa2pun, cumanya ana dah lama kurang bersetuju dengan pendekatan panggilan hormat sesama manusia yang Allah hanya bezakan dengan tahap ketaqwaan masing. Panggilan seperti hamba datuk (saya) dan mencemar kaus (mengotorkan kasut) pada ana agak keterlaluan. Sesungguhnya, pendekatan tersebut amat tidak Islamik. Maaf jika perkataan ana menyinggung mana2 pihak. Harap dapat difikirkan bersama.

5. Ucapan terlalu lama

Dengan keadaan murid yang mengadu lapar menunggu perasmi, mereka perlu pula menunggu ucapan yang pada ana agak panjang. Seharusnya penganjur menyedari/sensitif dengan keadaan murid2. Pendekkan saja ucapan agar majlis cepat berakhir dan murid2 dapat mengisi perut mereka.

6. Menang tapi panas

Sebaiknya penganjur menyediakan khemah di tepi dewan agar pemenang yang disusun tak bersesak di susur gajah untuk elakkan kepanasan matahari. Kebetulan, panas betul hari tu. Bayangkan, pemenang daripada 20 acara termasuk acara berkumpulan seperti nasyid, marhaban dan kompang selawat untuk kategori SR dan SM yang mendapat tempat Johan hingga ketiga perlu bersusun di luar dewan. Lapar lagi! Masing2 dah minta air kerana terlalu haus. Mujur tiada yang pitam ataupun pengsan.

7. Orang luar: Apa cerita?

Dewan Utama memang besar. PA System dah power. Sayangnya, hanya untuk orang di dalam dewan sahaja. Memang dewan dah penuh. Mengapa tiada speaker di luar? Orang di luar langsung tak tahu apa2. Masing2 terpinga2, apa yang berlaku di dalam? Sekarang acara apa? Maklumat hanya sampai dari mulut pengintai2 di birai pintu.

Perlu juga ana sebutkan, segala yang ana tuliskan di atas bukanlah untuk tujuan memalukan mahupun menyinggung hati mana2 pihak. Sekadar untuk penambahbaikan di tahun2 yang akan datang. Adat menganjurkan majlis besar, mesti ada yang terlepas pandang. Moralnya, jika kita mahukan yang terbaik, berilah yang terbaik. Seperti juga perjuangan Al-Mumtaz, yang salah perlu diperbetulkan, yang kurang perlu ditambahbaikkan agar beroleh keputusan mahupun natijah terbaik.

Bukan pula coretan di atas bermaksud segala2nya buruk dalam MTAQ kali ini. Sama sekali tidak. Pastinya banyak kelebihan, kebaikan dan inisiatif terbaik yang diambil oleh penganjur untuk memastikan majlis tersebut berjalan lancar dan teratur. Mungkin perlukan penulisan yang lebih panjang dari ini. Memang bukan mudah mahu menganjurkan Majlis Peringkat Negeri sebesar ini dan penglibatan murid seramai ini. Tahniah juga dari ana.

Sekian buat kali ini, ana sekali lagi mohon maaf atas penulisan ana. Ambillah secara positif untuk kebaikan bersama. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Moga Allah tentukan balasan baik setimpal dengan usaha antum semua. Kunjungi juga blog SM Sains Rembau di sini untuk info berkenaan sekolah tersebut. Hanya sekeping gambar yang sempat diambil. Itupun masa dah habis majlis. Masa persembahan, tak teringat langsung. Harap mencukupi. Wallahu a'lam.

Wassalam.

Wednesday, April 6, 2011

Al-Mumtaz III: Persiapan Akhir



Assalamualaikum...

Agak padat jadual sekarang ni. Dengan MTAQ Peringkat NS hanya berbaki 2 hari. Kebetulan, ana pula cuti esok kerana menghantar abah dan mak ana ke KLIA untuk menunaikan umrah. Rancangannya, selesai saja solat Subuh terus bertolak ke KLIA. Kata ayah ana, jemaah diminta berada di sana pada jam 8.00 pagi. Insya Allah, sebaik saja ayah ana boarding, ana akan bertolak balik terus ke SKTMS. Masih banyak yang perlu dipersiapkan. Walaupun pada zahirnya macam dah cukup bersedia, hakikatnya perkara2 kecil yang kita terlepas pandang pun kadang2 boleh jadi isu di peringkat ini. Pengalaman mengajar, sebelum sesuatu berlaku/timbul sebaiknya kita bersedia. Kalau tak timbul/berlaku pun kita tak rugi apa2.

Kasihan juga pada Kak Naza. Walau apa halangan, dugaan mahupun cabaran yang datang, tak sedikitpun mematahkan semangat beliau. Dengan penglibatan ana yang agak terbatas pun tak jadi rungutan pada beliau. Beliau mmg minat bab2 ni. Sekalung penghargaan dari Al-Mumtaz III buat beliau. Kadang2 ana segan jugak dengan dia, bimbang dianggap tak ambil berat. Ana pergi jenguk sekejap2 je bila free. Sempat juga betulkan mana2 yang patut. Meskipun minggu ni minggu ujian, tetap beliau cari masa untuk latih Al-Mumtaz III. Buat masa ini keperluan pertandingan telahpun ana siapkan. Buku lirik, pendaftaran, baju melayu, samping, ubat-ubatan, buku peraturan, aksesori, alhamdulillah dah selesai. Hanya tinggal nak pergi je Sabtu ni.

Al-Mumtaz III dapat giliran ke 8. Giliran terakhir selepas cabutan oleh Ketua Kontinjen Daerah Jempol yang bermesyuarat di SM Sains Rembau semalam. Ok dah rasanya tu. Bukan apa, kami antara yang terjauh untuk ke vanue SM Sains Rembau tu. Agak menggelikan hari apabila pihak penganjur menetapkan pasukan yang gagal hadir sebelum jam 8.30 pagi akan dipotong 5 markah. Mungkin nak gertak je kot...

Asalnya Al-Mumtaz III nak tumpang bas sewaan SBPI Jempol tapi bila dapat berita giliran kami yang ke-8, rasanya sempat kot kalau bawa kereta sendiri. Lagipun, suami Kak Naza mahu bersama2 kami (sedangkan beliau sepatutnya ke sekolah hari tersebut). Beliau juga antara peminat pendokong dalam arena nasyid (macam Kak Naza jugak) baik untuk SKTMS mahupun SBPI Jempol khususnya dalam bab menghasilkan lirik. Kalau tak silap ana dah 2 kali lirik ciptaannya memenangi lirik terbaik di Peringkat Kebangsaan.

Apapun, ana mohon pada seluruh warga SKTMS agar mendoakan kejayaan Al-Mumtaz III untuk pertandingan kali ini. Pergi dengan barisan ahli yang baru agak mendebarkan ana. Barisan Peringkat Negeri ini juga tak sama dengan barisan di Peringkat Daerah dulu, ada beberapa perubahan ahli bagi mendapatkan yang terbaik. Persediaan juga tak semantap tahun2 yang lepas kerana jarak antara pertandingan daerah dan pertandingan negeri terlalu hampir. Begitupun, harapan untuk Al-Mumtaz III menjadi juara tetap menjadi sasaran kami. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Sekian buat kali ini. Entri seterusnya insya Allah pastinya tentang keputusan pertandingan nanti. Tunggu....

Wassalam.

Tuesday, April 5, 2011

Mesyuarat Penataran Dokumen Standard Prestasi (DSP) KSSR Tahun 1


Assalamualaikum...

Moga antum berbahagia sentiasa di bawah naungan kasih sayang Allah.

Baru kini ana berkesempatan menulis berkenaan Mesyuarat Penataran yang ana hadiri 2 minggu lepas. Selama 4 hari semua peserta mewakili daerah masing2 diberi pendedahan tentang pelaksanaan DSP yang akan dilaksanakan insya Allah pada tahun ini. Penyediaan aplikasi online dan instrumen juga dah sampai ke peringkat akhir. Beberapa buah negeri terlibat dalam mesyuarat kali ini yang datang dari NS, Selangor dan Perak. Alhamdulillah, berkesempatan juga berkenalan dengan guru2 j-QAF hebat dari negeri2 lain. Ana fikir mesyuarat tersebut hanya melibatkan guru B. Arab dan Pendidikan Islam tapi rupa2nya guru2 yang mengajar subjek lain pun ada.

Taklimat pertama jam 8.30 malam, semua peserta diberi penerangan umum berkenaan DSP. Yang lain2 akan diperincikan dalam bengkel nanti. Selesai taklimat, ana temankan Ustaz Nazri ke PICC. Semangat betul dia nak pergi tengok anak didik dia (Zaid Najmuddin), peserta akhir Program Realiti Adik-Adikku. Mujur dia arif dengan selok belok jalan di sana, ana duduk dan temankan je. Kalau harapkan ana, memang tak sampai la. Tak sampai setengah jam, kami tiba di PICC. Kami tiba ketika persembahan selingan sebelum pengumuman pemenang. Sempat juga tengok persembahan Dato' Hjh. Siti Nurhaliza. Keputusan diumumkan, adik Zaid dapat tempat ketiga.


Bercerita secara ringkas tentang pengalaman dan dapatan sepanjang ana berada di sana, semua peserta didedahkan tentang:
1. Standard Prestasi (SP)
2. Bagaimana SP dibina
3. Bagaimana menggunakan SP
4. Bila menggunakan SP

Maklumat terperinci tentang pelaksanaan SP ini akan diberikan oleh JU yang telah menghadiri mesyuarat ini mengikut daerah masing2. Kalau nak ceritakan di sini memang la tak sempat. Jangan bimbang, manual pelaksanaannya akan dibekalkan sekali kepada semua wakil guru tahun 1 sewaktu kursus di peringkat daerah nanti. Keseluruhannya, ana rasa aplikasi ini akan sedikit sebanyak membantu guru2 tahun 1. Hanya timbul beberapa isu dan masalah dalam beberapa perkara:
1. Pertindihan kerja antara e-LAPORAN dan SP
2. Pelaksanaan bagi sekolah yang tiada jaringan internet

Diharapkan agar perkara2 ini dapat dibincangkan terlebih dahulu supaya tak menjadi isu berpanjangan. Yang jadi mangsa nanti, guru. Bila pemantauan dilakukan, guru juga dipersalahkan. Begitupun, mahu tak mahu sebelum setiap arahan pelaksanaan dikuatkuasakan pihak berwajib 'wajib' menyediakan kemudahannya terlebih dahulu. Janganlah sampai surat arahan dah keluar tapi kemudahan untuk melaksanakannya masih belum lengkap.

Selain pengisian mesyuarat, ana dapat berjumpa (kali pertama) dengan Ustaz Nazri. Rakan blogger yang telah lama ana kenali. Selama ini hanya berhubung melalui blog, akhirnya dapat juga bersua muka. Setelah berpakat, kami check inn sama2. Dapat duduk sebilik.

Setakat ini sahaja catatan ana kali ini. Memang agak sibuk dengan Al-Mumtaz sekarang ni. Pertandingan Peringkat Negeri dah dekat, macam2 nak di uruskan. Harap2 ada la rezeki Al-Mumtaz tahun ni. Piala Pusingan dah hantar ke JPN. Masihkah Al-Mumtaz punya rezeki menjulang piala tersebut sekali lagi. Sama2 kita tunggu...

Wassalam.

Saturday, March 26, 2011

Al-Mumtaz3: Johan Nasyid MTQ Daerah Jempol 2011

Assalamualaikum...

Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad serta mereka yang menuruti sunnah dan jejak perjuangan Baginda hingga hari Kiamat.

Sebenarnya ana nak dulukan entri berkenaan kursus yang telah ana ikuti hampir seminggu baru2 ini, malangnya tak berkesempatan. Nak masukkan gambar dalam FB pun mmg tak punya masa. Sekembalinya dari berkursus (Jumaat), Laporan Kewangan Tahunan PIBG perlu ana siapkan. Maklum la, kalau dah last minit macam ni macam2 la yang timbul. Berbeza kalau disediakan lebih awal, kerjanya lebih senang dan tenang. Sabtu pula MTQ Daerah. Sebagai Pengurus Al-Mumtaz, ana pula diberi tanggungjawab untuk menjadi Ketua Hakim untuk acara Tilawah Al-Quran (P), alamatnya memang tak dapat nak bersama2 dengan Al-Mumtaz3 la. Ana suarakan juga kepada Ketua Jemaah Hakim, katanya gaya Karnival seperti ini sememangnya memerlukan jumlah hakim yang sangat ramai. Mahu tak mahu terpaksa juga ana lepaskan Al-Mumtaz 3. Segan juga dengan Kak Naza. Dia melatih, dia juga menguruskan. Apapun, kemenangan Al-Mumtaz3 telah sedikit sebanyak mengubat kekesalan dihati semua pihak yang terlibat.

Semeamangnya ana akui, penglibatan ana dengan Al-Mumtaz3 untuk tahun ini agak kurang berbanding tahun2 sebelum ini hinggakan lagu tema yang biasanya ana buat bersama Kak Nazariah hanya disediakan oleh Kak Naza sendiri, lirik pula oleh Abg. Usop. "Lambek bona kau nak buek", kata Kak Naza. Ana hanya tersengih. Kak Naza mmg begitu, outspoken orangnya. Pada ana, tak jadi masalah. Dia pun bukan orang lain dengan ana, kira sedara jugak la. Tu yang tak berkira tu. Cuma minat yang sama menyatukan ana, Kak Naza dan Abg. Usop. Setakat ni, alhamdulillah antara kami masih 'setia' (hehehe...). Tak tahulah kalau mereka berdua dah pencen nanti, mungkin ana tukar bidang pulak kot.

Al-Mumtaz3 bermula agak awal pada tahun ini. Sejak tema Festival tahun ini dikenalpasti, usaha menghasilkan lagu telahpun dimulakan. Syukur ada Kak Naza, beliau yang banyak membantu. Abg. Usop pun tak kurang pentingnya. Dari memilih murid yang mempunyai kualiti suara, mencipta lagu, hinggalah membentuk harmoni yang baik, 'lopak' Abg. Usop la tu. Sedikit masalah yang timbul ialah apabila pasukan ini merupakan generasi baru. Tu sebabnya Kak Naza mintak ana namakan Al-Mumtaz 3 tahun ni. Sedar tak sedar Al-Mumtaz dah menjangkau 3 generasi. Biasalah, generasi baru sememangnya menuntut kegigihan, kesabaran dan keazaman yang tinggi. Kadang2 kesian tengok Kak Naza. Macam2 pendekatan, dimarah2 ada, dipeluk2 ada, sampai kadang2 menitiskan air mata pun ada. Begitulah kalau dah minat, tambahan pula ada sedikit pengalaman. Payah2 pun diharung juga.
SKTMS menghantar wakil ke MTQ Daerah hampir semua acara. Yang tak hantar cuma acara kompang selawat. Tahun ini rezeki SKTMS hanya pada Nasyid (juara) dan Hafazan (naib juara) sahaja. Diharapkan di tahun2 yang akan datang 2, pendekatan dan persediaan yang lebih rapi dan bersistem akan dapat diambil. Ana sendiri pada awalnya agak bimbang dengan prestasi Al-Mumtaz3. Mungkin telah biasa dengan kemanthopan Al-Mumtaz sebelum ini membuatkan ana berfikir begitu. Tapi bila dah menang, alhamdulillah. Takdir Allah menghendakkan kami teruskan perjuangan lagi tahun ini.

Di atas kemenangan Al-Mumtaz3, ana mewakili Al-Mumtaz3 sendiri ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Naza dan Abg. Usop, seluruh warga SKTMS, ibu bapa Al-Mumtaz3, PPD, adik Najmi dan semua pihak yang membantu. Semoga usaha antum beroleh ganjaran pahala daripada Allah Taala.

Insya Allah, entri seterusnya akan ana sentuh berkenaan Kursus Penataran Standard Pantaksiran (SP) yang ana hadiri baru2 ini. Tunggu selesai Mesyuarat Agung PIBG dulu esok(Isnin). Lepas tu baru boleh cerita. Hingga bertemu lagi dalam entri2 akan datang. Ana masukkan beberapa keping gambar sepanjang MTQ Daerah Jempol baru2 ini untuk tatapan antum.

Wassalam.




Sunday, March 20, 2011

Mesyuarat Penataran KSSR Tahun 1

Assalamualaikum sahabat2 semua...

Ana doakan antum semua baik2 saja, bersama kerjaya dan insan2 tercinta.

Ketika ini ana sudahpun keluar dari sekolah, pulang ke rumah, bersiap untuk ke Hotel Empress Sepang, Salak Tinggi bagi menghadiri Mesyuarat Penataran Dokumen Standard Prestasi Tahun 1 Berdasarkan KSSR dari hari ini hingga Khamis nanti. Minggu lepas ana terlepas menghadiri Taklimat Kokurikulum di Seremban lantaran leka dengan persediaan sambutan Maulid Nabi di kampung ana di Jelebu. Keesokannya baru teringat. Nak buat macam mana, dah terlupa. Mintak maaf ye Us. Malik (GPK KO). Minggu ini saja, sepanjang ana bermesyuarat, barang pasti ana akan terlepas Kejohanan Olahraga sekolah ana (Khamis) dan dua mesyuarat di peringkat daerah. Satu mesyuarat JU Semaian Wahyu (Isnin) dan Mesyuarat Hakim MTQ Daerah (Rabu). Ditambah pula dengan persediaan Al-Mumtaz 3 yang masih belum cukup mantap (terima kasih Kak Naza dan Abg. Usop atas bantuan) sedangkan pertandingan peringkat daerah akan berlangsung Sabtu ini. Begitupun, komitmen bersama KPM lebih besar, jadi ana diarahkan oleh GPK 1 untuk menghadirinya.

Mesyuarat tersebut yang ana sangkakan boleh ana berulang setiap hari rupa2nya seperti kursus, siap dengan slot pada waktu malam sekali. Mahu tak mahu ana tetap perlu mempersiapkan diri dari beberapa aspek.

i. Usrati

Awal2 lagi hati ana berat mahu tinggalkan zaujah dan anak2. Maklumlah, ana jarang2 berkursus dalam tempoh yang panjang. Tambahan pula zaujah sedang dalam tempoh2 awal bergelar 'pembawa'. Dua puteri sedia ada pula sedang kaya dengan ragam dan kerenah, tak sampai hati meninggalkan mereka dalam keadaan begini (sungguhpun hakikatnya mereka tetap akan ditinggalkan satu hari nanti). Paling berat bila mengingatkan puteri sulung ana yang berkeras mahu ke sekolah (Pasti). Seminggu tak bersekolah pun sudah cukup bising bebelnya. Zaujah pula lebih selesa berada di rumah sendiri, katanya. Ana faham tapi keadaan dirinya yang agak lemah, pada ana tak mengizinkan untuk mereka tinggal bertiga sahaja di rumah.

Akhirnya setelah difikirkan dan dibincangkan bersama zaujah, kami ambil keputusan agar zaujah dan anak2 ana akan tinggal buat sementara waktu bersama atok dan wan mereka. Semalam, kebetulan ayah ana ke Rembau menghantar adik bongsu ana ke SMKA Pedas, terus ana minta mereka dijemput. Awal malam ana sendiri rasa sunyi sungguh tanpa mereka. Jam 11.30 malam zaujah pula sms, Huriyyah (puteri 2) menangis mahu balik ke rumah. Luluh hati ana, rasa macam nak jemput je tapi nak buat macam mana. Lewat jam 1.30 baru dia terlena dalam linangan air mata, kata zaujah ana.

ii. Keperluan Mesyuarat

Sepertimana yang disebutkan dalam surat panggilan mesyuarat, beberapa perkara telah ana sediakan:

1. Semua bahan berkenaan KSSR yang ana dapat sewaktu kursus di Melaka tahun lepas
2. Laptop (lapuk tapi berjasa) sekali dengan extention
3. Buku teks Bahasa Arab Tahun 1
4. Salinan buku bank dan surat panggilan mesyuarat (baru fotostat pagi tadi)

iii. Kelas Agama Petang (KAP)

3 hari ana akan tinggalkan KAP ana. Tak termasuk hari Khamis kerana berlangsungnya Kejohanan Olahraga. Semalam ana hubungi adik bongsu j-QAF sekolah ana, Us. Hafaizah. Katanya hanya boleh bantu gantikan kelas ana hari Rabu sahaja. Jadi, setelah berbincang dengan Us. Siti Mariam (guru KAP aras yang sama), kata sepakat diambil agar kelas ana dipecahkan ke 2 kelas yang lain untuk hari ini dan esok. Syukran buat Us. Siti Mariam atas bantuan.

iv. Rakan Sebilik

Pada awalnya ana cuba juga mencari sahabat2 dari NS yang sama2 dipanggil untuk menghadiri mesyuarat ini. Malangnya tak seorangpun dapat ana ketahui. Kata sahabat ana Us. Mior, kalau surat dari Lembaga Peperiksaan memang biasanya satu surat satu nama, tiada salinan peserta2 lain. Ke sana dengan 'ferrari' jugak la ana (jangan dia buat hal dah la). Untung juga terbaca dalam FB yang Us. Nazri dari Selangor turut menghadiri mesyuarat ini. Terus kami pakat untuk jumpa di sana. Rezeki ana, kursus di Melaka tahun lepas dapat sebilik dengan Us. Mior, kali ni boleh sebilik dengan Us. Nazri. Kedua2nya insan hebat dalam j-QAF mahupun KSSR di negeri masing2. Bukan itu saja, blog masing2 juga hebat dan menjadi rujukan komuniti j-QAF seluruh Malaysia. Boleh la ana menuntut dan korek ilmu sepanjang berada di sana.

v. Kerja Waktu Lapang

Semalam, hampir setengah hari ana di sekolah untuk sediakan plastik prospek siap potong, sticker dan printed design khat untuk ana buat sepanjang berada selama 4 hari di sana. Rasa rugi benar masa kalau tak buat apa2 bila free nanti. Ana pulak kaki tidur lambat, harap2 dapat siapkan semua yang ana bawa nanti. Disamping itu, sebuah buku juga ana bawa buat mengisi waktu lenguh tangan potong sticker nanti. Buku Tokoh2 Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah, Kisah2 Inspiratif Para Pemimpin Gerakan Islam Sedunia karangan Saari Sungib menjadi pilihan dan bekalan ana kali ini.

Dengan sedikit persediaan ini, ana mohon dengan Allah agar semuanya berjalan lancar sepanjang 4 hari mendatang. Zaujah dan anak2 terjaga, mesyuarat berjalan dengan baik, KAP masih berjalan, dapat rakan sebilik yang hebat dan masa terluang dimanfaatkan sebaiknya.

Sekian buat kali ini. Nak kemas rumah sikit sebelum bersiap dan keluar menuju ke Hotel Empress Sepang. Baru kali pertama nak menjejak kaki ke sana.

Wassalam.

Sunday, March 6, 2011

Kelekaan Terbaru



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Dah lama sangat ana tak menulis entri terkini. Selain kesibukan tugas seharian, persediaan Sukan Sekolah dan Mesyuarat Agung PIBG, ana juga agak leka dengan kerja2 keceriaan yang dipertanggungjawabkan kepada ana oleh Panitia Pendidikan Islam sekolah ana. Barang dah beli tahun lepas lagi tapi kerja tak jalan jugak. Mahu tak mahu ana gagahkan juga, lagipun benda ni memang menjadi minat ana. Tinggal kesuntukan masa je yang menghalang ana dari melaksanakannya semaksimum mungkin.

Selain itu, ana juga diminta oleh GPK Kokurikulum untuk siapkan sign board untuk Sukan Sekolah nanti. Terkini, ana diminta untuk siapkan logo sekolah untuk diletakkan di 'rostrum' untuk persediaan Mesyuarat Agung PIBG nanti. Sign board Bahasa Arab bilik2 khas pun dari masa ke semasa ana siapkan. Alhamdulillah, hampir semua bilik2 khas dah ada sign board Bahasa Arab dengan makna Bahasa Melayu.

Hasilnya, sejak awal tahun ana dah main dengan 'prospec board', sticker dan cat spray. Tak siap di sekolah, bawak balik ke rumah. Kebetulan juga kebelakangan ni ana memang tidur lewat hingga menjangkau pukul 3 pagi. FB pun dah tak layan sangat, tengok tv pun dah kurang. Takpelah, minat punya pasal. Dapat siapkan satu2 sign board memberikan kepuasan kepada ana. Selain tu, sekolah ana jugak yang ceria.

Sekarang ni tengah dalam usaha nak siapkan nama sekolah dalam jawi untuk diletakkan di depan sekolah. Syukran kepada akhi Anis atas hasil tulisan yang hebat. Seterusnya, selagi ada 'prospec board' di sekolah, ana kena jugak habiskan dah fikirkan nak buat apa untuk menceriakan lagi persekitaran sekolah. Begitupun ana lebih berminat untuk buat sign board2 dalam jawi, Bahasa Arab dan ayat2 Al-Quran agar suasana Islam lebih menonjol selain mewujudkan 'biah' Arabiyyah di sekolah ana.

Moga Allah kurniakan kesihatan dan kesempatan untuk ana teruskan usaha ana ni. Buat rakan2 seperjuangan, teruskan usaha mendidik anak bangsa dengan apa juga cara dan medium. Moga usaha kita dinilai Allah. Bersama entri ini ana masukkan gambar hasil terkini yang ana buat. Khat إقرأ باسم ربك tu baru je siap minggu lepas, tak tau lagi mana nak letak. Tengah cari tempat yang sesuai. Begitu juga dengan logo dan nama sekolah yang nak diletakkan di rostrum tu. Tapi yang penting, sebelum Mesyuarat Agung PIBG nanti mesti kena pasang di tempatnya.

Wassalam.

Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H: Contoh Bercerita Kisah Al-Quran SR



Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul 1432H buat semua...

Ana doakan antum berbahagia disamping keluarga tersayang, diharapkan dengan kehadiran hari ulangtahun kelahiran Baginda s.a.w. ini memberi kita semua pengajaran bahawasanya fitrah manusia pastinya mahukan kepada kebaikan dan perubahan ke arah yang lebih baik sebagaimana difitrahkan oleh Allah s.w.t.

Entri ini ana tulis sebenarnya untuk memberi pendedahan /panduan kepada guru2 jQAF mahupun GPI yang berhajat untuk mendapatkan contoh persembahan Bercerita Kisah2 Al-Quran SR MTQSS. Sudah lama ana berhasrat untuk berkongsi tetapi kesibukan membuatkan ana terlupa. Sehinggalah baru2 ini salah seorang junior ana mengutarakan dalam FB beliau yang beliau meminta contoh teks bercerita untuk keperluan MTQSS di sekolah beliau. Atas sebab itu ana kembali teringatkan hajat ana yang dah lama ana lupakan. Tambahan pula, ada beberapa orang rakan lain yang berhajat untuk mendapatkannya.

Berkenan video di atas. Murid tersebut ialah Mohd. Najmi b. Shaharudin. Beliau telah menjuarai kategori ini pada MTQSS Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kedah pada tahun 2007. Kebetulan sebelum ana diberi tugas mengurus pasukan nasyid sekolah, ana diberi kepercayaan untuk menguruskan bidang ini. Ana akui, menghasilkan teks yang baik bukan tugas yang mudah. Seperti teks bercerita di atas, ia memerlukan ana menghasilkan satu karangan panjang tentang apa juga perkara berkaitan Iskandar Zulkarnain, dari kelahiran hinggalah kematian beliau. Karangan ana ketika itu menjangkau hingga 8 helai.

Selesai karangan panjang barulah bermula proses pemurnian teks. Ana memang tak pandai. Jadi, di sinilah pentingnya bantuan daripada guru Bahasa Melayu. Kebetulan ibu dan bapa Najmi adalah guru BM. Dari memilih isi, dalil dan pengajaran, menyusunnya menjadi teratur, hinggalah menyelitkan sajak, syair, lagu, pantun dan lain agar teks tersebut menjadi lengkap, padat dengan isi, mudah difahami dan mampu dihayati oleh pendengar. Selain itu, timing juga perlu diambil perhatian. Jika teks yang siap dimurnikan, setelah diceritakan oleh peserta tetapi belebihi masa yang ditetapkan, teks itu terpaksa dimurnikan semula. Paling kurang setiap teks akan dimurnikan sebanyak 5 kali. Bayangkan jika ada 4 teks untuk setiap peserta. Pastinya menuntut pengorbanan dan mujahadah yang tinggi.

Bagi Najmi, pada tahun tersebut 3 teks bercerita lain telahpun beliau hafalkan. Ketika undian, ditakdirkan tajuk ini yang beliau perolehi sedangkan persediannya ketika itu untuk tajuk ini hanya 40%. Mahu tak mahu beliau teruskan juga usaha dan perjuangannya. Alhamdulillah, rezeki beliau tahun dapat, dapat johan kebangsaan. Ana tumpang bersyukur dengan kejayaan beliau.
Rasanya setakat itu sahaja yang dapat ana kongsikan. Kepada yang meninggalkan alamat email di FB, blog ini, mahupun melalui sms, ana akan emailkan teks bercerita untuk video di atas. Ana sertakan juga persembahan power point berkenaan teknik penyediaan teks bercerita buat panduan antum. Nak buat download online via blog ana tak berapa pandai. Kebetulan, kerja tengah banyak sekarang ni. Apapun, moga bermanfaat dan selamat berjaya...

Wassalam.

Monday, January 31, 2011

Selamat Tahun Baru



Assalamualaikum sahabat2 semua.

Ana doakan antum berbahagia dan diberkati Allah bersama keluarga tersayang. Moga sihat2 sokmo. Maklumlah, musim2 hujan begini kita mudah diuji Allah dengan demam, batuk dan selsema. Bagi ana alhamdulillah, sekeluarga sihat adanya.

Video yang ana upload di atas diambil pada 31.1.2011 (Isnin) sewaktu ana menjemput puteri sulung ana balik dari PASTI sebelum ke Seremban bagi menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Jurulatih Utama KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Seremban. Selepas hampir 3 hari hujan tanpa henti, buat kali pertama sejak ana tinggal di sini, air sungai Jempol naik setinggi ini. Sebelum ini pernah juga naik tapi tidak sampai hampir mencecah jambatan mahupun melepasi jalan utama. Agak geli hati bila sudah ada antara ahli taman ana yang berkira2 untuk pindah. Memang tak salah kalau ambil langkah berjaga2, cumanya kedudukan taman ana yang memang tinggi berbanding kawasan lain agak mengurangkan kerisauan ana berkenaan perkara tersebut.

Bercerita tentang Mesyuarat Penyelarasan Jurulatih Utama KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang ana hadiri semalam. Mesyuarat tersebut diadakan di Balai Gadang, JPNS di Seremban. Ana ke sana bersama sahabat ana, Ustaz Hasrul (SK Pusat Juasseh). Kami tiba agak lewat. Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 hanya kami hadiri bermula jam 3.00 petang. Maklumlah, hujan sepanjang jalan. Lagipun kami yang paling jauh, orang lain semuanya dari sekitar Seremban. Sampai sahaja di sana, berkejar dahulu ke surau untuk solat Zuhur. Antara perkara yang dibincangkan ialah maklumbalas tentang pelaksanaan kursus KSSR untuk dibuat penambahbaikan pada masa akan datang disamping berbincangan dan perkongsian idea berkaitan pelaksanaan KSSR di sekolah. Di samping itu, maklumat2 terkini berkaitan KSSR juga dimaklumkan kepada semua Jurulatih Utama. Turut dibincangkan ialah program yang dirancang untun tahun 2011.

Suka ana panjangkan di sini beberapa perkara berkenaan Bahasa Arab dan KSSR sepertimana yang dimaklumkan semalam sebagai kepastian bagi yang tak pasti:

1. RPH boleh dihasilkan dengan menggabungkan kelas dari aras yang sama. Perbezaan hanya dilakukan pada penulisan impak. Ia perlu ditulis mengikut kelas (kerana aras murid yang berbeza)
2. Pelayaran ke laman web BPK perlulah dilakukan sekerap mungkin kerana buat masa ini banyak info2 terbaru sedang diupload, ditukar mahupun dikemaskini.
3. Ura2 penggunaan 'band' untuk Bahasa Arab (sepertimana Bahasa Inggeris). Ia hanya dilakukan apabila pekeliling turun ke sekolah. Tanpa surat pekeliling, tiada apa yang berubah.
4. Buat guru jQAF Bahasa Arab, blog lujnahbans adalah blog rujukan anda. Begitu juga jika terdapat sebarang aduan mahupun masalah (selain melalui telefon, email, sms dll)
5. Ditegaskan bahawa Panitia Bahasa Arab tak perlu diwujudkan. Bahasa Arab diletakkan di bawah Panitia Pendidikan Islam.
6. Hasil perjumpaan pihak JPNS dengan Jemaah Nazir, RPT hendaklah mengikut taqwim sekolah tempat seseorang guru itu bertugas. Menggunakan RPT guru dari sekolah lain adalah tidak menepati kehendak penyediaan RPT yang sebenar.
7. Impak perlu sentiasa ditulis dalam Buku Ringkasan Mengajar.
8. Pihak SPI JPNS menggalakkan guru jQAF/GPI agar memohon Guru Cemerlang. Ini kerana jumlah yang memohon terlalu sedikit sedangkan guru subjek lain sebaliknya.
9. Pihak SPI JPNS turut menggalakkan guru PI menyertai Pertandingan Guru Inovatif. Kriteria pemarkahan telah diupload di blog lujnahbans.

Mesyuarat telah berakhir pada jam 5.00 petang. Berpeluang juga ana berjumpa dengan sahabat2 jQAF yang dah lama tidak ana temui. Moga ukhuwah antara kita berpanjangan hingga ke akhirnya.

Untuk akhirnya, sepertimana tajuk entri ana kali ini, ana ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan berbangsa Tionghua/Cina di seluruh Malaysia terutamanya buat sahabat baik ana, Meng. Beliau ana kenali sewaktu di IPRM, perkenalan kami berterusan hingga ke hari ini. Beliau hadir di majlis perkahwinan ana, pernah juga hadir bercuti di rumah ana. Mengajar di Kuala Lumpur. Buat beliau, khas dari ana SELAMAT TAHUN BARU!!

Sekian buat kali ini. Wassalam.