Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H


Assalamualaikum sahabat2 semua...

Salam Maulidurrasul dari ana. Moga kita semua digolongkan di dalam golongan umat Muhammad yang senantiasa cinta, sayang, kasih dan patuh kepadanya.

Selesai solat berjamaah Subuh di Masjid Taman Penarikan, ana pulang ke rumah untuk dapatkan kunci bilik guru. Ana ke sekolah untuk membawa laptop ana pulang ke rumah. Hajatnya, hari ni nak pasang nasyid berkaitan Rasulullah s.a.w. sahaja. Nasyid2 pula semuanya dalam laptop. Di rumah pula ada sistem suara 'kokak' tapi boleh la setakat nak dengar satu taman. Daripada dengar lagu, tonton cerita yang tahapahapa, baik ana dihidangkan jiran2 ana dengan alunan selawat dan nasyid2 berkaitan Rasulullah s.a.w. Dapat jugak sedikit sebanyak berkempen memperbanyakkan selawat ke atas Baginda bersempena kelahiran Baginda hari ini.

Apapun langkah yang diambil oleh mana2 individu untuk meraikan kelahiran Baginda s.a.w amatlah dialu2kan, asalkan tidak bertentangan dengan syariat. Pun begitu, jangan pula sambutan hanya tinggal sambutan. Memperingati Baginda hanya setahun sekali. Itu pandangan yang salah. Seharusnya, memperingati Bagindas.a.w perlulah sentiasa dihati pada setiap saat dan ketika.

Untuk akhirnya, sekali lagi ana ucapkan Salam Maulidur Rasul buat sahabat2 semua. Bersama2 kita jadikan Baginda s.a.w 'role model' dalam kehidupan kita. Nasyid di atas menyentuh hati ana. Sama2 kita hayati lirik lagu Muhammad Nabina. Khat ucapan di bawah pula ana dapatkan dari blog sahabat ana, Ustaz Anis. Nak buat sendiri tak pandai. So, amik orang punye jela. Syukran ya akhi!

Wassalam.


Monday, February 22, 2010

Menangislah Kerana Baginda s.a.w


Assalamualaikum...

Mengenang kembali sejarah hidup Rasulullah s.a.w yang panjang, bagi sesetengah individu adalah satu kenikmatan. Namun bagi sesetengah orang, mereka tidak punya masa untuk itu, malah Baginda semakin jauh dilupakan. Ada juga yang mengharapkan kepelbagaian dalam penyampaian oleh orang yang menyampaikan sejarah tersebut.

Tertarik sungguh ana dengan puisi yang disampaikan oleh seorang kanak2 perempuan bernama Sahar di Al Mahabbah Awards yang diadakan pada tahun 2008 yang lalu di Abu Dhabi. Ana sendiri dapat tahu melalui blog sahabat ana, Ustaz Nazri. Rakaman tersebut ana ambil dari Youtube manakala buat sahabat2 yang ingin mendapatkan terjemahan puisi tersebut boleh dapatkan sendiri dari blog Ustaz Nazri.

Hayatilah setiap bait puisi ini. Ia diciptakan khas buat kita semua mengenang kembali secara sepintas lalu sejarah Baginda Rasulullah s.a.w dari dilahirkan sehingga Baginda wafat. Walaupun dipersembahkan dalam bahasa Turki, disertakan juga terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dalam rakaman tersebut. Ana secara peribadi menitiskan air mata menonton persembahan ini.

Renungkan, sejak kita lahir hingga ke saat ini, berapa titisan air matakah yang kita jatuhkan buat Baginda, kerana mengenang Baginda, kerana kecintaan kepada Baginda....

Saturday, February 20, 2010

Tasmik Perdana 2010

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua...

Ana doakan antum semua sihat2 sentiasa.

Bagi ana macam biasalah, short list sedia ada pun belum berkurangan, dah bertambah urusan baru. Nak kata bertangguh kerja tu tak jugak, cuma sebahagian urusan perlu diselesaikan pada hari bekerja. Jadi hujung minggu seperti ini ana ambil sedikit masa ke sekolah dan siapkan kerja2 yang mampu ana sudahkan. Sekurang2nya pendek la sikit short list keje ana.

Semalam, Sabtu (20.2.2010), sekolah ana buat julung kalinya mengadakan Program Tasmik Perdana untuk murid2 tahun 6. Program yang pada asalnya dirancang untuk melibatkan pelajar2 Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Jempol sebagai fasilitator terpaksa dibatalkan atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Sebagai penyelesaian, tenaga guru terutamanya guru agama dilibatkan semaksima mungkin. Selebihnya dilakukan dengan merekrut murid2 turus sebagai fasilitator dalam program ini.

Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan taklimat daripada Us. Ismail. Selepas pembahagian fasilitator dan lokasi serta guru pembimbing, tasmik dimulakan. Sepertimana program2 lain, peserta minum pagi pada jam 10.30 pagi, makan tengah hari & solat Zuhur berjamaah pada jam 1.00 petang. Tasmik berakhir pada jam 4.00 petang diikuti dengan Majlis Khatam al-Quran dan Solat Asar berjamaah. Peserta kemudiannya membawa pulang bekalan minum petang ke rumah masing2.

Ana mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program pada hari tersebut. Murid2 turus, guru2, pengusaha kantin, PIBG, jasa anda semua hanya Allah yang dapat membalasnya. Meskipun terdapat beberapa kelemahan lantaran kekurangan fasilitator dan kewangan, syukur kepada Allah kerana ianya tetap berjaya dijalankan. Begitupun, seramai 7 orang murid telah khatam dan sebahagian besarnya telahpun berada dalam sukatan bacaan Tahun 6.

Besarlah harapan ana, guru2 j-QAF khasnya dan semua guru2 SKTMS untuk melihat murid2 tahun 6 SKTMS pada tahun ini berjaya menghabiskan bacaan mereka. Jadi, buat murid2 tahun 6, dengan apa juga cara perbanyakkanlah membaca al-Quran, carilah guru di mana jua. Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan daripada Allah Taala.

Sekian buat masa ini. Wassalam.

Ustaz Ismail memberi taklimat kepada peserta

Murid turus bersedia menerima rakan tasmik

Antara fasilitator yang berkesempatan hadir

Tasmik bersama murid turus

En. Johari (pengusaha kantin) tidak ketinggalan membantu

Majlis Khatam buat peserta yang berjaya khatam

Us. Ismail mengetuai Majlis Khatam

Tuesday, February 16, 2010

Gong Xi Fa Chai 2010

Assalamualaikum sahabat2 semua...

Ana doakan antum semua dinaungi rahmat Allah sepanjang masa.

Cuti Tahun Baru Cina kali ini ana habiskan bersama keluarga di Selangor. Kami menziarahi sepupu ana di Rawang. Sepupu ana Raja Faisal, antara sepupu yang amat rapat dengan ana, seorang usahawan di sana. Beliau menguruskan kedai buku yang diusahakan bersama abangnya, Raja Kamaruzaman. BOOKWORM nama kedai buku mereka. Alhamdulillah, jika dilihat dari segi fizikal, perniagaan yang mereka usahakan semakin maju berbanding mula2 diusahakan beberapa tahun lepas. BOOKWORM juga telah berjaya meniti di bibir ibu bapa mahupun guru2 di sekolah2 sekitar kawasan tersebut.

Faisal bersama keluarga beliau menetap di Bukit Sentosa seawal tahun 90-an. Mereka sekeluarga bermula dengan mengusahakan stesen minyak ESSO dan kedai Dobi. Alhamdulillah, sekarang stesen ESSO telahpun berjalan dengan lancar, kedai dobi telah pun membuka cawangan yang baru, malah BOOKWORM juga telah ditubuhkan, kini telahpun berkira2 untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Ana secara peribadi mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka sekeluarga dan ana doakan kejayaan dan keberkatan rezeki buat mereka di dunia dan akhirat.

Ana sampai di rumah beliau pada malam hari Ahad, beliau ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari Terengganu (kampung isteri beliau, Ayu). Sungguhpun beliau tiada di rumah, umi beliau (ibu saudara ana sebelah ayah) menanti kedatangan kami. Beliau tiba agak lewat, jam 11.30 malam. Sempat juga kami berbual sebentar sebelum masing2 'surrender' untuk merehatkan diri setelah bermusafir jauh.

Pagi Isnin, kami semua dijemput bersarapan di kediaman adik beradik sulung Faisal, Kak Yong panggilan timangannya. Kak Yong bersama suaminya, Abang Zamri tinggal di Bukit Beruntung. Ana tumpang berbangga dengan keluasan rezeki yang Allah kurniakan buat keluarga Kak Yong dan Abang Zamri. Sungguhpun mereka dikategorikan dalam golongan elit, Allah tetap dalam hati mereka, rajin bersedekah, kerap mengaji di masjid dan tidak membiarkan kemewahan menjauhkan mereka dengan Allah. Ana doakan Kak Yong dan family senantiasa dipelihara Allah dan dikurniakan keberkatan rezeki berpanjangan.

Sebelah petang pada hari yang sama, kami semua bergerak ke Pantai Remis, Kuala Selangor. Faisal bermurah hati belanja kami semua makan kerang bakar dan ikan bakar di pinggir Pantai Remis. Alhamdulillah, memang puas makan petang tu. Murah pun memang murah. Selesai makan, hero2 dan heroin2 yang bersama2 dengan kami berhajat nak main layang2. Selesai membeli kerang, remis dan siput murah yang dijual berdekatan, layang2 dibeli dan terus dimainkan.

Ana pulang ke NS pada pagi Selasa. Asalnya ana merancang untuk pulang pada malam semalamnya. Disebabkan kami pulang dari Pantai Remis agak lewat dan masing2 keletihan, terpaksa ana tangguhkan. Sebelum berangkat pulang, ana singgah ke rumah abang kepada Faisal, Raja Kamaruzaman (Abang Zaman). Agak lama juga ana tidak berjumpa dengan beliau. Alhamdulillah, ziarah ana ke Rawang kali ini membawa ana bertemu semua sepupu2 ana yang tinggal di sana. Abang Zaman seperti yang ana ceritakan, juga berniaga dan berkongsi menjalankan perniagaan bersama adik beradik yang lain. Selesai berbual dengan beliau, ana mohon beransur pulang.

Ana ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada sepupu2 ana dan keluarga mereka di atas layanan baik sepanjang kami berada di sana. Ana doakan mereka semua beroleh keluasan rezeki dan keberkatan berpanjangan daripada Allah. Moga ukhuwah ini berterusan hingga ke akhir hayat.

Sampai di sini dahulu buat kali ini. Wassalam.

Monday, February 8, 2010

SuaraKU...

Assalamualaikum semua...

Entri kali ana akan kongsikan berkenaan dugaan yang sedang ana hadapi sekarang. Disamping tugasan2 yang tak kunjung surut, satu lagi dugaan baru melanda. Sejak 5 hari lepas, suara ana jadi pecah dan suara juga hampir hilang. Ditambah juga dengan ketidakmampuan ana meninggikan suara hingga mengakibatkan ana terbatuk2 dan sukar meneruskan P&P.

Petang semalam, selesai KAP ana bergegas ke salah sebuah farmasi di Bahau. Nama pun farmasi, ubat apa yang takde. Ana diberikan 2 jenis pil dan 1 papan gula2 untuk memulihkan suara. Harap2 dengan ikhtiar ni suara ana akan kembali balik. Susah benar rasanya sebagai guru kalau takde suara. Terasa benar bila Allah menguji dengan menarik nikmat yang selama ini dikurniakan tanpa disedari kepentingannya. Moga ujian ini mematangkan ana dalam memanfaatkannya dan berpanjangan mensyukuri nikmat kurniaanNya.

Wassalam.

Tuesday, February 2, 2010

MY NAME: Syukran Akhi Anis!


Assalamualaikum...

Dalam kesibukan, ana cari juga kesempatan untuk buat entri ini atas rasa terima kasih yang tidak terhingga ana kepada sahabat ana, Ustaz Anis (Abuhazieq) yang telah bersusah payah menghasilkan khat nama ana.

Agak lama juga ana usha2 nak minta bantuan beliau. Segan juga rasanya apabila bertanya2 beliau tentang perkara tersebut. Ana faham, beliau juga tak kurang sibuknya jika dibandingkan dengan guru2 jQAF yang lain. Alhamdulillah, berkesempatan juga beliau sudahkan.

Ana ambil kesempatan ini untuk ucapkan jutaan terima kasih buat beliau. Moga Allah permudahkan perjuangan beliau dalam dunia penulisan khat sampai bila2. Ana juga doakan agar satu hari nanti beliau akan berjaya jadi khattat terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Kalau nak tengok hasil kerja beliau, sila ziarah blog beliau di: http://abuhazieq.blogspot.com

Barakallhu fik ya akhi!