Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Tuesday, February 24, 2009

Al-Mumtaz 2008

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat semua,

Mohon maaf atas kurangnya ana masukkan entri2 baru lantaran kesibukan tugasan harian. Apapun, ana cuba jugak reply mana2 sahabat yang join dalam CBox.

Atas permintaan salah seorang sahabat ana, asalnya ana nak uploadkan rakaman persembahan Al-Mumtaz di peringkat kebangsaan tahun lepas. Lagu yang dinyanyikan adalah lagu pertama (mengikut tema festival). Walaupun begitu, disebabkan rakaman tersebut hanya menggunakan kamera digital, kualiti gambarnya agak kurang memuaskan.

Walaubagaimanapun, sampai ke hari ini ana masih tak dapat nak upload rakaman tu. Tak tau la kenapa. Insya allah, ana akan cuba jugak masukkan dan tanyakan pada sahabat2 lain yang lebih arif tentang hal ni. Buat sahabat yang menantikan rakaman tu, ana mintak maaf atas kelewatan ni. Kalau ada sahabat yang nak bagi pandangan tentang cara lain untuk upload boleh la bagitau ana. Ana alu2kan pandangan dan tunjuk ajar daripada sahabat sekalian.

Wassalam.

p/s: tahniah buat sheikh artisno atas kelahiran blog arab yang beliau hasilkan. ana baru berkesempatan nak buka blog dia. memang hebat. ana pun belum tentu mampu nak buat camtu. kagum jugak ana atas kemahiran khat yang beliau tunjukkan melalui rakaman yang beliau upload dalam blog beliau. siap masukkan lirik nasyid tahun 2009 lagi. insya allah, kalau ada rezeki kita jumpa peringkat negeri nanti. ana dah masukkan blog beliau dalam pautan, ana galakkan sahabat2 lain layari blog beliau.

Tuesday, February 17, 2009

Al-Mumtaz, SKTMS

Perjuangan disambung kembali!!

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat sahabat semua.

Sejak 2 minggu lepas ana selaku penyelaras dan pengurus pasukan bersama jurulatih vokal kumpulan ini telahpun mula sibuk mencipta lagu untuk Festival Nasyid bagi tahun ini. Tema bagi tahun ini ialah Aqidah Pembentuk Jatidiri Cemerlang.

Berpegang kepada prinsip 'jangan bertangguh' kami dah berbincang, menghasilkan lirik dan memurnikannya berulang kali bagi mendapatkan lirik yang terbaik dan menepati kehendak dan peraturan festival. Ini kerana segala aspek perlu diberi perhatian terutamanya dari segi pemarkahan. Berbekalkan pengalaman 3 tahun mewakili Negeri Sembilan, setelah belajar dari kesilapan, mendapat tempat saguhati berulang kali, mengkaji, menganalisa dan bertanyakan pendapat dari orang2 yang berpengalaman luas dalam bidang nasyid, pada tahun ini kami bertekad untuk menempatkan diri dalam senarai kumpulan 3 terbaik, insya allah.

Sesungguhnya, ana sedar untuk sampai ke tahap itu, terlalu banyak yang perlu kami korbankan. Masa, wang ringgit dan berbagai2 lagi. Namun demi minat dan keinginan untuk menjadikan nasyid ini sebagai satu medium dakwah terutamanya kepada murid2 sekolah, kami gagahkan jua.

Semoga Allah kurniakan kejayaan kepada Al-Mumtaz tahun ini. Amin.

(gambar yang ana sertakan di atas ialah kenangan al-Mumtaz bertanding mewakili Negeri Sembilan dalam Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2008 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu)

Sunday, February 15, 2009

SEKOLAHKU



















Assalamualaikum,

Untuk entri kali ini, ana berbangga untuk ceritakan serba sedikit tentang sekolah tempat ana mengajar sekarang.

SK Tunku Muda Serting namanya. Dibuka dengan rasmi pada 1 Januari 2001 dengan nama SK Bahau. Dalam tahun pertama penubuhan, sekolah ini terpaksa menumpang di SK Jempol kerana kelewatan siapnya bangunan sekolah yang baru.

Pada Januari 2002 barulah sekolah ini beroperasi di bangunan baru dengan bilangan murid seramai 630 orang. Pada tahun itu juga pertama kalinya peperiksaan UPSR diadakan. Pada masa ini, sekolah ini mempunyai seramai lebih 50 orang tenaga pengajar termasuk Guru Besar. Sekolah ini terus berkembang dengan peningkatan bilangan murid serta pelbagai kemudahan. Besar harapan warga pendidik di sini agar SKTMS akan terus melahirkan anak bangsa yang dapat memberikan sumbangan terhadap agama, bangsa dan tanahair satu hari nanti.

ps: untuk info yang lebih mendalam tentang SKTMS, sila layari http://www.zoom-a.com/.

Thursday, February 12, 2009

kem bestari solat

assalamualaikum... salam penghulu segala hari.

alhamdulillah, dapat jugak ana siapkan blog ana seadanya walaupun tak seberapa. ana akui masih banyak yang kurang. insya allah, ana akan usahakan untuk upgrade dari masa ke semasa.

segalanya atas hikmah perkenalan yang dikurniakan oleh Allah dengan akhi Mior. Sungguhpun begitu, hingga ke saat ini ana masih menjadikan blog beliau sebagai blog mentor untuk blog ana.

untuk makluman, sekolah ana adakan kem bestari solat kali pertama untuk tahun 1 & 2. alhamdulillah, segalanya telah disiapkan oleh penyelaras yang terlibat. fasilitator pun dah disusun untuk melancarkan program. harapnya dapat jugak la sedikit sebanyak ilmu berkenaan wuduk dan solat terutamanya murid2 thun 1, yang tahun 2 tu semoga bertambah ilmu dan kefahaman.

wallahu a'lam.

Wednesday, February 11, 2009

progress...

bismillah...

hingga ke saat ini ana masih terkial2 nk sempurnakan perkara2 asas dalam blog ni. masih banyak sangat yang kurang rasanya. tiap kali ada perkara yang hendak dilakukan pasti tergendala lantaran ceteknya ilmu.

semoga allah berikan ruang dan kesempatan untuk ana mendalami apa yang ana sedang usahakan.

jumpa lagi...

Monday, February 9, 2009

entri sulungku...


Puji-pujian hanya selayaknya untuk Allah, Tuhan penguasa sekalian alam. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, tabiin dan penerus generasi mukmin hingga Hari Kiamat.

Ana hanya nak ucapkan syukur pada Allah atas ketentuan pertemuan ana dengan akhi Meor, JLU j-QAF dari Johor sewaktu temuduga Peserta Kursus Bahasa Arab Program j-QAF di Oman 2009 di Jabatan Pelajaran Melaka pada 21.1.09 tempohari.

Perkenalan ana dengan beliau telah membuka ruang ilmu untuk ana belajar sedikit sebanyak berkenaan penghasilan blog khasnya dan berkenaan pengetahuan keguruan amnya.

Apapun, sekalung penghargaan daripada ana untuk akhi Meor atas perkongsian ilmu ini dan harapan ana agar ukhuwah dan perkenalan ilmu ini akan berterusan hingga ke akhir hayat.

Bagi ana, insya allah ana akan cuba sedaya mungkin untuk berikan yang terbaik untuk rakan2 khasnya dan masyarakat umumnya. Sungguhpun begitu, ana sendiri tidak menjanjikan apa2 yang istimewa di dalam blog ini, hanya mungkin perkongsian ilmu dan pengalaman dan beberapa perkara yang mungkin akan ana pelajari dari masa ke semasa daripada sahabat2 yang sudi mencurahkan ilmu buat meleraikan kejahilan diri ana khasnya dalam hal ICT ni.

Akhir kata, semoga blog ini mampu memberikan sesuatu buat diri ana sendiri dan orang lain juga. Semoga segala usaha baik kita diberkati Allah Taala.

Wassalam.