Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Wednesday, April 28, 2010

PEMANTAUAN j-QAF oleh JPNS


Assalamualaikum...

Hari ini, 29.4.2010 (Khamis) SK Tunku Muda Serting telah dikunjungi oleh 3 orang pegawai dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS). Pemantauan yang dijadualkan pada 6.5.2010 (minggu hadapan) telah diubah di saat2 akhir ke hari ini. Mahu tak mahu, bagaimanapun keadaannya guru2 GPI dan GPI j-QAF perlu juga bersedia.

3 orang pegawai yang hadir ialah Tuan Muhamad Rusli b. Ibrahim (Ketua Unit Operasi Kurikulum), Tn. Hj. Zainal Arifin b. Mahsurom (Pen. Pengarah Operasi Teras KBSM) dan Pn. Hjh. Supiah bt. Abu (Penyelia Operasi KBSR). Mereka bertiga sampai ke SKTMS lebih kurang jam 9.00 pagi dan dibawa ke bilik Kurikulum memandangkan bilik j-QAF sedang dalam proses penaiktarafan. Setelah bertaarruf dengan semua guru, meninggalkan buku RPH dan fail2 yang berkaitan, guru2 kembali ke kelas masing2 untuk mengawasi peperiksaan yang sedang berjalan dengan janji untuk bertemu semula di bilik Kurikulum pada jam 12.00 t/hari.

Tepat jam 12.00 t/hari, semua guru kembali ke bilik Kokurikulum bagi mendengar laporan dan rumusan daripada pemantauan oleh ketiga2 pemantau. Alhamdulillah, sungguhpun ada beberapa perkara yang memerlukan penambahbaikan dan penyelarasan, pada ana persediaan yang tak seberapa ini telahpun cukup pada asasnya. Tn. Hj. Zainal Arifin sendiri menyatakan bahawa setakat persediaan kami, kami sebenarnya bersedia untuk dipantau pada bila2 masa. Begitulah sepatutnya bila ada pemantauan, kehadiran pemantau bukan untuk mencari kesalahan tetapi untuk mencari ruang penambahbaikan untuk gerak kerja yang lebih tersusun, teratur dan mudah didapati bila diperlukan.

Ana mewakili GPI dan GPI j-QAF SK Tunku Muda Serting amat berbesar hati dengan lawatan ke tiga2 pegawai dari SPI, JPNS pada hari ini. Selain membantu memperbaiki apa yang perlu, kehadiran mereka juga turut mengeratkan lagi ukhuwah antara warga SKTMS dengan JPNS. Terima kasih atas teguran dan perkongsian ilmu sepanjang kalian berada di dini. Apa yang kurang insya allah, akan cuba kami perbaiki dari masa ke semasa. Buat GPI dan GPI j-QAF semua, bersama kita tanamkan tekad dan azam untuk memastikan matlamat pendidikan melalui program j-QAF khasnya dan Pendidikan Islam amnya tercapai. Semoga pertemuan hari ini diberkati oleh Allah.

Wassalam.


Dari kiri: Tn. Hj. Zainal Arifin, Tn. Muhamad Rusli, Tn. Hj. Othman, Us. Abd. Malik dan Pn. Hjh. Supiah

Tuesday, April 27, 2010

Al-Mumtaz: Kenangan FNK 09


Assalamualaikum...

Kebetulan demam nasyid kembali melanda ana, jurulatih dan Al-Mumtaz sendiri, ana dengan rendah diri mempersembahkan kepada antum semua kisah perjalanan Al-Mumtaz ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan pada tahun lepas. Alhamdulillah, Al-Mumtaz berjaya mendapat Naib Johan.

Tayangan ini telah lama ingin ana hasilkan. Walaubagaimanapun, dengan kekangan masa dan beberapa faktor lain terutamanya kecetekan pengetahuan ana dalam menggunakan Movie Maker, terbantut usaha ana untuk menyiapkannya. Mahu tak mahu terpaksalah ana gunakan program 'try & error' yang telah lama ana kuasai. Hasilnya taklah seberapa. Begitupun, cukuplah untuk dijadikan kenangan dan contoh buat pihak2 yang berkehandakkan rakaman persembahan dari Al-Mumtaz.

Kebetulan, petang ini Al-Mumtaz mendapat jemputan ke Majlis Kesenian Islam KEMAS Peringkat Parlimen Jempol. Majlis tersebut akan dihadiri oleh YB Dato' Hj. Lilah b. Hj. Yasin, Ahli Parlimen Jempol dan Pengarah KEMAS Negeri Sembilan. Harap2 tiada masalah sepanjang persembahan petang nanti.

Wassalam.

Sunday, April 25, 2010

AL-MUMTAZ: SYUKUR PADAMU YA ALLAH!


Assalamualaikum sahabat2 semua...

Setinggi2 pujian hanya selayaknya buat Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam buat Baginda Nabi s.a.w., keluarga, sahabat2 dan para pejuang penerus sunnah Baginda hingga Hari Kiamat.

Ana menulis entri ini seusai ana menyiapkan sijil buat Al-Mumtaz dan jurulatih. Hadiah masih lagi dalam kereta. Ubat gigi Mu'min juga masih berada dalam kereta. Segalanya berlaku dengan izin Allah apabila Al-Mumtaz buat pertama kalinya menyertai Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min Musim ke 4 lalu memenanginya. Selaku johan, Al-Mumtaz akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November nanti. Pertandingan dari peringkat negeri hingga ke peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Nasyid.com. Sistem bunyi yang hebat, siap buat rakaman. Gambar jangan cakap la. Kata salah seorang fotographer yang menemuramah ana sebelum pertandingan bermula, mereka masih berunding dengan Astro Oasis untuk menerbitkannya.

Pertandingan yang diadakan pada 24.4.2010 (Sabtu) di Pusat Dakwah Islamiyah (PDI), Paroi itu disertai oleh 9 buah kumpulan. Pendaftaran bermula pada jam 11.00. Kebetulan Al-Mumtaz yang pertama mendaftar. Dewan pun masih samar2. Bukan apa, kalau diikutkan kami yang paling jauh daripada kumpulan2 lain, bimbang juga kalau2 terlewat atau berlaku sesuatu yang tidak diingini. Taklimat diberikan sebelum peserta dijamu dengan makan tengah hari. Sesudah makan, semua yang terlibat menuju ke Surau untuk menunaikan solat Zuhur berjamaah.

Selesai solat, Al-Mumtaz bergegas untuk bersiap. Sebahagian pasukan telahpun bersiap dengan pakaian persembahan mereka, jadi tak perlulah kalut2 bersiap. Memakaikan samping, brooch, touch sikit, gosok songkok, semuanya agak memakan masa. Mujur giliran Al-Mumtaz agak lewat, nombor 6. Jam 2.30 petang, pertandingan pun bermula. Sufian Saujana mengendalikan pertandingan kali ini. Dengan konsep pertandingan ala2 program realiti, tekanan buat para peserta agak kurang. Ditambah dengan slot2 kuiz dan celotehnya yang menghiburkan, buat peserta dan penonton rasa selesa. Hakim daripada kumpulan Mestica juga memberikan komen2 yang membina.

Dari perbincangan ana bersama 2 jurulatih Al-Mumtaz, secara keseluruhannya persembahan Al-Mumtaz agak baik tetapi masih perlu diperbaiki terutamanya dari segi projection suara, harmonising, gaya dan penggunaan pentas. Samada masih membawa lagu yang sama untuk ke peringkat kebangsaan nanti tak dapat ana pastikan. Dari segi komen hakim pula, persembahan Al-Mumtaz sedap didengar tetapi masih boleh diperbaiki.

Pertandingan yang dijadualkan berakhir jam 4.00 petang berlarutan hingga ke jam 4.30 petang, diikuti dengan persembahan dari kumpulan Mestica. Seterusnya, Pengerusi Eksekutif Al-Meswak Mu'min, En. Amirullah menyampaikan ucapan diikuti dengan ucapan Ketua Unit Operasi Dakwah, SPI JPNS, Us. Mohd. Hafizi. Penyampaian hadiah mengakhiri pertandingan sebelum sesi bergambar pemenang bersama hakim, penganjur dan VIP.

Hadiah berupa wang tunai, sijil penyertaan dan barangan Mu'min. Lebih manis apabila solo Al-Mumtaz, Syed Israfil turut memenangi anugerah Solo Terbaik yang membawa pulang sijil, barangan Mu'min dan cenderahati dari Bank Rakyat. Paling bermakna apabila Al-Meswak Mu'min bermurah hati menyumbangkan ubat gigi percuma buat semua murid SK Tunku Muda Serting yang berjumlah 700 orang. Bukan SKTMS sahaja, malah seluruh sekolah yang menyertai membawa pulang ubat gigi untuk warga sekolah masing2.

Rupa2nya Al-Meswak Mu'min selama ini banyak menjalankan tanggungjawab sosial. Selain Bintang Nasyid Mu'min, semua jemaah Haji tahun lepas turut dibekalkan dengan ubat gigi Mu'min. Selain itu, Al-Meswak Mu'min turut melakukan ibadah qurban di luar negara, di kawasan2 majoriti Islam yang hidup dalam kekurangan. Agak mengejutkan, walaupun Al-Meswak Mu'min hanya mengeluarkan produk ubat gigi tetapi mereka amat banyak menyumbang untuk masyarakat. Seharusnya syarikat2 lain juga menuruti jejak langkah mereka. Ana secara peribadi tumpang berbangga dengan usaha Al-Meswak Mu'min, semoga usaha kalian diterima Allah dan dipermudahkan. Selamat Maju Jaya Mu'min!

Atas kemenangan, Al-Mumtaz dibawa menjamu selera di Giant Senawang. Sebelum itu, kami solat Asar di surau PDI. Sempat juga ana ambil masa untuk pesan kepada mereka agar bersyukur dengan anugerah dan dugaan kemenangan yang mereka perolehi, jangan sombong, merendah diri dan berterima kasih kepada ibubapa, guru2 dan rakan2 yang mendoakan kejayaan mereka. Akademik perlu diberi tumpuan selepas ini. Peringkat kebangsaan lambat lagi. Bagi yang dalam Tahun 6, lepas UPSR nanti baru mula latihan semula. Hari itu, masing2 nak makan KFC, ana ikutkan saja. Mereka layak dilayan sebegitu setelah bersusah payah berusaha menjalani latihan sekian lama.

Ana ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada jurulatih hebat Al-Mumtaz, En. Mohd. Yusof dan Pn. Hjh. Nazariah. Tanpa mereka, Al-Mumtaz takkan sampai ke mana. Nak harap ana, mintak maaf la. Kemahiran kejurulatihan kurang. Terima kasih juga kepada Guru Besar Cemerlang SKTMS, Tn. Hj. Othman atas sokongan yang tak henti2. Tidak lupa juga kepada guru2, murid2 dan seluruh warga SKTMS. Kepada ibubapa Al-Mumtaz, terima kasih atas kepercayaan, doa dan kerelaan kalian melepaskan 'permata' kalian untuk kami gilap. Kepada Ust. Mazni, terima kasih kerana pinjamkan Unser. Kalau guna kereta ana, alamat jadi sardin la budak2 tu. Buat yang berkesempatan hadir di PDI memberikan sokongan, ibu dan adik ana, Cikgu Raziah sekeluarga, Cikgu Lila Nura, terima kasih ana ucapkan. Semoga usaha kita semua dinilai Allah dengan amalan kebaikan. Kepada Cik Izwani, terima kasih atas bantuan sejak dari mula hingga ke akhirnya. Buat Al-Meswak Mu'min Sdn. Bhd, antum memang BEST dan MUMTAZ!

Untuk entri kali ini, ana hanya masukkan sekeping gambar. Banyak lagi sebenarnya tapi memandangkan kamera yang ana gunakan agak 'tak power', jadi gambar lain agak gelap. Insya allah, ana akan cuba dapatkan yang lain dan masukkannya dalam entri akan datang. Untuk berita lebih lanjut, layari web ini (nasyeed.com) dan rujuk ruangan Berita Terkini. Kalau belum ada, sila usha semula dalam masa terdekat. Mungkin penganjur lewat sikit publish berita tu.

Wassalam.

Friday, April 9, 2010

Bintang Nasyid Mu'min musim ke 4, 2010


Assalamualaikum...

Sedikit kecewa juga mengenangkan Festival Nasyid Sekolah2 KPM tahun ini ditangguhkan atas alasan ketiadaan peruntukan kewangan daripada kerajaan. Bagaimana kerajaan menguruskan kewangan bukanlah menjadi perbahasan di sini namun rasanya agak kurang wajar menangguhkan program berunsur pendidikan seperti ini. Daripada menganjurkan program2 yang hanya berbentuk hiburan duniawi, lebih baik Festival ini dijalankan.

Walaubagaimanapun, pelawaan dan cadangan Ustazah Hjh. Jamaliah dari SPI, JPNS baru2 ini agar kami menyertai Bintang Nasyid Mu'min (BNM) musim ke 4 sedikit sebanyak mengubati kekecewaan. Sungguhpun, pertandingan ini amat jauh berbaza dari Festival baik dari segi syarat, masa persembahan dan aspek pemarkahan, namun atas dasar tak mahu mengecewakan Al-Mumtaz yang masih mahu meneruskan cabaran tahun ini, ana sebagai pengurus pasukan dan jurulatih ambil keputusan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Rupa2nya Syarikat Al-Meswak Mu'min Sdn. Bhd. telah pun menganjurkan pertandingan ini sejak 3 tahun lepas. Ana sendiri pernah melihat iklan pertandingan tersebut melalui tv, cuma tak terfikir pula ana mahu Al-Mumtaz menyertainya. Sedangkan menyertai Festival Nasyid KPM sendiri sudah membuatkan kami tak menang tangan mengurus dan melatih Al-Mumtaz dari peringkat daerah, negeri hingga kebangsaan, inikan pula mahu menyertai pertandingan luar.

Setelah kami membuat keputusan untuk menyertai BNM, latihan pun mula dibuat. Ana sebagai pengurus pasukan mula mencari2 artikel berkenaan pertandingan ini yang telah diadakan pada tahun2 lalu. Hasilnya, ana mendapati Juara Festival Nasyid KPN tahun 2009 (Soutul Imtiyaz) dari Pahang adalah juga juara BNM 2009, kejuaraan berganda buat mereka. Selain itu, pasukan pesaing kami dari NS juga yang mendapat tempat ke 2 dalam Festival Nasyid KPM Peringkat NS tahun lepas (Nur Insyirah) juga merupakan pemenang kedua dalam BNM tahun lepas. Tidak hairanlah jika, ada suara2 yang mempertikaikan kemenangan Al-Mumtaz dalam Festival Nasyid KPM peringkat NS tahun lepas. Apapun, keputusannya telah dimuktamadkan. Tak perlu disebut2 lagi.

Bagi ana, tahun ini membuka lembaran perjuangan yang baru. Medannya berbeza, persenjataannya berbeza, strateginya juga berbeza. Usaha tetap perlu terus dibuat untuk memberikan yang terbaik kerana Allah bagi menaikkan nama sekolah dan NS. Sungguhpun ketiadaan dana dan semuanya perlu ditanggung oleh pihak sekolah, ana yakin hasil kerjasama yang baik dengan PIBG, masalah kewangan akan dapat diatasi.

Buat Al-Mumtaz yang kebanyakannya murid2 tahun 6, latihan perlu seimbang dengan pelajaran. Kedua2nya perlu seiring. Insya Allah, Allah bersama2 dengan hamba2Nya yang berusaha dengan ikhlas keranaNya. Moga kejayaan milik kita semua. Buat Cikgu Yusof dan Pn. Hjh. Nazariah, sama2 kita lakukan yang terbaik untuk kejayaan Al-Mumtaz tahun ini. Buat warga SKTMS, doa anda semua amat kami perlukan.

Wassalam.