Assalamualaikum...
Hari ini, 29.4.2010 (Khamis) SK Tunku Muda Serting telah dikunjungi oleh 3 orang pegawai dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS). Pemantauan yang dijadualkan pada 6.5.2010 (minggu hadapan) telah diubah di saat2 akhir ke hari ini. Mahu tak mahu, bagaimanapun keadaannya guru2 GPI dan GPI j-QAF perlu juga bersedia.
3 orang pegawai yang hadir ialah Tuan Muhamad Rusli b. Ibrahim (Ketua Unit Operasi Kurikulum), Tn. Hj. Zainal Arifin b. Mahsurom (Pen. Pengarah Operasi Teras KBSM) dan Pn. Hjh. Supiah bt. Abu (Penyelia Operasi KBSR). Mereka bertiga sampai ke SKTMS lebih kurang jam 9.00 pagi dan dibawa ke bilik Kurikulum memandangkan bilik j-QAF sedang dalam proses penaiktarafan. Setelah bertaarruf dengan semua guru, meninggalkan buku RPH dan fail2 yang berkaitan, guru2 kembali ke kelas masing2 untuk mengawasi peperiksaan yang sedang berjalan dengan janji untuk bertemu semula di bilik Kurikulum pada jam 12.00 t/hari.
Tepat jam 12.00 t/hari, semua guru kembali ke bilik Kokurikulum bagi mendengar laporan dan rumusan daripada pemantauan oleh ketiga2 pemantau. Alhamdulillah, sungguhpun ada beberapa perkara yang memerlukan penambahbaikan dan penyelarasan, pada ana persediaan yang tak seberapa ini telahpun cukup pada asasnya. Tn. Hj. Zainal Arifin sendiri menyatakan bahawa setakat persediaan kami, kami sebenarnya bersedia untuk dipantau pada bila2 masa. Begitulah sepatutnya bila ada pemantauan, kehadiran pemantau bukan untuk mencari kesalahan tetapi untuk mencari ruang penambahbaikan untuk gerak kerja yang lebih tersusun, teratur dan mudah didapati bila diperlukan.
Ana mewakili GPI dan GPI j-QAF SK Tunku Muda Serting amat berbesar hati dengan lawatan ke tiga2 pegawai dari SPI, JPNS pada hari ini. Selain membantu memperbaiki apa yang perlu, kehadiran mereka juga turut mengeratkan lagi ukhuwah antara warga SKTMS dengan JPNS. Terima kasih atas teguran dan perkongsian ilmu sepanjang kalian berada di dini. Apa yang kurang insya allah, akan cuba kami perbaiki dari masa ke semasa. Buat GPI dan GPI j-QAF semua, bersama kita tanamkan tekad dan azam untuk memastikan matlamat pendidikan melalui program j-QAF khasnya dan Pendidikan Islam amnya tercapai. Semoga pertemuan hari ini diberkati oleh Allah.
Wassalam.
Dari kiri: Tn. Hj. Zainal Arifin, Tn. Muhamad Rusli, Tn. Hj. Othman, Us. Abd. Malik dan Pn. Hjh. Supiah
No comments:
Post a Comment