Assalamualaikum sahabat2 semua...
Setinggi2 pujian hanya selayaknya buat Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam buat Baginda Nabi s.a.w., keluarga, sahabat2 dan para pejuang penerus sunnah Baginda hingga Hari Kiamat.
Ana menulis entri ini seusai ana menyiapkan sijil buat Al-Mumtaz dan jurulatih. Hadiah masih lagi dalam kereta. Ubat gigi Mu'min juga masih berada dalam kereta. Segalanya berlaku dengan izin Allah apabila Al-Mumtaz buat pertama kalinya menyertai Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min Musim ke 4 lalu memenanginya. Selaku johan, Al-Mumtaz akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November nanti. Pertandingan dari peringkat negeri hingga ke peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Nasyid.com. Sistem bunyi yang hebat, siap buat rakaman. Gambar jangan cakap la. Kata salah seorang fotographer yang menemuramah ana sebelum pertandingan bermula, mereka masih berunding dengan Astro Oasis untuk menerbitkannya.
Pertandingan yang diadakan pada 24.4.2010 (Sabtu) di Pusat Dakwah Islamiyah (PDI), Paroi itu disertai oleh 9 buah kumpulan. Pendaftaran bermula pada jam 11.00. Kebetulan Al-Mumtaz yang pertama mendaftar. Dewan pun masih samar2. Bukan apa, kalau diikutkan kami yang paling jauh daripada kumpulan2 lain, bimbang juga kalau2 terlewat atau berlaku sesuatu yang tidak diingini. Taklimat diberikan sebelum peserta dijamu dengan makan tengah hari. Sesudah makan, semua yang terlibat menuju ke Surau untuk menunaikan solat Zuhur berjamaah.
Selesai solat, Al-Mumtaz bergegas untuk bersiap. Sebahagian pasukan telahpun bersiap dengan pakaian persembahan mereka, jadi tak perlulah kalut2 bersiap. Memakaikan samping, brooch, touch sikit, gosok songkok, semuanya agak memakan masa. Mujur giliran Al-Mumtaz agak lewat, nombor 6. Jam 2.30 petang, pertandingan pun bermula. Sufian Saujana mengendalikan pertandingan kali ini. Dengan konsep pertandingan ala2 program realiti, tekanan buat para peserta agak kurang. Ditambah dengan slot2 kuiz dan celotehnya yang menghiburkan, buat peserta dan penonton rasa selesa. Hakim daripada kumpulan Mestica juga memberikan komen2 yang membina.
Dari perbincangan ana bersama 2 jurulatih Al-Mumtaz, secara keseluruhannya persembahan Al-Mumtaz agak baik tetapi masih perlu diperbaiki terutamanya dari segi projection suara, harmonising, gaya dan penggunaan pentas. Samada masih membawa lagu yang sama untuk ke peringkat kebangsaan nanti tak dapat ana pastikan. Dari segi komen hakim pula, persembahan Al-Mumtaz sedap didengar tetapi masih boleh diperbaiki.
Pertandingan yang dijadualkan berakhir jam 4.00 petang berlarutan hingga ke jam 4.30 petang, diikuti dengan persembahan dari kumpulan Mestica. Seterusnya, Pengerusi Eksekutif Al-Meswak Mu'min, En. Amirullah menyampaikan ucapan diikuti dengan ucapan Ketua Unit Operasi Dakwah, SPI JPNS, Us. Mohd. Hafizi. Penyampaian hadiah mengakhiri pertandingan sebelum sesi bergambar pemenang bersama hakim, penganjur dan VIP.
Hadiah berupa wang tunai, sijil penyertaan dan barangan Mu'min. Lebih manis apabila solo Al-Mumtaz, Syed Israfil turut memenangi anugerah Solo Terbaik yang membawa pulang sijil, barangan Mu'min dan cenderahati dari Bank Rakyat. Paling bermakna apabila Al-Meswak Mu'min bermurah hati menyumbangkan ubat gigi percuma buat semua murid SK Tunku Muda Serting yang berjumlah 700 orang. Bukan SKTMS sahaja, malah seluruh sekolah yang menyertai membawa pulang ubat gigi untuk warga sekolah masing2.
Rupa2nya Al-Meswak Mu'min selama ini banyak menjalankan tanggungjawab sosial. Selain Bintang Nasyid Mu'min, semua jemaah Haji tahun lepas turut dibekalkan dengan ubat gigi Mu'min. Selain itu, Al-Meswak Mu'min turut melakukan ibadah qurban di luar negara, di kawasan2 majoriti Islam yang hidup dalam kekurangan. Agak mengejutkan, walaupun Al-Meswak Mu'min hanya mengeluarkan produk ubat gigi tetapi mereka amat banyak menyumbang untuk masyarakat. Seharusnya syarikat2 lain juga menuruti jejak langkah mereka. Ana secara peribadi tumpang berbangga dengan usaha Al-Meswak Mu'min, semoga usaha kalian diterima Allah dan dipermudahkan. Selamat Maju Jaya Mu'min!
Atas kemenangan, Al-Mumtaz dibawa menjamu selera di Giant Senawang. Sebelum itu, kami solat Asar di surau PDI. Sempat juga ana ambil masa untuk pesan kepada mereka agar bersyukur dengan anugerah dan dugaan kemenangan yang mereka perolehi, jangan sombong, merendah diri dan berterima kasih kepada ibubapa, guru2 dan rakan2 yang mendoakan kejayaan mereka. Akademik perlu diberi tumpuan selepas ini. Peringkat kebangsaan lambat lagi. Bagi yang dalam Tahun 6, lepas UPSR nanti baru mula latihan semula. Hari itu, masing2 nak makan KFC, ana ikutkan saja. Mereka layak dilayan sebegitu setelah bersusah payah berusaha menjalani latihan sekian lama.
Ana ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada jurulatih hebat Al-Mumtaz, En. Mohd. Yusof dan Pn. Hjh. Nazariah. Tanpa mereka, Al-Mumtaz takkan sampai ke mana. Nak harap ana, mintak maaf la. Kemahiran kejurulatihan kurang. Terima kasih juga kepada Guru Besar Cemerlang SKTMS, Tn. Hj. Othman atas sokongan yang tak henti2. Tidak lupa juga kepada guru2, murid2 dan seluruh warga SKTMS. Kepada ibubapa Al-Mumtaz, terima kasih atas kepercayaan, doa dan kerelaan kalian melepaskan 'permata' kalian untuk kami gilap. Kepada Ust. Mazni, terima kasih kerana pinjamkan Unser. Kalau guna kereta ana, alamat jadi sardin la budak2 tu. Buat yang berkesempatan hadir di PDI memberikan sokongan, ibu dan adik ana, Cikgu Raziah sekeluarga, Cikgu Lila Nura, terima kasih ana ucapkan. Semoga usaha kita semua dinilai Allah dengan amalan kebaikan. Kepada Cik Izwani, terima kasih atas bantuan sejak dari mula hingga ke akhirnya. Buat Al-Meswak Mu'min Sdn. Bhd, antum memang BEST dan MUMTAZ!
Untuk entri kali ini, ana hanya masukkan sekeping gambar. Banyak lagi sebenarnya tapi memandangkan kamera yang ana gunakan agak 'tak power', jadi gambar lain agak gelap. Insya allah, ana akan cuba dapatkan yang lain dan masukkannya dalam entri akan datang. Untuk berita lebih lanjut, layari web ini (nasyeed.com) dan rujuk ruangan Berita Terkini. Kalau belum ada, sila usha semula dalam masa terdekat. Mungkin penganjur lewat sikit publish berita tu.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment