Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Tuesday, June 23, 2009

TUANKU MUHRIZ DI SKTMS



Assalamualaikum...

Dalam keterbatasan masa ana cuba juga masukkan beberapa keping gambar yang diambil oleh guru2 yang berkesempatan hadir sewaktu keberangkatan Tuanku Muhriz ke SK Tunku Muda Serting pada 12.06.2009 (Jumaat) yang lalu untuk tatapan pengunjung semua.

Buat guru2 dan staf yang membantu melancarkan persiapan keberangkatan Tuanku ke SKTMS, terima kasih diucapkan. Semoga beroleh ganjaran pahala daripada Allah.

Kepada Tuanku Muhriz, kami warga SKTMS mendoakan agar Tuanku sekeluarga sentiasa diberkati Allah dan dapat memerintah dengan adil dan saksama. Ampun Tuanku.

Semoga bertemu lagi dalam entri2 yang akan datang. Wassalam.

DYMM Tuanku Muhriz berangkat bersama anakanda baginda

Ahli Parlimen Jempol, Dato' Hj. Lilah b. Yasin turut hadir meraikan keberangkatan Tuanku

Warga SKTMS bergambar kenangan bersama Tuanku dan tetamu jemputan

Guru Besar Cemerlang SKTMS, Tn. Hj. Sabere antara yang paling sibuk memastikan segalanya berjalan lancar

Sebahagian guru yang berkesempatan membantu persiapan keberangkatan Tuanku ke SKTMS

Monday, June 22, 2009

PERJUANGAN DITERUSKAN



Assalamualaikum pengunjung2 semua...

Genap 2 minggu sejak ana masukkan entri terdahulu. Lantaran kesibukan yang teramat sangat membuatkan ana tak berkesempatan nak menulis. Apapun, kalau ada sahabat2 yang tinggalkan pesanan di CBOX tu, ana balas juga.

Kurang 3 minggu dari tarikh Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan membuatkan ana semakin sibuk. Berbagai perkara perlu diuruskan. Pendaftaran, kebenaran penjaga, buku lirik, persiapan persembahan merangkumi songkok, kasut dan stokin, t-shirt, samping, aksesori persembahan dan sebagainya, segalanya perlu ana uruskan. Ditambah lagi dengan latihan yang semakin kerap sekarang ni, tak wajar rasanya ana melepaskan urusan latihan hanya kepada jurulatih sahaja sedangkan tanggungjawab sebenarnya dibahu ana. Mujur Hjh. Nazariah dan Cikgu Yusof begitu memahami, terima kasih Kak Naza dan Cikgu Usop.

Sebagaimana yang sedia dimaklumi oleh setiap guru j-QAF, urusan e-LAPORAN juga perlu disudahkan dalam masa terdekat. Peperiksaan Pertengahan Tahun kertas Bahasa Arab juga perlu ana berikan pada murid2 dan markahnya perlu dimasukkan dalam data e-LAPORAN. Kebetulan juga Peperiksaan Pertengahan Tahun Kelas Agama Petang sedang berjalan. Maknanya, dalam sibuk2 urusan nasyid, kertas peperiksaan juga perlu ditanda, laporan juga perlu dilengkapkan. Tak termasuk program sekolah sedia ada, penglibatan perlu juga ana berikan. Adat berkeluarga, perlu saling bantu membantu antara satu sama lain.

Apapun, ana mohon daripada Allah Taala agar diberikan kekuatan untuk ana sempurnakan tanggungjawab ana semampu mungkin. Sokongan dan bantuan dari mana2 juga pihak, ana ucapkan terima kasih.

Sekian untuk waktu ini, wassalam.

p/s: ana sengaja masukkan gambar family ana. sahabat2 yang tak sama belajar dengan ana mesti belum kenal zaujah ana.

Sunday, June 14, 2009

Manik Urai... Selamat Mengundi!


Assalamualaikum semua...

Sepertimana yang kita semua maklum, satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal diadakan di DUN Manik Urai, Kelantan berikutan kembalinya wakil rakyat kawasan tersebut ke rahmatullah. Kebetulan Manik Urai merupakan kawasan yang perlu ana lalui samada untuk pulang ke kempung zaujah ana di Kelantan mahupun kembali semula ke N. Sembilan. Jadi, ana ambil kesempatan untuk merakamkan suasana sekitar jalan utama dalam kawasan DUN tersebut.

Apa yang pasti, parti2 yang bakal bertanding sudahpun mula memasang bendera dan sebahagiannya telah mula menganjurkan program ceramah, hari terbuka dan berbagai2 lagi bagi menarik sokongan pengundi di DUN tersebut.

Sama2 kita nantikan keputusannya nanti. Bersama2 entri ini ana uploadkan rakaman yang sempat ana ambil semasa pergi dan kembali dari Kelantan minggu lepas.

Wassalam.

Sewaktu pulang ke Kelantan dari NS

Sewaktu pulang ke NS

Mesyuarat JU Data j-QAF NS


Assalamualaikum sahabat2 sekalian. Salam sejahtera juga untuk antum. Semoga diberkati Allah selalu.

Berbaki sehari lagi sebelum penggal persekolahan baru dibuka, ana masih bergelut menyiapkan tugas penggal yang lalu yang belum ana siapkan. Yang penting ana nak siapkan dan kena siapkan sebanyak mungkin kerana pastinya tugasan baru menanti sekembalinya ke penggal kedua yang akan dimulakan esok. Alamat berkampung la ana di sekolah ni hari ni.

Bercerita tentang Mesyuarat JU Data j-QAF NS, seperti yang ana dah sebutkan dalam entri sebelum ini, dijalankan pada hari Khamis dan Jumaat lepas di PKG Ampangan (sekolah sahabat ana bertugas, Us. Amir). Mesyuarat tersebut lebih menumpukan kepada penyelarasan dan mengemaskinikan data guru, murid dan sekolah tang terlibat dengan program j-QAF seluruh Negeri Sembilan. Setiap daerah diwakili oleh 2 orang guru. Turut menyertai mesyuarat tersebut ialah seorang wakil PPD dari setiap daerah.

Hari pertama (Khamis) lebih tertumpu kepada menapis data sedia ada yang telah diberikan oleh Us. Suhaimi kepada semua JU untuk di buka di dalam komputer riba masing2. Selesai mengeluarkan dan memasukkan guru yang samada berpindah, bertukar, ditangguhkan perkhidmatan atau diberhentikan atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, JU diarahkan untuk mengasingkan data guru j-QAF mengikut PPD masing.

Hari kedua pula (Jumaat), tugasan bertumpu kepada semakan jumlah guru berbanding data yang disediakan oleh JU mengikut daerah. Ini bagi memastikan agar tiada guru yang tercicir namanya dalam senarai. Kemudian barulah dimulakan proses mengemaskini data murid dan kelas di setiap sekolah yang menyertai program j-QAF.

Selesai mesyuarat tersebut, segala data berkaitan guru, murid dan sekolah program j-QAF Negeri Sembilan berjaya dikemaskini dan didokumentasikan. Ini bererti tugas yang selama ini selama 4 tahun yang hanya dipikul oleh Us. Suhaimi dan seorang pembantu beliau telah selesai kami kemaskinikan. Alhamdulillah... Semoga program j-QAF berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.

Wassalam.

p/s: Selamat Hari Bapa untuk semua bapa (walau apapun panggilannya) di mana juga antum berada. Ana tak pasti bila harinya yang tepat. Apapun, tanpa antum siapalah ibu, siapalah juga anak2. Antum juga pencorak masa depan generasi masa hadapan. Buat yang belum lagi menjadi bapa, peranan antum mendidik bakal zuriat antum telahpun bermula. Jadikan diri antum contoh yang baik buat mereka nanti.

Sebahagian JU Data sedang menjalankan tugas masing2

Sebahagian lagi JU Data sedang mengemaskini data daerah masing2

Turut kelihatan ialah Us. Suhaimi (Pen. Pengarah j-QAF N. Sembilan)

Wednesday, June 10, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Berkebetulan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz berkenan mencemar duli berangkat santap di sekolah ana hari Jumaat nanti, ana nak masukkan satu lagi entri yang juga berkenaan dengan Tuanku. Dah tentu ana tak berkesempatan untuk terlibat dalam persediaan majlis santap tersebut kerana ana perlu menghadiri masyuarat di Seremban pada esok dan Jumaat nanti.

Sebelum ana bercuti ke Kelantan awal cuti pertengahan semester minggu lepas, ana pergi ke Masjid Seri Menanti kerana dipelawa oleh ayah ana untuk menghadiri Sambutan Maulidur Rasul di sana. Menurut ayah ana, Sheikh Fuad Al-Maliki turut hadir pada malam itu. Lantaran ana yang tak pernah bermajlis dengan beliau dan teringin mendengar ceramah beliau, ana terima pelawaan ayah ana. Turut bersama ialah 2 orang adik lelaki ana dan adik ipar ana.

Sampai saja kami di sana barulah kami tahu rupa2nya sambutan itu telahpun bermula sejak petang hari yang sama. Rugi rasanya kerana terlewat sampai, lagipun ayah ana sendiri lambat dapat berita program tersebut. Lebih rugi lagi apabila ana dapat tahu bahawa Sheikh Fuad Al-Maliki telahpun hadir pada petangnya. Jadi, malam itu beliau tidak dapat bersama. Sebaik kami tiba, azan Maghrib pun dikumandangkan. Penuh masjid tersebut, berhimpit di dalam macam berada di Raudhah, Masjid Nabawi. Siap khemah dan alas di luar masjid berserta paparan LCD secara langsung segala yang berlaku di dalam masjid. Di luar masjid juga turut penuh dengan jemaah.

Selesai Solat Maghrib, pengerusi majlis sebelum memulakan majlis merafak sembah kepada Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tuanku turut hadir rupanya, kata hati ana. Majlis malam itu dimulakan dengan bacaan selawat ke atas Nabi S.A.W diikuti dengan ceramah pendek oleh 3 orang ulama. Setiap ceramah menekankan pentingnya mengasihi Nabi S.A.W untuk mendapat redha Allah baik di dunia mahupun di akhirat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa. Sampat juga ana bersalam dengan ulama2 yang hadir. Tak terkecuali Tuanku Muhriz, kali pertama ana bersalam dengan Tuanku. Almarhum Yang Dipertuan Besar sebelum ini pun ana tak pernah salam.

Pada pandapat ana, program seperti ini perlu kita sertai sekerap mungkin jika berkelapangan. Ini kerana ana dapati masyarakat kita termasuk ana semakin jauh dengan Baginda, semakin melupakan Baginda sedangkan banyak hadis yang menerangkan betapa cintanya Nabi S.A.W kepada umatnya dalam segenap hidup Baginda. Justeru, amat penting untuk kita menyedari bahawa kecintaan terhadap Nabi S.A.W perlu melebihi cinta kita terhadap perkara2 lain di dunia ini. Ana masukkan beberapa keping gambar untuk tatapan antum semua.

Wallahu a'lam. 

p/s: maklumat terbaru! Festival Nasyid Sekolah2 KPM Peringkat Kebangsaan tahun ini akan diadakan di Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota, Pahang Darul Makmur pada 14-17 Julai 2009. Peserta dan guru pengiring akan ditempatkan di Hotel Seri Malaysia, Kuantan. Latihan pusat akan dilakukan di sekolah2 yang terlibat. Panel penilai dan penasihat akan diarahkan ke sekolah2 berkenaan seawal semester ke dua nanti.


Penceramah pertama menyampaikan pesanan kepada jemaah yang hadir


Ulama dari Terengganu menyampaikan ceramah


Penceramah khas dari Indonesia berceramah seterusnya membacakan doa


Tuanku Muhriz, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK


Assalamualaikum...

Sekian kalinya ana berada di sekolah, separuh hidup ana dalam setiap tahun berada di sini. Insya allah, kalau dah ada broadband kurang sikit kot. Itupun tengok atas tugasan jugak, kalau dah bersusun dalam short list, nak tak nak kena jugak la ana berulang ke sini untuk siapkan semampu ana.

Malam ni ana cuba nak siapkan data fail peribadi murid j-QAF di bawah tanggungjawab ana, tahun 4. Lebih kurang 120 orang muridnya. Nak masukkan analisa KBS kali 1 dan 2 untuk tahun ni yang telah dilaksanakan dalam semester pertama yang berakhir baru2 ini. Kami guru2 j-QAF SK Tunku Muda Serting mengambil inisiatif untuk menyediakan fail peribadi untuk setiap murid bagi memudahkan rujukan prestasi j-QAF setiap murid. Fail tersebut mengandungi beberapa dokumen antaranya analisa KBS, rekod prestasi Peperiksaan Pertengahan & Akhir Tahun serta beberapa dokumen berkaitan. Meskipun agak membebankan tapi untuk tujuan yang baik tatap perlu ana selesaikan.

Berbalik kepada tajuk entri ana kali ini. Seminar tersebut telah ana hadiri pada 30.6.09 (Sabtu) di Dewan Besar Pejabat Daerah Jempol, awal cuti pertengahan semester yang lalu. Seminar yang dilaksanakan dengan kerjasama KPM, Institut Integriti Malaysia (IIM), JPNS dan PPD Jempol Jelebu dihadiri lebih 200 orang guru itu dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Guru Malaysia. Diikuti dengan bacaan Ikrar Integriti, ucapan Tuan Pegawai PPDJJ seterusnya 3 sesi ceramah yang disampaikan oleh individu berpengalaman luas dalam hal ehwal integriti dalam negara.

Ceramah pertama disampaikan oleh En. Mohamad Diah b. Hj. Wahari, Pengarah Sektor Awam IIM bertajuk FALSAFAH DAN PRINSIP PELAN INTEGRITI NASIONAL. Ceramah yang beliau sampaikan amat menarik. Menggunakan Power Point yang dilinkkan dengan video2 menarik berkaitan dengan integriti menjadikan peserta seminar tak kering gusi dan tertarik dari mula hingga akhir ceramah beliau. Ceramah kedua pula disampaikan oleh Tn. Hj. Nazmi b. Md. Noor, Ketua Pen. Setiausaha Kanan (Kaunseling), Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM bertajuk INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN. Pengisian ceramah beliau lebih menjurus kepada pendekatan psikologi dalam melahirkan pendidik yang berintegriti. Ceramah ketiga pula disampaikan oleh Pn. Hjh. Khuzaimah bt. Sulaiman, seorang mantan Pengetua Cemerlang Jusa 'C' merangkap Perinding Kanan Institut Aminuddin Baki (IAB). Beliau menyampaikan ceramah berlatarbelakangkan pengalaman hidup beliau sebagai seorang guru bermula daripada seorang guru biasa sehinggalah beliau menjadi pengetua seterusnya berpeluang dinaikkan pangkat ke Jusa 'C'. Segala2nya bertitik tolak kepada integriti dalam bidang perguruan yang beliau ceburi. Pelbagai petua dan nasihat disampaikan menjadi panduan peserta2 yang hadir.

Apa yang menarik, semua guru yang menghadiri seminar tersebut akan dikurniakan dengan sijil menandakan pelantikan menjadi Duta Integriti bagi sekolah masing2 agar mereka menjadi contoh kepada rakan2 sejawat yang lain lantaran kelebihan ilmu perihal integriti yang telah mereka perolehi.

Seminar berakhir jam sekitar 2.00 petang.

Tuesday, June 9, 2009

ETOK OH ETOK...


Assalamualaikum semua... 

Semoga antum berada dalam naungan rahmat dan peliharaan Allah sentiasa. 

Ana masih lagi nak ceritakan satu lagi perkara berkenaan pengalaman bercuti ana di Kelantan. Pasti tak ramai yang biasa mendengar nama ETOK kan? Tapi ana pasti pulak sahabat2 dari Kelantan kecur air liur bila dengar nama tu. 

ETOK bukanlah nama orang mahupun nama tempat, ia adalah sejenis makanan sampingan (macam jajan) yang pada pandangan ana amat popular di Kelantan. Bukan orang dewasa, kanak2 pun asyik benor melayan benda alah ni. Ana sendiri pada mulanya tak terasa pun nak makan ETOK ni, dah la kecil, leceh pulak nak makan. Baik makan kerang ke, lala ke, kepah ke... Sekurang2nya besar la sikit saiznya daripada ETOK. 

So, antum (yang bukan orang Kelantan) dah dapat gambaran tentang ETOK? ETOK ni bentuknya lebih kurang macam lala jugak, saiznya pun lebih kurang cuma yang kecil lebih banyak dari yang besar. Warnanya kuning2 gelap dan banyak didapati di sungai2 tertentu. Bukan semua sungai ada ETOK ni.

Kebetulan pula di kampung zaujah ana ada seorang pengusaha ETOK salai (mungkin ada yang masak cara lain kot tapi yang glamernya salai la). Pengusaha ni kawan baik dengan mak mertua ana. Mek Bidoh ke, Mok Bedoh ke nama dia, ana pun dah lupa. Kerjanya sahari2 memang menyalai ETOK je. Kata mak mertua ana rumahnya yang besar pun hasil usahanya menyalai ETOK. Untung tu, kan?

Ketika berkelapangan di kampung dulu, ana cari masa untuk ke rumah beliau. Tak jauh pun, selang 4 ke 5 buah rumah sahaja dari rumah mak mertua ana. Mek Bidoh ni tak buat pun jualan runcit, beliau hanya dapatkan bekalan daripada pencari2 ETOK dan menyalainya setiap pagi.Pemborong sendiri yang akan datang ambil di rumah beliau. Setakat ini stok masih tak putus lagi, katanya. Tiap2 hari mesti ada. Bermula jam 8.00 pagi, ETOK yang telah siap dicampurkan dengan rempah2 tertentu bagi memastikan kelazatannya telah mula beliau salai. Tak lama pun proses menyalai tu, lebih kurang 2 jam sahaja. 

Tak sempat pukul 10.00 pagi, dah ada pelanggan yang datang nak beli ETOK di tempat beliau menyalai. Bukan apa, kalau dah datang pemborong nanti alamat kena tunggu besok jelah. Ada juga Mek Bidoh ceritakan pada ana tentang harga ETOK ni tapi ana dah lupa. Yang pasti harganya semakin meningkat seiring dengan permintaannya yang tak putus2 daripada penggemar2 ETOK seluruh Kelantan. Ana tak pasti pulak kalau2 ETOK ni ada di tempat2 lain.

Bersama entri ini ana masukkan beberapa keping gambar yang ana sempat ambil semasa pergi membelinya tempoh hari. Sempat juga ana berbual2 dengan Bek Bidoh sementara menunggu ETOK salaiannya masak. Kepada Mek Bidoh, ana ucapkan selamat menyalai ETOK di hari2 mendatang.

Wassalam.

p/s: ana ambil kesempatan Merafak Sembah dan ucapkan Selamat Datang kepada kepada KDYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ke SK Tunku Muda Serting. Kebetulan Tuanku ada program di masjid berdekatan Jumaat ini. Tuanku akan santap di sekolah ana, kami hanya menyediakan tempat sahaja. Insya allah, esok dan lusa ana akan berada di PKG Ampangan kerana menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Data Guru j-QAF, murid dan Sekolah Program j-QAF antara JPNS dan PPD kali Pertama. Buat yang turut menyertai mesyuarat tersebut, kita jumpa di sana.


Beginilah rupa etok. Kenal?


Mek Bidoh sedang khusyuk menyalai etok. Pakai kayu je tu. Jimat, tak guna gas...


Pemandangan tempat Mek Bidoh menyalai etok. Belakang rumah je...


Banyaknye etok. Beribu ribu ribuuuu...

SEKOLAHKU YANG KU SAYANGI


Pulangnya ana kembali ke Bahau, Negeri Sembilan menandakan rutin harian ana seperti waktu persekolahan biasa bersambung kembali. Cuma takdelah macam sekolah betul. Selagi ada tugasan yang belum selesai, selagi itulah ana berulang alik ke sekolah ni saban hari, baik siang, baik malam. Maklum la, sekolah dekat je.

Tugasan tu memang la masih ada, sambil2 tu boleh juga ana online dengan sahabat2 blog ana. Beberapa hari tak online buatkan ana tak senang duduk. Macam dah kemaruk je... 'Ala kulli hal, ana dah dapat online ni, oklah sikit...

Sebagai membuka tirai entri ana kali ni ana nak siarkan gambar2 yang ana tak sempat masukkan dalam entri ana pada bulan Mac lepas bertajuk BAGAIMANA ORANG ISLAM BERNIAGA. Ana telah ceritakan berkenaan kedai gunting rambut RM3, pembuat peralatan Dikir Barat dan air kelapa. Di sini ana masukkan beberapa keping gambar berkenaan kedai gunting rambut dan pembuat peralatan Dikir Barat (orang jual air kelapa, kat mana2 pun ada. tak payah letak gambar la ye...). 

Wassalam.


Pemandangan dari dalam Gee's Haircut. Yang tengah gunting rambut tu dia la tu. 'Lone Ranger' je, takde pekerja lain pun. Itupun sampai tak menang tangan. Kalau malam raya, sampai dekat subuh pun masih gunting rambut lagi. Peminat MU. Tengok la cat dan dinding kedai tu. RM 3 je beb... murah.. murah.. 


Gendang yang siap dibentuk dari pelbagai jenis kayu. Tinggal nak tebuk bahagian dalam dan pasangkan kulit je di kiri dan kanan gendang. Di sebelahnya kulit lembu yang dikeringkan.


Rebana ibu yang siap dibentuk dan ditebuk tengahnya. Tunggu masa nak pasang kulit je.


Gong buatan tangan (guna penukul la). Yang kelihatan ialah jenis yang digunakan untuk silat, kalau untuk dikir barat saiznya kecil sedikit. Kuat bunyinya tu... Berdegung satu kampung...


Sehelai lagi kulit lembu yang sedang dikeringkan. Yang dalam raga tu kulit kambing yang telahpun siap dikeringkan. Kedua2nya digunakan untuk gendang. Kulit lembu untuk hasilkan bunyi bass, kulit kambing untuk bunyi ting... ting... ting... (nyaring la tu...). Kalau dikir barat guna kulit lembu je.


Pok Mael segan untuk diambil gambarnya. So, ana ambil gambar beruk peliharaannya. Ini salah satu lagi kemahiran Pok Mael, beliau seorang 'guru' beruk. Dibelinya seekor beruk dewasa dengan harga RM300, selepas dilatih memetik kelapa selama lebih kurang sebulan setengah, harganya boleh mencecah RM500+. Permintaan memang banyak. Beliau juga memelihara kambing. Ish... Ish... Ish... Tingginya ilmu kemahiran hidup Pok Mael ni. Tabik springgg la Pok Mael!!

Tuesday, June 2, 2009

Ana Huna...


Assalamualaikum....

Buat kesekian kalinya ana jejakkan kali ke CC ini. Masih janggal rasanya bercampur beramai2 dalam ruang ini. Masing2 dengan aktiviti masing2. Yang main game, yang buat keje sekolah, macam2 aktiviti diorang.

Bagi ana pulak, ana terpaksa melarikan diri dari rumah setelah tak terdaya dengan rutin harian makan, makan, makan, sampaikan seluar ana yang masih muat2 saja sebelum balik ke sini dah jadi ketat. Itu baru 2 hari, kalau 2 minggu entahlah... Inipun ana lari dari makan tengah hari, ana beli goreng pisang je buat alas perut. Balik petang nanti baru ana makan. Malam karang tak payah makan dah. Itupun kadang2 mak mertua ana marahkan isteri ana sebab ana tak makan. Bukan ana taknak makan tapi dah tak boleh nak masuk dah. Nak buat macam mana...

Aktiviti harian ana selepas solat Subuh biasanya ana keluar beli kuih sekali dengan akhbar, sampai 2 3 akhbar ana beli. Balik ke rumah terus soru. Pastu ana buat keje sikit (ana bawak balik keje sekolah), baca buku, surat khabar, majalah. Dah takde apa2 nak buat, ana keluar ke CC. Semalam ana pergi gunting rambut. Macam biasalah, ke mana lagi kalau bukan kedai RM3. Bawa ke petang kalau ana takde apa2 urusan, ana pergi rumah kakak ipar ana tengok suami dia buat barang kemas (suami dia tukang emas tradisional, buatan tangan tu). Sambil2 tu boleh juga ana borak2 dengan dia. Kalau tiada apa2 ana duduk rumah sambung baca buku sampai terlelap...

Malam pula ana berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid berdekatan. Balik dari masjid, makan lagi (biasanya ana makan waktu petang). Siap makan ana sambung buat kerja sampai mata ana berat. Dah berat apa lagi... Bismikallahumma ahya wa amuut laa.....

Insya Allah, ana rancang juga untuk kumpulkan seberapa banyak input berupa gambar dan maklumat2 untuk ana jadikan entri di masa akan datang. Yang tak bestnya kat CC ni, tak boleh nak masukkan gambar. Maklum la, PCnya pun dah uzur2 belaka. Last2, ana amik gambar dari internet je. Apapun, boleh online nipun dah seribu rahmat buat ana. Dapat lepaskan rindu dengan sahabat2 seonline...

Oklah, ana beransur dulu. Ada kesempatan ana tulis lagi. Selamat bercuti. Jaga diri antum dan keluarga baik2. Wassalam.

Monday, June 1, 2009

Kelate... Roja'tu...

Assalamualaikum pengunjung semua...

Ana doakan antum semua sentiasa diberkati Allah. Bagi ana, alhamdulillah. Ana selamat sampai ke rumah ibu mertua ana malam tadi lebih kurang jam 8.30. Biasanya ana sampai awal, dek kerana beberapa halangan ana terpaksa bertolak agak lewat dari rumah mak ana.

Sebentar tadi sebelum ana masuk CC ini, hati bimbang juga ana kalau2 penuh seperti waktu ana pulang bulan 3 dahulu. Maklumlah, ketika itu lepasan2 SPM dll sibuk mengisi borang menyambung pelajaran mereka secara online. Lega hati ana bila tengok CC tu takde la penuh sangat. Itupun segan2 jugak ana nak duduk lama2. Kalau kat sekolah tu tak kisah la sangat. Hai... bila la ana nak beli broadband ni...

Apapun insya allah, ana akan cuba tebalkan muka mengadap tokey CC ni sekerap mungkin. Ada juga beberapa perkara yang ana ingin kongsikan bersama antum semua terutamanya berkenaan air kelapa, kedai gunting rambut dan pengusaha alat muzik dikir barat yang ana tak sempat masukkan gambarnya dalam entri ana bulan 3 yang lalu.

Sekian buat waktu ini. Salam dari Wakaf Bharu. Wassalam.