Tugasan tu memang la masih ada, sambil2 tu boleh juga ana online dengan sahabat2 blog ana. Beberapa hari tak online buatkan ana tak senang duduk. Macam dah kemaruk je... 'Ala kulli hal, ana dah dapat online ni, oklah sikit...
Sebagai membuka tirai entri ana kali ni ana nak siarkan gambar2 yang ana tak sempat masukkan dalam entri ana pada bulan Mac lepas bertajuk BAGAIMANA ORANG ISLAM BERNIAGA. Ana telah ceritakan berkenaan kedai gunting rambut RM3, pembuat peralatan Dikir Barat dan air kelapa. Di sini ana masukkan beberapa keping gambar berkenaan kedai gunting rambut dan pembuat peralatan Dikir Barat (orang jual air kelapa, kat mana2 pun ada. tak payah letak gambar la ye...).
Wassalam.
Pemandangan dari dalam Gee's Haircut. Yang tengah gunting rambut tu dia la tu. 'Lone Ranger' je, takde pekerja lain pun. Itupun sampai tak menang tangan. Kalau malam raya, sampai dekat subuh pun masih gunting rambut lagi. Peminat MU. Tengok la cat dan dinding kedai tu. RM 3 je beb... murah.. murah..
Gendang yang siap dibentuk dari pelbagai jenis kayu. Tinggal nak tebuk bahagian dalam dan pasangkan kulit je di kiri dan kanan gendang. Di sebelahnya kulit lembu yang dikeringkan.
Rebana ibu yang siap dibentuk dan ditebuk tengahnya. Tunggu masa nak pasang kulit je.
Gong buatan tangan (guna penukul la). Yang kelihatan ialah jenis yang digunakan untuk silat, kalau untuk dikir barat saiznya kecil sedikit. Kuat bunyinya tu... Berdegung satu kampung...
Sehelai lagi kulit lembu yang sedang dikeringkan. Yang dalam raga tu kulit kambing yang telahpun siap dikeringkan. Kedua2nya digunakan untuk gendang. Kulit lembu untuk hasilkan bunyi bass, kulit kambing untuk bunyi ting... ting... ting... (nyaring la tu...). Kalau dikir barat guna kulit lembu je.
Pok Mael segan untuk diambil gambarnya. So, ana ambil gambar beruk peliharaannya. Ini salah satu lagi kemahiran Pok Mael, beliau seorang 'guru' beruk. Dibelinya seekor beruk dewasa dengan harga RM300, selepas dilatih memetik kelapa selama lebih kurang sebulan setengah, harganya boleh mencecah RM500+. Permintaan memang banyak. Beliau juga memelihara kambing. Ish... Ish... Ish... Tingginya ilmu kemahiran hidup Pok Mael ni. Tabik springgg la Pok Mael!!
No comments:
Post a Comment