Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Wednesday, June 10, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Berkebetulan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz berkenan mencemar duli berangkat santap di sekolah ana hari Jumaat nanti, ana nak masukkan satu lagi entri yang juga berkenaan dengan Tuanku. Dah tentu ana tak berkesempatan untuk terlibat dalam persediaan majlis santap tersebut kerana ana perlu menghadiri masyuarat di Seremban pada esok dan Jumaat nanti.

Sebelum ana bercuti ke Kelantan awal cuti pertengahan semester minggu lepas, ana pergi ke Masjid Seri Menanti kerana dipelawa oleh ayah ana untuk menghadiri Sambutan Maulidur Rasul di sana. Menurut ayah ana, Sheikh Fuad Al-Maliki turut hadir pada malam itu. Lantaran ana yang tak pernah bermajlis dengan beliau dan teringin mendengar ceramah beliau, ana terima pelawaan ayah ana. Turut bersama ialah 2 orang adik lelaki ana dan adik ipar ana.

Sampai saja kami di sana barulah kami tahu rupa2nya sambutan itu telahpun bermula sejak petang hari yang sama. Rugi rasanya kerana terlewat sampai, lagipun ayah ana sendiri lambat dapat berita program tersebut. Lebih rugi lagi apabila ana dapat tahu bahawa Sheikh Fuad Al-Maliki telahpun hadir pada petangnya. Jadi, malam itu beliau tidak dapat bersama. Sebaik kami tiba, azan Maghrib pun dikumandangkan. Penuh masjid tersebut, berhimpit di dalam macam berada di Raudhah, Masjid Nabawi. Siap khemah dan alas di luar masjid berserta paparan LCD secara langsung segala yang berlaku di dalam masjid. Di luar masjid juga turut penuh dengan jemaah.

Selesai Solat Maghrib, pengerusi majlis sebelum memulakan majlis merafak sembah kepada Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tuanku turut hadir rupanya, kata hati ana. Majlis malam itu dimulakan dengan bacaan selawat ke atas Nabi S.A.W diikuti dengan ceramah pendek oleh 3 orang ulama. Setiap ceramah menekankan pentingnya mengasihi Nabi S.A.W untuk mendapat redha Allah baik di dunia mahupun di akhirat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa. Sampat juga ana bersalam dengan ulama2 yang hadir. Tak terkecuali Tuanku Muhriz, kali pertama ana bersalam dengan Tuanku. Almarhum Yang Dipertuan Besar sebelum ini pun ana tak pernah salam.

Pada pandapat ana, program seperti ini perlu kita sertai sekerap mungkin jika berkelapangan. Ini kerana ana dapati masyarakat kita termasuk ana semakin jauh dengan Baginda, semakin melupakan Baginda sedangkan banyak hadis yang menerangkan betapa cintanya Nabi S.A.W kepada umatnya dalam segenap hidup Baginda. Justeru, amat penting untuk kita menyedari bahawa kecintaan terhadap Nabi S.A.W perlu melebihi cinta kita terhadap perkara2 lain di dunia ini. Ana masukkan beberapa keping gambar untuk tatapan antum semua.

Wallahu a'lam. 

p/s: maklumat terbaru! Festival Nasyid Sekolah2 KPM Peringkat Kebangsaan tahun ini akan diadakan di Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota, Pahang Darul Makmur pada 14-17 Julai 2009. Peserta dan guru pengiring akan ditempatkan di Hotel Seri Malaysia, Kuantan. Latihan pusat akan dilakukan di sekolah2 yang terlibat. Panel penilai dan penasihat akan diarahkan ke sekolah2 berkenaan seawal semester ke dua nanti.


Penceramah pertama menyampaikan pesanan kepada jemaah yang hadir


Ulama dari Terengganu menyampaikan ceramah


Penceramah khas dari Indonesia berceramah seterusnya membacakan doa


Tuanku Muhriz, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut

No comments:

Post a Comment