Sekian kalinya ana berada di sekolah, separuh hidup ana dalam setiap tahun berada di sini. Insya allah, kalau dah ada broadband kurang sikit kot. Itupun tengok atas tugasan jugak, kalau dah bersusun dalam short list, nak tak nak kena jugak la ana berulang ke sini untuk siapkan semampu ana.
Malam ni ana cuba nak siapkan data fail peribadi murid j-QAF di bawah tanggungjawab ana, tahun 4. Lebih kurang 120 orang muridnya. Nak masukkan analisa KBS kali 1 dan 2 untuk tahun ni yang telah dilaksanakan dalam semester pertama yang berakhir baru2 ini. Kami guru2 j-QAF SK Tunku Muda Serting mengambil inisiatif untuk menyediakan fail peribadi untuk setiap murid bagi memudahkan rujukan prestasi j-QAF setiap murid. Fail tersebut mengandungi beberapa dokumen antaranya analisa KBS, rekod prestasi Peperiksaan Pertengahan & Akhir Tahun serta beberapa dokumen berkaitan. Meskipun agak membebankan tapi untuk tujuan yang baik tatap perlu ana selesaikan.
Berbalik kepada tajuk entri ana kali ini. Seminar tersebut telah ana hadiri pada 30.6.09 (Sabtu) di Dewan Besar Pejabat Daerah Jempol, awal cuti pertengahan semester yang lalu. Seminar yang dilaksanakan dengan kerjasama KPM, Institut Integriti Malaysia (IIM), JPNS dan PPD Jempol Jelebu dihadiri lebih 200 orang guru itu dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Guru Malaysia. Diikuti dengan bacaan Ikrar Integriti, ucapan Tuan Pegawai PPDJJ seterusnya 3 sesi ceramah yang disampaikan oleh individu berpengalaman luas dalam hal ehwal integriti dalam negara.
Ceramah pertama disampaikan oleh En. Mohamad Diah b. Hj. Wahari, Pengarah Sektor Awam IIM bertajuk FALSAFAH DAN PRINSIP PELAN INTEGRITI NASIONAL. Ceramah yang beliau sampaikan amat menarik. Menggunakan Power Point yang dilinkkan dengan video2 menarik berkaitan dengan integriti menjadikan peserta seminar tak kering gusi dan tertarik dari mula hingga akhir ceramah beliau. Ceramah kedua pula disampaikan oleh Tn. Hj. Nazmi b. Md. Noor, Ketua Pen. Setiausaha Kanan (Kaunseling), Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM bertajuk INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN. Pengisian ceramah beliau lebih menjurus kepada pendekatan psikologi dalam melahirkan pendidik yang berintegriti. Ceramah ketiga pula disampaikan oleh Pn. Hjh. Khuzaimah bt. Sulaiman, seorang mantan Pengetua Cemerlang Jusa 'C' merangkap Perinding Kanan Institut Aminuddin Baki (IAB). Beliau menyampaikan ceramah berlatarbelakangkan pengalaman hidup beliau sebagai seorang guru bermula daripada seorang guru biasa sehinggalah beliau menjadi pengetua seterusnya berpeluang dinaikkan pangkat ke Jusa 'C'. Segala2nya bertitik tolak kepada integriti dalam bidang perguruan yang beliau ceburi. Pelbagai petua dan nasihat disampaikan menjadi panduan peserta2 yang hadir.
Apa yang menarik, semua guru yang menghadiri seminar tersebut akan dikurniakan dengan sijil menandakan pelantikan menjadi Duta Integriti bagi sekolah masing2 agar mereka menjadi contoh kepada rakan2 sejawat yang lain lantaran kelebihan ilmu perihal integriti yang telah mereka perolehi.
Seminar berakhir jam sekitar 2.00 petang.
No comments:
Post a Comment