Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Wednesday, March 31, 2010

IBU SEGALA PENYAKIT

Assalamualaikum...

Terpanggil benar hati ana untuk melahirkan kebimbangan dan kekecewaan ana dalam perkara yang akan ana ceritakan sebentar lagi. Situasi yang ana alami malam tadi membuatkan hati ana sentiasa risau dan bimbang dengan keadaan tersebut. Ana akan ceritakan 2 kisah yang saling berkaitan antara satu dengan yang lain.

Kisah I

2 malam yang lepas, salah seorang remaja yang mengaji di rumah ana duduk sebentar untuk bertanyakan ana tentang beberapa perkara. Beliau yang bersekolah menengah (SM) dalam Tingkatan 1 amat musykil tentang situasi yang berlaku di sekolahnya yang melibatkan senior2 mahupun rakan2 sealiran dengannya. Beliau bukanlah mangsa ataupun terlibat secara langsung dalam hal ini. Maklumlah, mak dia cikgu di sekolah tersebut. Jadi, tiada halangan untuknya bercampur dengan murid2 senior. Antaranya perkara yang beliau utarakan ialah:

a. Perlakuan minum arak dikalangan murid
b. Merokok (termasuk pelajar perempuan)
c. Pergaulan bebas (termasuk ringan2, mungkin lebih dari itu)
d. Buli

Hakikatnya, keadaan ini berlaku di hampir semua SM di Malaysia baik bandar, luar bandar mahupun kawasan FELDA. Perkara ini mungkin ditutup oleh pihak pengurusan sekolah mahupun kementerian dengan menonjolkan peningkatan peratusan pencapaian akademik atau beranggapan ianya berlaku diluar waktu persekolahan, maka bukan tanggungjawab pihak sekolah untuk berperanan bagi sekurang2nya membendung keadaan ini. Anda tanyalah mana2 guru SM, begitulah juga keadaannya.

Mengapa semua ini terjadi? Biasanya kebanyakan pihak akan menyalahkan guru. Tetapi sedarkah kita bahawa semua pihak berperanan? Apatah lagi pihak yang mempunyai kuasa undang2 dan kuasa pentadbiran dalam negara kita. Ana percaya guru, ibu bapa, dan masyarakat secara umumnya telah memainkan peranan (sikit atau banyak bukan persoalan tapi lagi banyak lagi bagus). Bagaimana pula dengan pihak berkuasa undang2 dan pihak berkuasa agama? Setakat mana pula peranan pihak kerajaan?

Setakat kempen (banyak mana sangat la), takkan mengubah apa2. Kempen bagai nak rak tapi arak masih dijual secara terbuka. Kempen berjuta2 tapi rokok masih dijual (terbuka atau tidak bukan isu). Kempen dah mantap tapi idola dan contoh2 pergaulan bebas serta maksiat masih dipromosikan dalam media massa. Kempen dah jalan tapi kejadian buli tetap berlaku.

Apa yang masih tak cukup? Tidakkah kerajaan telah berhabis jutaan ringgit untuk usaha itu. Pada pandangan ana, penguatkuasaanlah jawapannya. Disamping penguatkuasaan tegas dan berterusan, political will (kemahuan politik) juga memainkan peranan penting. Mana mungkin pertubuhan atau individu dapat perperanan besar dalam hal ini. Mahu tak mahu, ahli politik yang memegang tampuk kuasa dalam kawasan, negeri mahupun negaralah yang wajib berperanan. Penjualan arak dan rokok, kerajaanlah yang berkuasa, kawalan media juga di bawah kuasa kerajaan. Segala2nya berpokok pangkal kepada 'kehendak' pihak kerajaan dalam membendung keadaan yang semakin parah ini.

Ana sendiri sebagau guru, setakat upaya ana baik dalam mahupun luar sekolah, akan ana berperanan. Anda bagaimana?

Kisah II

Sedang ana tercari2 bahan kudapan buat bersahur tengah malam tadi barulah ana sedar, tiada apa yang boleh dikudap. Nak makan nasi, dah dekat sangat nak tidur. Jadi ana ambil keputusan untuk keluar mencari biskut lemak untuk dimakan buat bersahur sebelum tidur.

Hampir tengah malam, kedai semuanya dah tutup. Yang buka hanya 7-Eleven di Bandar Bahau. Selesai membayar harga biskut lemak yang agak mahal (maklum la kedai fast food), terpandang ana papan tanda larangan menjual rokok kepada individu berumur 18 tahun ke bawah. Ana pandang pula bahagian minuman, khususnya bahagian arak. Papan tandanya 2 kali lebih kecil dari papan tanda jualan rokok. Ana tak pasti ayatnya tapi memang kecil.

Tergerak hati ana untuk bertanya kepada cashier yang bertugas ketika itu, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua2nya Melayu Islam. "Siapa yang selalu beli arak tu? Orang Melayu Islam ada beli ke?", soal ana. Tersenyum cashier itu menjawab, "Melayu paling ramai beli, encik". Ana sambung soalan ana, "Lingkungan umur berapa tahun yang selalu beli?". Kata cashier itu, "Biasanya budak sekolah menengah dan orang sewasa la".

Pernah anda sedari keadaan tersebut? Atau anda hanya mencari ubat nyamuk atau biskut lemak, bayar dan terus keluar dari kedai? Apa tindakan anda? Tidak terlintaskah perasaan benci kepada keadaan tersebut? Siapa yang perlu berperanan besar dalam mengatasi masalah ini? Bagaimana nasib generasi muda penerus dan menyambung pentadbiran negara kita satu hari nanti? Bagaimanakah agaknya keadaan negara kita ketika itu? Bagaimana pula Islam ketika itu?

Sama2 kita fikirkan...

Sukan Tahunan SKTMS 2010

Assalamualaikum...

Ana doakan antum semua sihat2 sentiasa. Moga rahmat Allah melimpahi kehidupan kita.

Lantaran satu keadaan yang amat membimbangkan ana, ana terpanggil untuk menulis. Jadi, sebelum ana lahirkan kebimbangan tersebut, lebih elok jika ana masukkan terlebih dahulu entri berkenaan Sukan Tahunan sekolah ana bagi tahun ini.

Sukan Tahunan sekolah ana telah diadakan pada 11.3.2010 sebelum cuti pertengahan penggal pertama bermula. Macam biasa, 2 ke 3 minggu sebelum itu, jadual sebelah pagi sebelum rehat dah tentu dikira 'burn' kerana semua guru dan murid berada di padang. Rumah Hijau pada tahun ini dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Mereka turut memenangi perbarisan terbaik. Rumah Biru pula untuk kali kedua berturut2 menduduki tempat kedua dengan hanya ketinggalan 1 mata. Mungkin kebetulan, kekalahan pada tahun lepas juga hanya dengan perbezaan 1 mata. Begitupun, Olahragawan dan Olahragawati Sukan Tahunan milik murid dari Rumah Biru. Tempat ketiga keseluruhan ialah Rumah Kuning, juara keseluruhan tahun lepas manakala Rumah Merah menduduki tempat keempat.

Apapun, tahniah atas penganjuran yang berjaya. Terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat, warga SKTMS, PIBG, ibu bapa/penjaga dll.

Wassalam.


Juara tahun ini. Rumah Hijau jangan kacau...

Tempat kedua keseluruhan. Rumah Biru, i luv u...

Tempat ketiga. Rumah Kuning jangan pening...

Tempat keempat keseluruhan. Rumah Merah jangan marah...

Wednesday, March 3, 2010

Mak Teh @ IPAC 2010

Assalamualaikum...

Sedang ana mengadap sarapan selepas rehearsal perbarisan pagi tadi, ana terima sms dari adik ana yang belajar di UIAM. "Salam... sila baca Berita Harian. Akak masuk paper... hehehe ". Kebetulan GPK 1 ana, En. Adnan sedang menatap akhbar tersebut ketika itu. Terus ana mohon pinjam sebentar dan ana cari artikel tersebut.

Selak punya selak, jumpa juga ana dengan artikel tersebut dalam sisipan HIP kalau tak silap ana. Bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul, UIAM mengadakan Islamic Performing Arts Concert (Ipac). Konsert ini menghimpunkan semua kumpulan2 kebudayaan di UIAM dan mengundang mereka mengadakan persembahan pada malam tersebut. Konsert tersebut turut menampilkan Ramli Sarip dengan lagu popular beliau, Engkau Yang Satu.

Apapun, tahniah kepada UIAM atas usaha murni tersebut. Sememangnya kepelbagaian amat diperlukan dalam usaha mendekati masyarakat terutamanya golongan muda untuk memperingati, menyayangi seterusnya mencintai Baginda s.a.w. Buat Mak Teh (panggilan mesra untuk adik ana oleh anak2 buah), tahniah along ucapkan. Ambil kesempatan dalam waktu bergelar pelajar ini untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin. Semoga menjadi bekalan buat meneruskan kehidupan di masa akan datang.

Mak teh main angklung kat tengah2 antara 5 orang. Gambar ada kat atas. Untuk berita penuh, sila klik di sini.

Wassalam.