Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Sunday, April 22, 2012

Seremban Berselawat bersama Habib Umar



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Sejak flyers berkenaan jadual Habib Umar di Malaysia diedarkan di masjid2 sekitar Bahau, ana memang telah berhasrat mahu ke Seremban untuk menghadiri program Malam Ihya' Mahabbah Rasulullah s.a.w di Masjid Negeri. 

Setelah berbincang, ana ke sana bersama ibu saudara dan 3 orang adik ana. Ana bercadang untuk bertolak ke Seremban pada jam 6.30 petang. Baru sahaja bercadang hendak keluar rumah, hujan mulai turun. Tanpa ana sedari hujan yang turun ketika itu agak berbeza dengan hujan2 biasa. Bunyi titisannya menghempas atap owning lebih bising dari biasa. 

Salah seorang adik ana masuk ke dalam rumah terus berteriak, "Along, keluar cepat! Hujan (ais) batu". Bila kami semua keluar rumah, benarlah seperti yang adik ana katakan. Butiran2 kecil air batu memenuhi rumput di halaman rumah. Ketika itu angin bertiup dengan agak kuat. Setelah selesai merakam dan mengambil gambar, kami tak menunggu lama. Meskipun hujan masih lebat, kami nekad untuk ke Seremban ketika itu. Pastinya Allah telah aturkan hikmah dan pengajaran disebalik kejadian tersebut.

Seingat ana, ibuk ana pernah ceritakan tentang fenomena hujan air batu macam ni. Ketika ia berlaku, ana masih terlalu kecil untuk ingat apa2. Alhamdulillah, hari ni berkesempatan juga mengalaminya sendiri. Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu...

Kami tiba di Masjid Negeri Seremban setelah singgah solat Maghrib berjamaah di Masjid Seri Menanti, lebih kurang jam 8.15 malam. Sampai di sana, kereta sudah memenuhi sisi jalan utama. Ana ambil keputusan untuk park kereta agak jauh sedikit, itupun kerana memang dah tak boleh masuk dekat lagi. Kami berjalan kaki ke Masjid Negeri. 

Memasuki perkarangan Masjid Negeri, kedengaran bacaan Maulid Ad-Diba'ie telahpun dimulakan. Ana terus ke bahagian atas masjid. Ruang dalam masjid telah penuh, ana hanya duduk di luar dan mengikuti majlis selawat dari situ. Agak mengecewakan apabila sistem suara tambahan yang disediakan tidak memuaskan. Lebih mengecewakan bila terlupa nak beli buku Maulid Ad-Diba'ie sebelum naik. Nak cepat sangat. Kurang seronok mengikuti majlis sebegitu kalau sekadar duduk mendengar saja.


Selesai bacaan Maulid, Habib Umar menyampaikan pesanan beliau dengan terjemahan daripada Sheikh Nuruddin Al-Banjari. Seperti yang ana katakan, sistem suara yang kurang memuaskan membuatkan pendengaran ana agak terbatas. Begitupun, di hujung majlis sistem audio beransur pulih. Dapat juga ana menghayati bait doa yang Habib Umar bacakan.

Usai Solat Isyak berjamaah, ana beransur. Sebelum tu sempat juga ana dapatkan buku Maulid Ad-Diba'ie yang dikompilasikan dengan Qasidah2 yang biasa dibawa dalam majlis2 seperti yang diadakan malam ni. Kami sampai di Bahau jam 12.10 tengah malam.

Bersama2 entri ni ana masukkan rakaman hujan air batu seperti yang ana ceritakan sebelum ini. Moga ada pengajarannya buat kita semua. Sekian buat kali ini. Moga bertemu dalam entri2 yang akan datang.

Wassalam.

Sunday, April 15, 2012

Umratan Mabruratan Atok n Wan!


Assalamualaikum sahabat2 semua...

Kepenatan n pedih2 mata hari ini. Lelapkan mata malam semalam jam 2.30, potong sticker. Bangun semula jam 3.30 pagi, mandi dan bersiap menunggu abah n mak serta adik2 menjemput untuk ke KLIA. Mereka tiba jam 4.15 pagi. Setelah masing2 bersiap, perjalanan dimulakan dengan 2 buah kereta. Ana memandu Vios ayah ana bersama abah n mak serta zaujah dah puteri bongsu, Hana Azzahra. Sebuah lagi, Myvi dipandu adik ana, Mohd. Isa bersama Nursafura, Mohd. Iqbal dan 2 puteri ana Hanisah Aqilah dan Huuriyyah A'izzah. Buat kesekian kalinya ayah n ibuk ana menyahut panggilan Allah ke Tanah Haram. Kali ini bersama Pak Long n Mak Long ana. Lebih tepat lagi pemergian abah n ibuk ana kali ini selaku jemaah merangkap 'mutawwif' peribadi kepada Pak Long n Mak Long ana yang kali pertama menjejakkan kaki ke sana. Cemburunya...

Subuh berjamaah kami sempurnakan di RnR Seremban. Perjalanan diteruskan ke Masjid KLIA. Dah berjanji untuk bertemu dan bersarapan di sana bersama Pak Long n Mak Long ana yang akan berangkat bersama abah n ibuk ana. Sampai di Masjid KLIA, Pak Long n Mak Long serta keluarga, Pak Uda n Mak Uda serta keluarga sudahpun berada di sana. Ibuk ana menyediakan nasi himpit dengan rendang ayam dan sambal telur kegemaran ana serta adik beradik lain.

Usai bersarapan, para 'bakal tetamu Allah' dihantar ke Terminal Perlepasan. Setelah menunggu beberapa jam, pada jam 9.30, masing2 bergilir bersalaman dan berpelukan dengan abah, ibuk, pak long n mak long sebelum mereka semua bergerak ke terminal menunggu.

Ana mewakili adik beradik semua mendoakan agar Allah kurniakan kesihatan dan kesejahteraan buat abah n ibuk ana sepanjang berada di sana. Insya Allah, 26 hari bulan nanti along jemput kat KLIA. Ana kongsikan gambar abah n ibuk ana bersama puteri bongsu ana, Hana Azzahra.

Sekian buat kali ini. Wassalam.

Tuesday, April 10, 2012

Hasil Tangan Terbaru



Assalamualaikum semua...

Yang sebenarnya ana masukkan gambar ni sebab nak buat entri baru je. Nak tulis panjang2 punya la serik sekarang ni. Tapi nak wujudkan entri punya pasal, ana upload jelah 2 keping gambar ni. Bole jugak buat kenangan. Mana tau hilang gambar dalam simpanan nanti, dah ada kat dalam blog. Hehehe...

Ayatul Kursi ni ana hasilkan atas permintaan seorang rakan di sekolah ana. Bimbang juga kalau2 tak menjadi tapi tawakkal jelah. Bila siap n dah spray tulisan, alhamdulillah boleh tahan la. Nipun belum spray background lagi ni. Dah spray nanti harap2 tak jadi makin teruk la...


Yang ni pulak ana siapkan tempahan seorang pelanggan dari Pekan, Pahang. Kebetulan anak dia junior ana di KIPSAS n USIM dulu. Alhamdulillah, lega rasanya dapat siapkan. Lebih lega bila dia berpuas hati dengan hasil kerja ni.

Tu jelah kot, entri 'buat syarat' untuk kali ni.

Wassalam.

Saturday, April 7, 2012

FN Sekolah2 KPM Peringkat Daerah Jempol 2012



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Subhanallah... dah lama benar ana tak update blog ni sejak entri terakhir pada Hari Lahir ayah ana awal tahun lalu. Dah sampai surat saman pun sebab pandu laju ketika tu. Dah pun dibayar oleh 'birthday boy'. Mekasih ye abah.

Berat benar jari jemari ni nak update blog, FB pun dah jarang2 jenguk. 'Sempit' dengan tugasan harian rasanya ni. Entahlah... Begitupun, dalam banyak2 perkara besar yang berlaku, Al-Mumtaz juga yang berjaya menggerakkan hati seterusnya urat2 hingga ke hujung jari untuk menaip entri ni. Masih berharap juga agar entri ini akan menjadi permulaan untuk ana kembali aktif berblogging, Insya Allah.

Apapun ana tak berhasrat nak menulis panjang kali ni. Cukup rasanya beberapa keping gambar berserta sedikit maklumat tentang Al-Mumtaz dan lagu yang kami bawa.

Nama Pasukan: Al-Mumtaz
Jurulatih: Pn. Hjh. Nazariah & En. Mohd. Yusof
Jurulatih bersama: Najmi (ex Al-Mumtaz)
Pengurus: ustatkimi

Lagu 1: Al-Quran Penjana Transformasi

Lagu: Hj. Shaharudin
Lirik: ustatkimi (najmi ex Al-Mumtaz)

Lagu 2: Mari Membantu Guru

Lagu: Hj. Shaharudin
Lirik: En. Mohd. Yusof (najmi ex Al-Mumtaz)

Wakil A-Mumtaz enerima hadiah dari Tn. Pegawai PPD 

Bergambar bersama hadiah

Najmi ex Al-Mumtaz bersama pasukannya, turut menjuarai (kategori Sekolah Menengah)

Untuk akhirnya, jutaan terima kasih kepada Pn. Nazariah di atas usaha keras beliau bersama Al-Mumtaz. Bukan hanya beliau, suami (En. Shaharudin) dan anak beliau (Najmi ex Al-Mumtaz) turut berperanan besar membantu kejayaan ini. Tak lupa juga kepada En. Mohd. Yusof atas bantuan dan sokongan. Buat seluruh warga SKTMS, syukran atas doa antum, sesungguhnya hanya itu yang amat kami harapkan dari antum. Kepada ibu bapa Al-Mumtaz, teruskan menyokong anak2 tuan/puan. Kepada zaujah dan family tersayang, syukran juga kerana memahami tugas dan tanggungjawab walid. Walid hargai pengorbanan umi.

Wassalam.