Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Sunday, December 27, 2009

Amanah 2010

Assalamualaikum pengunjung2 semua...

Ana baru sahaja selesai menghadiri Masyuarat Guru Kali Pertama di Bilik Gerakan SKTMS. Ketika sebahagian besar guru2 ke kantin untuk menikmati juadah tengah hari, ana ambil keputusan untuk berada di bilik guru. Kebetulan, ana puasa hari ini.

Bercakap tentang pembahagian tugasan bagi tahun 2010 yang bakal tiba. Berbagai komen diberikan oleh guru2 di sini. Ada yang menerima dengan baik setiap tugasan yang diberikan, ada yang menerima dengan pindaan, ada yang menerima dengan syarat. Keseluruhannya, masing2 menerima, yang kecil2 tu biasalah...

Bagi ana amanah tahun 2010 tak banyak bezanya dengan tahun lepas. Sudah tentu ana harapkan pelaksanannya lebih baik berbanding tahun2 yang sudah. Antara tugas2 ana ialah:

Unit Kurikulum:
1. AJK Pusat Sumber Sekolah
2. Naib Pengerusi JK Program j-QAF
3. AJK Kelas Agama Petang
4. Penyelaras Bilik Komputer/ICT

Unit Hal Ehwal Murid:
1. Penyelaras Perhimpunan Sekolah
2. AJK Disiplin
3. AJK Pengawas
4. AJK Kelab Anti Jenayah
5. Guru Bertugas Mingguan (2x setahun)

Unit Kokurikulum:
1. Setiausaha kokurikulum
2. Guru Penasihat Persatuan Agama Islam
3. Guru Penasihat Tunas Kadet Remaja Sekolah
4. Guru Penasihat Karate-Do
5. Bendahari Majlis Sukan Sekolah
6. Guru Penasihat Rumah Tuanku Jaafar (Biru)

Lain-lain:
1. Bendahari PIBG
2. Bendahari Kelas Agama Petang

Huhuhu... nampak macam banyak je kan? Hehe... banyak tak banyak beginilah rutin ana setiap tahun. Nak kejar silibus Bahasa Arab, PKSR, program j-QAF dengan tasmik, KBS, MTAQ, Semaian Wahyu, Festival Nasyid, dll. Itupun tak termasuk dengan tugasan2 'mendatang'. Biasalah kalau dah duduk di sekolah, program turun mencurah2 setiap tahun. Mau tak mahu, ikhlaskan diri laksanakan sepenuh hati. Moga2 diterima Allah sebagai amalan soleh buat bekalan 'di sana' nanti.

Ana ambil kesempatan untuk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU M 2010 buat seluruh warga alam. Harapan ana sambutan tahun baru biarlah berpada2. Lagipun kita baru sahaja menyambut Tahun Baru Hijrah 1431. Biarlah 'mereka' dengan tahun baru 'mereka'.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH juga buat sahabat2 seperjuangan khususnya guru2 j-QAF. Semoga j-QAF tahun ini akan lebih cemerlang dari tahun2 yang lepas. Lebih2 lagi graduan sulung j-QAF akan keluar akhir tahun nanti, gunakan masa yang berbaki untuk mempersiapkan mereka dari segi jatidiri Islam yang jitu agar tidak mudah goyah ketika beralih ke dunia SM nanti.

Wassalam.

Friday, December 25, 2009

PMR: Tahniah Pak Cu!


Assalamualaikum semua...

Posting ana pendek sahaja kali ini. Ana hanya ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah kepada adik bongsu ana, Mohd. Iqbal di atas kejayaannya
memperolehi 7A 1B 1C dalam PMR yang diumumkan semalam. Ana tumpang berbangga dengan pencapaian adik ana yang sorang ni. Beliau belajar di SMKA Pedas. Sehingga ini, beliau ialah adik beradik ana yang ketiga belajar di sana selepas adik kedua ana, Haslinda (seorang doktor yang kini bertugas di Kuantan) dan adik keempat ana, Mohd. Isa (sedang menuntut di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, KIPSAS.

Walaupun ada 1 B dan C, yang pasti keputusan Iqbal yang lebih mesra dengan panggilan adik atau Pak Su dikalangan anak buahnya, jauh lebih baik dari ana masa PMR dulu. Harapan ana agar Iqbal dapat meneruskan kecemerlangan dalam pelajaran seterusnya dalam kehidupan hingga ke akhir hayat.

Along dengar adik minat bidang sains. Apapun bidang yang adik ceburi, jangan lupa tanggungjawab kepada Allah, Rasul, mak abah dan masyarakat. Persiapkan diri dengan iman dan taqwa yang kukuh agar adik sentiasa dipandu hidayah Allah walau apa yang adik lakukan.

Buat adik, along mewakili mak, abah dan adik beradik yang lain doakan yang terbaik buat adik. Jadilah insan yang berguna dan bermanfaat untuk agama dan masyarakat satu masa nanti.

Sekali lagi TAHNIAH dari along!

Wassalam.

Monday, December 21, 2009

CERITA CUTI


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung2 semua...

Ana doakan antum semua dipelihara Allah sentiasa. Ana kini telahpun kembali ke Bahau, NS. Kembali menguruskan beberapa perkara yang belum selesai termasuklah tugas2 awal sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun hadapan. Sebelum itu, tak terlewat lagi rasanya ana ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431. Semoga tahun ini lebih baik dan lebih mantap berbanding tahun2 yang sebelumnya.

Ana mulakan dengan kisah ibu mertua ana yang pulang dari Mekah minggu lepas. Sekembalinya kami ke kampung, bergilir2 jiran2, saudara mara dan rakan2 ibu mertua ana yang datang menziarah. Ana dan ipar serta biras2 yang lain pula sibuk melayan dan menyiapkan menu hidangan buat tetamu yang hadir. Nasi kerabu telahpun disiapkan oleh jiran sebelah rumah, tugas kami hanya menghidangkan dan mengemas apa2 yang patut. Disamping nasi kerabu sudah tentulah air zam2, kurma, kismis dan lain2 buah tangan yang sempat ibu mertua ana beli di sana dihidangkan buat tetamu.

Zaujah ana berpelukan dengan bonda beliau sebaik tiba di Lapangan Terbang Kuala Terengganu

II.

Tahun Baru Hijrah telahpun kita lepasi pada 1 Muharram 1431 H bersamaan 18 Disember 2009, hari Khamis. Kebetulan tarikh tersebut merupakan tarikh perlawanan pasukan Malaysia menentang pasukan Vietnam dalam aksi perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea tahun ini. Ana sendiri hampir terlupa membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun. Ana berada di rumah biras ana ketika itu kerana menyaksikan perlawanan tersebut. Sebaik saja teringat, ana terus cari kalau2 ada naskhah surah Yaasin berserta doa tersebut. Malangnya semua naskhah tersebut berada dalam kereta yang berada di rumah ibu mertua ana. Terus ana buka TV1 yang menyiarkan sambutan Awal Muharram dari Masjid Negara secara langsung. Akhirnya ana hanya mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam Besar Masjid Negara menerusi televisyen sahaja. Kebetulan pula ketika itu perlawanan baru sahaja melepasi 45 minit pertama. Terlintas di hati ana, pemain2 skuad negara kita solat Maghrib atau tidak? Adakah bermain bola untuk negara mengatasi keutamaan solat sepertimana hujah ke atas Malik Maidin yang berenang berhari2 atas nama negara? Bagaimana pula dengan penonton2 yang berada di satu tempat di Subang Jaya yang menyaksikan perlawanan itu, solatkah mereka?


III.

Kehadiran Dr. Yusuf Al-Qardhawi ke Malaysia bagaikan rahmat buat pencinta2 ilmu di negara kita. Keghairahan mereka menghadiri tazkirah Maghrib di Masjid Shah Alam benar2 menyentuh hati ana. Penuh masjid Shah Alam seperti solat Jumaat pada malam itu. Jelas, warga umat Islam di Malaysia dahagakan ilmu dari ulama' yang hebat seperti beliau. Beruntung sekali sahabat2 yang berada berdekatan Selangor, dapat bertemu muka dan menatap wajah ulama terkemuka dunia itu. Amat rugi bagi insan seperti ana yang hanya menyedari kehadiran beliau di negara kita sewaktu menyaksikan Sambutan Maal Hijrah pada keesokan harinya. Ana hanya dapat menyaksikan rakaman ceramah beliau menerusi internet sahaja.


IV.

Malang tidak berbau, dugaan Allah datang tanpa diduga, kifarahNya menimpa tak siapa sangka. Ana bertolak pulang ke NS pada hari Jumaat, 18.12.2009. Kami bertolak lebih kurang pada jam 10.00 pagi. Perjalanan dalam suasana hujan yang seketika lebat dan renyai2 itu membataskan kelancaran perjalanan ana sekeluarga. Apapun, kami tetap bertolak pulang. "Pasti ada hikmahnya, kalau hujan dah tentu kurang panas", kata hati ana. Ketika kami melepasi 5 km daripada Bandar Kuala Krai, kereta ana berselisih dengan sebuah lori. Selepas satu bunyi hentakan, serta merta cermin hadapan kereta ana retak seribu. Zaujah ana yang ketika itu terlena, terkejut dengan insiden tersebut. Tanpa mambuang masa, ana hentikan kereta ana di tepi jalan sambil bertenang dan mengenalpasti tahap kerosakan cermin tersebut. Terus terlintas dalam fikiran ana akan adik angkat ana yang bertugas di Gua Musang. Beliau berada di Johor ketika ana hubungi. Mujur beliau ikhtiarkan menghubungi rakan beliau yang juga Penghulu Muda di kawasan Gua Musang. Alhamdulillah, rakannya Ustaz Rosmadi telahpun beliau maklumkan tentang keadaan ana. Masalahnya, mampukan cermin hadapan ana bertahan untuk mengharungi perjalanan sejauh lebih kurang 80 km ke Gua Musang dalam keadaan hujan? Mahu berpatah balik ke Kuala Krai belum tentu ana boleh dapatkan bantuan. Lagipun, hari Jumaat adalah hari cuti di Kelantan. Akhirnya, ana sekeluarga bertawakkal dan meneruskan perjalanan ke Gua Musang. Alhamdulillah, sampai juga kami ke sana. Dengan bantuan dari Ustaz Rosmadi, cermin hadapan kereta ana siap diganti pada jam 5.30 petang. Jutaan terima kasih dari ana sekeluarga kepada Ustaz Rosmadi kerana carikan bengkel dan tumpangkan kami di Pejabat Pas Gua Musang. Dapat juga ana berehat sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh. Kami sampai di kampung ana pada jam 11.00. Letihnya hanya Allah yang tahu. Apapun, ana bersyukur kerana segala2nya berjalan baik dan selamat. Alhamdulillah.

Pandangan dari dalam kereta, 80 km ana memandu dengan penglihatan seperti ini

Pandangan dari sisi luar kereta sejurus sebelum ana bawa ke bengkel untuk diganti

IV.

Persekolahan bakal bermula kurang 2 minggu lagi. Ana yang telahpun kembali ke rumah dah mula berulang alik ke sekolah. Selain untuk online, ana juga membantu GPK KOKO menyiapkan senarai tugasan guru2 untuk aktiviti kokurikulum bagi tahun hadapan. Alhamdulillah, selesai juga ana siapkan carta dan senarai tugasan tersebut, telahpun ana serahkan kepada beliau untuk di riso. Senarai tersebut akan diserahkan kepada semua guru pada 28.12.2009 (Isnin) ketika Mesyuarat Awal Tahun nanti.

V.

Tugasan undang2 Syariah yang ana sedang sempurnakan bagi membantu seorang sahabat ana yang juga seorang Hakim Syarie hampir ana sudahkan. 2 tugasan berkenaan Undang2 Keterangan Islam dan 2 soalan lagi berkenaan Undang2 Jenayah Syariah yang memerlukan ana merujuk kepada pelbagai sumber termasuk Akta dan Enakmen telahpun siap. Hanya berbaki 1 tugasan lagi berkenaan harta pusaka untuk ana selesaikan. Harapnya jawapan dan huraian ana menepati kehendak dan pemikiran beliau.

Rasa2nya dah panjang ana menulis. Insya Allah, ada kelapangan nanti ana menulis lagi. Jumpa lagi. Wassalam.

Monday, December 14, 2009

Salam Haji Mabrur


Assalamualaikum w.b.t.

Ana doakan antum semua di bawah naungan rahmat Allah sentiasa.

Ketika ini ana bersama keluarga berada di Homestay Warisan di Perkampungan Homestay Teluk Ketapang, Seberang Takir, K. Terengganu. Bersama2 kami juga keluarga adik beradik zaujah ana. Kami baru sahaja pulang dari menyambut kepulangan ibu mertua ana yang pulang dari Tanah Suci. Alhamdulillah, segala2nya dalam keadaan baik. Ibu mertua ana sihat, kelihatan perubahan air muka yang bertambah tenang dan ceria gambaran kepuasan beliau menyempurnakan ibadah yang telah beliau sudahkan.

Ana pulang ke Kelantan pada hari Sabtu baru2 ini. Sampai juga hajat ana nak berikan kejutan kepada zaujah dan anak2 ana. Ana beritahu bahawa ana hanya akan pulang pada hari Ahad, padahal awal pagi Santu ana sudahpun bergerak dari NS. Alhamdulillah, perjalanan amat lancar sekali dengan bilangan kereta yang sederhana, berbeza sekali dengan keadaan semasa ana pulang ke NS dari Kelantan selepas Aidiladha lepas. Jumlah kereta terlalu banyak, trafik bergerak perlahan sejauh berpuluh2 km, lebih2 lagi bila menempuh lampu isyarat. Kata abang ipar ana, "Jalan Kuala Krai merupakan jalan paling sesak di Kelantan". Bila ana sendiri lalui saat itu, ana sendiri mengiakan dakwaan beliau.

Masa ana di Kg. Semat Jal, Morak, Wakaf Bharu sejak pulang ke sana hingga semalam banyak ana habiskan untuk mengemas kawasan rumah ibu mertua ana. Termasuklah persediaan untuk jamuan kesyukuran sebaik tiba di rumah nanti.

Lewat petang semalam, ana bertemu dengan sahabat ana, Nik Shahril. Beliau seorang Hakim Syar'ie Negeri Terengganu. Ana ditemani abang ipar ana, Mohd. Zuki (pakar pertukangan emas tradisional di Wakaf Bharu). Pertemuan itu membawa kami ke Restoran Air Gelas Besar yang tersohor di kawasan ini. Kena air kiwi gelas sedang pun ana dah tersandar, kebetulan ana baru sahaja sudah makan malam di rumah penginapan kami. Kalau tidak dah tentu ana belasah air buah dalam balang besar tu. Hehehe...

Apapun, segunung syukur kehadrat Allah kerana ibu mertua ana selamat sampai ke tanah air. Ana doakan agar beliau beroleh haji yang diterima Allah. Bagi ana, Insya Allah jika ada rezeki dan dipermudahkan Allah, tahun depan ana akan berangkat ke sana. Dah jadi hajat ana nak bawa zaujah ana ke sana, tersimpan hajat tu sejak awal perkahwinan kami.

Oklah, sampai di sini dulu ana menulis. Insya Allah, ada masa ana menulis lagi. Bagi guru2, cuti persekolahan dah semakin sampai ke penghujung. Dah perlu bersedia untuk bertugas untuk setahun lagi.

Wassalam.

Monday, December 7, 2009

AKTIVITI CUTI



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Cuti persekolahan telahpun sampai ke pertengahannya. Bagi ana, seusai sambutan Aidiladha di kampung zaujah ana di Kelantan (alhamdulillah, mujur tak banjir), ana bergerak pulang ke NS, cuba berseorangan di rumah sendiri (walaupun baru pertama kali rasanya ana berjauhan lebih 2 minggu daripada zaujah dan anak2 ana). Kembalinya ana ke NS hanyalah atas urusan tugasan yang masih belum selesai. Disamping itu, ana ambil peluang ini untuk menyelesaikan urusan2 peribadi yang tertunggak selama ini. Kebetulan seorang sahabat ana meminta bantuan ana menyudahkan tugasan yang agak sukar untuk beliau sempurnakan lantaran kesibukan tugas.

II.
Bercakap soal Aidiladha, pasti umum biasa mendengar fakta bahawa Aidiladha lebih meriah di Kelantan berbanding tempat2 lain. Kali pertama berhari raya di sana barulah ana dapat rasakan perbezaan dan kemeriahannya. Antara aspek utama yang membawa kepada kemeriahannya ialah pelaksanaan qurban yang agak berbeza jika dibandingkan dengan tempat2 lain. Biasanya, qurban dilakukan secara berkelompok, sebaliknya di Kelantan ia dilakukan secara berasingan (maksudnya lembu qurban disembelih di tempat2 berbeza mengikut individu2 yang melakukan qurban). Kemudian, bahagian yang diperolehi oleh individu yang melakukan qurban akan dimasak seterusnya dijemput ahli keluarga dan sanak saudara termasuk kenalan terdekat untuk datang menjamu selera di rumah mereka. Bayangkan jika dalam sebuah kampung, 20 ekor lembu diqurbankan, maka jemputan untuk menjamu selera di rumah jiran2 dan penduduk kampung tersebut pasti menjangkau sekurang2nya 3 tau 4 buah rumah sehari.

III.
Usaha ana membantu salah seorang sahabat ana yang bertugas dalam bidang kehakiman Syariah menyudahkan tugasannya membuatkan ana terkenang saat2 ana menuntut di KIPSAS dan USIM sebelum ini. Selama 6 tahun ana bergelumang dengan Akta, Enakmen, dalil2 Syarak dan kes2 Syariah dan sivil membuatkan hati ana kembali merindui dunia tersebut. Kadang2 tergerak juga hati ana untuk kembali ke dunia yang pernah ana lalui itu. Bukan maknanya ana jemu ataupun tawar hati dengan dunia perguruan, ana sendiri tak memilih kerjaya, tetapi bila difikir2kan tiada hasil pengajian (Diploma & Ijazah) yang dapat ana aplikasikan dalam hidup ana mahupun kerjaya ana sehingga ke saat ini jika ana masih dalam bidang perguruan. Terfikir juga jika ana dapat membantu masyarakat melalui bidang yang sememangnya menjadi lubuk ilmu ana satu ketika dulu. Apapun, ana perlukan masa untuk memikirkan pro dan kontra apa juga keputusan ana dalam perkara ini. Yang pasti, dunia undang2 Syariah kambali melambai hati ana.

IV.
Insya allah, sehari ataupun 2 hari awal daripada tarikh kembalinya ibu mertua ana dari Tanah Suci Makkah (15.12.09), ana akan pulang ke Kelantan. Disamping pulang kerana akan pergi menyambut kepulangan beliau di Lapangan Terbang Kuala Terengganu, ana juga dimints oleh salah seorang sahabat ana (Us. Hasrul) untuk mendapatkan alat muzik Dikir Barat untuk kegunaan sekolah beliau. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Ana telahpun menghubungi Abe Mail (ana pernah ceritakan tentang beliau dalam entri terawal) dan beliau telahpun bersetuju untuk menyediakan dan mendapatkan alat2 muzik tersebut. Bagi sahabat2 yang ingin mendapatkan alat muzik Dikir Barat, insya allah ana boleh ikhtiarkan. Anggaran perbelanjaan ialah RM1000.00. Sila hubungi ana untuk maklumat lanjut.

Ana rasa sekian dahulu untuk kali ini. Insya allah, ana cuba usahakan untuk cari masa masukkan entri terbaru nanti.

Wassalam.

Saturday, November 21, 2009

HAK SKTMS 09 & Majlis Perpisahan GB

Assalamualaikum...

Bermulanya cuti sekolah tak menjarakkan diri ana dari sekolah. Entah la, sekolah bagaikan rumah kedua buat ana. Kalau ana tak di rumah, mesti ana melekap di sekolah. Lagipun rumah dan sekolah tak jauh sangat, kalau naik motor 5 minit je, kalau jogging macam pagi tadi dekat2 20 minit jugak. Kira oklah tu, musim sekolah tak sempat langsung nak exercise. Masa cuti ni harap2 dapat la ana maintain berjoging. Boleh jugak kurangkan ketebalan lemak diperut ana ni.

I.

Hari Anugerah Kecemerlangan SKTMS bagi tahun ini tidak dapat ana hadiri berikutan penglibatan ana di Projek Kem Bina Juara di Tampin baru2 ini. Apapun, ana dapatkan juga gambar2 daripada Cikgu Roziman, beliau ditugaskan sebagai jurufoto untuk majlis pada hari tersebut. Majlis diadakan pada 18.11.2009 (Rabu) dan bermula pada jam 9.00. Perasmian pula dilakukan oleh wakil PPD Jempol/Jelebu. Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian, nasyid dan Dikir Barat.

Tn. Hj. Sabere menyampaikan cenderahati kepada wakil Tuan PPD

Antara penjaga yang berkesempatan hadir

Persembahan dari pasukan Dikir Barat SKTMS

II.

Hari Jumaat baru2 ini, perhimpunan tidak seperti biasa. Biasanya perhimpunan hari Jumaat akan berlangsung dengan nyanyian Asma al Husna, ucapan guru bertugas seterusnya murid2 masuk ke kelas untuk mengikuti P&P. Walaubagaimanapun, berlainan dengan Jumaat terakhir sesi persekolahan pada tahun ini. Perhimpunan kali ini agak suram. Ini berikutan hari tersebut merupakan hari terakhir warga SKTMS bersama2 dengan Guru Besar Cemerlang, Tn. Hj. Mohmad Sabere b. Zakaria. Beliau akan berpindah ke SK Bandar Baru Serting. Dengan hanya berbaki perkhidmatan selama 3 tahun, beliau sebenarnya berharap untuk mengakhiri perkhidmatannya di sini. Begitupun, arahan pihak atasan bukan mudah untuk dielak. Itupun, sebelum ini 2 kali beliau diarahkan untuk bertukar tetapi rayuannya untuk kekal di sini diterima pihak atasan. Kali ini, hanya rayuan untuk melanjutkan perkhidmatannya di sini sehingga akhir penggal diterima. Beliau tetap diarahkan untuk bertukar.

Khidmat beliau di SK Tunku Muda Serting ini bermula sejak sekolah ini mula2 dibuka. Dengan tahun pertama terpaksa menumpang di bangunan SK Jempol (ketika itu sekolah ini dikenali dengan nama SK Bahau), tahun kedua barulah dipindahkan ke bangunan baru dengan nama SK Tunku Muda Serting. Bayangkan kenangan yang dilakar oleh beliau, membangunkan sekolah daripada tiada apa2 sehinggalah sekarang mampu menempa nama di peringkat tertinggi, daripada kosong tiada apa2 hinggalah kepada keadaan seperti ini, pastinya bukan mudah untuk beliau berpindah ke tempat lain. Walaubagaimanapun, sifat keterbukaan yang beliau tunjukkan mengatasi segala2nya.

Bagi ana, beliau merupakan majikan pertama. Alhamdulillah, Allah temukan ana dengan seorang majikan yang sangat memahami situasi guru2 di bawah seliaannya. Mudah berunding dan berbincang dengannya, seorang yang sangat positif dengan setiap perkara yang berlaku. Bagi beliau, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan dan perlu diselesaikan dengan bijak. Andai kata guru2 tidak tahu mengenai sesuatu perkara, beliau adalah orang yang paling sesuai untuk diajukan pertanyaan. Setakat perkenalan ana dengan beliau, jarang baliau mengatakan tidak tahu dalam apa juga persoalan, isu, topik mahupun kontroversi. Semuanya dijawab dengan satu jalan penyelesaian. Tidak hairanlah beliau amat dihormati oleh seluruh warga sekolah. Ana secara peribadi berbangga diberi kesempatan untuk berkhidmat di bawah beliau.

Perhimpunan pada pagi itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Kebesaran NS dan lagu sekolah. Selepas aluan pengerusi, perhimpunan diteruskan dengan penyampaiann saguhati kepada murid2 yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR yang diumumkan baru2 ini. Seramai 18 orang (kurang seorang berbanding tahun lepas) murid berjaya mendapat 5A pada tahun ini. Bertambah kegembiraan murid2 yang berjaya apabila ibu bapa mereka juga dijemput untuk bersama2 mengiringi anak2 mereka menerima saguhati tersebut. Kemudian murid2 cemerlang dibawa ke dewan terbuka untuk sesi bergambar beramai2. Pada jam 10.30 pagi, guru2 dan AJK PIBG dijamu dengan jamuan makan. Sekali lagi GB diberi peluang berucap. Selesai ucapan, sesi penyampaian hadiah kepada beliau dilakukan seterusnya diikuti dengan sesi memotong kek sebagai tanda perpisahan. Untuk ahkirnya, GB dan isteri diarak dengan Hilux dari kantin ke pintu pagar sekolah dengan iringan paluan kompang serta lambaian murid2 dan guru2 sebagai simbol berakhirnya perkhidmatan beliau di SKTMS.

Buat Tn. Hj. Mohmad Sabere, ana ucapkan Selamat Maju Jaya, semoga selesa di tempat baru. Terima kasih atas tunjuk ajar, teguran dan sokongan yang diberikan, segalanya akan ana jadikan bekalan buat ana melayari dunia perguruan yang mencabar ini. Ana ambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas segala salah silap selama ana berkhidmat di SKTMS di bawah kelolaan beliau. Jasa bakti beliau akan ana kenang sepanjang hayat ana. Nasyid dari Brothers berjudul Teman Sejati ini ana tujukan buat beliau. Terima kasih cikgu! Terima kasih atas segalanya...

Wassalam.


Tn. Hj. Sabere, teman, ayah, sahabat, rakan dan majikan terbaik

Memotong kek bersama isteri tercinta tanda berakhirnya perkhidmatan beliau di SKTMS

Perjalanan terakhir seorang Guru Besar Cemerlang di SKTMS

Thursday, November 19, 2009

Projek Kem Bina Juara 09


Assalamualaikum semua...

Persekolahan hanya sehari sahaja berbaki menjelang cuti akhir tahun. Alhamdulillah, tugasan2 utama telah berjaya ana sempurnakan setakat kemampuan terbaik. Hanya yang berbaki ialah tugasan menjelang Majlis Makan Malam dan Perpisahan Guru Besar malam esok. Selain diberi tugas memimpin bacaan doa, ana diberi tanggungjawab untuk sediakan slide show tentang Guru Besar yang akan diraikan. Biasa la, kalau cakap nak slide show, gambar mesti nak kena scan. Pastu edit yang mana patut dan hasilkan persembahan Power Point. Pengerusi BKG sewaktu memberikan tugas pada ana meminta ana sediakan dokumentari untuk malam tersebut. Terkedu ana mendengarnya, kalau dokumentari alamat 2 bulan la baru siap. Insya allah, ana akan sediakan entri khas berkenaan majlis pada malam esok nanti.

Berkenaan Projek Kem Bina Juara Sekolah2 KPM Peringkat Negeri Sembilan, tahun ini adalah tahun kedua pelaksanannya, kali pertama ana menyertainya sebagai JU. Ada beberapa perbezaan pelaksanaan tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lepas. Selain tempoh pelaksanaanya telah ditambah dari sehari kepada 2 hari dan jumlah JU juga bertambah, disediakan juga pengisian untuk guru pengiring (modul Tafaqquh Fiddin namanya). Hari pertama mereka didedahkan dengan Perubatan Islam. Hari kedua pula diisi dengan Tahsin al-Quran. Bertuah betul jadi guru pengiring.

Sepertimana semua sedia maklum, Kem Bina Juara memberi pendedahan kepada murid2 yang berpotensi untuk digilap bakatnya dalam 3 aspek utama iaitu Pengucapan Bahasa Arab, Tarannum dan Khat. Sungguhpun agak mustahil untuk peserta2 menguasai 100% modul2 yang didedahkan dalam tempoh yang singkat, sekurang2nya pendedahan tersebut akan menjadi bekal buat peserta menjadi murid turus dalam membantu rakan2 mereka di sekolah nanti.

Program yang diadakan pada 17-18 November itu turut dilawati oleh wakil pegawai dari Sektor Pengurusan Operasi dan Dakwah KPM. Majlis Perasmian Penutup pula disempurnakan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam, Us. Mohd. Zaki b. Abd. Ghani.

Untuk akhirnya, ana mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada JPNS, JU2, PPD, Urusetia dan peserta2 yang terlibat dalam menjayakan Projek Kem Bina Juara pada tahun ini. Yang baik kita pertingkatkan, yang kurang kita atasi dan perbaiki di tahun2 akan datang.

Wassalam.

Kemahiran membaca diasah dan diperbetulkan

Hafazan perkataan, muka 'cuak' di paparan LCD

Kemahiran menulis

Kuiz antara kumpulan

JU Bahasa Arab bersama peserta

Monday, November 9, 2009

Renungan: Jin & Iblis

Oleh Ustaz Hj. Ismail Kamus. Untuk pengetahuan dan iktibar kita bersama.

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru) dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah s.w.t. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah s.w.t. melaknat dan memerintahkannya turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang Melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, ”Orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu”.

5) Tempat tinggal Jin di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya tepi jalan raya), perlu baca (سلام على سليمن في العلمين). Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, anak cucu tumpang lalu". Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk, dan masa bila pula kita jadi cucu cicit jin?

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang mendakwa tahu menilik-nilik nasib, pembohong!. Sirahnya apabila Nabi Sulaiman memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tak tahu. Ketika itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Jin tekun membuat kerja di hadapannya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar lagi, orang Melayu suka sangat menepung tawar.

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 - 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya). Insya Allah, mudah mudahan dipelihara oleh Allah s.w.t.

Sekian, Wassalam.

Thursday, November 5, 2009

All One: Fazil

Assalamualaikum...

Asalnya memang takde masa ana nak masukkan entri baru. Tapi memandangkan ana bertemu dengan video clip sahabat ana, Fazil yang menganggotai Kumpulan Nasyid All One, tergerak jugak hati ana untuk masukkan entri dan selitkan video clipnya. Kami satu dorm dulu masa di SMA Al-Falah, Batu Talam, nampak gayanya Fadil ini bukan lagi Fadil yang dulu. Beliau penyanyi paling kanan dalam video klip di bawah. Buat All One, Selamat Maju Jaya buat kalian!

Buat Padil, all the best in your life. Senang2 email la ana.

Wassalam.

Wednesday, November 4, 2009

Pulun... Jangan Tak Pulun



Assalamualaikum semua...

Hampir sebulan ana tak menulis. Bukan kerana tawar hati untuk berblog, cuma desakan tugasan akhir tahun menjadikan ana semakin sibuk (orang lain pun macam tu jugak... kan?). Dah berbagai2 perkara yang berlaku. Sampai dah naik lupa pun. Apapun, ana rasa perlu juga ana luangkan sedikit masa untuk rakan2 blogger yang lain. Macam biasa, ana akan masukkan beberapa peristiwa sekaligus dalam enrti kali ini.

Terlebih dahulu ana ucapkan Selamat Hari Lahir buat puteri sulung ana, Hanisah Aqilah. Dah 3 tahun umurnya. Walaupun kadangkala kenakalannya membuatkan ana dan zaujah agak 'hot', namun melihatkan keletahnya memadamkan semua itu. Untuk along, walid doakan along jadi anak yang baik dan solehah, dapat berbakti kepada umi & walid, agama, bangsa dan negara satu hari nanti.

I

PTK. Ana sendiri tak tahu yang keputusan PTK dah keluar 27.10 yang lalu. Ana hanya dapat tahu bila baca news feed yang dimasukkan oleh saudara Mior Syazril melalui Facebook awal pagi itu. Terus ana dapatkan keputusan melalui online. Alhamdulillah, lepas jugak akhirnya. Sudah tentunya kesyukuran setinggi2nya kepada Allah Rabbul 'alamin. Tahun ni rezeki ana, insya allah tahun depan rezeki antum pula.

II

24.10.2009. Ana bersama keluarga mertua ana ke Terengganu untuk menghantar ibu mertua ana menunaikan fardhu Haji. Seronok betul bila tengok ada dari kalangan yang pergi tu sebaya ana saja umurnya. Alangkah bagusnya kalau dapat pergi masa badan masih kuat, masih bertenaga. Dapat laksanakan rukun Haji dengan sebaik mungkin. Semoga ibu mertua ana dikurniakan haji yang mabrur, diberikan kesihatan sepanjang berada di sana dan selamat hingga menjejakkan kaki semula ke tanah air. Sempat juga ana melihat kesan runtuhan Stadium Sultan Mizan di Kompleks Sukan Gong Badak. Kelihatannya macam belum ada apa2 usaha diambil untuk membaik pulih stadium tu. Ditakdirkan juga ana berjumpa dengan sahabat ana, Nik Shahril Irwan. Beliau seorang hakim Mahkamah Syariah di Terengganu. Buat Nik, terima kasih belanja makan malam tu...

III

j-QAF di SM. Mungkin ada antara sahabat2 yang dah tahu berkenaan pelaksanaan j-QAF di Sekolah Menengah yang bakal dilaksanakan apabila graduan sulung j-QAF melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah 2010 nanti. Yang pasti, pelaksanaannya masih belum diumumkan oleh KPM lagi. Apapun, bersumberkan blog beberapa orang sahabat blog yang terlibat dalam pelaksanaan j-QAF di SM nanti, ana dah dapat bayang2nya. Bercerita tentang perkara ini, beberapa isu telah timbul di kalangan orang ramai khasnya guru2 j-QAF sendiri. Antaranya, adakah guru j-QAF SR akan diserap ke SM untuk mengajar? Bagaimana pula dengan kurikulum j-QAF di SM. Adalah sama dengan SR yang menekankan Jawi, Quran, BA dan Fardhu Ain? Menurut maklumat, tiada guru j-QAF SR akan diserap ke SM. Guru PI SM yang akan meneruskan tugas tersebut. Dari sudut kurikulum pula, P&P di SM akan lebih memberi penekanan kepada aspek aqidah selain P&P sedia ada. Malangnya, pelajaran BA tidak akan disambung ke SM melainkan murid SR itu melanjutkan pelajarannya ke SMA. Di SM biasa, mereka tidak lagi belajar BA. Ini kerana waktu P&P sedia ada di SM tidak mengizinkan BA ditambah lagi dalam jadual waktu harian.

IV

Kerja. Guru mana yang tak sibuk hujung2 tahun sebegini. Bagi ana, selain tugas hakiki merangkumi e-LAPORAN, UPKK, Bahasa Arab Akhir Tahun dan lain2, tugasan sampingan seperti urusan kewangan PIBG, Perkhemahan Tahunan, Hari Anugerah dan lain2 perlu juga ana selesaikan setakat yang ana mampu. Mujur juga Sukan Tahunan baru saja berakhir minggu lepas. Walaupun timbul beberapa isu, ia hanya melibatkan perkara teknikal dan sedikit isu perasaan. Maklum la, kadang2 murid yang bersukan tu takde ape2 pun, cikgu pulak yang bawa jadi panjang. Bila dah panjang, makin sedap la bercerita. Bila bercerita, masing2 ada 'special effect', 'perencah' dan pengalaman masing2 untuk menyedapkannya. Hasilnya, masing2 dapat dosa kering. Moga Allah beri keampunan buat mereka. Yang penting, kita sekeluarga perlu bersatu. Biasalah kalau sekali sekala berselisih faham. Bila berlaku sesuatu, perlu ada satu pihak yang mohon maaf terlebih dahulu, terutamanya pihak yang memulakan isu tersebut. Lagi cepat minta maaf, lagi cepat selesai, lebih mulia dipandangan Allah. Ingat, semakin sedap bercerita dan mengulas, dosa pun makin bertambah. Sekian dimaklumkan.

V

Majlis Refleksi j-QAF dan Penghargaan buat JU dan Guru Pembimbing j-QAF. Jumaat lepas, ana bersama sahabat ana Us, Ismail dan Ust Roditar (guru pembimbing) berkongsi kereta ke Kolej Matrikulasi Kuala Pilah bagi menghadiri majlis tersebut. Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu dirasmikan oleh Us. Hj. Zohaidi b. Abd. Wahab dari Unit Pengurusan Pendidikan Islam, JPNS. Turut hadir Pen. Pengarah j-QAF, JPNS, Us. Suhaimi b. Mohd. Isa. Dalam ucapannya, Us. Suhaimi menegaskan peripentingnya guru pembimbing dan guru j-QAF bersatu dan bersama2 berusaha ke arah memperkasakan Pendidikan Islam di sekolah. Hanya dengan kesatuan dan ukhuwah yang mantap akan menghasilkan satu gerak kerja yang tersusun dan rapi dalam mencapai matlamat.

Sekian buat kali ini. Entah bila pula ana nak menulis lepas ni. Harap2 ada kesempatan untuk menulis. Wassalam.

Saturday, October 10, 2009

Suka Duka Syawal 2009


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kebelakangan ini ana cenderung untuk memasukkan entri dengan mengumpulkan beberapa isu sebelum menulis. Yang pasti tuntutan tugas, ditambah dengan jemputan rumah terbuka, kenduri doa selamat dan berbagai lagi perkara membuatkan ana memilih untuk menulis sebegini. Meskipun masa yang ana ambil untuk menulis agak lama namun hadir ke sekolah pada hujung minggu menyelesaikan kekangan masa tersebut.

Suka Duka Syawal, tajuk antri ana kali ini. Ana mulakan dengan dugaan yang diterima oleh salah seorang guru di sekolah ana. Cikgu Noor Azmee yang mesra dengan panggilan Abg. Mie, mendapat kemalangan pada petang Hari Raya Pertama. Beliau yang bercadang ingin membakar sampah pada ketika itu menggunakan sedikit minyak petrol dengan harapan sampah tersebut akan selesai dibakar dengan cepat, terkejut dan 'terkesima' (ayat dia la tu) apabila api menyambar bahagian kaki beliau ketika ingin dihidupkan, mengakibatkan sebahagian kakinya terkena sambaran api tersebut. Sungguhpun pada peringkat awal kecederaan akibat sambaran api itu tidak ketara, selepas membersihkan diri beliau dapati keadaan kakinya semakin teruk dan beliau mula merasakan kesakitan dan tidak boleh berjalan. Serta merta beliau ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Hasilnya, kecederaan itu melayakkan beliau mendapat MC sambung2 (2 hari 1 MC, beliau tidak hadir ke sekolah selama seminggu).

Pada masa yang sama, isteri beliau mengandung dan hanya menunggu masa untuk bersalin. Alhamdulillah, isteri beliau selamat melahirkan anak pada 3.10.2009 (Sabtu). Sungguhpun lahir dengan sedikit masalah (usus di luar) baby tersebut normal dan ditempatkan di wad kritikal. 4.10.2009 (Ahad), ketika menikmati jamuan selepas mengetuai bacaan Yaasin untuk murid2 SMRA Jempol yang akan menghadapi PMR, ana dapat panggilan daripada Abg. Mie. Dalam sebak beliau beritahu ana: "Dik, anak abang dah tak ada... Boleh tak datang sini?" katanya. Serta merta ana minta diri daripada YDP PIBG sekolah tersebut untuk ke Hospital Besar Kuala Pilah. Setelah urusan pelepasan jenazah, jenazah dibawa ke rumah Abg. Mie untuk diuruskan. Disebabkan waktu Maghrib telah masuk ketika itu, keputusan dibuat untuk menguruskan jenazah tersebut selepas Solat Maghrib. Selesai Solat Maghrib, jenazah diuruskan dan dikebumikan di Tanah Wakaf berdekatan.

Ana secara peribadi berserta keluarga mengharapkan agar Abg. Mie, isteri dan keluarga beliau bersabar dengan dugaan ini. Sama2 kita doakan agar roh arwah ditempatkan bersama hamba2 Allah yang beriman. Amin...

Abg. Mie dikenali sebagai seorang yang mesra dan gemar bergurau

II.

Hujung Tahun. Pastinya meriah dengan program. Begitulah lumrahnya semua sekolah di negara kita. Yang tak ada duit nak buat sukan awal tahun perlu laksanakannya hujung tahun ini, yuran dah kutip. Yang dipanggil untuk berkursus pula lain ceritanya. Nak habiskan budget la katakan... Namun, Perkhemahan Unit Beruniform, Majlis Khatam Al-Quran, Peperiksaan Akhir Semester, Hari Anugerah Kecemerlangan dan Kem Bestari Solat tidak boleh tidak mewarnai hujung tahun. Saat ini juga guru2 yang masih belum sempat habiskan silibus lantaran kekangan pelbagai urusan, program dan lain2 mencuri2 masa untuk menyudahkan silibus mereka. Tak lupa juga borang SKT yang perlu diisi, masing2 membongkar fail dan folder mencari buku program, surat dan kertas kerja bagi merekodkan penglibatan masing2 dalam program, kursus dan seminar dalam tahun ini. Pelbagai kaedah mengisi borang dilakukan, yang sampai tak muat borang pun ada. Yang lengang sahaja borangnya pun ada. "Dah ado dah namo orang yang dapek tu, tak payah la kau nak isik berio-io bona", kata salah seorang rakan ana. Terpulanglah kepada diri masing2 nak isi macam mana. Kalau dapat APC tahun depan, alhamdulillah. Kalau sebaliknya, sama2lah kita isi sampai pencen. Hehehe...

III.

7.10.2009 (Rabu), SKTMS dikunjungi oleh Pegawai dari Sektor Pendidikan Islam (SPI), JPNS. En. Zainal Arifin b. Mahsurom namanya. Beliau yang sepatutnya hadir berdua hanya berseorangan. "Yang lagi seorang tu ada urusan", katanya. Kehadiran beliau pada hari tersebut adalah untuk membuat pemantauan khas Modul Khatam Al-Quran, program j-QAF. Beliau bersama rakan2 lain telah dibahagi2kan untuk melawat sekolah2 seluruh N.Sembilan yang memulakan program j-QAF pada 2005. Ini kerana 'graduan' sulong j-QAF bakal lahir hujung tahun depan. Program j-QAF pula, amat sinonim dengan janji bekas PM (Pak Lah) yang memberi jaminan murid2 yang melalui program j-QAF di Sekolah Rendah akan Khatam Al-Quran apabila mereka tamat tahun 6 nanti. Jadi, masa yang tinggal hanya berbaki lebih kurang setahun, segala pendekatan perlu diambil bagi memastikan ianya berjaya. Lawatan En. Zainal Arifin pada hari tersebut hanya menfokuskan kepada perkara tersebut. Disamping mendapatkan data terkini tentang pencapaian semasa, beliau turut mencadangkan dan mengambil maklum tentang pendekatan yang bakal diambil untuk memastikan modul Khatam Al-Quran berjaya. Alhamdulillah, lawatan beliau berjalan lancar.

Us. Zainal Arifin (membelakang kamera) bersama sebahagian GPI j-QAF & GPI yang berkesempatan bersama beliau

IV.

Gempa Bumi!!! Bukan sahaja berlaku di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia tetapi turut 'mentempiaskan' gegarannya di Malaysia. Padang dan Bukit Tinggi pernah ana lawati sememangnya sabuah daerah yang cantik dan subur. Selain Lembah Klang dan kawasan sekitarnya, penduduk Janda Baik dan Bukit Tinggi di Pahang juga dapat merasai beberapa gegaran kecil. Menurut pakar, gegaran belaku akibat 'penstrukturan' batu bata bawah tanah. Apapun alasan dan sebab musababnya, perlu kita ketahui alam ini punya Penciptanya. Pencipta yang jika mahu apa juga berlaku, maka pasti perkara tersebut akan berlaku. Justeru, mari kita sama2 muhasabah diri dan mempersiapkan diri dengan bekalan sebanyaknya. Segalanya mungkin berlaku!

V.

H1N1 jarang kita dengar kebelakangan ini. Timbul pula nama baru, ana pun kurang maklumat berkenaan penyakit baru itu. Nama baru atau virus baru, ana sendiri kurang periksa. Yang pasti, jika tak kena caranya tetap membawa kepada kematian. Sesetengah orang sibuk mencari penawar dan mengkaji virus tersebut, sesetengah pula berpendapat ia akan berlalu sendiri, tak kurang juga yang bimbangkan tentang gelombang ke-2 virus tersebut. Hakikatnya samada kita sedar atau tidak, kaedah Izrael mencabut nyawa manusia juga semakin kreatif dan pelbagai. Tak macam dulu. Fikir2kan...

Sekian coretan ana kali ini. Insya allah, jika berkesempatan kita jumpa lagi dalam entri2 yang akan datang.

Wassalam.

Tuesday, September 29, 2009

Edisi Aidilfitri 2009



Assalamualaikum semua....

Terlebih dahulu ana ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 H, selamat kembali kepada fitrah kepada keluarga, rakan2 blogger, sahabat2, saudara mara, murid2 dan semua yang mengenali ana dan keluarga. Maaf Zahir dan Batin. Semoga madrasah Ramadhan membekalkan kita dengan tenaga taqwa untuk mendepani 11 bulan mendatang.

Mengulas tentang Aidilfitri 2009, ana sekeluarga beraya di NS tahun ini. Dengan cuti Aidilfitri hanya seminggu, tidak mengizinkan ana untuk pulang ke Kelantan (rumah mak mertua). Begitupun, kami akan pulang juga hujung tahun ini sekurang2nya untuk meraikan Hari Raya Aidiladha di sana nanti.

Apabila beraya di NS, jadual ana tak banyak berubah sepertimana jadual berhari raya sejak ana kanak2 dahulu. Seusai solat Aidilfitri dan bersarapan, kami terus bersiap untuk pulang ke kampung ayah ana di Melaka, menziarahi keluarga ayah ana di sana. 2 Syawal kami terus pulang ke NS sambil menziarahi saudara mara di Tampin dan sekitar Jempol. Selebihnya, ana berada di kampung dan rumah ana sendiri.

II.

Demam Raya. Kebetulan, ramai ahli keluarga ana yang demam sempena Aidilfitri tahun ini. Bermula dengan adik ke 4 ana, Nursafura. Demam pada pagi 1 Syawal tidak memberikan banyak pilihan buatnya melainkan mengikut juga ke mana sahaja orang lain pergi. Kalau nak tinggal di rumah, tinggal seorang pula nanti. Sudahnya, walaupun demam tetap berbaju raya dan beraya dengan yang lain.

Penerima dugaan kedua ialah ayah ana. Beliau mula rasa tak sedap badan sebaik pulang dari Melaka. Kata mak ana ayah ana banyak sangat makan dan minum manuman sejuk dan berkarbonat. Tambahan pula ayah ana menghidap kencing manis 'terkawal'. Seterusnya, adik ke 3 dan bongsu pula 'didemamkan'. Berkubanglah 2 beradik tu dalam bilik 'kuarantin'. Mak ana pula, walaupun terasa tak sedap badan dan letih2 beliau tetap dengan rutinnya menyediakan juadah demi juadah meraikan saudara mara dan rakan taulan yang bertandang untuk ziarah Aidilfitri. Bagi ana, istilah 'semua nak rasa' membuatkan ana agak merana terutamanya bila menerima jemputan ke 'bank'. Manakan tidak, makanan di Melaka pedas2 belaka. Hasilnya, ana mulakan puasa sunat Syawal seawal 3 Syawal dan selesai pada hari Ahad. Beraya ana Isnin baru2 ni. Alhamdulillah, ada hikmahnya...

Walaubagaimanapun, semuanya dikurniakan kesihatan sekarang dan kembali dengan urusan masing2 sekarang.

III.

Takbir Malam Aidilfitri. Tahun ini kali kedua ana mengikuti takbir dari rumah ke rumah menjelang Aidilfitri. Kali pertama ana ikuti pada 2 tahun lepas (tahun lepas beraya di Kelantan), hanya 2 buah rumah yang perlu dikunjungi. Berbeza dengan tahun ini, 8 buah rumah menyertainya. Bermula seusai Solat Isyak Berjamaah, rumah paling dekat sekali dikunjungi dan berakhir lebih kurang jam 11.15 malam dengan kunjungan ke rumah yang agak jauh. Setiap rumah menyediakan juadah sekadarnya. Sebagai tetamu, ana menghormati susah payah tuan rumah menyediakan juadah. Hasilnya, sampai di rumah ana tak boleh melelapkan mata dengan berbaring. Malam itu ana tidur tanpa berbaring seperti biasa, sukar bernafas. Ana letakkan kusyen dan bantal supaya dapat tidur antara duduk dan berbaring, baru boleh lelapkan mata. Nafsu... kalah jugak ana...


IV.

Duit Raya. Pelbagai pendapat diutarakan oleh ramai orang. Ada yang bersetuju dan ada yang kurang bersetuju, tak kurang juga yang tidak bersetuju dengan amalan ini. Bagi yang bersetuju, ianya dilakukan dengan niat memberi hadiah ataupun bersedekah untuk yang layak menerimanya terutamanya kepada kanak2 dan warga emas. Seingat ana, amalan ini telah lama diamalkan oleh masyarakat kita, sejak ana kanak2 lagi. Bagi ana, orang yang paling ana ingat ialah orang yang rajin atau selalu memberikan duit raya ketika itu. Hasilnya sekarang, ketika masih hidup mereka menjadi antara orang yang ana ingat, kenang dan hormati. Anak2 mereka juga merasa nikmat sepertimana yang ana rasai dahulu. Bagi yang telah 'pergi', tak pernah ana lupa mendoakan mereka.

Bagi yang kurang mahupun tidak bersetuju, mereka beranggapan ianya seperti meniru budaya masyarakat Cina iaitu amalan pemberian ang pow. Sesetengahnya berpandangan bahawa bukan semua kanak2 berhak menerima pemberian tersebut melainkan mereka benar2 susah dan miskin. Apapun terpulang kepada niat pemberi itu sendiri. Pada ana, kalau budaya bukan Islam itu sesuatu yang baik, tiada salahnya kita memperaktikkannya, malah digalakkan oleh Nabi s.a.w sendiri. Selain itu, amalan pemberian duit raya perlu kita selitkan dengan nasihat dan motivasi kepada kanak2 itu sendiri. Nasihat agar rajin belajar, jangan tinggal solat, taat perintah ibu bapa dll amat sesuai untuk disemai kepada kanak2 tersebut. Insya Allah, selain beroleh pahala bersedekah, mudah2an dengan nasihat dan motivasi itu akan sedikit sebanyak menjadi bekalan buat mereka dimasa akan datang.

Walaupun tiada bonus tahun ini, ana seupaya mungkin buat belanjawan untuk berikan duit raya pada mak abah, adik beradik, mak2 saudara, anak2 saudara, murid2 yang bertandang ke rumah dan kanak2 yang berkesempatan ana jumpa. Kalau ada bonus, tak la ralat sangat. Sekurang2nya anak mahu kanak2 terutamanya merasai nikmat berhari raya seperti yang ana rasai satu masa dahulu.

Sekian buat masa ini. Insya Allah, jika berkesempatan ana usahakan untuk menulis lagi. Wassalam.


Thursday, September 10, 2009

Cerita Ku

Assalamualaikum....

Inilah entri pertama ana dalam bulan ini selepas entri terakhir ana hujung bulan lepas. Hampir ke pertengahan September, Ramadhan pula telah memasuki saat2 keemasannya. Entahlah... berat rasanya jari2 ana nak menaip. Ditambah dengan tanggungjawab menggantikan rakan sejawat ana untuk menjadi pengawas peperiksaan UPSR untuk tahun ini. Boleh juga ana cari pengalaman jaga murid UPSR. Sungguhpun elaunnya tak sebarapa, namun ana bersyukur kerana dipertemukan dengan 3 orang insan istimewa yang turut menduduki UPSR pada tahun ini.

Ana ditugaskan di SK Saint Aidan (SKSA). Dengan jarak tidakpun melebihi 3 km daripada rumah ana, begitu juga sekolah, ana hanya berulang dengan motosikal. Kebetulan pula ana diminta untuk menjadi pengiring Ketua Pengawas setiap hari, En. Nasarudin untuk mengambil soalan di bilik kebal SM Datuk Mansor (SMDM) setiap hari. Oleh kerana SMDM merupakan laluan ana juga untuk ke SKSA, ana tak menolak.

Ana mengenali 3 orang insan istimewa ini bermula hari pertama peperiksaan. Khatib, Mustari dan Azifah. 3 nama yang ana takkan lupa, 3 nama yang membuatkan ana bersyukur dengan anugerah Allah kepada diri dan keluarga, 3 nama yang hampir membuatkan ana menitiskan air mata lantaran hebatnya ujian Allah buat mereka dan ibu bapa mereka.

Mereka menduduki UPSR, seperti juga rakan2 yang sebaya dengan mereka. Soalan yang sama, segala2nya sama. Aras dan kemampuan pemikiran mereka sahaja yang berbeza. Seketika ana menyalahkan pihak berwajib kerana membuat penilaian yang lebih cenderung kepada akademik sedangkan keadaan mereka begitu. Cukuplah sakadar mereka tahu menguruskan diri, mengenal nombor, ABC, mengaji Iqra', dan asas2 pelajaran yang lain. Kalau murid normal pening2 kepala menjawab soalan, mereka langsung tak mempedulikan soalan. Untuk peperiksaan kali ini dan seperti biasa, mereka dan murid2 lain seperti mereka diasingkan di dalam kelas khas untuk murid Pemulihan Khas.

Apa gunanya peperiksaan jika begitu keadaannya. Untung juga ada kertas objektif, dengan 'kepakaran' yang mereka ada pastinya mereka lebih dahulu menyiapkan jawapan mereka berbanding rakan2 normal yang lain. Manakan tidak, disuruh buka soalan pun mereka tak mahu. Salah seorang berkata, "Kalau buka soalan nanti lambat siap ustaz". Antum bayangkan, begitu sekali pemikiran mereka. Mahu disamakan dengan rakan normal yang lain? Ana rasa memang tidak adil buat mereka. Mujur juga berjawab. Kalau kertas subjektif? Alamat menyalin soalan sahajalah. Itupun payah bagi mereka. Memang ana maklum, kertas mereka bukan ditanda oleh penanda sepertimana murid normal yang lain, ada penanda khas untuk mereka tetapi apa faedahnya? Tak berjawab! Nak tanda apa? Takkan nak menilai tulisan mereka yang hanya menyalin soalan? Pernahkah difikirkan perasaan ibu bapa mereka ketika keputusan UPSR dikeluarkan nanti? Perkara ini pada pandangan ana amat perlu difikirkan semula oleh pihak2 yang berkenaan. Juka mahu membuat penilaian pun biarlah realistik. Nilaikan dulu aras kemampuan murid istimewa ini. Jika perlu wujudkan satu kaedah penilaian khas mengikut aras dan keadaan mereka.

Selama ini ana tak pernah terlintas di minda ana untuk memikirkan hal ini. Syukur Allah tunjukkan ana jalannya. Subhanallah... Pengalaman ana bersama mereka sungguhpun sebentar amat bermakna buat ana. Lantaran ana terpanggil untuk menyatakan perkara ini. Ana akan kenalkan antum dengan mereka. Ana sendiri pun tak berkesempatan untuk mengambil gambar mereka. Yang ada hanya rakaman pendek.

Khatib, seorang murid bermasalah 'slow learner'. Pada pandangan ana dia boleh memahami apa yang kita cakapkan (walaupun bukan semua), yang menjadi masalah ialah dia tak dapat bertutur dengan baik. Percakapannya tak tentu butirnya. Ana sendiri tak dapat faham sebahagian besar kata2nya. Khatib merupakan kembar kepada seorang calon yang normal. Kembarnya seorang perempuan, menjawab soalan UPSR bersama2 rakan2 normal yang lain. Menurut guru Pendidikan Khas di situ, adik beradik Khatib yang lelaki semuanya mempunyai masalah sepertinya, sebaliknya bagi adik beradik perempuan. Semuanya normal. Takdir Allah... Kalau tak silap ana, ayah Khatib dah meninggal dunia, ibunya normal tetapi ditimpa kemalangan menyebabkan tangan kanannya hingga ke pergelangan tidak berfungsi. Ana difahamkan ia berlaku akibat tersangkut dalam mesin. Ana tak pasti apa mesinnya dan apa pekerjaan ibunya ketika itu. Kini ibunya menjadi pengajar di sebuah pusat latihan bagi golongan kurang upaya dan bermasalah di Bahau.

Azifah, bermasalah autisme (betul ke ejaan ana ni?). Ana lihat dalam 3 orang tu, dia yang paling bermasalah. Bukan apa, autisme berbeza dengan slow learner. Ini kerana murid yang ada masalah autisme kerap bercakap seorang diri (dengan kuat), amat sukar memberi tumpuan meskipun kepada soalan2 biasa, berperangai seperti kanak2, mudah merengek, yang paling ketara ialah pertuturannya, langsung tak dapat difahami. Azifah bercakap seperti kanak2 baru belajar bercakap. Hanya 5% dari percakapannya yang ana fahami. Selebihnya, setiap kali dia berkomunikasi dengan ana, ana hadiahkan dengan senyuman dan pujian. Untung Azifah punya ibu bapa lagi, kedua2nya educated. Mereka sangat inginkan anak perempuan. Anugerah Allah mentakdirkan mereka mendapat apa yang mereka hajati tetapi bersama ujian yang maha hebat.

Paling ana kagumi, Mustari. Bermasalah 'slow learner' tetapi keadaannya tak seperti Khatib. Mustari boleh bertutur meskipun agak lambat. Boleh memahami semua soalan yang ana ajukan dan menjawabnya dengan baik. Keadaan ini membuatkan ana banyak berinteraksi dengannya. Bila sahaja beliau boring atau lenguh jari menjawab soalan objektif apatah lagi subjektif, ana gunakan kesempatan itu untuk bertanyakan bermacam2 perkara tentang dirinya dan kehidupan sehariannya. Ayahnya dari Indonesia, berkahwin dengan ibunya yang punya kekurangan. Ibunya pekak dan bisu. Ayah Mustari bekerja sebagai tukang membuat rumah, kini berada di Pahang dan jarang2 sekali pulang ke rumah. Ibunya tidak bekerja. Saban hari ibunya datang ke sekolah berjumpa dengan guru Pemulihan Khas untuk meminta wang belanja harian (setiap murid diberikan elaun tahunan). Bukan salah ibunya jika Mustari berbuka hanya dengan memakan roti malahan bersahur hanya dengan tembikai. Tersentak hati ana. Anak istimewa ini amat tabah, bercerita kepada ana sambil tersenyum. Mungkin Mustari sudah terbiasa dengan kepayahan hidup. Terkenang ana dengan anak2 sendiri dan anak2 orang lain, pastinya bersahur dan berbuka mereka tak seteruk dan sedaif itu. Mustari mahukan baju raya berwarna merah tahun ini, tahun lepas pun cikgunya yang belikan.

Dalam sesi pengawasan ana yang terakhir, ana hulurkan sedikit wang saku buat mereka. Kecil benar rasanya bantuan yang ana hulurkan jika nak dibandingkan dengan kepayahan hidup mereka terutamanya Mustari. "Duit ni guna beli makanan berbuka nanti ya," kata ana. Tak sampai hari ana nak meninggalkan mereka. "Terima kasih ustaz," kata mereka. Azifah yang pelat itupun dapat ana tangkap bunyi cakapnya.

Di kesempatan ini, syukur ana pada Allah atas kesempatan yang diberikanNya untuk ana bertemu dengan Khatib, Mustari dan Azifah. Menginsafi diri, muhasabah kembali, betapa beruntungnya ana dengan kehidupan yang ana lalui sehingga kini. Terima kasih ana kepada guru Pemulihan Khas SKSA (ana dah lupa nama mereka), 3 orang semuanya, atas kesudian berkongsi cerita dan pengalaman dengan ana. Anda semua berhati mulia, berbakti untuk insan yang selalunya ditinggalkan dari kelompok masyarakat malah dihindari oleh orang lain. Ana doakan anda semua dikurnakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran berpanjangan dalam mendidik insan2 istimewa ini. Buat Khatib, Mustari dan Azifah, ustaz doakan kamu bertiga berjaya dalam hidup, jadilah anak yang baik kepada ibu bapa, bantu mereka selagi hayat dikandung badan. Buktikan bahawa kekurangan bukan tiket untuk sentiasa bergantung dengan orang lain. Ustaz harap kamu bertiga tabah mengharungi kehidupan mendatang. Insya allah, ada kesempatan Ustaz akan ziarah kamu sementara kamu masih di SKSA. SELAMAT MAJU JAYA!

Wassalam.

p/s: bersama ini ana masukkan rakaman yang ana buat sewaktu mengawas mereka. Moga perkenalan antum dengan mereka menzahirkan sesuatu untuk sama2 kita fikirkan. Mungkin rakaman ini tidak menampakkan kekurangan mereka dengan jelas. Apapun, ana harap ia sedikit sebanyak membantu antum memahami entri ana kali ini.


Monday, August 31, 2009

Kemerdekaan: Sejauh mana?

Assalamualaikum...

Beberapa hari selepas kemerdekaan hanya ana lalui dengan lebih menumpukan kepada penghayatan Ramadhan. Bukan kerana hilang jatidiri, jauh sekali dek tidak cintakan tanah air bertuah ini. Pada ana, kemerdekaan perlu dilihat dari skop dan ruang lingkup yang lebih luas. Apatah lagi jika kita bandingkan kemerdekaan negara dengan kemerdekaan minda dan kemerdekaan aqidah, pasti neraca pertimbangannya berbeza.

Apapun pada ana, kemerdekaan sebenar sebagai seorang Muslim dan Mukmin ialah kemerdekaan aqidah dan minda berbanding kemerdekaan negara yang hanya dari segi zahirnya kita lihat. Hakikatnya, sejauh mana kecintaan masing2 kepada negara hanya diri mereka sendiri dan Allah saja yang tahu. Apakah kemerdekaan hanya kita sambut dengan mengibarkan bendera? Menghadiri sambutan? Menonton sambutan di tv? Memang tidak ana nafikan ianya sebahagian daripada cara kita menunjukkan semangat sayangkan negara. Apapun, terpulang kepada jatidiri masing2 untuk meraikan kemerdekaan mengikut cara masing2.

Bercakap tentang kemerdekaan hakiki (aqidah dan minda). Pada ana, inilah yang perlu kita titikberatkan. Dengan memerdekakan aqidah dan minda, dengan sendirinya akan melahirkan kecintaan terhadap negara. Ini kerana negara yang kita diami ini sendiri pun punya penciptaNya. Penciptanya yang mahukan hak2nya ditunaikan. Pencipta yang telah menyediakan panduan hidup kepada semua ciptaanNya. Pencipta yang akan menentukan nasib seluruh ciptaanNya. Pencipta yang menjanjikan nikmat buat ciptaanNya yang taat padaNya, juga Pencipta yang senantiasa memberi amaran azab buat ciptaanNya yang ingkar akan perintahNya.

Merdekakah kita jika mengutamakan hak2 manusia melebihi hak2 Allah yang seharusnya kita tunaikan? Bebaskah kita jika masih terpaku di depan tv menonton pelbagai rancangan hiburan yang melalaikan, hasil ciplak rancangan Barat? Tidak terjajahkah kita jika masih menghabiskan masa bercakap dan mendalami teknologi dan fesyen terkini hingga melupakan ibadah dan syariat. Segala2nya perlu kita fikirkan, renungkan dan muhasabahkan bermula dengan diri seterusnya keluarga, masyarakat dan negara. Sejauh mana pula peranan kita dalam memperbetulkan kefahaman masyarakat berkenaan penghayatan kemerdekaan sebenar?

Sama2 kita berperanan dalam memperjelaskan tentang kemerdekaan sebenar kepada individu di sekeliling kita. Semoga jiwa raga kita kekal merdeka di dunia dan turut merdeka di akhirat, insya Allah. Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 52! Yang penting bebaskan aqidah dan minda kita. Insya Allah, kita akan Allah bebaskan dari segala bentuk penjajahan.

Wassalam.

Wednesday, August 26, 2009

PARAGLIDING: Peluang Melihat Ciptaan Allah 'Dari Atas'



Assalamualaikum...

International Paragliding Jempol 2009 telah berlangsung di Jempol, bertempat di SMK Datuk Mansor, dari 14 -16 Ogos 2009. Program ini disertai peserta dari 14 negara seluruh dunia, ratusan peserta menyertai. Kebetulan, suami kepada sepupu ana salah seorang pesertanya (Abg. Zie). Disamping paragliding, diadakan juga pertunjukan paramotor (turut disertai Abg. Zie).

Sekolah ana telah menjadi salah sebuah kawasan pendaratan paragliding selain SMK Datuk Mansor sendiri. Walaubagaimanapun, persembahan paramotor dimulakan pada hari Sabtu di sekolah ana manakala pada hari Ahad mereka bermula di SMK Datuk Mansor kerana padang sekolah ana digunakan untuk Pertandingan Bola Sepak. Pendaratan pula hanya dilakukan di SMK Datuk Mansor.

Ketika bertemu dengan Abg. Zie, ana berkesempatan menyaksikan beliau mempersiapkan alatan paramotor beliau, berkesempatan juga merasakan kuasa tujahan kipas motor yang berperanan untuk membantu pelepasan beliau disamping tenaga utama iaitu angin. Pelepasan pertama oleh Abg. Zie gagal kerana kekurangan tenaga angin. Sungguhpun begitu, pelepasan kedua berjaya dilakukan tanpa sebarang masalah.

Sempat juga ana minta bantuan daripada Abg. Zie untuk ambil gambar sekolah ana dari udara. Alhamdulillah, berhasil juga akhirnya.

Sehingga bertemu lagi dalam entri akan datang. Wassalam.

Guru Besar Cemerlang SKTMS, Tn. Hj. Mohmad Sabere turut bersama menyaksikan persembahan paramotor

Abg. Zie membuat persiapan terakhir sebelum berlepas

Antara peserta terawal berlepas dari SKTMS

Antara gambar pemandangan SKTMS dari atas