Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Thursday, May 28, 2009

Renungan: Hargailah Isterimu... bhg. I



Mulianya seorang wanita bergelar isteri disisi Allah,
Betapa berharganya wanita yang bergelar isteri,
Pada keluarga, suami dan anak2,
Rugilah suami2 yang tidak menghargai isteri,
Mereka membantu di akhirat kelak,
Biar seburuk manapun isteri anda,
Sayangilah mereka...

Beruntungnya seorang wanita yang punya rahim,
Mereka bekerja dengan Allah, jadi 'kilang' manusia,
Tiap2 bulan diberi cuti 'bergaji penuh',
7 hingga 15 hari tak wajib solat,
Tetap Allah anggap waktu itu solat terbaik,
Cuti bersalin juga hingga 60 hari,
Susukanlah anak, jangan takut fizikal berubah,
Cuti diberi Allah bukan cuti suka2,
Diberi kerana bekerja untuk Allah,
Bila tamat cuti, bertugas semula untuk suami,
Nabi bersabda: "Bersama dengan isteri itu pahala"
Jangan beralasan itu dan ini,
Kata nak pahala lebih...

Lelaki tak punya cuti dari solat,
Solat wajib baginya dari baligh hingga akhir nyawanya...

Satu lagi berita gembira buat wanita,
Sepanjang masa mengandung,
Allah berterusan mengampunkan dosanya,
Sebaik melahirkan, seluruh dosanya diampunkan,
Alangkah besar nikmat Allah buat wanita,
Mengapa masih ada yang takut untuk melahirkan?

Marilah kita berpegang dengan tali Allah,
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
Syahid untuknya,
Syurga menanti kehadirannya,
Yang bukan Islam sungguhpun tidak kesyurga,
Allah beri kelonggaran siksa kubur,

Buat wanita bersuami,
Seluruh kebaikan suaminya,
Pahala buatnya juga,

bersambung...

Wednesday, May 27, 2009

Dunia Baruku, JU...


Assalamualaikum pengunjung2 semua...

Pada hari Isnin lepas, ana dipanggil oleh GPK Akademik, En. Adnan ke pejabat beliau. Tiba di pejabatnya beliau menyerahkan sekeping surat kepada ana. Tajuknya MESYUARAT JURULATIH UTAMA, BAHASA ARAB PROGRAM J-QAF. Ana perlu hadir ke Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) pada hari Rabu jam 2.30 petang (semalam). 

Berderau juga hati mengenangkan istilah JU tu memandangkan tanggungjawabnya berat dan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga untuk melaksanakannya. Walaubagaimanapun, ana cuba kuatkan hati. Pasti segalanya telah ditentukan Allah, tak mungkin Dia menzalimi hambaNya.

Ana sampai di JPNS pada jam 2.35 petang. Sempat juga ana hubungi sahabat ana, Ustaz Amir (guru j-QAF SK Ampangan) yang kebetulan seangkatan dengan ana. Beliau yang baru sahaja sampai menunggu ana di pos keselamatan JPNS. Setelah bertemu dan bertanya khabar, kami bersama seorang lagi Ustaz (ana lupa namanya, wajahnya segar dalam ingatan ana) bergerak ke Balai Gadang. Tiba di sana, beberapa orang JU yang sampai awal sedang menikmati jamuan ringan. Turut berada di sana ialah Tuan Muhammad Rusli (Ketua Unit Kurikulum, Sektor Pendidikan Islam JPNS), Ustaz Mohammad Fadzillah (Pen. Pengarah BA [SM] JPNS) dan Ustaz Mohamad Razali (Pen. Pengarah BA [SR] JPNS). Turut hadir ialah Ustaz Affandy, Ketua JU BA Negeri Sembilan yang juga peserta deligasi ke Oman yang baru pulang ke tanah air baru2 ini. 

Antara perkara yang disentuh dalam mesyuarat tersebut ialah berkenaan perlantikan JU baru bagi tahun ini. JPNS telah mengambil pendekatan untuk melantik lebih ramai JU untuk memudahkan pelaksanaan tugasan yang akan dilakukan mengikut perancangan. 20 orang semuanya. Dibincangkan juga tentang permasalahan yang perlu diselesaikan segera, beberapa isu terkini berkenaan pelaksanaan j-QAF dan cadangan aktiviti yang ingin dilaksanakan pada tahun ini.

Selain itu, Ustaz Affandy juga turut diminta untuk menceritakan pengalaman beliau di Oman. Menurut beliau, banyak sekali pengetahuan berkenaan kaedah P & P dan peningkatan penguasaan murid2 dalam Bahasa Arab yang boleh dipraktikkan di negara kita. Justeru, dengan peningkatan jumlah JU Bahasa Arab pada tahun ini diharap segala ilmu yang ditimba dari Oman akan dapat diaplikasikan di Negeri Sembilan demi kebaikan murid2. 

Mesyuarat yang berakhir pada jam 4.35 petang itu turut dihadiri oleh Us. Suhaimi (Pen. Pengarah j-QAF NS). Meskipun beliau hadir agak lewat, beliau turut dihujani pertanyaan oleh JU2 yang hadir. Apapun perancangannya, ana mohon daripada Allah agar semua JU Bahasa Arab NS dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk menjalankan tanggungjawab yang bakal diberikan. Ana juga mohon kerjasama daripada JU sekalian agar kita dapat sama2 berusaha sedaya mungkin bagi memartabatkan Bahasa Arab di seluruh Sekolah Rendah (SR) di negeri ini.

Sekian, wassalam.

Sebahagian JU yang berkesempatan hadir

Ustaz Suhaimi (kanan) menjawab soalan yang diajukan oleh para JU. Di sebelahnya Tn. Muhammad Rusli dan Ustaz Mohamad Razali.

Mesyuarat AJK PIBG SKTMS


Assalamualaikum semua....

Kebelakangan ini entri2 ana kebanyakannya agak terlewat daripada tarikh kejadian. Ini ekoran kesibukan ana menyelesaikan tugasan hakiki yang tak mungkin selesai 100% kalau nak harapkan waktu persekolahan biasa. Itupun kadang2 ana datang juga ke sekolah jika ada tugas2 yang perlu disudahkan segera. Tugas hakiki... tetap tertangguh. Takpelah, nanti ana cari masa juga untuk selesaikan.

Berbalik kepasa tajuk entri di atas, pada 22.5.2009 (Jumaat lepas), Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG SKTMS telah bermesyuarat buat kali pertama selepas Mesyuarat Agong pada bulan Februari yang lalu. Biasalah, ada muka lama dan ada juga muka baru dalam barisan AJK itu. Mesyuarat tersebut seperti biasa membincangkan tentang perkembangan terbaru samada akademik, kokurikulum mahupun hal ehwal murid. Yang paling penting pastilah agenda meluluskan perbelanjaan untuk progam dan aktiviti yang akan diadakan sebaik sahaja semester kedua persekolahan bermula nanti. Turut dibangkitkan oleh AJK ialah berkenaan yuran, disiplin dan keselamatan murid2. Ana macam biasalah, bentangkan laporan kewangan.

Bersama entri ini ana sertakan senarai lengkap Ahli Jawatankuasa PIBG SKTMS bagi sesi 2009/2010 yang baru sehaja dilantik awal tahu lalu.

Guru Besar Cemerlang
Hj. Mohmad Sabere b. Zakaria
Yang Dipertua
En. Azaman b. Abd. Samad
Naib Yang Dipertua
En. Shaharuddin b. Shariff
Setiausaha
En. Noor Azmee b. Hj. Arshad
Naib Setiausaha
Cik Nor Ratpi bt. Abd. Kadir
Bendahari
En. Hakimi b. Hj. Md Said
GPK Kurikulum
En. Adnan b. Abdullah
GPK HEM
Pn. Hjh. Nafsiah bt. Said
GPK KOKO
En. Abd. Malik b. Mat Piah
AJK Guru
Pn. Aziah bt. Abu Samah
Pn. Ruziah bt. Ghani
Pn. Siti Roditar bt. Abd. Wahab
En. Jamaluddin b. Muahat
AJK Penjaga
En. Hasbullah b. Hassan
En. Masiran b. Dahlan
En. Tajol b. Alias
Pn. Dayana Fazima bt. Abd. Kadir
Pn. Sharifah bt. Ghazali
Pn. Suzila bt. Sulong

Guru Besar, Hj. Sabere (kanan) mempengerusikan mesyuarat. Di sebelahnya En. Azaman (tengah) dan En. Shaharuddin (kiri)

Sebahagian AJK PIBG yang hadir

Monday, May 25, 2009

Selamat Kembali Sahabatku...


Awal pagi tadi sewaktu ana bersahur bersama zaujah ana, sempat juga ana ceritakan hasrat ana untuk ke KLIA menyambut sahabat2 yang baru balik dari Oman esok. "Kalau lapang, apa salahnya", kata zaujah ana tidak membantah. Terus ana hantar sms kepada sahabat ana, Ustaz Mior yang juga peserta rombongan tersebut. Tak lama kemudian sms ana berbalas. "8 pagi, 26 hb", tulis Ustaz Mior. 

Terputus hasrat ana nak ke KLIA menyambut kepulangan mereka. Mana taknya, takkan semata2 nak menyambut mereka semua ana tak ke sekolah pula. Bukan rezeki ana nak menyambut kepulangan mereka agaknya. Tak tahu kenapa hati ana melonjak2 mahu ke sana. Mungkin kerana berita yang ana perolehi dari masa ke semasa, sms dan YM yang sekali sekala kami gunakan untuk bertanya khabar menjadikan hati ana dekat benar dengan mereka terutamanya Ustaz Mior. Rasa macam keluarga sendiri yang nak pulang. Entahlah...

Apapun, ana doakan mereka semua selamat tiba di KLIA seterusnya ke rumah bertemu keluarga dan anak2. Pasti kerinduan tak terbendung lagi, cuti pulak hujung minggu ni. Boleh la masing2 habiskan masa bersama isteri dan keluarga tersayang. Bukan apa, pastinya tanggungjawab berat menanti antum semua selepas cuti ini. Ana doakan antum dikurniakan Allah dengan kekuatan untuk jalankan obligasi antum semua. Teruskan perjuangan sahabatku...

Wassalam. 

p/s: Selamat ber'kem' buat murid2 tahun 4 & 5 sekolah ana. Untuk memastikan KBS kali kedua disempurnakan sebelum cuti pertengahan semester hujung minggu ini, ana dan Ustaz Ismail selaku penyelaras KBS tahun 4 & 5 mengambil keputusan untuk melaksanakannya pada minggu ini sekali dengan waktu Kelas Agama Petang, Isnin hingga Rabu. Semoga anak didik semua semakin beroleh kefahaman dan kesempurnaan dalam solat.

Thursday, May 21, 2009

Program Bulan Penghayatan Disiplin SKTMS


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Ingat lagikah antum dengan insiden 'bunting sifar' dalam entri ana bulan lepas? Insiden itu berlaku ketika Perasmian Program Penghayatan Disiplin sekolah ana. Program yang dikelolakan oleh Unit Disiplin SKTMS ini telah berjalan dengan lancar. Disamping penerapan nilai2 murni dan pembacaan Buku Disiplin setiap pagi, program ini juga diisi dengan pertandingan Buku Skrap, Melukis (tahap 2), Mewarna (tahap 1), kuiz dan lain2.

Majlis penutup program telah selamat dijalankan pagi tadi dengan penyampaian hadiah oleh Guru Besar Cemerlang SKTMS, Hj. Mohamd Sabere b. Zakaria.

Salah satu pengisian yang melibatkan seluruh warga SKTMS ialah slot Ceramah Pencegahan Jenayah & Ponteng Sekolah. Slot ini diadakan pada 20.5.2009, Rabu minggu lepas. Bagi menjayakannya, kami telah mengundang Sarjan Salleh b. Harmain yang bertugas di Bahagian Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Seremban. Melihatkan orangnya sudah cukup membuatkan murid2 SKTMS pada awalnya terkedu tidak berkata2. Takut agaknya. Maklumlah, ketabalan misai dan kehadiran Sarjan Salleh bersama kenderaan rasmi PDRM (kereta peronda) pastinya melahirkan perasaan cuak yang tak berkesudahan dalam diri murid2 SKTMS, lebih2 lagi yang nakal dan sering melanggar peraturan disiplin sekolah.

Walaubagaimanapun, segala tanggapan mereka terbukti meleset kerana Sarjan Salleh amat bijak menggunakan pendekatan psikologi bagi menarik perhatian murid2 agar menumpukan perhatian terhadap ceramah beliau. Ditambah pula dengan lakonan kejadian jenayah yang beliau lakukan bersama beberapa orang murid dan soalan2 mudah berserta hadian berupa 'key chain' dan buku nota membuatkan murid2 SKTMS menjadi tidak terkawal kerana ingin mengambil bahagian dan mendapatkan hadiah.

Dikesempatan ini, ana mewakili warga SKTMS ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Sarjan Salleh berkunjung ke sekolah kami. Sungguhpun beliau mempunyai urusan lain yang penting (beliau perlu segera ke Perak bagi membantu menguruskan kejadian pembunuhan suri rumah dan anak kecil serta pembantu rumah yang mati dibunuh perompak di Perak baru2 ini). Difahamkan mangsa tersebut merupakan sepupu kepada beliau. Atas komitmen dan pengorbanan yang beliau tunjukkan, pihak SKTMS sekali mengucapkan jutaan terima kasih.

Untuk akhirnya, ana secara peribadi dan guru2 SKTMS mengharapkan Program Bulan Penghayatan Disiplin akan sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada murid2 tentang pentingnya mereka menjauhkan diri bermula dari sekarang daripada terlibat dalam perkara2 yang menyalahi undang2 disiplin mahupun undang2 negara seperti pukul, buli, vendalisme dan lain2. Ini bertujuan untuk membenteras perkara tersebut daripada merebak menjadi lebih teruk apabila mereka dewasa kelak.

Sekian buat waktu ini, wassalam.


Sarjan Salleh, digeruni murid2 pada awalnya

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Sarjan Salleh

Murid2 tekun mendengar ceramah daripada Sarjan Salleh

Sarjan Salleh kerap berinteraksi dengan murid2 dan menggunakan mereka sebagai 'pelakon'

Sambutan Hari Guru SKTMS 2009


Assalamualaikum semua...

Tak lengkap rasanya jika ana tak masukkan entri berkaitan Sambutan Hari Guru sekolah ana baru2 ni. Sungguhpun agak terlewat dek kesibukan tugas2 hakiki dan tugasan tambahan, ana cuba juga kumpulkan beberapa maklumat dan gambar2 berkaitan.

Sambutan Hari Guru SK Tunku Muda Serting sekolah ana diadakan pada minggu lepas, hari Jumaat (22.5.2009). Sambutan dimulakan pada perhimpunan pagi dengan bacaan teks ucapan Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran oleh GPK KOKO, Us. Abd. Malik dan GPK HEM, Pn. Hjh. Nafsiah. Ini diikuti dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan bacaan ikrar oleh semua guru SKTMS. Selepas itu murid2 yang berhajat memberikan hadiah buat guru dibenarkan menunaikan hajat mereka. Maka berkotak2lah hadiah diperolehi oleh guru2, masing2 tersengih sahaja...

Sambutan diteruskan dengan acara sukan untuk guru2. Guru2 telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Sukan yang dipertandingkan pula ialah baling tin, isi air dalam botol dan bola tampar. Selesai sukan, guru2 menikmati jamuan di kantin sekolah sambil murid2 pula menikmati kudapan ringan bersama rakan2 sekelas. Yang menariknya, jamuan pada hari tersebut menggabungkan beberapa sambutan. Disamping sempena Hari Guru, jamuan juga diadakan untuk menyambut guru baru dan perpisahan 2 orang guru yang akan berpindah kerana dinaikkan pangkat kepada GPK. Guru Besar SKTMS telah merasmikan jamuan dengan potongan kek, salah satunya disumbangkan oleh YDP PIBG. Terima kasih En. Azaman. 

Lebih kurang jam 12.00 t/hari, acara persembahan pula mengambil tempat di Dewan Terbuka. Pelbagai persembahan disaksikan samada daripada guru mahupun murid2 sambil diselang selikan dengan bacaan ucapan Selamat Hari Guru daripada murid2 untuk guru2 yang mereka dedikasikan. Antara persembahan murid yang dipersembahkan ialah sajak, lakonan dan nyanyian manakala guru2 mempersembahkan nyanyian bersajak, pantun, nyanyian, tarian dan Busana Muslim. Persembahan Busana Muslim oleh Panitia Agama Islam benar2 menarik hati murid2 dan guru2 lain, ditambah lagi dengan suara latar melucukan daripada Ustazah Mazlina menjadikan persembahan tersebut mendapat tepukan gemuruh daripada murid2.

Majlis sambutan Hari Guru SKTMS berakhir pada jam 2.00 petang.


Sukan bola tampar. Di padang bersebelahan sukan baling tin.


Guru Besar Cemerlang, Hj. Mohmad Sabere menyampaikan ucapan


Selamat Maju Jaya buat Pn. Norizah (dekat) dan Pn. Rogayah (jauh)


Persembahan Busana Muslim. Memang menghiburkan...


Untuk tidak menghampakan permintaan Pn. Hjh. Nazariah, ana terima pelawaannya untuk berduet. 'Sumbang' satu sekolah (suara ana la)...


En. Mohd. Yusuf dan En. Osman yang banyak membantu menceriakan majlis

Monday, May 18, 2009

Pasca Sambutan Hari Guru 2009




Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Berlalunya Sambutan Hari Guru meninggalkan pelbagai kesan dan persoalan yang boleh kita bangkitkan dan fikirkan bersama. Ianya turut memberikan implikasi yang tidak kurang besarnya kepada murid2 khasnya dan kepada masyarakat amnya.

Ana mulakan dengan budaya memberikan hadiah mahupun apa2 pemberian buat guru. Tidak menjadi apa2 kesalahan dengan amalan tersebut, tetapi apa yang lebih penting sejauh mana murid2 menghargai guru dengan cara membuktikan kecemerlangan akademik dan sahsiah mereka sepanjang musim persekolahan. Itu akan memberikan lebih kepuasan kepada guru2 berbanding hadiah yang mereka berikan pada Hari Guru.

Seterusnya, persoalan menghargai guru juga tidak jauh bezanya dengan menghargai ibu bapa juga. Ia tidak harus dijadikan sambutan yang bermusim. Seperti juga sambutan Hari Ibu mahupun Hari Bapa yang perlu dihayati semangatnya setiap masa, guru juga perlu dihargai setiap masa tanpa bermusim.

Dua perkara yang ana sebutkan di atas tadi berkait dengan murid2, bagaimana pula dengan guru2? Tidakkah guru2 merasakan perlunya diadakan sambutan 'hari murid' pula. Ini kerana murid juga insan biasa seperti guru yang mahu dihargai. Bukanlah bermakna 'hari murid' itu penting untuk diadakan tetapi sejauh mana pula guru2 menghargai bantuan, usaha dan pengorbanan murid kepada mereka. Perlu juga guru2 rasakan, 'tanpa murid2 siapalah guru' seperti juga murid2 merasakan 'tanpa guru siapalah murid'.

Guru juga harus sentiasa menjadi teladan kepada murid2. Sebarang perilaku yang tidak selari dengan budaya bangsa mahupun agama Islam perlu dielakkan daripada pengetahuan murid. Amalan seperti merokok di khalayak, bercakap kasar, memaki hamun, tidak menutup aurat dan berpakaian sendat perlu dijauhkan, sekurang2nya dari pandangan murid2. Umum mengetahui, sesetengah murid lebih menjadikan guru mereka sebagai idola berbanding ibu bapa mereka sendiri. 

Kesimpulannya sebagai murid, sikap menghargai guru perlu diterapkan setiap masa demi kebaikan murid2 manakala sebagai guru, beberapa perkara perlu diberikan perhatian agar slogan 'Kepimpinan Melalui Teladan' tidak menjamin jariah dosa buat guru2 diakhirat kelak.

Wassalam.

p/s: Gambar hiasan di atas disumbangkan oleh Cikgu Noor Azmee (kaki pancing). Pemandangan senja di Empangan Jus, Batang Melaka. Hari Guru SKTMS disambut meriah semalam. Tahniah kepada panitia2 yang membuat persembahan terutamanya Panitia Pendidikan Islam dengan persembahan Busana Muslim yang mendapat sambutan hebat oleh murid2. Tahun depan kita buat persembahan yang lebih mantap ye...

Sunday, May 17, 2009

Keputusan PTK Dah Keluar!



Assalamualaikum...

Pastinya ramai yang berdebar2 menantikan keputusan PTK yang diambil pada bulan Ogos tahun lalu. Berbagai2 pandangan juga dilahirkan terhadap pelaksanaan peperiksaan ini. Apapun, bagi ana, peperiksaan bukan untuk kita elakkan diri. Banyak mana usaha kita, begitulah keputusannya.

Bagi yang berjaya (dapat 4 la tu) , ana ucapkan tahniah kepada mereka. Bagi yang kurang berjaya (macam ana), diharap jangan jemu mengadap kertas peperiksaan PTK tu. Mana la tau dengan pengalaman anda mengambil peperiksaan tersebut berulang2 kali, anda mampu menjadi pembina soalan pula satu masa nanti (macam ana jugak). Lagipun, PTK tu percuma. Daripada duduk di rumah menonton Upin & Ipin bersama anak2, kita bersiap, pakai kemas2, pegi Dewan Peperiksaan ambil PTK. Selamat Menghadapi Peperiksaan...

Wassalam.

p/s: ana berkesempatan menziarahi zaujah Us Ismail Sabtu lepas. Alhamdulillah, keadaannya beransur stabil. Zaujah beliau mengalami jangkitan kuman, kata doktor. Sekarang sudahpun berada di rumah, berehat. Semoga cepat sembuh. Kepada sahabat2 yang berada di Oman, selamat berangkat ke Tanah Suci ana ucapkan. Jangan lupa doa2kan kami di sini ye.


Friday, May 15, 2009

Kem Bestari Solat (KBS) Tahun 3 Kali ke 2



Assalamualaikum dan salam Hari Guru buat semua...

Sedang sebahagian besar rakan2 j-QAF bercuti bersama keluarga mahupun bersekolah bagi menggantikan cuti Hari Raya, hari ini kami guru GPI j-QAF SK Tunku Muda Serting bersama2 menjayakan KBS Tahun 3 bagi kali yang kedua. Ini kerana  sasaran kami untuk menyudahkan KBS bagi kali yang kedua sebelum cuti pertengahan semester akan datang perlu kami penuhi.

Seperti biasa setiap pengisian perlu membawa ke arah pelaksanaan dan pencapaian objektif yang dikehendaki sepertimana yang terkandung dalam Buku Panduan Pelaksanaan KBS bagi tahun 4. Dalam usaha untuk memastikan objektif tercapai, berbagai pendekatan diambil seperti penggunaan ICT, lembaran kerja, carta, kad imbasan dan bunting diaplikasikan. Ini dikukuhkan lagi dengan latihan amali dan pengulangan berterusan di dalam kelas biasa mahupun Kelas Agama Petang.

Adalah diharapkan agar murid2 dapat menggunakan kesempatan ini untuk memahirkan diri dalam melaksanakan ibadah solat. Semoga ibadah mereka akan menuju kesempurnaan dari masa ke semasa sehingga tamat Tahun 6 nanti.

p/s: ana ucapkan terima kasih buat sahabat2 yang sudi menghantarkan sms ucapan Hari Guru buat ana. macam2 gaya dan susunan ayat yang ana terima. terima kasih sekali lagi.  


antara pengisian kem, latihan amali solat


pengisian utama, makan la...


gembira berkem bersama rakan2 

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Guru 2009



Assalamualaikum w.b.t...

Debaran Hari Guru semakin dirasai. Ana ingat nak tangguhkan dulu entri sempena Hari Guru esok tapi memandangkan masanya semakin mendekati, ana rasa perlu ana masukkan entri itu hari ini juga.

Tiada apa yang istimewa ingin ana sampaikan, hanyalah ucapan عيد معلّم سعيد/Selamat Hari Guru dapat ana ucapkan kepada sahabat2 seperguruan semua. Juga buat guru yang pernah mendidik ana sedari sekolah rendah hingga ke Institut Pengajian Tinggi. Bermula dari Sekolah Kebangsaan Simpang Pelangai, Sekolah Menengah Agama Pelangai dan Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam. Seterusnya para pendidik ana di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dan Universiti Sains Islam Malaysia. Tidak lupa juga buat para pendidik di Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban. Tidak mungkin ana lupakan jasa baik tuan2 imam yang ana dapatkan ilmu daripada mereka di masjid2, sahabat2 yang mengajar ana walau sekelumit pengetahuan sekalipun dan sahabat2 seperjuangan di Sekolah Kebangsaan Tunku Muda Serting tempat ana mengajar sekarang. Segala tunjuk ajar, panduan, teguran dan nasihat dari kalian amat ana hargai dan akan ana kenang hingga ke akhir hayat ana.

Buat guru2 j-QAF yang seangkatan dengan ana mahupun kohort2 seterusnya hinggalah ke kohort yang terkini, sama2lah kita perjuangkan Pendidikan Islam di bumi Malaysia yang kita cintai ini. Tetapkan hati, teguhkan tekad untuk memperjuangkan kelangsungan Pendidikan Islam dengan jiwa dan raga hingga hembusan nafas terskhir, hingga ke titisan darah yang terakhir. Jika berpeluang, sebarkanlah ilmu pengetahuan kita kepada masyarakat setempat. Jadikan diri kita dan keluarga kita sebagai model keluarga Islam yang sebenar. Semoga segala usaha kita akan diberkati oleh Allah.

Ana doakan antum semua beroleh kekuatan semangat, kejituan hati dan kesabaran berterusan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna untuk AGAMA, bangsa dan negara satu hari nanti.

Wassalam.

dipetik dari blog penakhat


dipetik dari blog kalammurabbi


lupa ambil kat mana, sori...

Renungan: Petua Imam Syafie


Kesihatan

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  
Gambaran Daripada Cara Tidur

1. Tidur para Nabi
    Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur para ulama; dan ahli ibadah
    Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur para Raja yang haloba
    Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur syaitan
    Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wednesday, May 13, 2009

Lawatan Penolong Pengarah (j-QAF)

Sedang ana berdikir barat bersama murid2 kelas 3B, ana mendapat panggilan daripada Us. Abd. Malik, GPK KO sekolah ana. " Turun pejabat kojap, Us Suhaimi nak jumpo. Tolong maklumkan pado sumo GPI dan GPI j-QAF yo", katanya. Kebetulan memang masa ana di kelas tu dah hampir tamat. Setelah memberikan latihan kepada murid2, ana terus turun ke bilik guru.

Sampai di bilik guru, ana terus capai buku catatan dan turun ke pejabat. Kelihatan Us. Suhaimi sedang menunggu. Ana antara yang awal turun. Setelah bersalam dan bertanya khabar Us. Suhaimi meminta analisa Oktober 2008. Ana terus bergegas mendapatkan dokumen itu daripada Us. Ismail di bilik guru. Sekembalinya ana dari bilik guru, semua GPI & GPI j-QAF telahpun berada di sana. 

Perkara pertama yang disoal oleh Us. Suhaimi ialah jumlah kelas j-QAF, waktu mengajar guru2 (termasuk waktu tasmik) dan pelaksanaan pengajaran Al-Quran. Namun perkara yang paling ditekankan oleh beliau ialah tanggungjawab untuk memastikan murid2 tahun 5 sekarang (yang akan memasuki tahun 6 tahun hadapan) akan khatam al-Quran selewat2nya pada akhir semester pertama. Ini kerana kejayaan dan kegagalan pelaksanaan program j-QAF secara umumnya akan dilihat melalui indikator ini. Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memikirkan apa juga cara yang mampu dilaksanakan untuk memastikan sasaran itu tercapai.

Antara perkara2/pendekatan yang dicadangkan oleh beliau ialah:

1. Menyediakan analisa bulanan. Ini bertujuan untuk melihat pencapaian murid2 secara individu dan mengambil langkah2 yang perlu bagi mengelakkan keciciran.

2. Pelaksanaan Kem Literasi al-Quran. Kem ini dijalankan khusus untuk membantu murid2 yang tercicir.

3. Pelaksanaan Tasmik Perdana. Dilakukan dengan mengumpulkan seramai mungkin tenaga pengajar untuk membimbing bacaan setiap murid sehingga khatam.

4. Pelaksanaan Bengkel Pemulihan Al-Quran. Juga khas untuk murid2 yang tercicir.

5. Pelaksanaan Sinar Iqra' Pagi. Iaitu menggunakan kesempatan awal pagi untuk memanggil murid yang datang awal untuk ditasmik

6. Memperkasakan Tasmik. Dilakukan dengan cara mendapatkan tenaga tambahan untuk membantu dalam waktu tasmik.

7. Mesra 'Relief'. Bermaksud menerima kelas 'relief' tetapi memohon kepada GPK agar diberikan kelas yang dikehendaki untuk pelaksanaan tasmik.

8. Berikhtiar dan berdoa. Membuat solat hajat, bacaan Yasin dan Qiyamullail 

Selain itu beliau turut memaklumkan bahawa pelaksanaan j-QAF akan diteruskan hingga ke Sekolah Menengah di mana pelajaran TAQ akan lebih menjurus kepada Tafsir Al-Quran. Turut disentuh ialah budaya membawa buku catatan ke mana sahaja. Ini perlu agar kita tidak terlepas pandang perkara2 penting yang tidak kita catatkan. 

Kesimpulannya, adalah amat penting untuk semua GPI & GPI j-QAF untuk mengambil apa juga pendekatan dalam usaha untuk memastikan sasaran program j-QAF tercapai selewat2nya tahun hadapan (2010).

Wassalam.

p/s: Ana mohon maaf kerana kualiti gambar yang ana masukkan sekali dengan entri ini agak kurang memuaskan. Ana ambil guna kamera telefon je tu. Cari kamera tak jumpa pulak masa tu. Taklimat pun dah nak dekat habis. So, ana hentam pakai telefon je. Kepada Us. Suhaimi, syukran 'ala ziyarotuka. Sama2 kita doakan agar program j-QAF berjaya mencapai matlamatnya tahun hadapan. Insya allah.

Monday, May 11, 2009

Jejak Sahabat



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah, dengan terbinanya blog ana ini sekurang2nya ana dah dapat berhubung kembali dengan beberapa orang kawan sekolah ana, walaupun tak ramai. Yang paling menggembirakan rakan2 sekolah rendah juga dapat ana jejaki. 

Terujanya hati bila rakan2 yang lama telah terputus hubungan, tak tahu cerita dan perkembangan terkini, tak bertanya khabar, tiba2 tanya khabar ana melalui Cbox di blog ana ni. Melonjak hati sambil 'hard disk' ana cuba mengingatkan mereka, mula la bongkar balik album lama. Bukan apa, terutamanya rakan2 perempuan memang tak ramai yang rapat dengan ana masa sekolah dulu. Kalau yang lelaki tu lain la.

Apapun, hanya kesyukuran yang dapat ana lahirkan kepada Allah Rabbul Jalil atas kesempatan yang diberikan olehNYA untuk ana kembali mengenali rakan2 ana yang bersama belajar dengan ana satu masa dulu. Semoga ukhuwah ini berkekalan hingga ke hembusan nafas ana yang terakhir, Insya Allah.

Salam ukhuwah.

p/s: buat fasilitator2 yang akan membimbing murid2 Tahun 1 dalam Kem Bestari Solat kali kedua sepanjang waktu KAP minggu ini dan tahun 2 Sabtu ini, ana ucapkan selamat berKEM. Semoga tunjuk ajar yang diberikan akan menjadikan murid2 berkekalan dalam ketaatan kepada Allah. Semoga usaha baik antum dikurniakan ganjaran pahala jariah oleh Allah Taala.

Saturday, May 9, 2009

Panorama Malam di Oman

Assalamualaikum...

Berada di Port Dickson membuatkan ana rasa macam berada di Oman jugak macam sahabat2 yang berkursus di Muscat sekarang ni.

Ini berikutan kedudukan apartment ana dan sahabat ana Us. Ismail menghadap ke arah laut. Bunyi ombak menghempas pantai benar2 menenangkan. Ana sempat merakamkan beberapa keping gambar buat kenangan di Oman (konon-kononnye la...)


panorama dari apartment ana dan Us. Ismail


pemandangan waktu malam


satu lagi panorama waktu malam

p/s: Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 di seluruh dunia khasnya mak dan isteri ana. Didiklah anak2 anda dengan panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga generasi akan datang akan lebih memahami dan menghayati Islam yang sebenar.

Hari Keluarga SKTMS 2009

Assalamualaikum para pengunjung sekalian...

Syukur kehadrat Allah di atas rahmat dan izinNya Program Tahunan Kelab Staf SKTMS, Hari Keluarga dapat dijalankan dengan beberapa pencapaian terkini. Antaranya ialah jumlah penyertaan ahli Kelab Staf sendiri di mana hampir sebahagian besar ahli bersama keluarga menyertai program ini. 

Program yang diadakan di Glory Beach Resort (GBR), Port Dickson bermula jam 8.00 pagi dengan bacaan doa sebelum rombongan bertolak dari SKTMS. Setibanya di GBR lebih kurang jam 10.30 pagi, peserta berehat di tepi pantai sambil merasai kenyamanan hembusan bayu laut diikuti dengan santapan tengahari yang masing2 bawa dari rumah. Bayangkan, lebih 30 keluarga yang hadir, tiap2 keluarga membawa 2 jenis lauk berserta nasi, mewah dengan pelbagai masakan, mengalahkan katering hotel.

Selesai menjamu selera, selang beberapa minit sukaneka dimulakan dengan acara rebut gula2 untuk kanak2, diikuti dengan acara boling kanak2 seterusnya kategori dewasa. Selesai sukaneka, peserta bersantai sambil berbual utuk mengenali keluarga rakan2 sekerja. Lebih kurang jam 2.30 petang, peserta beransur2 memperolehi kunci bilik masing2. Ana berkongsi apartment dengan sahabat ana, Us. Ismail. Mudah dan murah katanya. Ana tiada masalah, lagipun zaujah beliau dah biasa dengan zaujah ana. Anak2 kami pun sama2 sejantina, girl.

Pada sebelah malam pula, aturcara Malam Silaturrahim bermula pada jam 8.30 malam dengan bacaan doa seterusnya ucapan oleh Pengerusi Kelab Staf SKTMS, Pn. Rahimah. Ini diikuti dengan ucapan oleh Guru Besar Cemerlang SKTMS, Tn. Hj. Mohmad Sabere b. Zakaria. Selesai ucapan daripada Guru Besar, semua yang hadir dijamu dengan hidangan makan malam. 

Majlis malam itu diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada semua ahli Kelab Staf yang hadir, cabutan nombor bertuah dan permainan kotak beracun. Majlis berakhir lebih kurang jam 11.00 malam. Apa yang diharapkan, ikatan ukhuwah sesama rakan sekerja ini akan sentiasa berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Ana masukkan beberapa keping gambar buat tatapan pengunjung semua. Wassalam.

p/s: Mendahulukan pandangan manusia berbanding pandangan Allah terhadap diri kita hanya menjerumuskan kita ke lembah kehinaan. Ini kerana pandangan manusa hanya bersifat sementara sedangkan pandangan Allah akan berkekalan hingga ke akhirat kelak. Ingatlah, yang halal itu jelas, yang haram itu juga jelas. Mencampur adukkan antara keduanya hanya mengundang kemurkaan Allah terhadap diri kita. Sama2 kita nilai diri kita...


Makan tengah hari, mewah dengan pelagai lauk pauk


Sukaneka rebut gula2 untuk kanak2


Boling kategori dewasa, En. Noor Azmee menunjukkan skillnya 


Ucapan Guru Besar Cemerlang, Hj. Mohmad Sabere


Memotong kek menandakan perasmian majlis Malam Silaturrahim

Friday, May 8, 2009

Insan Bergelar Mak/Ibu/Umi dll.



BILA... MAK

Bila dahaga, yang susukan aku....mak                              
Bila lapar, yang suapkan aku....mak                                
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak                      
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak                        
Bila bangun tidur, aku cari....mak                                
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak                          
Bila nak bermanja, aku dekati....mak                              
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak                            
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak                          
Bila nakal, yang memarahi aku....mak                              
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak                            
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak                              
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak                            
Aku selalu teringatkan ....mak                                  
Bila sedih, aku mesti talipon....mak                              
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak                 
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak                              
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "                          
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak                          
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak                          
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak                            
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak                            
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak                        
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak                          
kalau balik ke kampung, yang bekalkan ulam & lauk.....mak          
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak          
Yang selalu berleter kat aku...mak                                
Yang selalu puji aku....mak                                    
Yang selalu nasihat aku....mak                                  
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak     


BILA AKU ADA PASANGAN HIDUP...

Bila seronok, aku cari....pasanganku         
Bila sedih, aku cari....mak
                                     
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                          
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak     
                          
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                            
Bila berduka, aku peluk erat....mak   
                           
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                            
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak   
                         
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku    
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” 
               
Selalu.. aku ingat pasanganku 
Selalu.. mak ingat kat aku 
                                   
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku   
Entah bila... ak nak talipon mak 
                               
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                          
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk mak       


AGAK-AGAKNYA...

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....dan akhir sekali  berapa ramai yang bersedia sembahyangkan JENAZAH ibunya......

p/s: Ucapan Selamat Hari Ibu khas buat mak ana, Hjh. Fatimah. Terima kasih kerana menjadikan ana seorang makhluk bernama insan. Terima kasih atas segala pengorbanan dan jerit perit mak membesarkan along. Semoga Allah memberkati dan sentiasa merahmati mak. 

Thursday, May 7, 2009

Renungan: Peringatan Buat Wanita


Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.

Diceritakan oleh Sayyidina Ali Karamah Allah Wajhah (K.A.W); Pada suatu hari aku masuk ke dalam rumah Nabi S.A.W. dan ada bersamaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi S.A.W. "Siapa yang dipintu itu?"

Maka sahut Siti Fatimah;"Saya dengan suamiku, Ali. Anakanda datang untuk bertemu denganmu ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati Nabi menangis teresak-esak.

Maka kataku (Sayyidina Ali K.A.W.) baginya; 
"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya Rasulullah. Apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka Rasulullah SAW. bersabda;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang teramat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebabkan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".

Sayyidina Ali K.A.W. bertanya;
"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka Rasulullah S.A.W. bersabda;
Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan 

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka) dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung memakan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan di sebelah bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung ditambat oleh malaikat dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala keadaannya memakan ular dan kala akan dagingnya dan meminum akan darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi menggelupur seperti terkena penyakit yang teruk; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atas beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar melalui mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka.

Sayyidina Ali K.A.W. berkata;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-bagai siksaan itu?"

Maka Nabi S.A.W. bersabda;

Perempuan yang diseksa tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; kerana sesungguhnya dia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandangnya,

...dan adapun perempuan yang diseksa tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; kerana sesungguhnya dia menyakiti hati suaminya.

...dan adapun perempuan yang diseksa tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu disumbat masuk ke dalam kerongkongnya kerana sesungguhnya dia memberikan air susu badannya [kepada bayi yang lain] tanpa izin suaminya.

...dan adapun perempuan yang diseksa tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu kerana sesungguhnya dia keluar rumah tanpa izin suaminya.

...dan adapun perempuan yang diseksa tergantung dan memakan tubuhnya dan api neraka dinyalakan dibawahnya kerana sesungguhnya dia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tidak bagi suaminya.

...dan adapun perempuan yang diseksa tergantung ditambat oleh malaikat dua kakinya kepada dua puting susunya dan ditambatkan dua susunya keubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya beberapa ekor ular dan kala lalu ular dan kala memakan dagingnya dan dia meminum darahnya kerana sesungguhnya dia di dunia tidak hendak menyucikan tubuhnya badannya serta tidak mahu mandi junub dari haid dan nifas dan meringan-ringankan solat.

...dan adapun perempuan yang diseksa berada dalam keadaan buta, tuli dan kelu serta berada dalam api neraka kerana sesungguhnya ia melahirkan anak dari hasil zina dan dia mengawal suaminya iaitu (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

...dan adapun perempuan yang diseksa tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai kerana sesungguhnya dia sangat suka mengadu domba lagi amat berdusta.

...dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya kerana sesungguhnya dia adalah sangat mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongannya kepada orang lain dan sangat suka mendengki

p/s: Hanya peringatan buat yang terlupa ataupun terlena dibuai nikmat lautan dunia yang sementara. Bisakah kalian bertahan dengan balasan Allah sepertimana yang diceritakan oleh Junjungan Nabi s.a.w.? Yang pasti, semuanya benar dan pasti akan berlaku. Terpulang sekiranya kalian mahu jadi sebahagian daripada mereka (mesti tak nak kan?). Ingatlah, janji Allah adalah benar. Syurga dan neraka Allah juga adalah benar. Semoga peringatan ini bermanfaat buat wanita2 di sekeliling kita. Insya allah.