Assalamualaikum dan salam Hari Guru buat semua...
Sedang sebahagian besar rakan2 j-QAF bercuti bersama keluarga mahupun bersekolah bagi menggantikan cuti Hari Raya, hari ini kami guru GPI j-QAF SK Tunku Muda Serting bersama2 menjayakan KBS Tahun 3 bagi kali yang kedua. Ini kerana sasaran kami untuk menyudahkan KBS bagi kali yang kedua sebelum cuti pertengahan semester akan datang perlu kami penuhi.
Seperti biasa setiap pengisian perlu membawa ke arah pelaksanaan dan pencapaian objektif yang dikehendaki sepertimana yang terkandung dalam Buku Panduan Pelaksanaan KBS bagi tahun 4. Dalam usaha untuk memastikan objektif tercapai, berbagai pendekatan diambil seperti penggunaan ICT, lembaran kerja, carta, kad imbasan dan bunting diaplikasikan. Ini dikukuhkan lagi dengan latihan amali dan pengulangan berterusan di dalam kelas biasa mahupun Kelas Agama Petang.
Adalah diharapkan agar murid2 dapat menggunakan kesempatan ini untuk memahirkan diri dalam melaksanakan ibadah solat. Semoga ibadah mereka akan menuju kesempurnaan dari masa ke semasa sehingga tamat Tahun 6 nanti.
p/s: ana ucapkan terima kasih buat sahabat2 yang sudi menghantarkan sms ucapan Hari Guru buat ana. macam2 gaya dan susunan ayat yang ana terima. terima kasih sekali lagi.
antara pengisian kem, latihan amali solat
pengisian utama, makan la...
gembira berkem bersama rakan2
No comments:
Post a Comment