Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Wednesday, May 27, 2009

Dunia Baruku, JU...


Assalamualaikum pengunjung2 semua...

Pada hari Isnin lepas, ana dipanggil oleh GPK Akademik, En. Adnan ke pejabat beliau. Tiba di pejabatnya beliau menyerahkan sekeping surat kepada ana. Tajuknya MESYUARAT JURULATIH UTAMA, BAHASA ARAB PROGRAM J-QAF. Ana perlu hadir ke Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) pada hari Rabu jam 2.30 petang (semalam). 

Berderau juga hati mengenangkan istilah JU tu memandangkan tanggungjawabnya berat dan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga untuk melaksanakannya. Walaubagaimanapun, ana cuba kuatkan hati. Pasti segalanya telah ditentukan Allah, tak mungkin Dia menzalimi hambaNya.

Ana sampai di JPNS pada jam 2.35 petang. Sempat juga ana hubungi sahabat ana, Ustaz Amir (guru j-QAF SK Ampangan) yang kebetulan seangkatan dengan ana. Beliau yang baru sahaja sampai menunggu ana di pos keselamatan JPNS. Setelah bertemu dan bertanya khabar, kami bersama seorang lagi Ustaz (ana lupa namanya, wajahnya segar dalam ingatan ana) bergerak ke Balai Gadang. Tiba di sana, beberapa orang JU yang sampai awal sedang menikmati jamuan ringan. Turut berada di sana ialah Tuan Muhammad Rusli (Ketua Unit Kurikulum, Sektor Pendidikan Islam JPNS), Ustaz Mohammad Fadzillah (Pen. Pengarah BA [SM] JPNS) dan Ustaz Mohamad Razali (Pen. Pengarah BA [SR] JPNS). Turut hadir ialah Ustaz Affandy, Ketua JU BA Negeri Sembilan yang juga peserta deligasi ke Oman yang baru pulang ke tanah air baru2 ini. 

Antara perkara yang disentuh dalam mesyuarat tersebut ialah berkenaan perlantikan JU baru bagi tahun ini. JPNS telah mengambil pendekatan untuk melantik lebih ramai JU untuk memudahkan pelaksanaan tugasan yang akan dilakukan mengikut perancangan. 20 orang semuanya. Dibincangkan juga tentang permasalahan yang perlu diselesaikan segera, beberapa isu terkini berkenaan pelaksanaan j-QAF dan cadangan aktiviti yang ingin dilaksanakan pada tahun ini.

Selain itu, Ustaz Affandy juga turut diminta untuk menceritakan pengalaman beliau di Oman. Menurut beliau, banyak sekali pengetahuan berkenaan kaedah P & P dan peningkatan penguasaan murid2 dalam Bahasa Arab yang boleh dipraktikkan di negara kita. Justeru, dengan peningkatan jumlah JU Bahasa Arab pada tahun ini diharap segala ilmu yang ditimba dari Oman akan dapat diaplikasikan di Negeri Sembilan demi kebaikan murid2. 

Mesyuarat yang berakhir pada jam 4.35 petang itu turut dihadiri oleh Us. Suhaimi (Pen. Pengarah j-QAF NS). Meskipun beliau hadir agak lewat, beliau turut dihujani pertanyaan oleh JU2 yang hadir. Apapun perancangannya, ana mohon daripada Allah agar semua JU Bahasa Arab NS dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk menjalankan tanggungjawab yang bakal diberikan. Ana juga mohon kerjasama daripada JU sekalian agar kita dapat sama2 berusaha sedaya mungkin bagi memartabatkan Bahasa Arab di seluruh Sekolah Rendah (SR) di negeri ini.

Sekian, wassalam.

Sebahagian JU yang berkesempatan hadir

Ustaz Suhaimi (kanan) menjawab soalan yang diajukan oleh para JU. Di sebelahnya Tn. Muhammad Rusli dan Ustaz Mohamad Razali.

No comments:

Post a Comment