Syukur kehadrat Allah di atas rahmat dan izinNya Program Tahunan Kelab Staf SKTMS, Hari Keluarga dapat dijalankan dengan beberapa pencapaian terkini. Antaranya ialah jumlah penyertaan ahli Kelab Staf sendiri di mana hampir sebahagian besar ahli bersama keluarga menyertai program ini.
Program yang diadakan di Glory Beach Resort (GBR), Port Dickson bermula jam 8.00 pagi dengan bacaan doa sebelum rombongan bertolak dari SKTMS. Setibanya di GBR lebih kurang jam 10.30 pagi, peserta berehat di tepi pantai sambil merasai kenyamanan hembusan bayu laut diikuti dengan santapan tengahari yang masing2 bawa dari rumah. Bayangkan, lebih 30 keluarga yang hadir, tiap2 keluarga membawa 2 jenis lauk berserta nasi, mewah dengan pelbagai masakan, mengalahkan katering hotel.
Selesai menjamu selera, selang beberapa minit sukaneka dimulakan dengan acara rebut gula2 untuk kanak2, diikuti dengan acara boling kanak2 seterusnya kategori dewasa. Selesai sukaneka, peserta bersantai sambil berbual utuk mengenali keluarga rakan2 sekerja. Lebih kurang jam 2.30 petang, peserta beransur2 memperolehi kunci bilik masing2. Ana berkongsi apartment dengan sahabat ana, Us. Ismail. Mudah dan murah katanya. Ana tiada masalah, lagipun zaujah beliau dah biasa dengan zaujah ana. Anak2 kami pun sama2 sejantina, girl.
Pada sebelah malam pula, aturcara Malam Silaturrahim bermula pada jam 8.30 malam dengan bacaan doa seterusnya ucapan oleh Pengerusi Kelab Staf SKTMS, Pn. Rahimah. Ini diikuti dengan ucapan oleh Guru Besar Cemerlang SKTMS, Tn. Hj. Mohmad Sabere b. Zakaria. Selesai ucapan daripada Guru Besar, semua yang hadir dijamu dengan hidangan makan malam.
Majlis malam itu diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada semua ahli Kelab Staf yang hadir, cabutan nombor bertuah dan permainan kotak beracun. Majlis berakhir lebih kurang jam 11.00 malam. Apa yang diharapkan, ikatan ukhuwah sesama rakan sekerja ini akan sentiasa berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Ana masukkan beberapa keping gambar buat tatapan pengunjung semua. Wassalam.
p/s: Mendahulukan pandangan manusia berbanding pandangan Allah terhadap diri kita hanya menjerumuskan kita ke lembah kehinaan. Ini kerana pandangan manusa hanya bersifat sementara sedangkan pandangan Allah akan berkekalan hingga ke akhirat kelak. Ingatlah, yang halal itu jelas, yang haram itu juga jelas. Mencampur adukkan antara keduanya hanya mengundang kemurkaan Allah terhadap diri kita. Sama2 kita nilai diri kita...
Makan tengah hari, mewah dengan pelagai lauk pauk
Sukaneka rebut gula2 untuk kanak2
Boling kategori dewasa, En. Noor Azmee menunjukkan skillnya
Ucapan Guru Besar Cemerlang, Hj. Mohmad Sabere
Memotong kek menandakan perasmian majlis Malam Silaturrahim
No comments:
Post a Comment