Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Wednesday, May 6, 2009

Koir: SKTMS Tewas


Assalamualaikum semua...

Nampaknya masih ada yang kurang berkenaan persediaan dan persembahan pasukan koir SKTMS. Ini terbukti apabila SKTMS hanya mendapat tempat saguhati dalam Pesta Muzik Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Jempol semalam.

Bertanyakan komen daripada pengurus pasukan koir SKTMS (Pn. Hjh. Nazariah), kata beliau persembahan pasukan daripada daerah2 lain lebih menyerlah dan mantap (pada ana dah mantap sangat dah latihan budak2 tu). Mungkin masih ada beberapa perkara yang masih belum dapat dikuasai oleh ahli2 pasukan koir SKTMS.

Apapun keputusannya, ana harap pasukan koir SKTMS akan lebih bersedia dan mantap di tahun2 yang akan datang. Kekalahan tak bermaksud pasukan kita tidak baik, hanya pasukan lain yang lebih baik daripada kita. Belajar dari mereka, jadikan kejayaan mereka panduan buat kita. Jadikan kekalahan ini sebagai pembakar semangat untuk lebih maju dan bersemangat tahun depan. Yang penting, anda semua tetap juara dalam daerah anda sendiri, juara di hati warga SKTMS. Tahniah diucapkan!

Sekian buat waktu ini, wassalam.

p/s: al-Mumtaz masih lagi ternanti2 tarikh latihan pusat bagi persediaan nasyid ke peringkat kebangsaan yang akan dianjurkan oleh JPNS. Ini kerana, kelewatan latihan pusat akan mengurangkan tahap penguasaan al-Mumtaz terhadap lagu dan lirik mahupun gaya baru yang akan dipersembahkan di peringkat kebangsaan nanti.

No comments:

Post a Comment