Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Monday, May 18, 2009

Pasca Sambutan Hari Guru 2009




Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Berlalunya Sambutan Hari Guru meninggalkan pelbagai kesan dan persoalan yang boleh kita bangkitkan dan fikirkan bersama. Ianya turut memberikan implikasi yang tidak kurang besarnya kepada murid2 khasnya dan kepada masyarakat amnya.

Ana mulakan dengan budaya memberikan hadiah mahupun apa2 pemberian buat guru. Tidak menjadi apa2 kesalahan dengan amalan tersebut, tetapi apa yang lebih penting sejauh mana murid2 menghargai guru dengan cara membuktikan kecemerlangan akademik dan sahsiah mereka sepanjang musim persekolahan. Itu akan memberikan lebih kepuasan kepada guru2 berbanding hadiah yang mereka berikan pada Hari Guru.

Seterusnya, persoalan menghargai guru juga tidak jauh bezanya dengan menghargai ibu bapa juga. Ia tidak harus dijadikan sambutan yang bermusim. Seperti juga sambutan Hari Ibu mahupun Hari Bapa yang perlu dihayati semangatnya setiap masa, guru juga perlu dihargai setiap masa tanpa bermusim.

Dua perkara yang ana sebutkan di atas tadi berkait dengan murid2, bagaimana pula dengan guru2? Tidakkah guru2 merasakan perlunya diadakan sambutan 'hari murid' pula. Ini kerana murid juga insan biasa seperti guru yang mahu dihargai. Bukanlah bermakna 'hari murid' itu penting untuk diadakan tetapi sejauh mana pula guru2 menghargai bantuan, usaha dan pengorbanan murid kepada mereka. Perlu juga guru2 rasakan, 'tanpa murid2 siapalah guru' seperti juga murid2 merasakan 'tanpa guru siapalah murid'.

Guru juga harus sentiasa menjadi teladan kepada murid2. Sebarang perilaku yang tidak selari dengan budaya bangsa mahupun agama Islam perlu dielakkan daripada pengetahuan murid. Amalan seperti merokok di khalayak, bercakap kasar, memaki hamun, tidak menutup aurat dan berpakaian sendat perlu dijauhkan, sekurang2nya dari pandangan murid2. Umum mengetahui, sesetengah murid lebih menjadikan guru mereka sebagai idola berbanding ibu bapa mereka sendiri. 

Kesimpulannya sebagai murid, sikap menghargai guru perlu diterapkan setiap masa demi kebaikan murid2 manakala sebagai guru, beberapa perkara perlu diberikan perhatian agar slogan 'Kepimpinan Melalui Teladan' tidak menjamin jariah dosa buat guru2 diakhirat kelak.

Wassalam.

p/s: Gambar hiasan di atas disumbangkan oleh Cikgu Noor Azmee (kaki pancing). Pemandangan senja di Empangan Jus, Batang Melaka. Hari Guru SKTMS disambut meriah semalam. Tahniah kepada panitia2 yang membuat persembahan terutamanya Panitia Pendidikan Islam dengan persembahan Busana Muslim yang mendapat sambutan hebat oleh murid2. Tahun depan kita buat persembahan yang lebih mantap ye...

No comments:

Post a Comment