Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Monday, March 30, 2009

Bagaimana Orang Islam Berniaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seperti yang pernah ana katakan, ada beberapa yang ingin ana kongsikan berkenaan pengalaman ana pulang ke kampung zaujah ana di Kelantan pada cuti persekolahan baru2 ini.

Pertama, ianya berkenaan sebuah kedai gunting rambut di kampung zaujah ana. Penampilan kedai dari luarannya seperti juga kedai2 gunting yang lain, menarik dan siap penghawa dingin lagi. Kedai tersebut diusahakan oleh seorang pemuda kampung (Gee nama mesranya, seorang peminat MU seperti juga nama dan penampilan kedainya). Sememangnya setiap kali ana pulang ke sana pasti ana akan gunting rambut ana di sana, sekali dengan anak2 saudara ana. Sebab yang pertama ialah harganya lebih murah berbanding kedai2 lain di kawasan sekitarnya, lebih2 lagi di Bahau tempat ana bermastautin. Bayangkan untuk orang dewasa, bayarannya hanya RM3, bagi kanak2 pula RM2. Kalau difikirkan, kenapa terlalu murah harganya? Perkhidmatannya sama juga seperti kedai2 gunting yang lain. Pada pandangan ana, inilah bentuk ataupun sistem perniagaan yang ditinggalkan oleh Junjungan Nabi s.a.w. Bukan sahaja murah tetapi berkualiti dan memuaskan hati pelanggan. Gee juga amat mesra dengan pelanggan2nya. Ini terbukti dengan bilangan pelanggan yang berkunjung ke kedainya, tak pernah putus hinggakan untuk bersolat pun beliau terpaksa meninggalkan pelanggannya menunggu di dalam kedainya.

Kedua, sebuah gerai menjual air kelapa muda, juga tak pernah putus dengan pelanggan. Harga segelas besar hanya RM1. Setakat yang ana tahu, jika ditempat2 lain paling murah mesti harganya RM1.50. Kalau RM1 mesti kuantitinya sedikit. Ana berkesempatan bertanya dengan pengusaha gerai tersebut, kata beliau bekalan kelapa muda akan dihantar ke gerainya 2 kali seminggu. Setiap penghantaran berjumlah sekurang2nya 200 biji. Peroalannya mengapa pengusaha tersebut boleh menjual dengan harga yang murah? Ana pernah beli air kelapa di tempat ana tahun lepas sewaktu bulan Ramadhan. Harganya RM2.50 sebungkus! Macam mana pelanggan nak datang berulangkali ke gerai jika harga jualan terlalu tinggi. Air pun takde la sedap sangat. Hilang keasliannya kerana terlalu banyak dicampur air.

Ketiga, di kampung zaujah ana juga, berdekatan dengan rumah ibu mertua ana. Seorang lelaki yang sudah berumur (dalam lingkungan 60-an) mengusahakan perniagaan alatan dikir barat. Yang menariknya, beliau bertukang sendiri tanpa dibantu oleh anak2 mahupun rakan2. Segala2nya dilakukan bersendirian. Bayangkan sebuah rebana ibu, daripada potongan kayu yang biasa diukir beransur2 sehingga menghasilkan sebuah rebana ibu yang sempurna, begitu juga dengan rebana anak. Kulit lembu dan kambing beliau keringkan sendiri seterusnya diproses untuk melengkapkan pembuatan rebana dan gendang. Gendang silat (yang digunakan jika tiada rebana ibu) juga beliau hasilkan sendiri. Gong juga beliau hasilkan sendiri. Daripada sekeping besi yang leper, diketuk dan dibentuk sehingga menjadi sebuah gong yang baik bunyinya. Malangnya ana tak sempat untuk rakamkan gambar beliau dan bengkelnya. Apa yang buatkan ana terkilan, tiada seorangpun anak mahupun mana2 individu yang mahu belajar cara2 pembuatan alatan tersebut daripada beliau. Bukankah pengangguran sangat meluas sekarang? Harga yang beliau berikan juga agak berpatutan. Masalahnya, beliau memerlukan tempoh yang agak lama kerana beliau melakukannya berseorangan. Sewaktu ana berkunjung ke bengkelnya beliau sedang menyiapkan tempahan daripada seorang peniaga dari Terengganu. 15 gendang silat dan hampir 7 set alatan dikir barat. Alangkah baiknya jika ada yang mahu belajar ataupun bekerja dengan beliau.

Kesimpulannya, ana rasakan perniagaan amat baik untuk dilakukan terutamanya bagi anak2 muda yang kehilangan kerjaya pada waktu ini. Tak perlu memilih kerjaya, asalkan halal dan boleh menampung kehidupan. Hanya perlukan ruang untuk mencari peluang dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Sekian untuk kali ini. Wassalam.

p/s: pastinya ramai yang padamkan lampu pada jam 8.30-9.30 malam 28.3.09 baru2 ini. Pada ana secara peribadi kempen ini tidak memberi sebarang makna kepada alam ini. Ia hanya kempen dari segi zahirnya sahaja. Bagaimana pula dengan hakikat kejadian bumi itu sendiri? Bagaimana Allah perintahkan kita untuk memakmurkan bumi ini dan seluruh isinya? Apakah dengan menganjurkan karnival2 hiburan dapat memakmurkan bumi ini? Saluran tv dan radio bersungguh2 berkempen untuk melaksanakannya. Sebaliknya di mana kesungguhan mereka dalam isu penindasan umat Islam di seluruh dunia? Apa pendekatan mereka? Adakah dengan mengulang siaran kekejaman Yahudi dan mengumpul dana yang belum tentu sampai kepada golongan yang benar2 memerlukannya sudah mencukupi bagi memenuhi tanggungjawab sebagai saudara seIslam dengan mereka? Sejauh mana kempen boikot barangan Yahudi dan sekutu2nya diambil perhatian oleh stesen2 penyiaran dan media di negara kita? Sama2 kita fikirkan. Jangan sampai kita berjuang dan bersatu untuk satu perkara kecil yang penganjurnya sendiripun bukan Islam tetapi pada masa yang sama kita dilekakan daripada memikirkan perkara yang lebih besar dan utama sebagai seorang Islam dan Muslim yang sayangkan saudaranya.

Sunday, March 29, 2009

Kemenangan Pertama


Assalamualaikum dan selamat menghadapi hari yang baru....

Tiada kata yang terucap di bibir ana, jurulatih dan anggota al-Mumtaz apabila kami diumumkan sebagai JOHAN Festival Nasyid Peringkat Daerah Jempol yang diadakan pada 28.3.09 (Sabtu lepas). Hanya kesyukuran dalam kerendahan hati kami panjatkan buat Penentu Segala Takdir, Allah s.w.t.

Jutaan terima kasih buat warga SK Tunku Muda Serting yang sentiasa memahami, menyokong serta mendoakan kejayaan kami. Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan warga SKTMS seluruhnya.

Dengan kejayaan ini, kami akan mewakili Daerah Jempol dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri Sembilan yang telah ditunda tarikhnya daripada 4.4.09 kepada 11.4.09 (sabtu, 2 minggu lagi) di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Jempol. Pastinya kesempatan 2 minggu ini akan kami gunakan sepenuhnya untuk memperbaiki kekurangan dan kesilapan yang telah dilakukan pada peringkat daerah baru2 ini. Pun begitu, ana mendapat respon daripada jurulatih yang al-Mumtaz telah memberikan persembahan yang ternyata memuaskan hati mereka, 95% telah mereka berikan dalam persembahan daripada keseluruhan yang diharapkan oleh jurulatih.

Pada masa yang sama, Daerah Jempol bagi kategori sekolah menengah akan diwakili oleh SBPI (tuan rumah negeri). Apa yang menarik ialah 3 orang daripada bekas ahli al-Mumtaz merupakan anggota kumpulan tersebut. Seronok benar ana tengok bila diorang berjumpa semula. Mudah mudahan Allah berikan kesempatan buat kedua2 wakil Daerah Jempol ini untuk mewakili Negeri Sembilan pada tahun ini. Insya Allah.

Selain itu, seorang daripada 2 orang wakil SKTMS juga turut mendapat tempat pertama dalam pertandingan Bercerita Kisah2 al-Quran. Tahniah buat Nur Afiqah Auni bt. Samsol Kamal. Buat Fazreena, dalami lagi seni khat agar mampu bersaing ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang.

Bersama2 entri ini ana masukkan beberapa keping gambar buat tatapan sahabat2 dan para pengunjung sekalian.

Wassalam.

p/s: buat saudara mior, sungguhpun perjalanan nasyid pasukan sekolah anta hanya separuh jalan, semangat perjuangan anta dan ahli2 nasyid anta akan kami bawa sehingga ke akhir perjuangan kami. Buat sahabat2 yang juga terlibat dalam melatih mahupun mengurus pasukan yang akan mewakili daerah masing2 dalam Festival 2 minggu lagi, kita jumpa di SBPI nanti.


membuat 'rehearsal' sebaik sahaja sampai di tempat pertandingan


di belakang pentas. berdebar menunggu giliran membuat persembahan


al-Mumtaz memberikan persembahan terbaik


ketua pasukan al-Mumtaz, Mohd. Haiqal mewakili rakan2 menerima hadiah daripada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Jempol


bergambar kenangan bersama abang2 SBPI yang akan turut mewakili Daerah Jempol dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri Sembilan. Teruskan Perjuangan!!!

Thursday, March 26, 2009

Renungan: Cantiknya Wanita

Allah berfirman:
j
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
j
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"
j
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"
j
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"
j
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"
j
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
j
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan"
j
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,tempat di mana cinta itu ada"

Wednesday, March 25, 2009

Usaha Berterusan

Assalamualaikum buat sahabat2 dan pengunjung sekalian,

Mendekati Festival Nasyid Peringkat Daerah Jempol yang akan diadakan di SMK Serting Hilir Kompleks pada 28.3.09 (Sabtu) ini membuatkan ana selaku pengurus pasukan, semakin sibuk. Inikan pula jurulatih dan ahli2 al-Mumtaz sendiri. Latihan memang dah macam PLKN dah. Dari pagi bawak ke tengah hari. Pendek kata, makan nasyid, minum nasyid, tidur pun sampai mengigau2 bernasyid. Tambahan pula, Festival peringkat Negeri mengekori rapat seminggu selepasnya.

Apapun, ana nak rakamkan sekalung penghargaan buat Jurulatih vokal dan Jurulatih muzik kami, Pn. Hjh. Nazariah dan En. Mohd. Yusuf di atas perkongsian ilmu, maklumat dan pengorbanan melatih serta membimbing ahli2 al-Mumtaz semenjak 3 tahun lepas sehingga membawa al-Mumtaz ke peringkat kebangsaan. Tanpa mereka berdua, tak mungkin pasukan ini dapat bertahan sehingga hari ini. Bagi ana pula, kalau nak diharapkan ana seorang tak ke mana la jawabnya pasukan ni. Begitu juga dengan guru2 SKTMS yang cukup memahami tuntutan ahli2 al-Mumtaz untuk kurangkan waktu di kelas dan lebih menumpukan kepada latihan. Kami hargai 'understanding' anda dalam hal ini. Terima kasih.

Sesungguhnya al-Mumtaz benar2 mengharapkan sokongan semua pihak dalam usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pda tahun ini.

Sehingga bertemu lagi dalam entri yang akan datang. Wassalam.

Monday, March 23, 2009

Secebis Usaha

Assalamualaikum buat sahabat & pengunjung semua...

Dalam kesibukan tugasan seharian ( pagi P&P, petang KAP ) nak tak nak ana curi jugak masa untuk masukkan entri pada kali ini. Kalau ada broadband alangkah baiknya. Di mana2 pun boleh surfing dan masukkan entri. Insya allah, kalau keadaan mengizinkan rasanya mahu juga ana dapatkannya nanti.

SECEBIS USAHA tajuk entri ana kali ni, yang mana akan ana maklumkan kepada pengunjung semua berkaitan beberapa usaha yang ana, rakan2 jQAF dan guru2 GPI jalankan secara beransur2 dalam mewujudkan suasana sekolah yang kondusif agar murid2 boleh mendapatka input2 tambahan berguna selain melalui proses P&P, mengikut kemampuan kewangan yang disediakan. Bagi menjimatkan perbelanjaan, sebahagian daripada bahan tersebut dihasilkan sendiri kecuali bahan asas yang ditempah dan dibeli dari luar.

Semoga memberi manfaat dan informasi untuk semua.

Tanda nama Bilik2 Khas
Dalam menghasilkan tanda nama ini, kami hanya membeli kepingan plastik dan cat spray. Kerja2 memotong tulisan semuanya dilakukan dengan tangan (kalau di kedai ada printer cutter).

Banting solat KBS
Banting ini pada asalnya ditempah. Setelah berbincang, keputusan dicapai untuk dibuat 'frame' terlebih dahulu pada setiap banting sebelum ditempatkan di tempat2 yang dikehendaki. Ini bagi mengelakkan daripada banting tersebut mudah rosak dan kelihatan kurang kemas jika hanya digantung begitu sahaja.

Ayat2 suci al-Quran
Bagi hasil seperti ini, pastinya ia mengambil masa yang agak lama untuk disudahkan. Walaubagaimanapun, kaedahnya masih sama seperti membuat tanda nama bilik2 khas seperti di atas tadi. Yang berbeza ialah teknik memotongnya agak rumit dan saiznya yang jauh lebih besar.

Papan tanda sekolah
Papan tanda seperti ini juga mengambil masa yang agak lama untuk dihasilkan. Begitupun ia tidak sesukar menghasilkan ayat suci al Quran seperti yang ditunjukkan di atas.
p/s: ana ambil kesempatan ini untuk ucapkan setinggi2 tahniah buat ustaz affandi (wakil NS) yang terpilih untuk berkursus di Oman. tahniah juga buat sahabat ana, ustaz mior atas pemilihan beliau. sesungguhnya antuma dan yang lain2 tu sememangnya layak membawa misi dan harapan seluruh guru2 j-QAF di malaysia. ana secara peribadi ucapkan selamat jalan dan semoga selamat pergi dan pulang semula ke tanah air. kalau di sana nanti, jangan lupa kirimkan berita buat kami di Malaysia ni (internet kan ada). semoga dengan pemergian antum semua akan membawa pulang ilmu2 bermanfaat dan berguna buat kami belajar dari antum semua bila pulang nanti. kalau singgah ditempat2 mustajab doa tu jangan lupa doakan kesejahteraan kami di sini, minta dikurniakan Allah kekuatan fizikal dan mental agar mampu terus berjuang mengharungi cabaran dunia keguruan dan berperanan dalam masyarakat sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.

Thursday, March 12, 2009

Galeri Warisan SKTMS

اللهم صلى علي سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Selawat dan salam hanya selayaknya buat Nabi tercinta. Baginda Muhammad Nabi terakhir, Rasul paling agung. Cinta padanya berikan syafaat berharga buat melalui akhirat yang tak terbayangkan payahnya.

Assalamualaikum dan salam maulidurrasul...

Entri kali ini berkenaan Galeri Warisan sekolah ana. Galeri ini telah mula dibina pada bulan Julai tahun lepas. Binaan asas dilakukan oleh kontraktor yang diupah. Dari segi persiapan asas, seorang guru kreatif sekolah ana (Nazaruddin namanya) bertungkus lumus menyiapkannya. Dari segi 'content' pula, semua guru dibahagikan kepada kumpulan tertentu mengikut bidang yang ingin ditampilkan.

Antaranya ialah senjata tradisional, adat istiadat, sejarah setempat, muzik, pengangkutan, pertukangan, fabrikasi, tokoh dan lain-lain. Beberapa barangan lama yang dibeli daripada individu tertentu serta replika seperti rumah tradisional dan kapal juga direka oleh cikgu Nazaruddin yang ana ceritakan di atas tadi.

Dengan terbinanya galeri ini, diharapkan generasi sekarang dan akan datang akan dapat sedikit sebanyak mengenang dan mempelajari tentang perkara2 yang seharusnya mereka ketahui meskipun tidak termasuk dalam sukatan pelajarang mereka. Disamping itu, diharapkan agar ia dapat memberikan informasi dan pengetahuan tambahan buat bekalan mereka di masa hadapan. Apa yang penting, mengenal jatidiri dan budaya tanpa lupa menyuburkan keimanan kepada Allah di setiap masa.

Bersama2 entri ini ana selitkan beberapa keping gambar buat tatapan pengunjung sekalian. Wassalam.

p/s: pada asalnya ana nak masukkan entri ni awal cuti dulu tapi tak sempat. cadangnya nak kemaskini di kampung (kelantan) tapi tak sempat jugak sebab cc kat sana tengah 'jem' (student ramai nak guna untuk mohon IPT. ada jugak beberapa perkara yang ana lalui di kampung ingin ana ceritakan. insya allah, semuanya akan menyusul dalam entri yang akan datang. selamat menghabiskan cuti buat guru2 seluruh malaysia.





Friday, March 6, 2009

Puteri Walid


Assalamualaikum dan salam hujung minggu,

Ana ke sekolah hari ini. Memang niat ana nak merakamkan beberapa keping gambar untuk ana muatkan dalam entri yang seterusnya. Gambar2 tersebut telahpun ana rakamkan sebentar tadi. Antara yang ingin ana war2kan ialah berkenaan Galeri Warisan yang diusahakan oleh warga SK Tunku Muda Serting, beberapa usaha yang ana dan rakan2 j-QAF sekolah ini ambil untuk keceriaan sekolah, sebagai salah satu proses PLBD (Pembelajaran Luar Bilik Darjah) dan mungkin sedikit berita tentang diri ana dan keluarga ana. Kebetulan pula ada antara pelayar blog ana yang minta agar ana ceritakan sedikit tentang puteri ana yang baru.

Jadi untuk entri kali ini ana akan ceritakan tentang puteri baru ana, kemudian puteri yang sulung pula. Nama puteri ana yang baru tu Huuriyyah A'izzah. Zaujah ana yang berikan nama. Ana tak cerewet sangat tentang nama ni kecualilah kalau teruk sangat bunyi atau maksudnya, barulah ana beri pandangan.

Sehingga kini umurnya dah lebih kurang 7 bulan. Baru je merangkak dan baru pulih daripada demam sebab tumbuh gigi (ye ke? ana pun tak pasti).

Adapun puteri sulung ana umurnya dah hampir 3 tahun. Hanisah Aqilah namanya. Nakalnya jangan cakap la. Dinding mana yang tak dicontengnya, buku mana yang tak disepahkannya, laci dan almari mana yang tak diselerakkannya. Sungguhpun begitu, ana bersyukur pada Allah kerana dalam nakal2 itupun ada jugak baiknya. Biasalah, budak2. Kadang2 bila terlanjur marahkan dia, melihat kepintaran dia tu buat ana jadi menyesal dan nak menitik air mata rasanya. Semoga dia jadi anak yang solehah.

Itulah serba sedikit tentang 2 orang puteri ana. Bagaimanapun mereka, mereka tetap darah daging ana, jantung hati ana, penyejuk mata ana. Sibuk macam manapun ana di sekolah, hilang letih bila melihat wajah mereka (biasanya tengok kejap je, dah terlelap...).

Akhirnya ana doakan kita semua beroleh zuriat yang baik dan beriman serta berjuang untuk agama Islam, bangsa dan Negara tercinta ini satu masa nanti. Insya allah...

Wassalam.
p/s: zaujah ana ingin berkongsi pengalamannya 'deliver' baby dan amalannya sepanjang proses mengandung dan selepas bersalin. bagi kami alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik, kedua2 puteri kami juga ditakdirkan tidak dihidapi penyakit kuning yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir (ana pun tak tau apa petua dia). jika ada sebarang perkongsian maklumat mahupun inginkan pandangan beliau, anda boleh utarakan dalam ruangan komen ataupun melalui CBox yang ada di blog ana ni. Kiranya ana akan jadi orang tengah la. Ana nak masukkan no. telefon dia, dia tak nak pulak.

Thursday, March 5, 2009

Renungan: Dialog Sanubari

Renung2kanlah dialog sanubari ini...


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu...
Syaitan - Alahhhhhh... kejaplah, ngantuk ini... awal lagi. zzzzzzzz...

Manusia - Nak makan, laparlah...
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh... tak payahla.... dah lapar ni!! mmm.. sedapnyaaaa...

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat...
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat...
Syaitan - Ahhh!! awal lagi... mmm... Haaa... suruh si X, 'punch'kanlah...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... rilex lah... awal lagi ni...

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat!
Syaitan - Perggghh... best tu.... rugi ooo kalau tak tengok...

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegah dan tegurlah dia...
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklah...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu...
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah

Manusia - Aku telah berdosa
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun...
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali... rugilah...

Manusia - Ada pestalah, kalau pergi mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlah!

Manusia - Uuhhh! letihnya arini... tak solat lagi ni...
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat untukmu... (jangan mimpi lah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan:
1. Anda - Biarkan tazkirah ini tetap dalam blog ni.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan tazkirah ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2

p/s: pilihan di tangan anda. nak pilih gerak hati panduan malaikat mahupun pujukan nafsu tunggangan syaitan. Sama2 kita ambil manfaat daripadanya. terima kasih kepada sahabat ana, saudara ruwaidi atas sumbangan idea beliau. semoga diberkati Allah.

Monday, March 2, 2009

Al-Mumtaz 08

Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak ana upload rakaman video al-Mumtaz tahun lepas setelah ana edit sehingga menepati kehendak dan kapasiti yang dibenarkan.

Mohon maaf kerana ada tulisan unregistered kat tengah rakaman tu. Ana download program cutter tu dari internet, alih2 bila dah siap ada pulak tulisan tu. Nak download program lain nanti lambat pulak. So, ana upload jela yang ni. Tak sempat habis satu lagu pun tapi sekurang2nya dapat membantu sahabat2 yang inginkan gambaran suasana dan bentuk lagu di peringkat kebangsaan.

Semoga memberi manfaat buat semua.