Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Seperti yang pernah ana katakan, ada beberapa yang ingin ana kongsikan berkenaan pengalaman ana pulang ke kampung zaujah ana di Kelantan pada cuti persekolahan baru2 ini.
Pertama, ianya berkenaan sebuah kedai gunting rambut di kampung zaujah ana. Penampilan kedai dari luarannya seperti juga kedai2 gunting yang lain, menarik dan siap penghawa dingin lagi. Kedai tersebut diusahakan oleh seorang pemuda kampung (Gee nama mesranya, seorang peminat MU seperti juga nama dan penampilan kedainya). Sememangnya setiap kali ana pulang ke sana pasti ana akan gunting rambut ana di sana, sekali dengan anak2 saudara ana. Sebab yang pertama ialah harganya lebih murah berbanding kedai2 lain di kawasan sekitarnya, lebih2 lagi di Bahau tempat ana bermastautin. Bayangkan untuk orang dewasa, bayarannya hanya RM3, bagi kanak2 pula RM2. Kalau difikirkan, kenapa terlalu murah harganya? Perkhidmatannya sama juga seperti kedai2 gunting yang lain. Pada pandangan ana, inilah bentuk ataupun sistem perniagaan yang ditinggalkan oleh Junjungan Nabi s.a.w. Bukan sahaja murah tetapi berkualiti dan memuaskan hati pelanggan. Gee juga amat mesra dengan pelanggan2nya. Ini terbukti dengan bilangan pelanggan yang berkunjung ke kedainya, tak pernah putus hinggakan untuk bersolat pun beliau terpaksa meninggalkan pelanggannya menunggu di dalam kedainya.
Kedua, sebuah gerai menjual air kelapa muda, juga tak pernah putus dengan pelanggan. Harga segelas besar hanya RM1. Setakat yang ana tahu, jika ditempat2 lain paling murah mesti harganya RM1.50. Kalau RM1 mesti kuantitinya sedikit. Ana berkesempatan bertanya dengan pengusaha gerai tersebut, kata beliau bekalan kelapa muda akan dihantar ke gerainya 2 kali seminggu. Setiap penghantaran berjumlah sekurang2nya 200 biji. Peroalannya mengapa pengusaha tersebut boleh menjual dengan harga yang murah? Ana pernah beli air kelapa di tempat ana tahun lepas sewaktu bulan Ramadhan. Harganya RM2.50 sebungkus! Macam mana pelanggan nak datang berulangkali ke gerai jika harga jualan terlalu tinggi. Air pun takde la sedap sangat. Hilang keasliannya kerana terlalu banyak dicampur air.
Ketiga, di kampung zaujah ana juga, berdekatan dengan rumah ibu mertua ana. Seorang lelaki yang sudah berumur (dalam lingkungan 60-an) mengusahakan perniagaan alatan dikir barat. Yang menariknya, beliau bertukang sendiri tanpa dibantu oleh anak2 mahupun rakan2. Segala2nya dilakukan bersendirian. Bayangkan sebuah rebana ibu, daripada potongan kayu yang biasa diukir beransur2 sehingga menghasilkan sebuah rebana ibu yang sempurna, begitu juga dengan rebana anak. Kulit lembu dan kambing beliau keringkan sendiri seterusnya diproses untuk melengkapkan pembuatan rebana dan gendang. Gendang silat (yang digunakan jika tiada rebana ibu) juga beliau hasilkan sendiri. Gong juga beliau hasilkan sendiri. Daripada sekeping besi yang leper, diketuk dan dibentuk sehingga menjadi sebuah gong yang baik bunyinya. Malangnya ana tak sempat untuk rakamkan gambar beliau dan bengkelnya. Apa yang buatkan ana terkilan, tiada seorangpun anak mahupun mana2 individu yang mahu belajar cara2 pembuatan alatan tersebut daripada beliau. Bukankah pengangguran sangat meluas sekarang? Harga yang beliau berikan juga agak berpatutan. Masalahnya, beliau memerlukan tempoh yang agak lama kerana beliau melakukannya berseorangan. Sewaktu ana berkunjung ke bengkelnya beliau sedang menyiapkan tempahan daripada seorang peniaga dari Terengganu. 15 gendang silat dan hampir 7 set alatan dikir barat. Alangkah baiknya jika ada yang mahu belajar ataupun bekerja dengan beliau.
Kesimpulannya, ana rasakan perniagaan amat baik untuk dilakukan terutamanya bagi anak2 muda yang kehilangan kerjaya pada waktu ini. Tak perlu memilih kerjaya, asalkan halal dan boleh menampung kehidupan. Hanya perlukan ruang untuk mencari peluang dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Sekian untuk kali ini. Wassalam.
p/s: pastinya ramai yang padamkan lampu pada jam 8.30-9.30 malam 28.3.09 baru2 ini. Pada ana secara peribadi kempen ini tidak memberi sebarang makna kepada alam ini. Ia hanya kempen dari segi zahirnya sahaja. Bagaimana pula dengan hakikat kejadian bumi itu sendiri? Bagaimana Allah perintahkan kita untuk memakmurkan bumi ini dan seluruh isinya? Apakah dengan menganjurkan karnival2 hiburan dapat memakmurkan bumi ini? Saluran tv dan radio bersungguh2 berkempen untuk melaksanakannya. Sebaliknya di mana kesungguhan mereka dalam isu penindasan umat Islam di seluruh dunia? Apa pendekatan mereka? Adakah dengan mengulang siaran kekejaman Yahudi dan mengumpul dana yang belum tentu sampai kepada golongan yang benar2 memerlukannya sudah mencukupi bagi memenuhi tanggungjawab sebagai saudara seIslam dengan mereka? Sejauh mana kempen boikot barangan Yahudi dan sekutu2nya diambil perhatian oleh stesen2 penyiaran dan media di negara kita? Sama2 kita fikirkan. Jangan sampai kita berjuang dan bersatu untuk satu perkara kecil yang penganjurnya sendiripun bukan Islam tetapi pada masa yang sama kita dilekakan daripada memikirkan perkara yang lebih besar dan utama sebagai seorang Islam dan Muslim yang sayangkan saudaranya.
MASUK RUMAH BAGI SALAM
-
Tulisa : Firdaos Mohd Rawi
"Tidak ada tempat bermalam untuk kita hari ini. Dia cakap macam tu dekat
teman dia"
"Siapa abi?"
"Dalsim"
"Dalsim tu siap...
1 year ago
No comments:
Post a Comment