Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Saturday, December 4, 2010

Al-Mumtaz: Johan BNM Musim ke 4, 2010 Bhg 3



Assalamualaikum semua, salam sejahtera dari ana...

Awal petang tadi ana baru tiba dari rumah adik ana, Dr. Haslinda di Bukit Rangin, Kuantan. Sabtu lalu ana sempat menghadiri reunion batch 3 KIPSAS bersama sahabat2 yang berkesempatan hadir. Sungguhpun tak seramai mana, tapi cukup untuk mengubat kerinduan bertemu sahabat2 yang satu masa dulu bersama2 menimba ilmu di bumi KIPSAS. Lebih menambah nostalgia apabila tempat pertemuan juga diadakan di KIPSAS, Masjid KIPSAS menjadi lokasi bagi tahun ini. Tempat dah free, hanya bayaran makan minum sahaja yang perlu dilunaskan.

Hari Jumaat baru2 ini, ana sempat bertemu dengan YB Dato' Lilah (Ahli Parlimen Jempol). Ana ditemani Cikgu Wan Shaifuzan yang turut bersama ketika di Melaka minggu lepas. Niat kami hanya satu, menyerahkan cenderahati dari Al-Mumtaz atas sumbangan yang telah beliau hulurkan. Alhamdulillah, hasil pertemuan pagi itu, YB Dato' telah bermurah hati meraikan team Al-Mumtaz dengan jamuan makan di Pizza Hut Bahau. Kami akhirnya membuat keputusan untuk ke sana pada jam 3.00 petang tadi. Sekalung penghargaan kepada YB Dato' Lilah b. Hj. Yasin. Di saat Al-Mumtaz benar2 memerlukan, beliau hadir menghulurkan bantuan seterusnya meraikan kemenangan kami.

Menyentuh kembali tentang kemenangan Al-Mumtaz di BNM Musim ke 4, 2010 minggu lalu, ana rasa ini adalah bahagian terakhir yang ana akan kongsikan bersama antum. Pastilah akan ana isi dengan ucapan terima kasih dan penghargaan dari Al-Mumtaz kepada semua pihak yang membantu sehingga Al-Mumtaz berjaya mengecapi kejayaan sebegini gemilang.

Ana mulakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Nazariah dan Cikgu Yusof selaku jurulatih kepada Al-Mumtaz. Tanpa usaha berterusan dari mereka, Al-Mumtaz pasti tak mampu sampai ke tahap ini. Masakan tidak, mereka mula melatih Al-Mumtaz sejak 2006 lagi. Betapa gembiranya mereka berdua dengan kemenangan ini hinggakan Cikgu Nazariah mengalirkan air mata. Cikgu Yusof pula melahirkan kata2, "5 tahun kita berusaha Mi, ada juga rezeki kita". Tak lupa juga buat saudara Najmi, usaha beliau sungguhpun di saat2 akhir amat membantu kejayaan Al-Mumtaz. Ana sendiri mewakili Panitia Pendidikan Islam mengucapkan terima kasih atas usaha mereka bertiga.

Seterusnya penghargaan dari al-Mumtaz kepada ibu bapa Al-Mumtaz sendiri. Mereka sememangnya ibu bapa yang amat bertuah kerana memiliki anak2 sehebat ini. Sokongan, kerjasama dan bantuan yang mereka hulurkan selama ini amat membantu kejayaan Al-Mumtaz.

Terima kasih juga ditujukan kepada Guru Besar Cemerlang SKTMS, Tn. Haji Othman b. Embong. Sungguhpun Al-Mumtaz berhadapan dengan masalah kewangan untuk persediaan ke pertandingan akhir BNM, beliau berusaha membantu sebaik mungkin. Sokongan dan dorongan daripada beliau amat membantu keseluruhan team Al-Mumtaz sepanjang membuat persediaan dan menghadapi pertandingan. Kepada guru2 SKTMS, kalian juga tak kurang berperanan. Terima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan selama ini.

Penghargaan seterusnya Al-Mumtaz rakamkan kepada YDP PIBG SKTMS, En. Azaman b. Abd. Samad. Beliau juga banyak membantu terutamanya dari segi kewangan samada melalui akaun PIBG mahupun sumbangan peribadi. Menyedari kewangan PIBG agak kurang 'berisi', beliau beberapa kali hadir ke sekolah untuk berbincang dengan Guru Besar Cemerlang bagi mencari jalan penyelesaian dan membantu persediaan Al-Mumtaz. Paling mengharukan, beliau antara yang hadir di Melaka untuk memberi sokongan pada Pertandingan Akhir BNM baru2 ini bersama keluarga beliau. Terima kasih sekali lagi dari Al-Mumtaz.

Kepada PPD Jempol dan Jelebu khasnya Ustaz Shahrin, terima kasih kerana beri ruang dan peluang Al-Mumtaz untuk memanaskan suara di Majlis Penutup Kem Bina Juara Daerah Jempol. Juga kepada JPNS yang berusaha membantu setakat yang terdaya, terima kasih juga dari Al-Mumtaz.

Buat pihak2 yang membantu Al-Mumtaz khasnya dari segi kewangan dan barangan, jutaan terima kasih dari Al-Mumtaz. Antara yang sudi membantu ialah Kelas Agama Petang (KAP) SKTMS, Kedai Buku SKTMS, Maybank Bahau, Bank Rakyat Bahau dan Kedai Kasut Bata Bahau. Kepada YB Dato' Lilah b. Hj. Yasin, setinggi2 penghargaan dari team Al-Mumtaz. Sumbangan Dato' amat kami hargai. Ditambah pula dengan kesudian Dato' meraikan kemenangan Al-Mumtaz dengan belanja makan di Pizza Hut. Jazakallah Dato'...

Selanjutnya, beberapa pihak yang ana rasakan selaku pengurus Al-Mumtaz perlu ana sebutkan. Pihak2 ini turut membantu terutamanya sepanjang Al-Mumtaz berada di Melaka sewaktu Pertandingan Akhir BNM minggu lepas. Antaranya ialah sahabat ana, Ustaz Anis. Beliau telah sudi meminjamkan perkusi pasukan kelolaan beliau dari Pulau Pinang, Imtiyaz kepada Al-Mumtaz sewaktu al-Mumtaz tertinggal perkusi di asrama. Kepada seorang kru yang bertugas merakamkan gambar pasukan bertanding (ana tak tahu namanya), terima kasih atas teguran dan nasihat kepada team Al-Mumtaz. Kepada seluruh sekretariat BNM dari Al-Meswak Mu'min yang bertungkus lumus dan bersusah payah mempersiapkan 'padang' untuk setiap pasukan bertanding termasuk juri, terima kasih dari kami. Tidak dilupakan juga kepada LO Al-Mumtaz, En. Khidir dan petugas2 yang bertugas selama 3 hari 2 malam di asrama SMKA Sultan Muhammad, terima kasih kami ucapkan. Kepada sahabat ana, Ustaz Mior yang memberi cadangan agar ana gunakan Breath Right kepada solo kami untuk kurangkan sengau akibat selsema, terima kasih kami ucapkan. Kepada ahli keluarga team Al-Mumtaz dan rakan2 yang berkesempatan hadir di malam pertandingan tempohari untuk menonton dan memberi sokongan, terima kasih kerana sudi hadir. Kepada Cikgu Wan Shaifuzan dan Ustazah Mazni, terima kasih kerana beberapa kali mewakafkan kenderaan untuk Al-Mumtaz. Jasa antum amat bermakna buat Al-Mumtaz.

Sebelum penutup, ana secara peribadi dan mewakili team pengurusan dan kejurulatihan Al-Mumtaz ucapkan setinggi2 terima kasih dan penghargaan kepada pasangan dan ahli keluarga kami. Ana sendiri nak ucapkan terima kasih kepada zaujah tersayang, Aminorah bt. Mohamed kerana memahami tugas dan tanggungjawab ana sebagai guru sekaligus pengurus kepada Al-Mumtaz. Kepada Hj. Shaharudin, suami Cikgu Nazariah dan isteri Cikgu Yusof, terima kasih dari kami bertiga kerana memahami dan bersabar dengan kerenah kami.

Untuk akhirnya, terima kepada semua pihak yang menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan Al-Mumtaz. Tak terbalas sms antum semua. Ana hanya memaklumkan dan berkongsi kegembiraan dengan antum semua. Sesungguhnya kejayaan ini bukan hanya milik team Al-Mumtaz dan Al-Mumtaz sahaja, tetapi juga kejayaan buat SKTMS, PPDJJ, JPNS, dan Negeri Sembilan sendiri. Sekali lagi terima kasih dari Al-Mumtaz. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik antum semua. Bersama2 entri terakhir ini, ana uploadkan sekali lagi persembahan Al-Mumtaz ketika bertanding di Pertandingan Akhir BNM 2010 minggu lepas. Rakaman ini dibuat oleh sahabat ana, Ustaz Anis. Gambar dan audionya lebih baik berbanding yang ana uploadkan dalam entri sebelum ini.

Wassalam.

*kepada sahabat2 yang ingin berkongsi pengalaman dan maklumat atau bertanya berkenaan pertandingan nasyid samada BNM mahupun KPM dari segi penghasilan lagu, lirik, persembahan, persediaan fizikal atau lain2 perkara, jangan segan2 email, sms atau call ana. Ana sedia berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang Allah kurniakan pada ana ini setakat yang ana tahu. Moga muzik nasyid subur dalam jiwa dan hati serta kehidupan setiap murid di negara kita.


Tuesday, November 30, 2010

Al-Mumtaz: Johan BNM Musim ke 4, 2010 Bhg 2




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Entri ini adalah sambungan daripada entri yang sebelum ini. Insya Allah, akan ana kongsikan pengalaman team Al-Mumtaz sepanjang berada di Melaka. Semalam kami baru sahaja selesai proses pengagihan hadiah dan sijil. Insya Allah, esok kami akan ke Melaka semula bagi meraikan kemenangan Al-Mumtaz. Cadangnya mahu ke Melaka Wonderland. Sengaja kami pilih hari Khamis kerana hujung minggu masing2 punya komitmen lain dengan kenduri dan lain2. Tambahan pula, ahli termuda Al-Mumtaz, Mohd. Afiq hendak berkhatan minggu depan. Bercadang juga kami mahu ke Studio Hijjaz Record kerana baru2 ini mereka membuka peluang kepada mana2 kumpulan nasyid untuk hadir dan jalani ujibakat. Sememangnya Hijjaz Record sedang mencari kumpulan baru untuk diketengahkan. Walaupun mereka mahukan kumpulan dari IPT, mendengar Al-Mumtaz baru sahaja menjuarai BNM membuatkan mereka kembali membuka ruang buat Al-Mumtaz. Bukan kami mahu Al-Mumtaz buat album, hanya mahu beri peluang kepada Al-Mumtaz untuk rasai pengalaman berada dalam studio. Lagipun, wang hadiah masih sedikit berbaki, apa salahnya kalau dimanfaatkan untuk mereka.

Dalam ana kalut mencari2 rakaman persembahan Al-Mumtaz dari penganjur yang pada awalnya memaklumkan rakaman yang mereka buat bukan untuk edaran, belum sempat ana bertanya dengan sahabat2 jurulatih, pengurus pasukan dan guru pengiring dari negeri2 lain, rupa2nya salah seorang ahli keluarga Al-Mumtaz yang hadir menyaksikan ke BNM merakamkan persembahan pada malam tersebut. Meskipun hanya menggunakan telefon bimbit dengan kualiti gambar dan bunyi yang agak kurang memuaskan, hanya ini sahaja yang dapat ana kongsikan buat masa ini. Insya Allah, jika ana berjaya mendapatkan rakaman yang lebih berkualiti, ana akan kongsikan dengan antum nanti.

Jumaat (26.11.2010)

Bercerita tentang pengalaman team Al-Mumtaz sepanjang berada di Melaka. Kami bertolak dari SK Tunku Muda Serting lebih kurang jam 10.30 pagi hari Jumaat setelah ucapan bacaan doa disaksikan oleh ibu bapa Al-Mumtaz dan Guru Besar Cemerlang, Tn. Hj. Othman b. Embong dengan 3 buah kereta. Sebuah NAZA Citra, sebuah NISSAN Latio dan sebuah PROTON Saga (convert Iswara) milik ana. Bukan apa, elok juga ada kenderaan yang 'biasa' ni. Selalunya akan jadi rebutan ahli2 Al-Mumtaz yang 'anti air cond'. Pantang kena air cond, mesti mabuk dan pening. Macam2 kerenah mereka ni.

Kami tiba di SMKA Sultan Muhammad (sekolah ayah ana dulu) lebih kurang jam 2.30 petang. Selesai solat jamak taqdim berjamaah, tepat jam 3.00 petang ana terus bawa Al-Mumtaz ke dorm mereka. Dengan katil double decker untuk hanya 10 orang, pada awalnya buntu juga ana memikirkan tempat tidur untuk ana dan 2 orang dewasa lain (suami Cikgu Nazariah dan ayah Syahid) namun hasil renovasi singkat, dorm tersebut mampu memuatkan kami semua. Cikgu Nazariah dan ibu Syahid pula menginap di dorm guru pengiring wanita. Selesai simpan barang, latihan terus dilakukan. Selesai latihan semua orang berehat termasuk ana memandangkan pendaftaran dan taklimat masih tidak dapat dilakukan kerana masalah teknikal.

Makan malam kami nikmati pada jam 6.30 malam. Belum sempat ana habiskan hidangan ana, local officer (LO) untuk pasukan kami hubungi ana, "Ustaz, taklimat dah mula", katanya. Bergegas ana sudahkan makanan dan terus ke bilik taklimat setelah pesankan kepada Al-Mumtaz agar bergerak ke bilik setelah selesai makan. Bertegas juga ana pesan kepada beberapa ahli Al-Mumtaz yang kurang sihat agar makan ubat mereka di bilik nanti.

Taklimat dihadiri oleh penganjur, wakil pasukan bertanding dan LO. Selesai taklimat, cabutan giliran dilakukan. Dari awal ana diminta oleh jurulatih Al-Mumtaz agar cabut giliran nombor 4 ke atas dan 8 ke bawah. Takdir Allah mengatur segalanya, Al-Mumtaz dapat nombor 12, giliran terakhir. Serba salah ana nak beritahu jurulatih, yakin dengan ketentuan Allah ana beritahu juga pada mereka. Pada awalnya jurulatih dan Al-Mumtaz sendiri terkejut juga. Terus ana pujuk, "Dah Allah beri kita nombor ni, mesti ada hikmahnya", kata ana. Alhamdulillah, surut juga kebimbangan mereka.

Jam 8.00 malam, 4 pasukan terdekat dengan negeri tuan rumah termasuk Al-Mumtaz bergerak ke Panggung Seri, Ayer Keroh untuk sound check dan rakaman menaiki bas yang disediakan oleh penganjur. Sungguhpun ada sedikit kesulitan dalam perjalanan, semuanya dianggap sebagai cabaran dan pengalaman. Al-Mumtaz ambil giliran kedua. Semuanya berjalan lancar. Hanya melihatkan kedudukan pentas dan kedudukan penonton membuatkan team pengurusan dan kejurulatihan mengubah sedikit gaya persembahan Al-Mumtaz untuk pertandingan nanti.

Balik ke asrama, kami singgah terlebih dahulu di surau SMKASM untuk solat jamak ta'khir berjamaah. Malam itu, team Al-Mumtaz tidur awal. Lebih2 lagi yang kurang sihat. "Moga Allah tentukan yang terbaik buat kita esok", kata hati ana.

Al-Mumtaz sewaktu sound check dan rakaman

Sabtu (27.11.2010 )

Al-Mumtaz bangun seawal jam 5.30 pagi, terus gosok gigi dan berwuduk. "Tak mandi pun takpe", kata ana pada mereka. Siap semuanya, kami terus ke surau. Masih gelap rupanya. Solo Al-Mumtaz, Syed Israfil azan pagi itu. Sambil menunggu jemah lain datang, ana ajak Al-Mumtaz bertadarus. Jam 6.00 pagi kami solat Subuh berjamaah. Selesai solat, Al-Mumtaz ke dorm untuk sambung tidur. Ana terus bersiap untuk ke lokasi pertandingan bersama Cikgu Nazariah dan suaminya, Cikgu Wan Shaifuzan bersama Cikgu Lila Nura (suami isteri ni) untuk menyaksikan 8 pasukan lain menjalani sound check dan rakaman. 7.30 pagi Al-Mumtaz ana kejutkan untuk turun bersarapan. Setelah berpesan kepada mereka agar berehat dan berlatih serta minum air madu di dorm, ana menuju ke dewan Panggung Seri. Syukur ada saudara Najmi selaku pengganti kami untuk bersama dengan Al-Mumtaz. Ditambah dengan kemahiran yang beliau miliki, beliau sememangnya layak menjadi mentor kepada Al-Mumtaz.

Berpeluang menyaksikan pasukan2 lain membuat rakaman dan sound check sedikit sebanyak memberikan team pengurusan dan kejurulatihan Al-Mumtaz bayangan saingan pertandingan tersebut. Sememangnya ada sejumlah pasukan yang kami jangka mampu memberi siangan hebat. Begitupun, ana bisikkan kepada Cikgu Nazariah, "Harap2 Al-Mumtaz dapat buat yang terbaik malam ni kak, selebihnya kita berserah pada Allah". Cikgu Nazariah mengangguk penuh berharap agar Al-Mumtaz memanfaatkan peluang terhidang di hadapan mata.

Kami pulang ke dorm jam 12.30 t/hari. Pada awalnya kami mahu bawa balik makanan tengah hari ke sana tetapi kerana ia agak lewat disediakan, kami ambil keputusan untuk pulang menjemput Al-Mumtaz terlebih dahulu sebelum datang semula ke Dewan Panggung Seri pada jam 1.30 petang untuk makan tengah hari seterusnya mengikuti raptai pertandingan.

Tepat jam 1.30 tengah hari, Al-Mumtaz tiba di Dewan Panggung Seri. LO kami, En. Khidir telahpun menunggu bersama makanan tengah hari. Bertuah Al-Mumtaz punya LO prihatin seperti beliau. Tanpa berlengah, ana bersama Al-Mumtaz menghadap hidangan di khemah bahagian belakang dewan. Nizam (pemain congga) yang baru sahaja diuji dengan demam, makan hanya 2 suap, terus ana beri ubat demam. Sebaik Al-Mumtaz selesai menjamu hidangan tengah hari, sambil kami berbual2 pendek sementara menunggu raptai dimulakan, kami didatangi oleh seseorang. "Ustaz ke?", tanya beliau kepada ana. "Saya", jawab ana ringkas. "Dari mana ni?", beliau menyambung soalan. "Dari Negeri Sembilan", jawab Al-Mumtaz. Terus beliau tanya pada ana, "Kenal saya?". Dengan wajah segan ana menjawab, "Minta maaf, tak perasan la bang". Terus beliau benyambung, "Saya la A. Ali, komposer A. Ali". Terkejut juga ana. Serentak terlintas dalam hati ana, "Bukan ke dia salah seorang hakim malam ni?". "Abang hakim malam ni kan?" tanya ana. "Memang la", jawab beliau. "Cuba nyanyi sikit", kata beliau kepada Al-Mumtaz. Ana minta Syed Israfil mulakan dengan chorus. "Duhai ummah, bangkitlah bangunlah...", Syed Israfil lontarkan vokalnya. Terus disambut oleh penyanyi latar lain hingga sempurna satu rangkap. "Boleh tahan ni", kata beliau. "Alhamdulillah", jawab ana. "Kalau ikut saya, memang sedap ni", kata beliau. "Tapi tak tau la kalau ada yang lebih sedap masa pertandingan malam nanti", sambung beliau. "Takpelah, buat baik2 ye malam ni. Jangan bagi malu Negeri Sembilan", kata beliau. "Oklah ustaz, saya nak keluar ni. Nak pergi makan lauk asam pedas", beliau mohon beransur. Serentak Al-Mumtaz bangun dan bersalaman dengan beliau. Sejurus selepas itu, Al-Mumtaz terus bergerak masuk ke dalam dewan.

Raptai selesai mengikut jadual lebih kurang jam 4.30 petang. Salah seorang kru bahagian rakaman video sempat membisikkan kepada ana beberapa perkara tentang kekurangan Al-Mumtaz dalam persembahan mereka ketika raptai. Segalanya ana ambil dan berbincang dengan Cikgu Yusof untuk tindakan. Terima kasih kepada abang tu yang ana sendiri tak tahu namanya. Terima kasih juga kepada sahabat ana Ustaz Anis (pengurus dan jurulatih pasukan Imtiyaz dari Pulau Pinang) kerana pinjamkan perkusi mereka. Perkusi Al-Mumtaz tinggal di asrama kerana kesilapan komunikasi dengan LO. Kemudian, setiap pasukan beransur ke dorm untuk berehat dan bersiap untuk pertandingan malam nanti. Al-Mumtaz pulang ke dorm setelah singgah ke surau untuk solat jamak ta'khir berjamaah. Naik dorm, Al-Mumtaz diperintahkan sekali lagi untuk tidur. Mungkin masing2 letih, Al-Mumtaz tidur tanpa bantah. Jam 6.30 ana kejutkan Al-Mumtaz untuk mandi dan makan malam. Badan Nizam masih panas. Begitupun, ana beri semangat padanya agar bertahan. Selesai mandi, mereka semua bergerak ke dewan makan untuk makan malam. "Nizam makan buah je Ustaz", kata salah seorang ahli Al-Mumtaz. Bimbang sungguh ana. Cikgu Nazariah berulangkali merapati Nizam dan menggosok2kan badannya memberi semangat. Sesudah Nizam mengambil ubatnya dan yang lain2 makan madu, Al-Mumtaz bersama Najmi bergerak turun dan menaiki bas ke Dewan Panggung Seri. Ana dan guru2 lain menaiki kereta bersama perkusi dan kelengkapan persembahan lain.

Tiba di Dewan Panggung Seri, acara telahpun bermula. Tak sempat masing2 mendapatkan buku program, terus duduk di tempat yang telah ditentukan. Pertandingan berjalan sangat cepat. Maklumlah, hanya 5 minit untuk satu kumpulan. Komen juri hanya setiap kali selepas setiap 3 persembahan. Pada awalnya, team Al-Mumtaz bercadang untuk keluar dan bersiap selepas persembahan ke 6. Memandangkan gaya sampin yang agak sukar untuk dipakaikan, kami buat keputusan untuk keluar bersiap selepas komen juri 3 persembahan pertama. Dalam berdebar, masing2 berpeluh menyiapkan Al-Mumtaz. Yang touch up muka, touch up muka. Yang pakaikan sampin, pakaikan sampin. Brooch (betul ke ejaan ana ni) dah siap dipasang ketika menyaksikan 3 persembahan pertama. Al-Mumtaz selesai bersiap ketika persembahan ke 8, terus mereka warming up dan berlatih. Sebaik habis, mereka terus dipanggil ke belakang pentas untuk bersedia. Sempat juga ana bisikkan pada Nizam yang demam, "Tolong bertahan Nizam, 5 minit je", Najmi turut memberikan kata2 semangat padanya.

Al-Mumtaz melangkah membuat persembahan sebaik sahaja pasukan Selangor selesai beraksi. Ana bersama Najmi dan kru pentas bergerak menyusun perkusi. Selesai perkusi diatur, pemain perkusi terus bergerak masuk diikuti oleh penyanyi latar dan solo. Persembahan Al-Mumtaz pun bermula. Alhamdulillah, mereka lakukan yang terbaik malam ini. Team pengurusan dan kejurulatihan Al-Mumtaz amat bangga dengan mereka, selebihnya terserah kepada Allah. Terkejut besar ana dan jurulatih apabila komen juri amat positif. Pujian diberikan kepada Al-Mumtaz. "Ini hikmah dapat undi terakhir", lintas hati ana. "Syukur padaMU ya Allah". Majlis diteruskan dengan persembahan jemputan daripada kumpulan Nur Bayyati dan Mestica & Bro Dakmie. Kemudian, pengumuman pemenang terus dilakukan, dimulai dengan hadiah untuk Solo Terbaik Lelaki. Amat mengejutkan apabila Syed Israfil, solo Al-Mumtaz diumumkan sebagai pemenangnya. Cikgu Nazariah menangis di sebelah ana. Solo Terbaik Perempuan milik solo dari pasukan Johor. Seterusnya bagi hadiah Persembahan Terbaik, Al-Mumtaz diumumkan sebagai pemenangnya. Kali ini semua ahli Al-Mumtaz naik ke pentas bagi menerima hadiah. Ana menemani Cikgu Yusof yang selama ini banyak membantu tetapi tak pernah tampil ke pentas untuk menerima hadiah dalam mana2 pertandingan. Kemuncak pada malam itu ialah pengumuman tempat pertama, kedua dan ketiga. Al-Mumtaz (NS), Darul Rahman (Selangor) dan An Nur (Kedah) diminta bersedia di atas pentas. Kali ini ana ajak sekali seluruh team pengurusan dan kejurulatihan termasukNajmi bersama2 Al-Mumtaz di atas pentas. Diumumkan terlebih dahulu pemenang tempat ketiga yang jatuh kepada pasukan Kedah. Seterusnya diikuti pengumuman tempat pertama terlebih dahulu. Ketika penonton yang hadir ditanya oleh pengacara majlis, "Siapa juara malam ini?", terdengar di hujung telinga ana sebahagian yang hadir menyebut, "Negeri Sembilan!". Berderau juga darah ana. Namun semuanya terjawab apabila pengacara majlis mengumumkan "AL-MUMTAZ!!". "Alhamdulillah", kata ana dalam hati. Akhirnya Al-Mumtaz diumumkan sebagai juara Bintang Nasyid Mu'min Musim ke-4, 2010. Penantian team Al-Mumtaz sejak tahun 2006 bersaing di peringkat kebangsaan akhirnya membuahkan hasil. Segalanya telah ditentukan oleh Allah.

Al-Mumtaz bersama ana pulang ke dorm menaiki bas lebih kurang jam 12.15 malam. Semua hadiah telah penuh dibawa dengan kereta Cikgu Wan Shaifuzan (ayah Syahid, ahli terbaru Al-Mumtaz). Cikgu Nazariah telahpun balik ke Bahau kerana ingin menghadiri konvokesyen anak perempuan beliau keesokannya. Sampai di SMKASM, Al-Mumtaz terus ke surau untuk solat jamak ta'khir berjamaah. Sungguhpun keletihan, ana ambil sedikit masa untuk berikan tazkirah pada mereka terutamanya tentang syukur kepada Allah, berterima kasih kepada pihak2 yang membantu dan berkorban untuk mereka, tidak sombong, dah sentiasa bergantung dengan Allah dalam mengusahakan sesuatu. Ayat yang dah biasa Al-Mumtaz dengar ialah, "Kemenangan dan kekalahan adalah ujian dari Allah. Kemenangan ialah ujian, sejauh mana kita bersyukur. Kekalahan juga ujian, sejauh mana kita bersabar". Moga pesanan ana tersemat dalam hati mereka. Al-Mumtaz bergerak ke dorm hampir jam 1.30 pagi.

Hadiah Al-Mumtaz memenuhi bahagian belakang NAZA Citra Cikgu Wan Shaifuzan

Ahad (28.11.2010)

Pagi itu Al-Mumtaz ke surau agak lewat, jam 6.15 pagi. Ana sendiri tidur jam 4.00 pagi kerana keluar makan bersama ayah Syahid dan ibunya. Maklumlah, masing2 masih belum makan sejak sebelum pertandingan lagi. Solat berjamaah pertama sudahpun selesai. Al-Mumtaz dan ana berjamaah bersama beberapa orang warga SMKASM yang turut terlewat. Selesai solat, masing2 ke dorm dan sambung tidur sebentar. Jam 7.20 pagi ana kejutkan mereka untuk mandi dan bersarapan. Nizam masih demam, makan bihun 2 sudu terus berlari ke luar kerana muntah. Di dorm, ana terus berikan ubat demam pada Nizam. Sungguhpun demam, dia masih bersemangat untuk mengikuti lawatan bersama rakan2 lain. Peserta BNM di bawa ke Planetarium Melaka dan Ayer Keroh. Lawatan berakhir jam 1.00 petang. Selesai makan tengah hari, lebih kurang jam 3.30 petang Al-Mumtaz bergerak pulang ke NS. Pulang membawa kemenangan. Syukur penjaga Fatir sudi menumpangkan ahli2 Al-Mumtaz pulang dari Melaka. Hujan sekali sekala lebat mengiringi kepulangan Al-Mumtaz ke SKTMS. Kami selamat tiba di SKTMS lebih kurang jam 5.30 petang. Sebahagian ahli Al-Mumtaz dijemput oleh ibu bapa masing2, sebahagian pula ana hantar ke rumah masing2.

Al-Mumtaz bergambar kenangan sewaktu lawatan

Sekian coretan ana tentang pengalaman Al-Mumtaz sepanjang BNM di Melaka. Dah panjang sangat rasanya. Nampak gayanya ana terpaksa sambung entri berkenaan penghargaan kepada pihak2 yang terlibat membantu kejayaan Al-Mumtaz dalam entri yang lain. Bersama entri ini ana masukkan rakaman dari telefon bimbit bersembahan Al-Mumtaz sewaktu pertandingan tersebut.

Sekian. Bersambung...

Monday, November 29, 2010

Al-Mumtaz: Johan BNM Musim ke 4, 2010 Bhg 1



Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua...

Berkira2 juga ana nak tulis entri tentang kejayaan Al-Mumtaz di BNM 2010 baru2 ni. Bukan kerana tak mahu berkongsi pengalaman tetapi bimbang jika coretan ana tak sebagus laporan akhbar. Lagipun, nak bercerita tentang perjalanan 3 hari 2 malam bukannya mudah. Ditambah pula dengan pelbagai insiden yang berlaku membuatkan ana bimbang kalau2 tulisan ana tak lengkap, jauh sekali sesempurna laporan akhbar. Sehingga saat ana menulis entri ini, berita berkenaan kejayaan Al-Mumtaz masih belum lagi disiarkan dalam mana2 akhbar. "Mungkin esok kot...", kata hati ana.

Terfikir juga ana mahu coretkan perkembangan Al-Mumtaz sepanjang berada di Ayer Keroh dalam bentuk travellog seperti yang ana buat sewaktu Al-Mumtaz bertanding di FNK kebangsaan tahun lepas. Malangnya, capaian internet yang terlalu lemah di asrama tempat kami menginap, kesuntukan masa yang menjadi halangan juga, menggagalkan niat ana. Tambahan pula, tiada broadband yang boleh ana pinjam. Untuk entri kali ini, ana akan ceritakan sedikit sebanyak perjalanan Al-Mumtaz sejak mula menyertai pertandingan nasyid sehinggalah berjaya menjuarai BNM 2010 baru2 ini...

Perjalanan dan perjuangan Al-Mumtaz di peringkat kebangsaan bermula dari tahun 2006 lagi. Dari kedudukan terbawah, team Al-Mumtaz berusaha memperbaiki mutu persembahan tahun demi tahun. Dalam usaha ke arah itu, pelbagai dugaan serta rintangan yang di rasai. Air mata dan keringat saban tahun menjadi peneman. Namun Allah Maha Adil, kesabaran dan pengorbanan team Al-Mumtaz tak sia2. Pencapaian Al-Mumtaz semakin meningkat tahun demi tahun. Sungguhpun mendoninasi festival peringkat negeri sejak 2006, di peringkat kebangsaan kemenangan masih belum menyebelahi Al-Mumtaz. Sehinggalah pada tahun 2009 apabila Al-Mumtaz berjaya menjadi Naib Johan FNK peringkat kebangsaan, ketika itu team Al-Mumtaz mula menyedari bahawa tahun 2010 tak mustahil menjadi milik Al-Mumtaz.

Dalam team Al-Mumtaz memasang azam untuk mencapai kejayaan pada tahun 2010, hampir saja ianya terkubur apabila dimaklumkan bahawa FNK tidak dapat dijalankan kerana kekurangan perbelanjaan. Namun, segalanya kembali segar apabila dijemput menyertai BNM yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi pada bulan April yang lalu. Tanpa berlengah, segala persiapan dibuat. Meskipun 90% ahli Al-Mumtaz akan menduduki UPSR, masa dibahagi dengan sebijaknya. Alhamdulillah, BNM Peringkat Negeri Sembilan menyebelahi Al-Mumtaz.

Selepas kejayaan di peringkat negeri, untuk seketika latihan hanya dibuat hanya sekali seminggu memandangkan UPSR semakin hampir. Kesempatan itu diambil oleh team jurulatih dan pengurus untuk merencana ladual latihan selepas UPSR dan menambahbaik lagu yang akan dibawa di peringkat kebangsaan nanti. Seusai UPSR, latihan dimulakan. Al-Mumtaz mohon agar dikecualikan dari program selepas UPSR untuk menjalani latihan. Dengan bimbingan berterusan daripada Cikgu Yusof dan Cikgu Nazariah, Al-Mumtaz tidak menoleh ke belakang lagi. Meskipun kadangkala terzahir riak kebosanan dan tekanan di wajah ahli2 Al-Mumtaz, pihak pengurusan dan kejurulatihan senantiasa bersama mereka memberikan kata2 semangat dan perangsang agar terus fokus dan memberikan yang terbaik.

Dalam membuat persediaan berbentuk latihan mahupun persembahan di sekolah, Al-Mumtaz sebenarnya ternanti2kan jemputan untuk mengadakan persembahan di mana2 majlis mahupun program luar dari SKTMS. Antara objektifnya ialah untuk memberikan pendedahan kepada Al-Mumtaz berkenaan suasana mengadakan persembahan di majlis2 besar yang dihadiri sejumlah besar orang ramai. Ini dapat melatih mereka untuk membiasakan diri dengan 'crowd' yang ramai dan pentas yang besar. Dalam pada itu, jemputan2 luar juga boleh membantu Al-Mumtaz menjana kewangan untuk menampung perbelanjaan ke perigkat kebangsaan. Walaupun tidak banyak, beberapa jemputan persembahan di beberapa majlis sebelum ke Peringkat Akhir BNM 2010 sudah cukup buat Al-Mumtaz.

Al-Mumtaz mengadakan persembahan di Majlis Penutup Program Kem Bina Juara Daerah Jempol Jelebu

Cabaran lebih getir dirasakan apabila kewangan PIBG agak tidak mengizinkan berbanding tahun2 lepas. Jika kebiasaannya sebahagian besar persediaan Al-Mumtaz ditampung hampir sepenuhnya oleh PIBG, tahun ini sebaliknya. PIBG hanya mampu memberikan saguhati kepada Al-Mumtaz disamping sejumlah lagi untuk membantu menampung persediaan fizikal Al-Mumtaz. Masakan tidak, perbelanjaan persediaan fizikal ke peringkat kebangsaan setiap tahun pasti melebihi RM 2000. Untung Kelas Agama Petang (KAP) dan Kedai Buku SKTMS sudi membantu menyumbang setakat yang perlu.

Al-Mumtaz ketika membeli-belah untuk persediaan ke peringkat akhir

Menjelang Pertandingan Akhir BNM, team Al-Mumtaz giat menjalankan persediaan sebaik mungkin. Saat ini, muncul saudara Najmi (bekas solo Al-Mumtaz, kini belajar di SBPI, Jempol). Peranan yang beliau mainkan sememangnya tidak dapat dinafikan. Dengan kemampuan vokal dan kemahiran harmoni yang baik serta penguasaan memainkan perkusi, beberapa ruang harmoni diperbaiki, lenggok solo juga dipertingkatkan, tidak kurang kemahiran bermain perkusi turut beliau mantapkan. Pendek kata, lagu Nur Al-Quran yang dibawa oleh Al-Mumtaz di peringkat negeri menjadi amat berbeza baik dari segi persembahan, kualiti permainan perkusi, mahupun kemahiran solo dan penyanyi latar mengalunkan harmoni mereka. Segalanya mengambil kira nasihat yang diberikan oleh juri di peringkat negeri, termasuk juga saranan mereka melalui blog Fenomena Nasyid yang kerapkali ana lawati.

Saat2 akhir, beberapa hari sebelum ke Melaka adalah waktu yang paling mendebarkan. Ketika latihan secara intensif dijalankan sejak awal cuti akhir tahun, ditambah dengan cuaca yang kerapkali hujan, perkara yang amat team Al-Mumtaz bimbangkan akhirnya datang juga. Beberapa orang ahli Al-Mumtaz diserang demam, batuk mahupun selsema. Solo Al-Mumtaz, Syed Israfil juga mengalami batuk dan selsema. Berulang alik ana ke klinik mendapatkan bekalan ubat buat mereka. Manakan tidak, pertandingan akhir tak sampai seminggu lagi, hanya doa yang tak putus2 kepada Allah team Al-Mumtaz panjatkan agar segalanya berjalan dengan baik.

Insya Allah, dalam entri seterusnya, ana akan kongsikan pengalaman sepanjang team Al-Mumtaz berada di Melaka termasuk penghargaan buat insan2 hebat yang membantu Al-Mumtaz hingga berjaya mencapai kejayaan seperti hari ini.

Wassalam. bersambung....

Sunday, November 14, 2010

Entri Buat Kelahiran Pertama j-QAF SKTMS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, penguasa sekalian alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, sahabat2 dan hamba Allah yang menuruti jalan Baginda serta penerus perjuangan membela agama Allah di muka bumi ini. Adapun selepasnya,

Assalamualaikum anak2 semua...

Entri ini ditulis kerana merasakan ustaz perlu sedikit sebanyak meninggalkan pesan buat antum semua, lebih2 lagi mengenangkan antum semua bakal meninggalkan SKTMS tak lama lagi. Ustaz harap apabila antum berada di luar nanti, sematkanlah pesanan ustaz ini buat bekalan antum meneruskan hidup selagi dipinjamkan nyawa oleh Allah. Andaikata satu ketika kelak antum tergelincir dari jalan Allah, pulanglah kembali dengan merujuk kepada ustaz mahupun rakan2 pendidik yang lain. Ketahuilah bahawa kami akan sentiasa menerima antum selagi antum memerlukan kami walaupun antum bukan lagi anak didik kami.

Mungkin antum tak sedar, antum membesar sejak berumur 7 tahun di hadapan mata ustaz dan guru2 jQAF lain. Hingga kini antum semua telah pun berumur 12 tahun. Terlalu banyak kenangan yang tak mampu ustaz ceritakan di sini. Hanya beberapa pesanan yang dapat ustaz tinggalkan:

I. Ingat Allah, taati perintahNYA jauhi laranganNYA

Allah pencipta kita, DIA Maha Tahu segala yang baik untuk kita. Disamping penciptaan kita melalui ibu dan bapa kita, Allah telah sediakan panduan buat kita melayari hidup di dunia ini. Ingatlah, mengikuti panduan Allah bermakna kita menempah syurgaNYA, mengingkari panduan Allah hanya menjanjikan azab siksa Allah yang amat pedih di Akhirat nanti. Mencari panduan? Dapatkannya daripada ustaz mahupun ustazah disekeliling antum, membaca juga boleh membantu.

II. Hormati ibu, ayah, guru2 dan orang yang lebih tua

Tanpa ibu dan ayah, antum bukan siapa2. Antum entah di mana. Kalau lahir pun entah anak siapa, entah agama apa, entah di mana. Jadi, syukuri kewujudan mereka. Hargai mereka sementara mereka masih hidup, sentiasa doakan mereka. Satu ketika nanti bila mereka dah tiada, pasti antum akan menyesal. Guru2 adalah insan kedua yang paling rapat dengan antum selepas ibu dan ayah. Mereka adalah sebahagian dari dunia antum sepanjang 6 tahun antum berada di sekolah. Ilmu dari mereka tidak ternilai. Hargailah mereka, doakan mereka tiap kali lepas solat, ucapkanlah salam tiap kali berjumpa di mana2.

III. Menjaga aurat

Antara perkara yang amat ustaz risaukan tentang antum ialah dari hal menjaga aurat. Perkara ini ustaz perhatikan sejak dari antum masih belajar di SKTMS. Menjaga aurat adalah salah satu kewajipan yang Allah tentukan buat hamba2NYA. Jagalah aurat mengikut kehendak Allah, bukan ikut ikutan. Bimbang benar ustaz melihatkan fesyen bertudung zaman sekarang yang amat jauh dari kehendak Allah. Ingatlah, cara berpakaian juga melambangkan hati dan keimanan kita. Hanya Allah yang tahu remuknya hati ustaz setiap kali melihat ada antara antum yang gagal menutup aurat dengan baik.

IV. Memilih kawan

Perkara ini juga perlu diambil berat. Ustaz sedar, dalam umur awal dewasa keinginan berkawan amat tinggi. Ingin ustaz tekankan bahawa memilih kawan biarlah dengan timbangan iman. Kawan yang baik ialah kawan yang bila kita ingat pada dia, dia akan membuatkan kita ingat pada Allah. Dia juga mampu membetulkan kita bila kita buat salah mahupun dosa dan mengingatkan kita akan kewajipan kita kepada Allah. Kawan yang hanya berkawan tanpa menegur atau menasihati kita bila kita buat dosa adalah kawan yang tidak baik dan hanya akan lebih menjauhkan kita dari mengingati Allah.

V. Sentiasa bersungguh2 mencari ilmu

Menuntut ilmu adalah satu kewajipan buat kita semua sejak lahir hinggalah menghembuskan nafas yang terakhir. Pesanan ustaz, tuntutlah ilmu dengan bersungguh2. Ini kerana pahala menuntut ilmu amat besar di sisi Allah selagi antum ikhlas dan bersungguh2 melakukannya. Carilah ilmu sebanyak mungkin. Ustaz doakan kejayaan antum.

VI. Membaca Al-Quran setiap hari

Al-Quran mempunyai peranan yang amat besar dalam hidup setiap orang Islam, begitu juga antum. Bacalah Al-Quran setiap hari, manfaatkanlah ia sebagai penawar penyakit mahupun dalam mencari ketenangan hati. Jika berkesempatan, bacalah buku2 tafsir Al-Quran agar antum akan lebih perintah dan larangan Allah.

Kalau nak diikutkan, masih terlalu banyak yang ingin ustaz coretkan di sini. Begitupun, ustaz harap kita akan terus berhubung terutamanya melalui FB mahupun blog ini. Ustaz akan terus doakan antum agar berjaya dalam hidup.

Wassalam.

Friday, October 29, 2010

PIALA MALAYSIA & HARI KELUARGA SKTMS 2010

Assalamualaikum semua...

Moga antum senantiasa dipelihara Allah dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Bagi ana, hujung tahun ini tak jauh berbeza sibuknya berbanding tahun2 lepas. Hanya ditambah dengan beberapa tugasan luar sekolah menjadikan ana makin terkejar2 menyelesaikan urusan sekolah sedia ada.

Tanggungjawab yang baru ana galas sebagai JU Tambahan Bahasa Arab untuk NS sekembalinya ana dari berkursus di Melaka baru2 ini menuntut ana benar2 memahami kandungan KSSR dan kaedah pelaksanannya. Tambahan pula nak beri penerangan pada guru2 lain, pada ana satu tanggungjawab yang mencabar. Dalam kesibukan menyelesaikan urusan di sekolah terpaksa curi2 juga masa untuk buat ulangkaji.

Al-Mumtaz pula semakin mendekati tarikh pertandingan peringkat kebangsaan yang tak sampai sebulan. Dengan sumber kewangan yang amat terbatas, tak seperti tahun2 sebelum ini buatkan ana sedikit runsing. Sumber PIBG juga tak mencukupi. Hanya berharap kepada sumbangan luar, moga pihak2 berkenaan sudi membantu. Belanja ke peringkat kebangsaan bukan sedikit, persediaan fizikal juga perlu diuruskan. Untung kedua2 jurulatih Al-Mumtaz tetap bersemangat melatih sehingga mereka sedikit demi sedikit menunjukkan peningkatan. Terima kasih tak terhingga kepada Kak Nazariah dan Abang Usop. Insya Allah, apapun keperluan dan cabarannya akan kita harungi bersama.


Perlawanan Akhir Piala Malaysia tahun ini berkebetulan dengan Program Hari Keluarga sekolah ana. Kami akan ke Cherenginhills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang. Satu2nya hotel di Janda Baik. Kebetulan keluarga sahabat baik ana yang empunya hotel tu. Disebabkan harganya yang amat berpatutan menjadikan rancangan asal kami untuk adakan Hari Keluarga di Melaka bertukar tempat. Alhamdulillah, daripada respon rakan2 guru rata2 mengatakan perbelanjaan Hari Keluarga tahun ni antara yang termurah dalam sejarah sekolah kami. Penyertaan juga kalau tak silap ana paling ramai setakat ini. Paling menarik, Hari Keluarga yang biasanya diraikan di kawasan pantai akan berubah ke kawasan pinggir tanah tinggi. Disamping itu, kedudukan Janda Baik yang dekat dengan beberapa tempat menarik lain juga merupakan faktor bertambahnya bilangan keluarga yang menyertai. Genting Highlands, Bukit Tinggi dan Bandaraya Kuala Lumpur hanya memakan masa tak sampai 1 jam. Insya Allah, dalam entri akan datang ana akan ceritakan lebih terperinci tentang hotel tersebut.

Disebabkan perselisihan Perlawanan Akhir Piala Malaysia dan Makan Malam Hari Keluarga tak dapat dielakkan, kami mengambil keputusan untuk minta ruang daripada pihak hotel untuk pasang LCD. Sambil makan2 boleh tengok bola. Sungguhpun beberapa masalah timbul, ana harap hajat kami akan jadi kenyataan juga malam nanti.

Begitupun, ana sendiri rasa agak berdebar menantikan respon guru2 lain sebaik berada di sana mahupun selepas pulang nanti. Biasalah, sebarang kekurangan, tak banyak sedikit pasti akan mentempiasi orang yang mencadangkan tempat tu, ana la. Hotel tu pun baru 2 bulan beroperasi, memang ada sedikit sebanyak kelengkapan dan kemudahan tambahan yang masih belum betul2 sempurna. Buat guru2 SKTMS, ana harap antum berpuas hati bila sampai ke sana nanti. Semoga Hari Keluarga tahun ni akan makin mengeratkan ukhuwah sesama kita. Hobin jang Hobin, Gomo kelate 'go more'...

Sekian buat kali ini. Wassalam.

Friday, October 22, 2010

KBSR kepada KSSR, 2011


Assalamualaikum sahabat2 semua...

Semoga antum diberkati dan dinaungi rahmat Allah setiap masa.

Sekian lama tak menulis entri, Alhamdulillah kali ini berkesempatan juga mencatatatkn sesuatu. Untuk kali ini ana sekadar ingin berkongsi pengalaman ana mengikuti kursus yang ana hadiri baru2 ini.

Kursus Penyebaran KSSR Tahun 1, 2010 Untuk JU Tambahan Bagi MP Bahasa Arab Zon Tengah, diadakan di Hotel Ancasa, Melaka, bermula 20-22 Oktober 2010. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta tentang pelaksanaan subjek Bahasa Arab bagi tahun 2011 yang sekaligus akan berperanan di peringkat negeri masing2 untuk memberi penerangan kepada guru2 yang akan mengajar subjek Bahasa Arab Tahun 1 bagi tahun 2011 tahun hadapan.

Antara topik yang diketengahkan ialah:

1. KSSR tahun 1 Bahasa Arab 2011
2. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
3. SP & HSP Bahasa Arab Tahun 4 (2011)
4. PKSR 2011
5. P & P berkesan berasaskan HSP/DS (dokumen standard)
6. Lughatul Fasli
7. Modul Transisi tahun 1
8. Kaedah penilaian dalam kelas

Subhanallah, semakin kita belajar sesuatu semakin banyak yang kita tak tahu. Begitu juga ana, semakin diberi penerangan, semakin banyak yang ingin kita ketahui. Lebih2 lagi mengenangkan tugasan untuk memberi penerangan kepada guru2 lain selepas ini, pastilah persediaan perlu dilakukan terutamanya dari segi pemahaman terhadap semua topik yang dibentangkan untuk disebarluaskan nanti.

Alhamdulillah, ana dipertemukan (ditakdirkan sebilik) dengan salah seorang insan berpengalaman dalam dunia j-QAF, saudara Mior Syazril. Sememangnya pertemuan itu telah lama kami nantikan sejak kali terakhir sewaktu temuduga pemilihan ke Oman dahulu. Kesempatan bertemu beliau selama 3H2M pada ana terlalu singkat. Terlalu banyak yang masih ingin ana tanyakan, masih banyak yang ingin ana pelajari dari beliau, masih banyak cerita yang ingin dikongsikan. Namun, persetujuan dicapai agar proses bertukar2 maklumat dan penyampaian ilmu akan berterusan melalui pelbagai medium perhubungan masa kini.

Agak runsing juga mengenangkan Peperiksaan Akhir Tahun yang akan berjalan minggu depan. Menanda kertas, ujian lisan, eLAPORAN, Hari Anugerah Kecemerlangan, termasuk juga Peperiksaan Akhir Tahun KAP. Pada masa yang sama juga, perluasan maklumat tetap perlu dilakukan meskipun sesi persekolah hampir tiba ke penghujungnya. Jika tidak, KSSR pasti gagal dilaksanakan oleh guru2 Bahasa Arab yang mengajar Tahun 1 tahun hadapan. Jutaan terima kasih buat Ust. Hafaizah yang sudi gantikan kelas KAP ana sekaligus menanda kertas peperiksaan sepanjang ana berkursus (hujung bulan kita kira ye). Buat guru yang dapat relief kelas ana juga ana ucapkan terima kasih.

Semoga segalanya berjalan dengan baik. Buat rakan2 guru, manfaatkan baki hari persekolahan tahun ini untuk menyelesaikan semua tugasan yang diberikan kepada kita. Moga kita digolongkan Allah dalam golongan hambaNYA yang menunaikan amanah dengan sedaya upaya dan ikhlas keranaNYA. Ana selitkan gambar ana bersama saudara Mior yang ana ambil dari FB beliau.

Sekian buat kali ini. Wassalam.

Sunday, October 17, 2010

DIRIKU KINI...

Assalamualaikum rakan2 semua...
Ana doakan antum berbahagia, ceria dan bersemangat disamping keluarga dan tugasan seharian. Bagi anaama dan warga SK Tunku Muda Serting, kami cuti hari ni. Cuti Peristiwa sebab dari hari Jumaat petang sampai semalam dah berkampung di sekolah menjalankan Program Kursus Tarbiyyah dan Motivasi untuk murid2 tahun 6. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Terima kasih dan penghargaan buat guru2 termasuk guru2 Kelas Agama Petang atas bantuan dan kerjasama hebat yang antum semua berikan.

Ketika entri ini ditulis, ana berada di luar rumah. Santai2 atas buai sambil online dengan netbook 1Malaysia yang baru dapat minggu lepas. Memerhatikan rumput dalam kawasan rumah yang semakin subur meninggi sejak kali terakhir ana potong sebelum raya dulu. Kawasan luar pula dah macam hutan dara, hutan kemuncup la. Rasanya nak manfaatkan cuti hari ni untuk selesaikan 2 kawasan tu. Insya Allah...

Menjelang cuti hujung tahun, seperti biasa pasti takkan ada guru yang relax, semuanya sibuk. Begitu jugalah dengan ana. Dengan persediaan Peperiksaan Akhir Tahun subjek Bahasa Arab, dah exam nanti nak kena setel lisan pulak. e-LAPORAN yang dah mula berjalan. Persediaan Hari Anugerah juga bagi ana selaku Bendahari PIBG dah mula ana gerakkan. Peperiksaan Kelas Agama Petang, kalau tak silap ana esok dah mula. Filing Kokurikulum selepas kehadiran pemantau dari PPD dan JPN sebulan lepas pun tak tak berusik lagi. Mujur GPK KO ana dah mula ansur buat penambahbaikan. Al-Mumtaz semakin mendekati pertandingan peringkat kebangsaan, bajet untuk persediaan masih belum mencukupi. Surat mohon sumbangan masih belum berbalas. SKT esok nak kena hantar, belum buat pun lagi. Malam nanti kot...

Macam manapun sibuk kita, segalanya tanggungjawab dan tugas perlu kita laksanakan semampu dan terbaik mungkin. Bagi ana, kesibukan melatih kita menguruskan masa dengan baik. Cuma kadang2 bila terlalu sibuk, masa untuk anak2 dan isteri pun dah terambil untuk siapkan kerja. Untung zaujah memahami keadaan ana, walaupun ada ketikanya dia meluahkan rungutan. Ana faham, Insya Allah cuti sekolah nanti walid bawa korang semua jalan2 puas2.

Oklah, elok ana berhenti setakat ni dulu. Sarapan pun zaujah dah siapkan. Nak bersarapan dulu.

Wassalam.

Monday, October 4, 2010

KEBENARAN: Teori Peredaran Zaman


Assalamualaikum semua...

Setiap kali ana menulis entri baru, terdetik benar hati ana bahawasanya dah kurang sangat ana masukkan entri terbaru. Macam2 la alasan yang muncul. Walaubagaimanapun, ana sentiasa mengikuti blog rakan2 bloggers yang lain cuma kurang berkesempatan untuk muatkan entri terbaru. Insya allah, dengan perkembangan terbaru sekarang ini ana akan usahakan untuk lebih kerap masukkan entri terbaru.

Kalau nak diikutkan, terlalu banyak perkara yang mahu ana ceritakan. Bermula dari pengalaman berhari raya di Kelantan, beberapa program sekolah dan pengalaman peribadi. Mungkin juga disebabkan kewujudan FB yang saban hari semakin memamah masa ana yang sedia tak berapa banyak. Begitupun, melalui FB jugalah banyak isu2 yang boleh diketengahkan untuk sama2 kita fikirkan.

Berkenaan tajuk entri ana kali ini, kebetulan pada hari Rabu lepas salah seorang murid tahun 6 bertanyakan tentang perkembangan zaman pada ana. Antara yang dikemukakan pada ana termasuklah isu yang mana dulu, zaman dinasour atau zaman Rasulullah. Kalau zaman Rasulullah dah pakai baju, kenapa wujud orang zaman batu yang tak pakai baju. Ana jawab kedua2nya perlu dilihat dari perspektif berbeza. Zaman Rasulullah kita lihat dari sudut agama bersandarkan Al-Quran dan Hadis sedangkan Zaman Batu hanyalah bersandarkan kajian dan penemuan yang membawa kepada kesimpulan berdasarkan pandangan manusia sendiri yang boleh jadi betul, boleh jadi salah.

Kuasa Allah menentukan segalanya. Menjelang petang, salah seorang friends FB ana masukkan berita atau maklumat berkenaan persoalan tersebut. Alhamdulillah, tayangan di atas benar2 menjawab persoalan anak murid ana.

Moga kita sama2 mendapat manfaatnya. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Wallahu a'lam.

Wednesday, August 25, 2010

DUIT RAYA 2010: RM500



Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua...

Ana doakan antum semua dinaungi rahmat dan peliharaan Allah sentiasa. Lebih2 lagi di bulan yang paling Allah muliakan ini, tentu sangat ditunggu2 oleh hamba2NYA yang mengharapkan redha dan kebahagiaan di Akhirat kelak.

Pastinya setiap dari kita mengharapkan Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lepas. Begitu juga ana, sangat berharap dan berazam untuk memperbaiki dan menambahbaik amalan sepanjang Ramadhan berbanding tahun2 lepas. Moga azam dan niat kita dipermudahkan Allah seterusnya menjadi kenyataan. Insya Allah...

Dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab seharian, dalam berusaha memperbaiki amal ibadah semampu mungkin, terkilan juga ana dengan tindak tanduk sebahagian besar umat Islam di negara kita. Semakin ke penghujung Ramadhan, amal ibadah makin dilupakan. Semakin mendekati Syawal, mereka dilekakan dengan persediaan Hari Raya hingga kelebihan 10 akhir Ramadhan tenggelam dalam persediaan dan cerita2 tentang hari raya. Kadang2 sakit hati juga bila mendengarkan lagu raya yang berkumandang. Entahlah, mungkin mood raya seperti zaman kanak2 dan remaja dahulu dah takde lagi @ dah berkurang dalam hati ana. Sebaliknya berusaha memenuhi 10 malam terakhir dengan amal ibadah dan iktikaf di masjid sebanyak mungkin yang menjadi buruan. Moga dipermudahkan Allah...

Bercerita tentang bantuan khas kewangan daripada kerajaan kepada semua penjawat awam sebanyak RM 500. Berapapun yang diberikan perlulah disyukuri oleh semua pihak. Pada ana berapa banyak pun yang diberikan oleh kerajaan saban tahun, jumlah itulah yang akan ana gunakan buat hadiah kepada anak2 saudara, murid2 dan kanak2 yang bertandang ke rumah ana sebagai duit raya. Lebih banyak diberikan oleh kerajaan, lebih banyaklah peruntukan buat mereka. Sungguhpun duit raya buat mak abah dan ibu mertua serta semua mak saudara ana gunakan duit ana sendiri, jika pemberian kerajaan lebih banyak lagi maka pasti duit raya buat mereka juga bertambah.

Bercakap tentang duit raya pula, bukanlah bermakna kita menggalakkan kanak2 meminta2 duit daripada orang lain sebagai upah bersalaman atau ganjaran mohon maaf, tetapi sebagai hadiah buat mereka sambil memberikan sedikit motivasi agar rajin belajar, solat dan mentaati ibu bapa. Seperti juga ana masa kecil2 dulu, amat menghargai, mengingati dan menyukai siapa2 yang rajin bagi hadiah duit terutamanya semasa hari raya. Bukan mengajar atau diajar agar bersifat materialistik tetapi begitulah naluri kanak2. Kini, sebagai seorang 'bekas' kanak2 rasakan perlu juga untuk ana buat begitu. Walaupun dunia sudah berubah, kepentingan wang tak dapat kita sangkal.

Apapun, berapapun, bila2pun hadiah ni boleh diberikan, bukan hanya terhad kepada hari raya. Ini kerana memberi hadiah dan bersedekah merupakan salah satu amalan sunat yang amat digalakkan dalam Islam.

Buat bakal2 penerima hadiah duit raya dari ana, harap sudi2lah terima duit raya dari ana hari raya nanti. Banyak atau sedikit telah ana beritahu tadi, bergantung kepada bonus atau bantuan khas kewangan daripada kerajaan. Pendek kata, banyak kerajaan beri, banyak jugalah peruntukan untuk korang nanti. Mungkin lebih ramai yang akan merasainya, mungkin tak ramai tapi jumlahnya besar sedikit.

Semoga Allah teguhkan hati kita untuk teruskan beramal ibadah menjelang 10 akhir Ramadhan beberapa hari lagi. Ana doakan kita semua tidak dilalaikan oleh lagu2 raya, iklan2 raya mahupun cerita2 raya sebaliknya lalai dan hanyut dengan zikir kepada Allah sepanjang masa, banyak bertilawah dan bertadarus serta melakukan amalan sunat sepertimana dilakukan oleh Baginda s.a.w. sepanjang hayat Baginda.

Salam 10 akhir Ramadhan, salam Lailatul Qadar dari ana. Wassalam.

Thursday, July 29, 2010

IMAM MUDA: Anda pilih siapa?



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Ana doakan antum bahagian dan ceria disamping keluarga dan kerjaya. Moga Allah limpahi dengan keberkatan seiring berlalunya Rejab, melalui Sya'ban dan hadirnya Ramadhan untuk kesekian kalinya tahun ini. Ringanlah hendaknya lidah kita berdoa dengan doa yang kerapkali dibaca oleh Baginda s.a.w iaitu:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, berkatilah kami di bulan Rejab, berkatilah kami di bulan Sya'ban dan panjangkanlah umur kami hingga ke bulan Ramadhan.

Dah lama betul tak menulis sejak entri terakhir ana tentang pengalaman ana menunaikan umrah pada cuti pertengahan penggal yang lepas. Nak kata sibuk sangat tu takdelah sangat, cuma menyudahkan tugasan2 sedia ada dan sedikit2 ringankan tangan untuk ceriakan sekolah.

Pasti ramai yang setiap malam menonton Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang sedang berlangsung sekarang. Kebetulan juga, program Imam Muda sampai ke kemuncaknya malam ini. Ana terpanggil untuk menulis tentang program tersebut.

Program realiti pertama di dunia dalam usaha mencari calon Imam terbaik. Bukan hadiahnya yang perlu diberi perhatian tetapi pengisian program tersebut perlu dihayati oleh bukan sahaja peserta, tetapi juga imam2 sedia ada di seluruh negara. Ini kerana peranan imam perlu diperluaskan. Mentaliti tugas imam hanya melibatkan nikah kahwin, lahir mati, solat dan kenduri perlu dikikis.

Hakikatnya tugas imam meliputi seluruh aspek kehidupan masyarakat dalam kariahnya. Keruntuhan akhlak, maksiat, kesedaran, ilmu fardhu ain dll juga perlu diambil berat. Dengan hakikat tanggungjawab yang sebegitu luas, mahu tak mahu seseorang imam perlulah bertenaga, mudah mesra, mahir kaunseling dan pandai berhujah mahupun berceramah kepada tak kira kepada kaum muda mahupun golongan berumur.

Siapapun juaranya, program sebegini sememangnya perlu diteruskan dan pada masa yang sama program2 dakwah perlu diperbanyakkan. Masyarakat terlalu hanyut dengan lambakan program hiburan yang melalaikan hasil 100% cedokan Barat. Moga Allah titipkan idea buat mereka yang bergiat dalam bidang penyiaran di negara kita untuk cenderung memilih dan menghasilkan rancangan yang baik, seiring dengan kehendak Islam. Pada pengamatan ana, masih banyak lagi program2 yang baik berunsurkan dan menonjolkan nilai2 keislaman boleh diketengahkan. Tak salah cedok program Barat tetapi kita adun semula sesuai dengan Islam. Soalnya, mahu atau tak mahu...

Bergiat dalam bidang penyiaran seumpama menanam padi. Satu program yang baik pasti akan menghasilkan penonton yang berkeinginan untuk berubah ke arah kebaikan. Pahala kepada orang yang menghasilkannya serta semua kru2 yang terlibat pasti berganda. Begitu juga sebaliknya. Nauzubillahi min zaalik...

Pun begitu, timbul juga sedikit kecewa di hati ana mengenangkan rancangan Imam Muda disiarkan serentak dengan Akademi Al-Quran, lebih kecewa apabila tarikh, masa dan tempat final juga tak diubah. Dalam keadaan masyarakat kita kekurangan program2 yang baik, bila ada pun disiarkan serentak. Amat malang bagi umat Islam jika program2 sebegini, penyiar mahupun syarikat penyiaran masih mementingkan dan memikirkan tentang rating penonton.

Buat sahabat2 yang menonton, selamat menonton ana ucapkan. Kepada yang sudah berkeluarga, tontonlah bersama keluarga anda. Jadikanlah calon2 Imam Muda sebagai role model buat anak2 antum terutamanya kepada yang ada anak lelaki. Buat Muslimah yang masih single, inilah kriteria calon suami yang patut antunna minta dari Allah. Moga Allah berkati kita semua. Jumpa lagi dalam entri akan datang...

Wassalam.

Sunday, July 4, 2010

Coret2 Musafir Ila Haramain 2010


Assalamualaikum...

Ana doakan antum sentiasa dinaungi rahmat Allah. 3 minggu selepas ana pulang dari menunaikan umrah, barulah rasanya berpeluang menulis. Bukan apa, menguruskan tugas yang tertinggal sedangkan orang lain telahpun seminggu memulakannya membuatkan ana terkejar2 dalam ketinggalan. Hari ini ana kuatkan juga hati untuk menulis. Kebetulan ana ke sekolah atas sedikit urusan kawangan PIBG.

Nak diceritakan secara terperinci alamat tak habis cerita la. Begitupun ana akan ceritakan sedikit berkenaan kenangan berharga sepanjang musafir ana bersama zaujah, anak yang kecil dan adik perempuan ana ke sana.

i. Cuaca

Kepada yang berpengalaman ke sana waktu pertengahan tahun pasti akan merasai bahang musim panasnya. Rezeki ana ketika pergi kali pertama dulu juga dalam musim panas. Kalau dah musim panas, mestilah panas kan? Sedangkan ke masjid sebelum Subuh lebih kurang jam 2.30 pagi (waktu Subuh di sana jam 4 pg) pun bahangnya macam tengah hari di sini. Gelap memanglah gelap tapi dah musim panas, harung jugak la. Inikan pula kalau ke masjid untuk solat Zuhur. Pehhh... memang mencabar. Ana pun dah macam pempuan Turki, jalan nampak spek je. Lain semua tutup. Itu belum cerita kalau puasa sunat, lagi mencabar. Ana berpeluang berpuasa sunat 1 Rejab, rasa macam nak berbuka sangat dah tapi tahan jugak. Iktikaf di masjid nak baca al-Quran pun rasa tak larat. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan juga untuk ana sempurnakan puasa hari tu. Bila berada di sini, terasa selesa benar bila buat puasa sunat. Mungkin Allah dah tunjukkan jalannya buat ana agar rajin berpuasa sunat. Isnin seterusnya dan hari2 berikutnya ana pasang strategi, kalau puasa ana akan banyak habiskan masa di kawasan berhawa dingin, kalau solat waktu siang juga ana akan berada di situ. Tapi kalau tak puasa ana iktikaf je di kawasan binaan lama depan Kaabah tu. Kalau panas, teguk je air zam2. Berbeza di Masjid Nabawi, keseluruhan bangunan masjid tu berhawa dingin.

ii. Kemanisan Beribadah

Kalau dah ke sana kerana bercuti dan atas tujuan nak beribadah, apa lagi yang kita nak buat. Manisnya iktikaf di 2 masjid paling mulia di muka bumi. Manis bertilawah, manis bersolat sunat, manis berzikir, manis berqiamullail, manis bertaarruf dengan bangsa lain dari serata dunia, manis segala2nya. Memang tak dapat nak buat macam tu kalau berada di tanah air Malaysia. Rasa macam nak berada di sana sampai bila2 tapi nak buat macam mana, tempat kita bukan di sana. Nama pun berziarah, kena la balik.

iii. Pembangunan Masjidain Haramain dan sekitarnya

Seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang yang baru pulang dari sana. Setahun sahaja berselang kita menziarahi Masjidain Haramain, pastinya banyak perubahan yang akan kita saksikan terutamanya di kawasan sekitar Masjidain Haramain. Setiap inci tanah sekitar dan berdekatan dengan Masjidain Haramain pasti dibangunkan. Hatta bukit batu setinggi manapun dipecahkan dan diratakan untuk binaan. Kebanyakannya hotel. Pada ana, pembangunan tersebut juga sedikit banyak menyumbang kepada kenaikan kadar kepanasan di sana. Cuaca dah memang panas, ditambah dengan habuk dan debu, sesekali angin kuat melanda membawa habuk dan debu. Rasa macam berada dalam ribut pasir pulak. Penghawa dingin hotel dan bahang dari kenderaan yang banyak juga sedikit sebanyak menjadikan suhu di Haramain semakin agak panas. Moga semua tu tak jadi alasan buat jemaah2 yang pergi ke sana untuk hanya berada dalam bilik hotel atau menghabiskan masa bershopping di shopping2 komplek sekitar Masjidain Haramain. Maklum la, shopping komplek kan ada penghawa dingin...

iv. Makanan

Bagi orang yang macam ana ni, kurang memilih makanan pasti tiada masalah buat mereka menyesuaikan diri dengan makanan di sana. Biasanya makanan dihidangkan dalam bentuk buffet. Rezeki antum jika dapat hotel yang siap dengan dewan makan, seringkali juga ia dihidangkan di korridor hotel dan antum terpaksa makan dalam bilik masing2. Tapi semua tu biasa, kerana kehadiran kita bukan nak makan sedap2. Kita datang untuk habiskan masa berada dalam Masjid, beriktikaf dan mendekatkan diri dengan Allah. Makanan hanya perkara kecil. Tukang masak biasanya orang Indonesia, tokey catering tu pun biasanya orang Fattani. Masakannya tak jauh berbeza dengan masakan kita. Lain sikit2 tu biasa la. Air panas dan sejuk disediakan. Antum bernasib baik kalau dapat merasa nasi mandi kambing di sana. Pehh!!! Memang manthop. Hamba Allah mana tah yang bermurah hati belanja rombongan kami hari tu. Menurut pekerja katering tu harga nasi mandi kambing lebih kurang RS 500. Mahal tu... Dapat la 2 dulang tapi boleh makan ramai la. Kalau rasa tak boleh makan sangat pergi saja cari KFC, Pizza, Kebab mahupun makanan Melayu di restoran D'Saji dekat dengan Masjidil Haram. Harga Teh Aisnya saja menjangkau RM5. Kalau makan nasi atau order ala carte jangan cakap la harganya. Tapi kalau ada duit lebih dan gian sangat, pergi jelah. Selera masing2 kan...

v. Ukhuwah di Haramain

Bila anda berada di Arab Saudi barulah anda akan rasa bersyukur kerana mampu bertutur dalam bahasa Arab maskipun tak lancar. Di sana, beza orang yang mampu berbahasa Arab dengan yang langsung tak mampu amat berbeza sekali dari segi taarruf dengan bangsa lain la. Kalau sekadar membeli barang samada makanan mahupun barangan lain, penjual tu sendiri dah tahu cakap BM. Anda cakap Bahasa Arab pun dia balas BM jugak. Ana sendiri sempat bertaarruf dengan beberapa orang sahabat dari luar. Salah seorang yang agak rapat dengan ana, Bahauddin namanya. Seorang hafiz dari Turki. Sempat juga ana bertukar nombor telefon, email dan FB dengannya. Ana hadiahkannya not RM 5 buat kenangan, beliau juga balas dengan not 5 Turki dan tasbih. Moga ukhuwan ini berterusan. Ada juga beberapa orang lagi yang ana kenal dari Turki (ramai betul orang Turki masa ana pergi tu), ada dari US tapi berasal dari Palestin, tak kurang juga dari kalangan orang tempatan. Tak tergambar betul rasanya bila ukhuwah bertaut di Tanah Suci.

vi. Dugaan dan Cabaran

Sejak kali pertama ke sana, ana pasti berdoa agar Allah tak uji ana dengan ujian yang besar2 di sana. Tetapi mahu tak mahu Allah pasti uji juga. Beberapa perkara yang berlaku di sana sememangnya menguji ana. Insiden kaki kaki ana lebam kerana terlanggar tumit jemaah hadapan ana sewaktu mengerjakan umrah sehingga agak sukar berjalan dan sedikit perselisihan dengan zaujah ana sedikit sebanyak menguji ana. Begitupun ana kuatkan azam bahawa kedatangan ana ke sana ikhlas untuk beribadah dan bertemu sendiri denganNya. Apa juga yang berlaku ana terima dan hadapinya dengan sabar dan lupakannya secepat mungkin agar fokus ana tidak berubah. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik hingga hari ana pulang ke tanah air.

vii. Fotografi

Terus terang ana katakan, hanya beberapa keping gambar sahaja ana ambil, itupun ketika berada di Madinah, guna telefon bimbit. Tiada sebarang gambar yang ana ambil di Mekah. Biarlah semua kenangan itu berada dalam 'hard disc' ana. Lagipun ana memang tak bawa camera. Sesetengah orang berkata memaparkan gambar adalah bertujuan untuk memberi semangat kepada individu lain untuk ke sana, sedangkan dalam diam syaitan membisikkan ke dalam hati mereka rasa riak meskipun sedikit. Ia pasti datang. Jadi, untuk merasainya pergilah ke sana. Ana jamin, pasti berbaloi. Meskipun tiada apa yang maujud untuk dibuktikan, kenangan itu pasti sentiasa bermain dalam fikiran antum setelah pulang ke tanah air. Apapun, antum pasti punya kesempatan untuk ke sana nanti. Hanya sejauh mana keinginan antum, sekuat mana kerinduan antum kepada Baginda Rasul s.a.w dan kepada Allah s.w.t. Ana pasti ramai yang sudahpun berkemampuan, namun pelbagai perkara yang menghalang mereka untuk ke sana. Hakikatnya keperluan mereka telahpun Allah berikan tetapi kehendak merekalah yang menghalang mereka. Bersungguh2lah jika mahu ke sana, nescaya antum akan rasai kemanisannya.

viii. Harapan & Pelawaan

Sesungguhnya ana dapat rasakan pemergian ana kali kedua ke sana lebih memudahkan ana untuk bergerak dan beramal ibadah di sana. Ditambah dengan kehadiran adik perempuan ana yang baru sahaja ke sana pada 2008 lalu lebih memudahkan kami. Bohong jika ana katakan ana tak mahu lagi ke sana. Jika diberi kesempatan oleh Allah, ana mahu ke sana sekerap mungkin. Ana juga simpan impian untuk ke sana bersama rakan2. Manis sungguh rasanya jika dapat ke sana bersama mereka. Buat rakan2, mula simpan duit. Bila nak pergi nanti ana akan jemput antum untuk ke sana bersama ana. Ana juga berharap agar pemergian ana bersama keluarga kali ini akan menjadi kenangan paling berharga buat kami. Tercapai juga niat ana nak bawa zaujah ke sana. Alhamdulillah. Buat antum semua, ana sentiasa doakan ketika berada di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram agar antum semua dimurahkan rezeki oleh Allah untuk ke sana. Apa2pun, pasang niat betul2 dulu. Insya Allah, Allah akan bukakan jalannya buat antum. Semoga Allah makbulkan doa2 baik ana buat antum semua ketika di sana. Syukran sekali lagi atas doa antum.

Wassalam.

Monday, June 7, 2010

SALAM KEMBARA HARAMAIN


Assalamualaikum...

Entri ini ana tulis sewaktu ana ke sekolah menyudahkan baki kertas2 peperiksaan untuk ditanda. Alhamdulillah, dah siap semuanya. Hanya tinggal nak masukkan dalam analisa dan ujian lisan sahaja. Harap2 sempat ana sudahkan sekembalinya ana dari Tanah Suci nanti.

Esok ana akan berangkat ke Tanah Suci, bersama2 zaujah, anak ana yang kecil dan adik perempuan ana, Nur Safura. Insya allah, kalau tiada apa2 masalah mahupun aral, kami akan tiba kembali ke tanah air pada 23.6.2010 (Rabu). Persiapan setakat ini, alhamdulillah telah diselesaikan seadanya. Ana hanya pinjam barang2 ayah ana termasuklah kain ihram, tali pinggang, beg, dll. Takdelah berbelanja banyak sangat untuk beli barangan keperluan.

Niat untuk mengerjakan umrah telah lama ana simpan. Sejak kembali dari sana bersama ayah ana pada 2004, keinginan untuk ke sana tak pernah padam. Ana juga telah niatkan untuk bawa zaujah ana sekiranya ada rezeki dan diizinkan Allah. Kini, segalanya di depan mata. Agak terkilan juga kerana bajet ana tak mencukupi untuk bawa kami sekeluarga. Insya allah, di lain kesempatan teringin juga ana pergi sekeluarga. Seperkara lagi, ana juga amat berhajat untuk kesana bersama rakan2 terutamanya yang lelaki. Seronok benar menyaksikan orang lain pergi bersama kawan2. Insya allah, jika diizinkan mahu saja ana ke sana bersama mereka nanti.

Apapun, ana ingin ambil kesempatan ini untuk mohon maaf zahir dan batin, minta halal makan dan minum kepada semua yang mengenali ana. Begitu juga bagi pihak zaujah dan adik ana. Mohon doakan kami ditentukan yang terbaik oleh Allah, dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di sana.

Buat yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami, syukran dari ana. Kepada yang mengirimkan salam buat Baginda Rasul Tercinta, insya allah akan ana sampaikan. Berkenaan doa buat antum janganlah dirisaukan, ana punya banyak masa untuk doakan kebaikan daripada Allah buat anda semua di sana nanti. Buat yang mengirimkan apa juga barang, insya allah jika mengizinkan, akan ana usahakan juga.

Untuk akhirnya, sekali lagi ana mohon maaf bagi pihak diri ana, zaujah dan adik ana. Jutaan terima kasih atas doa kalian buat kami. Insya allah, jika diizinkan kita akan berjumpa lagi.

Wassalam.

Thursday, May 20, 2010

BUKU TEKS BAHASA ARAB TAHUN 6: Akhirnya


Assalamualaikum...

Peperiksaan Pertengahan Tahun kian mendekat. Soalan2 telahpun selesai didownload. Terima kasih kepada Akhi Mior atas bantuan. Siap sedia juga diRISO. Hanya menunggu hari peperiksaan sahaja. Begitupun, satu perkara membelenggu ana dan murid2 Tahun 6 sejak awal tahun lalu. Buku Teks Bahasa Arab Tahun 6 tak kunjung tiba. Beberapa kali ana rujuk dengan guru BOSS sekolah ana, Pn. Hjh. Zaitun. Jawab beliau, pesanan telah dibuat, follow up telah beberapa kali juga dilakukan. Begitupun, hanya jawapan 'dalam perhatian' yang diperolehi.

Semalam, Guru Besar Cemerlang, Tn. Hj. Othman memaklumkan Jabatan Pelajaran NS telah memaklumkan melalui telefon, mana2 sekolah yang masih belum menerima Buku Teks Bahasa Arab Tahun 6 atau jika buku yang diterima masih belum mencukupi, buku tersebut boleh didapati di SMK Bahau 2. Kebetulan ana free ketika itu. Terus ana memandu ke sana. Alhamdulillah, kebetulan juga guru penyelaras Buku Teks SMK Bahau 2 juga tiada kelas ketika ana tiba di sana. Terus ana di bawa ke Bilik Buku Teks sekolah itu. Cukup bilangan buku teks 120 buah, setelah membuat catatan, ana terus bertolak balik ke SKTMS. Bukan apa, kalau boleh ana mahu buku tersebut diserahkan kepada murid2 tahun 6 selewat2nya hari Isnin atau Selasa minggu depan. Prosedur penerimaan masuk buku teks oleh Guru Penyelaras BOSS perlu juga dipatuhi.

Sejarahnya, sejak awal tahun ana hanya mengajar di Bilik Komputer sekolah ana. Kadangkala ana gunakan Dyna Scan, sekali sekala ana gunakan buku teks yang ana dapat dari blog SK Gurun Pusat (scan muka surat). Beberapa kali juga ana hanya mengajar di kelas dengan BBM yang sempat ana sediakan. Begitupun, murid2 tetap perlukan buku teks untuk mereka lakukan ulangkaji. Tanpa buku teks, sejauh manapun kefahaman mereka dalam kelas, ia belum cukup membantu mereka mengulangkaji dan membuat persediaan menjelang Peperiksaan Pertengahan Tahun yang berbaki hanya seminggu lagi.

Apapun, syukan atas usaha semua pihak untuk menyediakan buku teks tersebut. Terima kasih juga kepada Tn. Hj. Shaharudin (GPK SMK Bahau 2) kerana membantu ana ketika berada di sana. Buat guru BOSS yang baru, Ustazah Hasliza, mintak cepat sikit uruskan buku tu ye. Kesian budak2 tahun 6 tu nak buat ulangkaji. Exam dah dekat ni.

Wassalam.

PERHIMPUNAN ULAMA SUFI 1431H


Assalamualaikum...

Semoga antum semua dipelihara Allah setiap masa, setiap ketika.

Ana hanya nak war2kan berkenaan program yang bakal diadakan di Masjid Jamek Bahau malam esok, Jumaat (21.5.2010). Himpunan Ulama Sufi 1431H, satu program ibadah dan zikir yang tak seharusnya antum lepaskan. Kepada yang berkesempatan mahupun yang tinggal berhampiran, jemputlah ke sana nanti.

Anda akan dapat rasakan suasana berada dalam majlis zikir yang amat mendamaikan dan mendekatkan diri anda kepada Allah sekaligus mencetus kecintaan berterusan kepada Junjungan Nabi s.a.w. Ana secara peribadi sudah agak lama culas ke majlis solawat setiap malam Jumaat di masjid ini. Jika di masjid2 lain, malam Jumaat dihiasi dengan bacaan Yaasin dan tahlil, masjid ini menghidangkan majlis zikir dan solawat serta tazkirah berkenaan kepentingan mempertingkatkan kecintaan kepada Baginda Rasul s.a.w. Sekali sekala imam masjid ini (Us. Nasir) akan menjemput rakan2 beliau dari Mesir, Indonesia mahupun negara2 lain untuk mengisi malam sambutan Maulid Nabi dengan ceramah dan majlis zikir serta solawat bersama rakan2 beliau. Tak tergambar perasaan berada dalam majlis2 sebegitu.

Untuk aturcara malam itu nanti, sila dapatkan pada gambar yang ana masukkan bersama2 entri ini. 5 orang ulama akan hadir. Dipersembahkan juga bacaan burdah & maulid oleh pelajar2 dari Maahad Ahmadi. Makan malam saja di sana seusai Solat Maghrib. Ana sendiri akan bawa zaujah dan puteri2 ana nanti. Bersama kita cari keberkatan dalam majlis ilmu terutamanya majlis yang memperingati Baginda Nabi s.a.w. Semoga kita beroleh pahala, lebih penting lagi beroleh syafaat Baginda di tika tiada suatu pun yang bermanfaat satu hari nanti.

Jumpa di sana! Wassalam.

Monday, May 17, 2010

DIRGAHAYU GURU DALAM KEIKHLASAN...


Assalamualaikum...

Terlebih dahulu ana ucapkan Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar guru, tak kira di mana anda mencurah bakti, mendidik, mengajar, menasihati, siapa jua. Semoga senantiasa dirgahayu dalam ketaatan kepada Allah dan keikhlasan sepanjang masa.

Bersempena Hari Guru tahun ini ana tergerak hati untuk menulis beberapa perkara. Daripada sambutan di sekolah ana sehinggalah segala yang berlaku sekitar seminggu dua ini.

i. Hari Guru SKTMS

Sambutan Hari Guru SKTMS diadakan semalam, Isnin 17.5.2010. Bermula awal pagi dan berakhir lebih kurang jam 1.30 petang. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi dengan bacaan perutusan oleh GPK KOKU dan GPK HEM, diikuti dengan nyanyian koir lagu Guru Malaysia oleh saf guru2 SKTMS.

Lebih kurang jam 9.00 pagi, acara sukaneka untuk guru dimulakan dengan disaksikan oleh semua murid. Segan juga menonjolkan ke'pengkar'an bersukaneka. Hanya bersandarkan semangat kesukanan dan ke'hari guru'an, masing2 layan semacam je. Lantaklah murid2 nak gelak pun.

Pada jam 11.30 pagi, seusai murid2 rehat, persembahan Hari Guru pun bermula. Pada tahun ini persembahan dihadkan, dibimbangi melewati waktu murid2 balik. Tambahan pula murid2 dibenarkan balik jam 12.30 hari ini. Persembahan dimulakan dengan persembahan daripada Al-Mumtaz. Mempersembahkan lagu Tobat Maksiat dan Solawat, harmoni entah ke mana, suara solo entah ke mana, semuanya tenggelam dengan suara murid2 lain. Begitu kuatnya minat murid2 dengan lagu2. Perlu diambil perhatian dan inisiatif (seperti usaha Akhi Mior, moga berjaya hingga ke akhirnya). Persembahan kedua, nyanyian koir guru sekali lagi dipersembahkan, tapi lagu lain la. Diikuti dengan nyanyian Pn. Hjh. Nazariah bersama anak beliau yang sedang menggantikan Pn. Lila Suhara yang masih dalam pantang (tahniah Kak Lila, moga dimurahkan rezeki). Seterusnya, ana dan sahabat ana, Us. Ismail ambil peluang menyumbangkan suara. Sengaja kami nak bernasyid untuk lahirkan rasa terima kasih kami mewakili guru2 j-QAF kepada warga SKTMS, rakan2 guru, staf sekolah dan murid2 atas kerjasama, nasihat dan teguran sepanjang kami di sini.

Program berakhir dengan jamuan makan tengah hari untuk guru2 sebaik murid2 dibenarkan balik ke rumah masing2. Dijamu dengan nasi dan satay bersulamkan ais krim dan cendol buatkan ana kenyang bawak ke malam. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak...

ii. Ganjaran buat Sekolah Yang Mencapai KPI

Pelbagai respon samada melalui FB mahupun blog, akhbar arus perdana dan media alternatif oleh pelbagai pihak dapat kita baca dan nilai berkenaan pengumuman terkini oleh kerajaan bersempena Hari Guru tahun ini. Apa yang diharapkan, apa juga pengumuman yang dikeluarkan adalah ikhlas dan telus, begitu juga dengan pelaksanaannya. Sebahagian warga pendidik amat risau akan berlakunya pemberian yang tidak telus. Individu yang benar2 berperanan tidak mendapat apa2 sedangkan sesetengah pihak yang tidak berkenaan pula mendapat ganjarannya. Amat penting untuk semua pihak terutamanya pentadbir sekolah meneliti perkara tersebut agar pemberian tersebut dapat dilakukan dan diagihkan dengan adil kepada pihak2 yang lebih berhak.

Sekian buat kali ini. Semoga Allah berkati kita semua. Terima kasih buat teman2 yang menghantarkan SMS sempena Hari Guru tahun ini. Ana masukkan khat hasil tangan sahabat ana, Ustaz Anis. Ana memang kagumi hasil kerja tangan beliau. Kalau nak tempah pun boleh. Kontek je beliau melalui blog beliau yang ana pautkan. Harga boleh runding, yang penting puas hati. Tak sabar rasanya nak jumpa beliau hujung tahun ni.

Wassalam.

Wednesday, May 12, 2010

Pemantauan Gemilang oleh JPNS


Assalamualaikum...

Ana doakan antum ceria dan berbahagia di samping keluarga dan kerjaya tercinta.

Pada 11.5.2010 (Selasa) baru2 ini, SK Tunku Muda Serting sekali lagi dilawati pemantau dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan selepas pemantauan j-QAF yang berlangsung baru2 ini. Bagi guru2 GPI, tiada kegusaran kerana segalanya masih dalam keadaan dikemaskini dan terkini.

Dengan makluman hanya pada hari sebelumnya (Isnin), tak banyak masa yang tinggal untuk guru2 lain mengemaskini fail, dokumen dan Buku Ringkasan Mengajar masing2. Ketika ditaklimat oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Tn. Mohd. Isah, beliau memaklumkan bahawa pada asalnya SKTMS tidak tersenarai dalam kumpulan sekolah yang akan dipantau. Namun disebabkan sekolah yang sepatutnya dipantau baru sahaja dipantau oleh jemaah nazir, mereka diarahkan untuk memantau ke sekolah lain. Atas dasar SKTMS merupakan aset terbesar bagi daerah Jempol dan kebetulan pula tidak punya pemantauan lain pada hari tersebut, kumpulan pemantau bersetuju di saat2 akhir untuk datang memantau SKTMS. Sungguhpun begitu, beliau mohon maaf kerana mengikut kebiasaannya sekolah yang ingin dipantau perlu dimaklumkan selewat2nya 3 hari lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya.

Daripada 14 orang pemantau yang dijadualkan hadir (mengikut surat makluman yang difaks ke sekolah) hanya 7 orang yang hadir pada hari tersebut. Seperti biasa, selain meneliti buku RPH semua guru dan menyemak fail2 panitia, pemantauan P & P juga dilakukan. Selain itu, pasukan pemantau turut membuat lawatan ke bilik2 khas.

Datang pada jam seawal 8.00 pagi, proses pemantauan berjalan sehingga jam 12.30. Pada jam 12.45, guru2 yang tidak mempunyai jadual kelas diminta ke Bilik Mesyuarat untuk sesi refleksi. Seperti biasa, panjang lebar penerangan, teguran dan penambahbaikan yang dicadangkan oleh setiap seorang pemantau yang hadir. Sesi refleksi berakhir hampir jam 3.00 petang. Hakikatnya, masih banyak yang perlu dan boleh diperbaiki dari masa ke semasa baik dari segi pengurusan fail panitia mahupun penyelenggaraan bilik2 khas dan pelaksanaan P & P.

Dengan refleksi panjang lebar, diharap penambahbaikan dapat dilakukan terutamanya apabila menyentuh soal P & P. Sungguhpun tiada sebarang fokus diberikan kepada panitia Pendidikan Islam mahupun guru2 GPI dan prestasi j-QAF, refleksi tersebut telah banyak memberikan ana ilmu dan pengetahuan tambahan berkaitan dunia keguruan dan isu2 yang berkaitan dengannya.

Semoga pemantauan ini menghasilkan perubahan yang positif ke arah kecemerlangan anak bangsa. Buat pemantau yang hadir, terima kasih kerana memilih SKTMS sebagai destinasi pemantauan kalian. Segala nasihat dan teguran yang diberikan akan kami perbaiki dan laksanakan sebaik mungkin. Buat rakan2 guru, terimalah teguran dari sudut yang positif. Kelemahan yang ada bukan untuk disembunyikan, tetapi untuk diperbaiki dari masa ke semasa.
Semoga Allah Taala memberkati usaha kita semua.

Wassalam.

Ketua pemantau, Tn. Mohd. Isah

Sebahagian pegawai pemantau yang hadir

Dari kiri: En. Adnan (GPK 1), Tn. Hj. Othman (GBC), Tn. Mohd. Isah, Us. Abd. Malik (GPK KOKU) dan Pn. Hjh. Nafsiah (GPK HEM)

Tuesday, May 11, 2010

Pertandingan Bola Sepak MSSM NS 2010


Assalamualaikum...

Ana doakan antum semua dipelihara Allah sepanjang masa bersama keluarga dan orang tersayang.

SK Tunku Muda Serting ketika ini menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bola Sepak MSSM NS bermula 10 hingga 13 Mei nanti. Sebagai tuan rumah, daerah Jempol menyediakan 2 padang di 2 buah sekolah iaitu SK Tunku Muda Serting dan SK Saint Aidan yang jarak antara keduanya tidak terlalu jauh. Sebanyak 8 pasukan mewakili daerah masing2, dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B. Pasukan daerah Jempol diundi dalam kumpulan B bersama2 daerah Seremban 1, Jelebu dan Kuala Pilah. Perlawanan pula ditetapkan di SK Tunku Muda Serting.

Alhamdulillah, dalam perlawanan kumpulan, daerah Jempol memenangi kesemua perlawanan sekaligus melayakkan pasukan ini melangkah ke suku akhir yang dijadualkan pada 13 Mei (esok). Ini diikuti dengan perlawanan peringkat separuh akhir dan akhir pada hari yang sama. Hari terakhir, SK Tunku Muda Serting akan menjadi tuan rumah.

Berkesempatan juga ana dan sahabat ana, Us Ismail bertemu rakan2 guru j-QAF dari daerah lain yang bertugas sebagai guru pengiring, pengurus pasukan mahupun jurulatih bagi pasukan daerah masing2. Alhamdulillah, dapat juga bertanya khabar dan berbual mengenai perkembangan hidup dan kerjaya perguruan masing2.

Semoga pasukan daerah Jempol berjaya ke peringkat akhir.

Wassalam.

Tuesday, May 4, 2010

Al-Mumtaz di nasyeed.com

Assalamualaikum...

Ketika ini Al-Mumtaz kembali meneruskan hidup sebagaimana murid2 lain. Kembali di kelas, mengikuti kelas tambahan dan lain2. Begitupun, latihan tetap dijalankan secara berkala, cuma kurang kerap sepertimana situasi dekat dengan mana2 pertandingan mahupun persembahan jemputan.

Ana hanya ingin maklumkan tentang berita berkenaan Al-Mumtaz seperti yang disiarkan dalam laman web nasyeed.com yang juga merupakan pengelola di sebalik Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min sejak pertandingan ini mula diperkenalkan. Telah ana ceritakan juga dalam entri ana selepas kemenangan Al-Mumtaz tempohari. Dari segi sistem suara, perjalanan pertandingan, segala2nya diuruskan oleh mereka. Terdapat juga perkhidmatan2 lain yang nasyeed.com tawarkan seperti perunding perkahwinan, tempahan kad kahwin, sistem suara, pencahayaan dan lain2. Ini termasuklah mengendalikan konsert2 artis terkenal seperti Rabbani, In Team dan program2 hebat seperti Pelancaran Transformasi Politeknik dan VIVA GAZA.

Kepada yang berhajat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang mereka tawarkan dan berita terkini berkenaan kemenangan Al-Mumtaz dalam Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min Musim ke 4, 2010 sila lawati laman web ini. nasyeed.com. Untuk berita berkenaan Al-Mumtaz, sila ke ruangan BERITA TERKINI di bawah tajuk BNM 2010 N. SEMBILAN

Wassalam.