Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Friday, December 21, 2012

070234: Bertemu Tok Guru



Assalamualaikum semua...

Pujian setinggi2nya dipanjatkan hanyasanya buat Allah Taala, bukan selainNYA, jauh sekali buat makhluk. Selawat dan salam dipanjatkan kepada Baginda Nabi s.a.w, ahli keluarga, sahabat2 serta penerus tali perjuangan mereka hingga hari Kiamat.

Bagai satu tarikan istimewa, ana ke Bandar Kota Bharu pagi tadi. Ana parking depan KB Mall menantikan sahabat ana, Rohaifi (Epie). Sememangnya meletak kereta pada hari Jumaat tak perlu apa2 bayaran memandangkan hari ini hari cuti buat warga Kelantan. Kami bercadang untuk bergerak ke 'Bandar Raya Islam' dengan kenderaan milik Epie.

Epie sampai tak lama kemudian. Hajat kami untuk bersarapan di White House tak kesampaian kerana restoran tu tutup, terus Epie memandu dan park kereta di celah2 bangunan berdekatan Medan Ilmu. Kami bergerak ke restoran berdekatan tapak kuliah. Bersarapan di situ sambil mendengar kuliah sesi I yang disampaikan oleh senior Epie sewaktu belajar di Maahad Muhammadi (L) satu ketika dulu.


Kami bingkas bangun dan bergerak ke pentas utama ketika suara Tok Guru kedengaran memulakan kuliahnya. Epie terus mengajak ana ke atas pentas utama. Mulanya segan juga, tapi memandangkan mmg ada orang lain dan masih ada ruang kosong di situ, ana naik juga ke pentas. Satu perasaan berbeza bila berada satu pentas dengan Tok Guru. Kali pertama ana ke sana bersama mak mertua ana waktu baru2 menikah dulu. Itupun hanya mendengar dari jauh. Ini adalah kali kedua dan alhamdulillah, berkesempatan ke pentas utama. Ana terus keluarkan buku Pemikiran Tuan Guru yang baru sahaja ana beli semalam, belum mula baca pun. Hajatnya nak minta Tok Guru turunkan autograf. Terus ana catatkan kandungan kuliah beliau di ruang 'catatan' di bahagian belakang buku tersebut.


Kuliah Tok Guru berjalan selama lebih kurang 45 minit. Sepanjang kuliah ana nikmati saat menadah ilmu daripada beliau hinggalah ke akhir kuliah apabila beliau membaca doa. Ketika Tok Guru membaca doa Epie membisikkan kepada ana untuk terus ke meja kuliah sebelum Tok Guru bangun dan bergerak turun dari pentas untuk ke kereta beliau. Habis sahaja Tok Guru membaca doa, terus ana bangun dan bergerak ke meja. Alhamdulillah, Allah permudahkan. "Mintok tando tange di buku ni Tok Guru", pinta ana. Tok Guru tak terus ambil buku tapi terlebih dulu mencapai dan meneguk air kosong di hadapan beliau. Usai minum, Tok Guru ambil buku dari tangan ana, membeleknya, membaca nama penulisnya, terus mencapai pen untuk turunkan tandatangan di muka surat belakang sebelah catatan ana.

Tandatangan Tok Guru

Sudah menandatangan, ana capai tangan beliau untuk bersalam dan mengucup tangannya. Alhamdulillah, satu kepuasan dalam hati ana. Satu nikmat yang berbeza bila hampir dan mengucup tangan seorang tokoh agamawan sekaligus penguasa negeri yang mentadbir mengikut acuan Islam seperti Tok Guru. Ana berjalan ke kereta bersama Epie dengan perasaan yang sukar digambarkan. Maha Suci Engkau Ya Allah, hajatku telah Engkau tunaikan.

Sekadar itu buat kali ini. Moga bertemu di entri yang akan datang. Wallahu a'lam. Ana sertakan beberapa keping gambar buat tatapan antum. Oh ya, hampir terlupa ana. Ucapan penghargaan buat sahabat ana, Epie atas nasihat dan bantuan. Kalau ana pegi sorang2, mmg takde la gambar2 terbaik ni. Jazakallah Pie...

Wassalam.

Sebahagian yang hadir

Tok Guru berjalan menuju ke kereta

Thursday, December 20, 2012

Bahan Bacaan Terkini!



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Tengah hari tadi, meskipun hujan sekejap lebat sekejap berhenti, ana isi juga waktu dengan mencari2 kedai buku untuk dijadikan stok bahan bacaan sekembalinya ana ke Negeri Sembilan nanti. Biasanya ana memang terus ke Kedai Buku Jaafar Rawwas tapi kali ini ana hanya ke kedai buku di TESCO Kota Bharu.

Kedai yang ana kunjungi itu memanglah tak terlalu besar tetapi menyediakan banyak buku2 Islamik untuk dipilih. Tambahan pula diskaun 15% ditawarkan untuk setiap buku yang dibeli. Kalau diikutkan hati memanglah ana nak beli lebih banyak tetapi memandangkan ana akan pulang semula ke Kelantan untuk perkahwinan adik ipar ana pertengahan tahun 2013 nanti, hanya 5 buah sahaja yang ana beli.

Buku 1: Al-Amin, Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah tulisan A. Samad Said

Sememangnya buku mengenai Baginda s.a.w sudahpun ana miliki baik yang berbentuk fakta mahupun novel sejarah. Buku ini tertarik untuk ana miliki memandangkan penceritaannya dalam bentuk sastera yang sinonim dengan karya hasil penulisan A. Samad Said yang puitis. Semua itu membuatkan ana mengambil keputusan untuk membelinya. Tak salah membaca sirah Baginda s.a.w dari sisi penceritaan yang berbeza. Mungkin mempu memberikan kesan yang lebih mengesankan! Ana kongsikan catatan belakangnya.

"Sebelum sampai ke cakerawala, sedang lena di masjid yang suci, telah dijernihkan kalbunya, menunggang Buraq layang yang sakti, dan jauh dari Hijir di mana tidur alam dan manusia, dan dalam mimpi, telah jauh ke angkasa seluruh diri dan batin Nabi, dan kini selepas meneguk susu, menolak arak dan madu, menghadap ia keajaiban, terlintas sebentar, melintas sebentar, amat haru, pesanan yang kemerlap, dibaca dalam aneka tamsil, mengembang di hadapannya, ditenung dan dihayati sebelum dipetik satu-satu".

Buku 2: Quranic Law of Attraction tulisan Rusdin S. Rauf

Sebelum ini kerap kali ana mendengar beberapa slot soal jawab dan penerangan mengenai Hukum Tarikan. Meskipun terdapat buku yang lebih kurang sama cuma pendekatannya yang berbeza iaitu Law of Attraction tulisan Micheal J. Losier, ana memilih untuk membeli buku ini kerana pendekatannya yang mensepadukan Hukum Tarikan dengan Al-Quran dan Baginda Nabi s.a.w. Ana yakin kesepaduan ini pastinya memberikan lebih 'tarikan' berbanding tarikan yang hanya menumpukan kepada emosi dan perkrmbangan manusia semata2.

Buku 3: Pemikiran Tuan Guru tulisan Mohd. Aizat Mohd. Salleh Al-Hafiz

Kebetulan, esok ana dan sahabat ana Rohaifi akan ke Kota Bharu untuk mendengar kuliah Jumaat daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kalau ada rezeki, boleh minta autograf beliau kat buku ni. Hehehe...

Buku 4: Bukti2 Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad tulisan Dr. Danial Zainal Abidin

Beberapa buah buku tulisan Dr. Danial sememangnya telahpun berada dalam simpanan. Pernah juga berhajat untuk mengumpulkan dan membaca semua buku hasil tulisan beliau tetapi sehingga kini masih tak kesampaian lantaran hambatan masa dan kecenderungan membeli buku2 lain yang lebih menarik tiap kali ke kedai buku. Kali ini ana beli sebuah. Insya Allah, lain kali ana akan beli sebuah lagi bersama buku2 yang lain pula.

Buku 5: Leftenan Adnan, Wira Bangsa tulisan Abdul Latip Talib

Filem Leftenan Adnan, saban tahun disiarkan menjelang sambutan Kemerdekaan. Pernah juga ana menonton filem tersebut. Tergerak hati ana untuk membeli novel sejarah ini atas 2 faktor. Faktor pertama, kerana penulisnya. Ana sendiri dah punyai novel2 sejarah Islam mahupun sejarah Malaysia karya beliau. Ternyata, hasil bacaan ana tak mengecewakan. Faktor kedua, kerana pelakon utama yang memegang watak Leftenan Adnan dalam filem tersebut (Hairie Othman) sendiri dah memilih untuk berjuang lantaran kesedaran yang terbit dalam sanubari beliau.

Demikian, sedikit ulasan berkenaan buku2 yang ana baru beli pada kali ini sempena kepulangan ana ke Kelantan Serambi Mekah ini.

Moga bertemu di entri yang lain.

Wassalam.

Monday, December 3, 2012

Munduk: Aku Akan Datang Nanti...



Assalamualaikum...

Pagi tadi ana dah merancang bersama sahabat ana, Epie nak ke Munduk, Thailand (berhampiran dengan Rantau Panjang). Cadangnya nak beli apa2 yang patut sebelum balik ke NS malam ni. Kami sampai seawal jam 8.30 pagi. Peliknya kawasan parking sebelah kita (Malaysia) lengang, tak seperti selalu kata Epie. Bila ditanya kepada seorang pakcik yang kebetulan berada di situ, katanya arahan terbaru daripada pihak berkuasa tidak membenarkan orang ramai ke seberang setiap hari Isnin dan Jumaat. Hari2 lain takde masalah.

Walaupun sedikit frust, kami terus bergerak ke Rantau Panjang untuk bersarapan dan bershopping di sana. Usai sarapan, kebanyakan kedai masih tutup. Jam 10.30 barulah kedai2 mula dibuka. Kami hanya beli apa2 yang patut je. Ana beli jersi Malaysia (baru) sehelai dan coklat Daim (cam kat Langkawi plak) untuk zaujah dan anak2. Selesai bershopping, kami bergerak pulang. Ana ke Wakaf Bharu, Epie ke Kok Lanas. Sebelum pulang ana singgah ke masjid Beijing untuk ke tandas dan solat sunat Tahiyyatul Masjid. Ana sertakan beberapa keping gambar buat tatapan antum.

Wallahu a'lam. Wassalam.

Ruang solat Masjid Beijing

Siap waktu di beberapa negara

Pemandangan Masjid Beijing dari ruang parking

Saturday, December 1, 2012

Jalan2 d' Klate Siri I


Assalamualaikum semua...

Ana doakan antum berbahagian di samping keluarga tersayang. Mesti tengah asyik melayan buah2an yang sedang meranum. Al-maklum la, masing2 duduk kampung sekarang ni.

Bagi ana, peluang kembali ke kampung zaujah ana di Kelantan akan jadi ruang untuk jalan2 dan shopping apa2 yang patut. Biasanya kalau tak buku2 agama dan baju2 Islamik, bahan2 mainan anak2 pasti jadi pilihan. Tak kurang juga masa cuti dipenuhi dengan jalan2 ke tempat2 menarik atau ziarah saudara mara dan member2 zaujah ana sekitar Kelantan.

Semalam, kami berpeluang melawat Expo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang diadakan di Istana Kubang Kerian. Sepanjang hidup ana, ini kali kedua ana masuk Istana. Sebelum ni, Istana Sultan Pahang di Pekan pernah ana lawati. Itupun sebab bertugas (masa dulu masuk Askar Wataniah).

Pada ana pameran seperti ini amat baik untuk diteruskan dan dianjurkan oleh Majlis Agama negeri2 lain juga. Di samping berpeluang mengetahui aktiviti dan program yang diatur dan dijalankan oleh MAIK, pengunjung juga berpeluang merasai suasana dalam Istana. 

Bukan itu saja, berkesempatan juga melihat piala FA, piala Sumbangsih & piala Malaysia dengan mata kepala sendiri. Masa NS menang piala Malaysia dulu pun ana tak sempat tengok. Dapat juga derma darah. Kira banyak aktiviti/kesempatan/peluang dalam 1 lawatan la ni.

Sungguhpun bukan keseluruhan istana dibuka kepada umum, pembukaan satu ruang itupun sudah cukup membuatkan rakyat merasa Raja mereka amat dekat dengan mereka. Setahu ana pada bulan Ramadhan yang lalu juga, Tuanku telah menjemput rakyat bersolat tarawikh di tempat yang sama. Satu sikap yang perlu dijadikan teladan oleh Raja2 lain di Malaysia.

1st time bergambar sefamily, kat Istana plak tu

Piala treble, rugi tak pegi

Ruang rakyat lepak2, ni baru beranda je

Ruang dalam, kawasan larangan amik gambar

Alhamdulillah, sambil jalan2 dapat infak darah

Pada sebelah malamnya pula, ana ke Stadium Sultan Muhammad ke IV bagi menyaksikan Forum Bicara Selebriti yang membariskan UAI, Heliza & Meyda Sefira. Dipengerusikan pula oleh Amin Idris TV AlHijrah. Sungguhpun hujan sekali sekala tetapi kesungguhan penonton yang tidak berganjak membuatkan para penalis juga makin bersemangat.

Pentas utama sebelum forum bermula

Barisan penalis dan moderator

Ana sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan antum. Nantikan siri seterusnya.

Wassalam.