Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Friday, December 21, 2012

070234: Bertemu Tok Guru



Assalamualaikum semua...

Pujian setinggi2nya dipanjatkan hanyasanya buat Allah Taala, bukan selainNYA, jauh sekali buat makhluk. Selawat dan salam dipanjatkan kepada Baginda Nabi s.a.w, ahli keluarga, sahabat2 serta penerus tali perjuangan mereka hingga hari Kiamat.

Bagai satu tarikan istimewa, ana ke Bandar Kota Bharu pagi tadi. Ana parking depan KB Mall menantikan sahabat ana, Rohaifi (Epie). Sememangnya meletak kereta pada hari Jumaat tak perlu apa2 bayaran memandangkan hari ini hari cuti buat warga Kelantan. Kami bercadang untuk bergerak ke 'Bandar Raya Islam' dengan kenderaan milik Epie.

Epie sampai tak lama kemudian. Hajat kami untuk bersarapan di White House tak kesampaian kerana restoran tu tutup, terus Epie memandu dan park kereta di celah2 bangunan berdekatan Medan Ilmu. Kami bergerak ke restoran berdekatan tapak kuliah. Bersarapan di situ sambil mendengar kuliah sesi I yang disampaikan oleh senior Epie sewaktu belajar di Maahad Muhammadi (L) satu ketika dulu.


Kami bingkas bangun dan bergerak ke pentas utama ketika suara Tok Guru kedengaran memulakan kuliahnya. Epie terus mengajak ana ke atas pentas utama. Mulanya segan juga, tapi memandangkan mmg ada orang lain dan masih ada ruang kosong di situ, ana naik juga ke pentas. Satu perasaan berbeza bila berada satu pentas dengan Tok Guru. Kali pertama ana ke sana bersama mak mertua ana waktu baru2 menikah dulu. Itupun hanya mendengar dari jauh. Ini adalah kali kedua dan alhamdulillah, berkesempatan ke pentas utama. Ana terus keluarkan buku Pemikiran Tuan Guru yang baru sahaja ana beli semalam, belum mula baca pun. Hajatnya nak minta Tok Guru turunkan autograf. Terus ana catatkan kandungan kuliah beliau di ruang 'catatan' di bahagian belakang buku tersebut.


Kuliah Tok Guru berjalan selama lebih kurang 45 minit. Sepanjang kuliah ana nikmati saat menadah ilmu daripada beliau hinggalah ke akhir kuliah apabila beliau membaca doa. Ketika Tok Guru membaca doa Epie membisikkan kepada ana untuk terus ke meja kuliah sebelum Tok Guru bangun dan bergerak turun dari pentas untuk ke kereta beliau. Habis sahaja Tok Guru membaca doa, terus ana bangun dan bergerak ke meja. Alhamdulillah, Allah permudahkan. "Mintok tando tange di buku ni Tok Guru", pinta ana. Tok Guru tak terus ambil buku tapi terlebih dulu mencapai dan meneguk air kosong di hadapan beliau. Usai minum, Tok Guru ambil buku dari tangan ana, membeleknya, membaca nama penulisnya, terus mencapai pen untuk turunkan tandatangan di muka surat belakang sebelah catatan ana.

Tandatangan Tok Guru

Sudah menandatangan, ana capai tangan beliau untuk bersalam dan mengucup tangannya. Alhamdulillah, satu kepuasan dalam hati ana. Satu nikmat yang berbeza bila hampir dan mengucup tangan seorang tokoh agamawan sekaligus penguasa negeri yang mentadbir mengikut acuan Islam seperti Tok Guru. Ana berjalan ke kereta bersama Epie dengan perasaan yang sukar digambarkan. Maha Suci Engkau Ya Allah, hajatku telah Engkau tunaikan.

Sekadar itu buat kali ini. Moga bertemu di entri yang akan datang. Wallahu a'lam. Ana sertakan beberapa keping gambar buat tatapan antum. Oh ya, hampir terlupa ana. Ucapan penghargaan buat sahabat ana, Epie atas nasihat dan bantuan. Kalau ana pegi sorang2, mmg takde la gambar2 terbaik ni. Jazakallah Pie...

Wassalam.

Sebahagian yang hadir

Tok Guru berjalan menuju ke kereta

No comments:

Post a Comment