Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Monday, May 4, 2009

Khat: Jauh di tangan, dekat di hati



Assalamualaikum dan salam mesra...

Sampai ke hari ini short list things to do ana belum habis lagi ana selesaikan. Terpaksalah ana selesaikan mengikut keutamaan. Belum campur lagi dengan yang mendatang. Semoga Allah berikan ana kekuatan dan kesihatan serta istikomah untuk terus menunaikan amanah Allah yang mencabar ini.

Pasti antum perasan khat bertuliskan nama ana di sisi blog ana ni kan? Itulah dia hasil tulisan seorang insan yang salah satu cintanya untuk seni khat. Ustaz Ilham namanya (ana ada masukkan blog beliau dalam senarai JOM LAYRI di sisi blog ana). Ana betul2 kagum dengan insan2 yang mahir khat ni. Pastinya Allah dah rencanakan sesuatu buat mereka dengan kemahiran yang mereka miliki untuk manfaat agama Islam.

Apapun, ana ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian beliau tuliskan nama ana meskipun dalam kesibukan tugasan harian beliau. Terima kasih juga buat Sheikh Abuhazieq kerana bantu ana. Semoga bersahabatan ini berkekalan hendaknya.

Wassalam.

p/s: ketika ana siapkan entri ni pasukan koir sekolah ana sedang buat latihan intensif di dewan terbuka. maklum la, esok pertandingan peringkat Negeri Sembilan. Pertandingan akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Jempol. Semoga beroleh kejayaan hendaknya.

No comments:

Post a Comment