Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Thursday, May 21, 2009

Sambutan Hari Guru SKTMS 2009


Assalamualaikum semua...

Tak lengkap rasanya jika ana tak masukkan entri berkaitan Sambutan Hari Guru sekolah ana baru2 ni. Sungguhpun agak terlewat dek kesibukan tugas2 hakiki dan tugasan tambahan, ana cuba juga kumpulkan beberapa maklumat dan gambar2 berkaitan.

Sambutan Hari Guru SK Tunku Muda Serting sekolah ana diadakan pada minggu lepas, hari Jumaat (22.5.2009). Sambutan dimulakan pada perhimpunan pagi dengan bacaan teks ucapan Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran oleh GPK KOKO, Us. Abd. Malik dan GPK HEM, Pn. Hjh. Nafsiah. Ini diikuti dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan bacaan ikrar oleh semua guru SKTMS. Selepas itu murid2 yang berhajat memberikan hadiah buat guru dibenarkan menunaikan hajat mereka. Maka berkotak2lah hadiah diperolehi oleh guru2, masing2 tersengih sahaja...

Sambutan diteruskan dengan acara sukan untuk guru2. Guru2 telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Sukan yang dipertandingkan pula ialah baling tin, isi air dalam botol dan bola tampar. Selesai sukan, guru2 menikmati jamuan di kantin sekolah sambil murid2 pula menikmati kudapan ringan bersama rakan2 sekelas. Yang menariknya, jamuan pada hari tersebut menggabungkan beberapa sambutan. Disamping sempena Hari Guru, jamuan juga diadakan untuk menyambut guru baru dan perpisahan 2 orang guru yang akan berpindah kerana dinaikkan pangkat kepada GPK. Guru Besar SKTMS telah merasmikan jamuan dengan potongan kek, salah satunya disumbangkan oleh YDP PIBG. Terima kasih En. Azaman. 

Lebih kurang jam 12.00 t/hari, acara persembahan pula mengambil tempat di Dewan Terbuka. Pelbagai persembahan disaksikan samada daripada guru mahupun murid2 sambil diselang selikan dengan bacaan ucapan Selamat Hari Guru daripada murid2 untuk guru2 yang mereka dedikasikan. Antara persembahan murid yang dipersembahkan ialah sajak, lakonan dan nyanyian manakala guru2 mempersembahkan nyanyian bersajak, pantun, nyanyian, tarian dan Busana Muslim. Persembahan Busana Muslim oleh Panitia Agama Islam benar2 menarik hati murid2 dan guru2 lain, ditambah lagi dengan suara latar melucukan daripada Ustazah Mazlina menjadikan persembahan tersebut mendapat tepukan gemuruh daripada murid2.

Majlis sambutan Hari Guru SKTMS berakhir pada jam 2.00 petang.


Sukan bola tampar. Di padang bersebelahan sukan baling tin.


Guru Besar Cemerlang, Hj. Mohmad Sabere menyampaikan ucapan


Selamat Maju Jaya buat Pn. Norizah (dekat) dan Pn. Rogayah (jauh)


Persembahan Busana Muslim. Memang menghiburkan...


Untuk tidak menghampakan permintaan Pn. Hjh. Nazariah, ana terima pelawaannya untuk berduet. 'Sumbang' satu sekolah (suara ana la)...


En. Mohd. Yusuf dan En. Osman yang banyak membantu menceriakan majlis

No comments:

Post a Comment