Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Thursday, May 21, 2009

Program Bulan Penghayatan Disiplin SKTMS


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Ingat lagikah antum dengan insiden 'bunting sifar' dalam entri ana bulan lepas? Insiden itu berlaku ketika Perasmian Program Penghayatan Disiplin sekolah ana. Program yang dikelolakan oleh Unit Disiplin SKTMS ini telah berjalan dengan lancar. Disamping penerapan nilai2 murni dan pembacaan Buku Disiplin setiap pagi, program ini juga diisi dengan pertandingan Buku Skrap, Melukis (tahap 2), Mewarna (tahap 1), kuiz dan lain2.

Majlis penutup program telah selamat dijalankan pagi tadi dengan penyampaian hadiah oleh Guru Besar Cemerlang SKTMS, Hj. Mohamd Sabere b. Zakaria.

Salah satu pengisian yang melibatkan seluruh warga SKTMS ialah slot Ceramah Pencegahan Jenayah & Ponteng Sekolah. Slot ini diadakan pada 20.5.2009, Rabu minggu lepas. Bagi menjayakannya, kami telah mengundang Sarjan Salleh b. Harmain yang bertugas di Bahagian Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Seremban. Melihatkan orangnya sudah cukup membuatkan murid2 SKTMS pada awalnya terkedu tidak berkata2. Takut agaknya. Maklumlah, ketabalan misai dan kehadiran Sarjan Salleh bersama kenderaan rasmi PDRM (kereta peronda) pastinya melahirkan perasaan cuak yang tak berkesudahan dalam diri murid2 SKTMS, lebih2 lagi yang nakal dan sering melanggar peraturan disiplin sekolah.

Walaubagaimanapun, segala tanggapan mereka terbukti meleset kerana Sarjan Salleh amat bijak menggunakan pendekatan psikologi bagi menarik perhatian murid2 agar menumpukan perhatian terhadap ceramah beliau. Ditambah pula dengan lakonan kejadian jenayah yang beliau lakukan bersama beberapa orang murid dan soalan2 mudah berserta hadian berupa 'key chain' dan buku nota membuatkan murid2 SKTMS menjadi tidak terkawal kerana ingin mengambil bahagian dan mendapatkan hadiah.

Dikesempatan ini, ana mewakili warga SKTMS ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Sarjan Salleh berkunjung ke sekolah kami. Sungguhpun beliau mempunyai urusan lain yang penting (beliau perlu segera ke Perak bagi membantu menguruskan kejadian pembunuhan suri rumah dan anak kecil serta pembantu rumah yang mati dibunuh perompak di Perak baru2 ini). Difahamkan mangsa tersebut merupakan sepupu kepada beliau. Atas komitmen dan pengorbanan yang beliau tunjukkan, pihak SKTMS sekali mengucapkan jutaan terima kasih.

Untuk akhirnya, ana secara peribadi dan guru2 SKTMS mengharapkan Program Bulan Penghayatan Disiplin akan sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada murid2 tentang pentingnya mereka menjauhkan diri bermula dari sekarang daripada terlibat dalam perkara2 yang menyalahi undang2 disiplin mahupun undang2 negara seperti pukul, buli, vendalisme dan lain2. Ini bertujuan untuk membenteras perkara tersebut daripada merebak menjadi lebih teruk apabila mereka dewasa kelak.

Sekian buat waktu ini, wassalam.


Sarjan Salleh, digeruni murid2 pada awalnya

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Sarjan Salleh

Murid2 tekun mendengar ceramah daripada Sarjan Salleh

Sarjan Salleh kerap berinteraksi dengan murid2 dan menggunakan mereka sebagai 'pelakon'

No comments:

Post a Comment