Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Sunday, April 22, 2012

Seremban Berselawat bersama Habib Umar



Assalamualaikum sahabat2 semua...

Sejak flyers berkenaan jadual Habib Umar di Malaysia diedarkan di masjid2 sekitar Bahau, ana memang telah berhasrat mahu ke Seremban untuk menghadiri program Malam Ihya' Mahabbah Rasulullah s.a.w di Masjid Negeri. 

Setelah berbincang, ana ke sana bersama ibu saudara dan 3 orang adik ana. Ana bercadang untuk bertolak ke Seremban pada jam 6.30 petang. Baru sahaja bercadang hendak keluar rumah, hujan mulai turun. Tanpa ana sedari hujan yang turun ketika itu agak berbeza dengan hujan2 biasa. Bunyi titisannya menghempas atap owning lebih bising dari biasa. 

Salah seorang adik ana masuk ke dalam rumah terus berteriak, "Along, keluar cepat! Hujan (ais) batu". Bila kami semua keluar rumah, benarlah seperti yang adik ana katakan. Butiran2 kecil air batu memenuhi rumput di halaman rumah. Ketika itu angin bertiup dengan agak kuat. Setelah selesai merakam dan mengambil gambar, kami tak menunggu lama. Meskipun hujan masih lebat, kami nekad untuk ke Seremban ketika itu. Pastinya Allah telah aturkan hikmah dan pengajaran disebalik kejadian tersebut.

Seingat ana, ibuk ana pernah ceritakan tentang fenomena hujan air batu macam ni. Ketika ia berlaku, ana masih terlalu kecil untuk ingat apa2. Alhamdulillah, hari ni berkesempatan juga mengalaminya sendiri. Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu...

Kami tiba di Masjid Negeri Seremban setelah singgah solat Maghrib berjamaah di Masjid Seri Menanti, lebih kurang jam 8.15 malam. Sampai di sana, kereta sudah memenuhi sisi jalan utama. Ana ambil keputusan untuk park kereta agak jauh sedikit, itupun kerana memang dah tak boleh masuk dekat lagi. Kami berjalan kaki ke Masjid Negeri. 

Memasuki perkarangan Masjid Negeri, kedengaran bacaan Maulid Ad-Diba'ie telahpun dimulakan. Ana terus ke bahagian atas masjid. Ruang dalam masjid telah penuh, ana hanya duduk di luar dan mengikuti majlis selawat dari situ. Agak mengecewakan apabila sistem suara tambahan yang disediakan tidak memuaskan. Lebih mengecewakan bila terlupa nak beli buku Maulid Ad-Diba'ie sebelum naik. Nak cepat sangat. Kurang seronok mengikuti majlis sebegitu kalau sekadar duduk mendengar saja.


Selesai bacaan Maulid, Habib Umar menyampaikan pesanan beliau dengan terjemahan daripada Sheikh Nuruddin Al-Banjari. Seperti yang ana katakan, sistem suara yang kurang memuaskan membuatkan pendengaran ana agak terbatas. Begitupun, di hujung majlis sistem audio beransur pulih. Dapat juga ana menghayati bait doa yang Habib Umar bacakan.

Usai Solat Isyak berjamaah, ana beransur. Sebelum tu sempat juga ana dapatkan buku Maulid Ad-Diba'ie yang dikompilasikan dengan Qasidah2 yang biasa dibawa dalam majlis2 seperti yang diadakan malam ni. Kami sampai di Bahau jam 12.10 tengah malam.

Bersama2 entri ni ana masukkan rakaman hujan air batu seperti yang ana ceritakan sebelum ini. Moga ada pengajarannya buat kita semua. Sekian buat kali ini. Moga bertemu dalam entri2 yang akan datang.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment