Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Tuesday, June 9, 2009

ETOK OH ETOK...


Assalamualaikum semua... 

Semoga antum berada dalam naungan rahmat dan peliharaan Allah sentiasa. 

Ana masih lagi nak ceritakan satu lagi perkara berkenaan pengalaman bercuti ana di Kelantan. Pasti tak ramai yang biasa mendengar nama ETOK kan? Tapi ana pasti pulak sahabat2 dari Kelantan kecur air liur bila dengar nama tu. 

ETOK bukanlah nama orang mahupun nama tempat, ia adalah sejenis makanan sampingan (macam jajan) yang pada pandangan ana amat popular di Kelantan. Bukan orang dewasa, kanak2 pun asyik benor melayan benda alah ni. Ana sendiri pada mulanya tak terasa pun nak makan ETOK ni, dah la kecil, leceh pulak nak makan. Baik makan kerang ke, lala ke, kepah ke... Sekurang2nya besar la sikit saiznya daripada ETOK. 

So, antum (yang bukan orang Kelantan) dah dapat gambaran tentang ETOK? ETOK ni bentuknya lebih kurang macam lala jugak, saiznya pun lebih kurang cuma yang kecil lebih banyak dari yang besar. Warnanya kuning2 gelap dan banyak didapati di sungai2 tertentu. Bukan semua sungai ada ETOK ni.

Kebetulan pula di kampung zaujah ana ada seorang pengusaha ETOK salai (mungkin ada yang masak cara lain kot tapi yang glamernya salai la). Pengusaha ni kawan baik dengan mak mertua ana. Mek Bidoh ke, Mok Bedoh ke nama dia, ana pun dah lupa. Kerjanya sahari2 memang menyalai ETOK je. Kata mak mertua ana rumahnya yang besar pun hasil usahanya menyalai ETOK. Untung tu, kan?

Ketika berkelapangan di kampung dulu, ana cari masa untuk ke rumah beliau. Tak jauh pun, selang 4 ke 5 buah rumah sahaja dari rumah mak mertua ana. Mek Bidoh ni tak buat pun jualan runcit, beliau hanya dapatkan bekalan daripada pencari2 ETOK dan menyalainya setiap pagi.Pemborong sendiri yang akan datang ambil di rumah beliau. Setakat ini stok masih tak putus lagi, katanya. Tiap2 hari mesti ada. Bermula jam 8.00 pagi, ETOK yang telah siap dicampurkan dengan rempah2 tertentu bagi memastikan kelazatannya telah mula beliau salai. Tak lama pun proses menyalai tu, lebih kurang 2 jam sahaja. 

Tak sempat pukul 10.00 pagi, dah ada pelanggan yang datang nak beli ETOK di tempat beliau menyalai. Bukan apa, kalau dah datang pemborong nanti alamat kena tunggu besok jelah. Ada juga Mek Bidoh ceritakan pada ana tentang harga ETOK ni tapi ana dah lupa. Yang pasti harganya semakin meningkat seiring dengan permintaannya yang tak putus2 daripada penggemar2 ETOK seluruh Kelantan. Ana tak pasti pulak kalau2 ETOK ni ada di tempat2 lain.

Bersama entri ini ana masukkan beberapa keping gambar yang ana sempat ambil semasa pergi membelinya tempoh hari. Sempat juga ana berbual2 dengan Bek Bidoh sementara menunggu ETOK salaiannya masak. Kepada Mek Bidoh, ana ucapkan selamat menyalai ETOK di hari2 mendatang.

Wassalam.

p/s: ana ambil kesempatan Merafak Sembah dan ucapkan Selamat Datang kepada kepada KDYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ke SK Tunku Muda Serting. Kebetulan Tuanku ada program di masjid berdekatan Jumaat ini. Tuanku akan santap di sekolah ana, kami hanya menyediakan tempat sahaja. Insya allah, esok dan lusa ana akan berada di PKG Ampangan kerana menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Data Guru j-QAF, murid dan Sekolah Program j-QAF antara JPNS dan PPD kali Pertama. Buat yang turut menyertai mesyuarat tersebut, kita jumpa di sana.


Beginilah rupa etok. Kenal?


Mek Bidoh sedang khusyuk menyalai etok. Pakai kayu je tu. Jimat, tak guna gas...


Pemandangan tempat Mek Bidoh menyalai etok. Belakang rumah je...


Banyaknye etok. Beribu ribu ribuuuu...

1 comment:

  1. boleh saya dapat kan contact pengusaha etok ni.nak shooting tuk TV3.boleh contact saya di nurulainb@primeworks.com.my

    ReplyDelete