Assalamualaikum sahabat2 semua...
Ana doakan antum semua dinaungi rahmat Allah sepanjang masa.
Cuti Tahun Baru Cina kali ini ana habiskan bersama keluarga di Selangor. Kami menziarahi sepupu ana di Rawang. Sepupu ana Raja Faisal, antara sepupu yang amat rapat dengan ana, seorang usahawan di sana. Beliau menguruskan kedai buku yang diusahakan bersama abangnya, Raja Kamaruzaman. BOOKWORM nama kedai buku mereka. Alhamdulillah, jika dilihat dari segi fizikal, perniagaan yang mereka usahakan semakin maju berbanding mula2 diusahakan beberapa tahun lepas. BOOKWORM juga telah berjaya meniti di bibir ibu bapa mahupun guru2 di sekolah2 sekitar kawasan tersebut.
Faisal bersama keluarga beliau menetap di Bukit Sentosa seawal tahun 90-an. Mereka sekeluarga bermula dengan mengusahakan stesen minyak ESSO dan kedai Dobi. Alhamdulillah, sekarang stesen ESSO telahpun berjalan dengan lancar, kedai dobi telah pun membuka cawangan yang baru, malah BOOKWORM juga telah ditubuhkan, kini telahpun berkira2 untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Ana secara peribadi mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka sekeluarga dan ana doakan kejayaan dan keberkatan rezeki buat mereka di dunia dan akhirat.
Ana sampai di rumah beliau pada malam hari Ahad, beliau ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari Terengganu (kampung isteri beliau, Ayu). Sungguhpun beliau tiada di rumah, umi beliau (ibu saudara ana sebelah ayah) menanti kedatangan kami. Beliau tiba agak lewat, jam 11.30 malam. Sempat juga kami berbual sebentar sebelum masing2 'surrender' untuk merehatkan diri setelah bermusafir jauh.
Pagi Isnin, kami semua dijemput bersarapan di kediaman adik beradik sulung Faisal, Kak Yong panggilan timangannya. Kak Yong bersama suaminya, Abang Zamri tinggal di Bukit Beruntung. Ana tumpang berbangga dengan keluasan rezeki yang Allah kurniakan buat keluarga Kak Yong dan Abang Zamri. Sungguhpun mereka dikategorikan dalam golongan elit, Allah tetap dalam hati mereka, rajin bersedekah, kerap mengaji di masjid dan tidak membiarkan kemewahan menjauhkan mereka dengan Allah. Ana doakan Kak Yong dan family senantiasa dipelihara Allah dan dikurniakan keberkatan rezeki berpanjangan.
Sebelah petang pada hari yang sama, kami semua bergerak ke Pantai Remis, Kuala Selangor. Faisal bermurah hati belanja kami semua makan kerang bakar dan ikan bakar di pinggir Pantai Remis. Alhamdulillah, memang puas makan petang tu. Murah pun memang murah. Selesai makan, hero2 dan heroin2 yang bersama2 dengan kami berhajat nak main layang2. Selesai membeli kerang, remis dan siput murah yang dijual berdekatan, layang2 dibeli dan terus dimainkan.
Ana pulang ke NS pada pagi Selasa. Asalnya ana merancang untuk pulang pada malam semalamnya. Disebabkan kami pulang dari Pantai Remis agak lewat dan masing2 keletihan, terpaksa ana tangguhkan. Sebelum berangkat pulang, ana singgah ke rumah abang kepada Faisal, Raja Kamaruzaman (Abang Zaman). Agak lama juga ana tidak berjumpa dengan beliau. Alhamdulillah, ziarah ana ke Rawang kali ini membawa ana bertemu semua sepupu2 ana yang tinggal di sana. Abang Zaman seperti yang ana ceritakan, juga berniaga dan berkongsi menjalankan perniagaan bersama adik beradik yang lain. Selesai berbual dengan beliau, ana mohon beransur pulang.
Ana ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada sepupu2 ana dan keluarga mereka di atas layanan baik sepanjang kami berada di sana. Ana doakan mereka semua beroleh keluasan rezeki dan keberkatan berpanjangan daripada Allah. Moga ukhuwah ini berterusan hingga ke akhir hayat.
Sampai di sini dahulu buat kali ini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment