Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Saturday, October 19, 2013

Catatan Ihtifal Kafa Peringkat NS: SKTMS Juara!



Assalamualaikum...

Moga Allah senantiasa pelihara n naungi kehidupan antum semua.

Bagi ana, hujung tahun memang padat. Padat dengan tugasan sekolah, sedikit padat dengan mesyuarat, terkini usaha kali pertama di Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan pula menjengah.

SKTMS bermula dengan persediaan pasukan perempuan dari tahun 5 (al-Mumtazah) sahaja. Ini kerana kami menyangka murid tahun 6 (al-Mumtaz) tidak layak menyertai Ihtifal ini. Mereka yang tewas di Festival Nasyid KPM juga agak 'frust' bila diberitakan demikian. Segalanya berubah bila 2 minggu sebelum Pertandingan Peringkat Daerah apabila kami mendapat maklumat murid tahun 6 juga layak menyertai Ihtifal ini. Tanpa membuang masa, al-Mumtaz disediakan. Cikgu Nazariah selaku ketua jurulatih terus mempuat pemilihan lagu dan memulakan latihan. Meskipun tidak lagi berlatih di Bilik Muzik, Cikgu Yusof yang telah lama bersama al-Mumtaz turut membantu dengan nasihat dan pendapat yang membina.

Peraturan Ihtifal sedikit berbeza dengan Festival. Selain sedikit perbezaan dari segi pemarkahan, yang paling ketara ialah penganjur menghendaki pasukan yang menyertai Ihtifal menyanyikan lagu Arab sebagai lagu pertama manakala lagu kedua pula perlu mengikut tema. Kebetulan pula tema yang dipilih ialah tema yang sama dengan tema Festival Nasyid Pada tahun ini, "Al-Quran Penjana Wasatiyyah Ummah".

Pasukan al-Mumtaz membawa lagu Ummi manakala al-Mumtazah pula membawa lagu Lau Kana Bainana. Ana sendiri yang pada mulanya merasakan agak kurang yakin dengan kemampuan kedua-dua pasukan membawa lagu ini, akhirnya terkejut dengan kemampuan mereka. Paling ana respek bila Cikgu Nazariah berjaya melatih kedua-dua pasukan dengan memasukkan harmoni dan ia benar2 menjadi. Syabas buat Cikgu Nazariah. Ana hanya support nama2 yang perlu sahaja samada dari segi perkusi dan persembahan. Cikgu Yusof turut membantu.

Pertandingan Peringkat Daerah Jempol menyaksikan hanya 3 peserta lelaki dan al-Mumtazah satu2nya pasukan perempuan yang menyertainya. Cikgu Nazariah, walaupun mengetahui perkara tersebut tidak menjadikannya satu alasan untuk mempuat persediaan sambil lewa. "Segalanya perlu yang terbaik", katanya, walaupun tiada saingan. Beliau tak mahu menghantar pasukan jika mereka belum betul2 bersedia. Selebihnya, terserah kepada Allah. Alhamdulillah, al-Mumtaz dan al-Mumtazah berjaya mendapat johan di Pertandingan Peringkat Daerah. Meskipun bergelar juara, latihan tetap diteruskan bagi memantapkan persediaan kedua2 pasukan.

Kami berhadapan dengan Ihtifal KAFA Peringkat NS buat kali pertama sejak ia dianjurkan. Dengan meletakkan harapan yang tidak terlalu tinggi, kedua2 pasukan berazam untuk melakukan yang terbaik. Bagi al-Mumtaz, kekhilafan dan kekurangan di Festival Nasyid KPM perlu diperbetulkan. Muhasabah dilakukan berkali2 oleh ana dan Cikgu Nazariah bersama mereka agar kesilapan dan kekurangan lalu tidak berulang. Bagi al-Mumtazah pula, meskipun bertanding buat kali pertama, peluang yang terhidang di hadapan mata tidak boleh dipersiakan.

Sebelum Ihtifal Peringkat Negeri, kami dimaklumkan al-Mumtazah mendapat giliran pertama selepas undian dilakukan. Pada mulanya kami agak tidak berpuas hati memandangkan jarak antara Bahau dengan Port Dickson agak jauh. Walaubagaimanapun, setelah berbincang kami pasrah. Pasti ada hikmahnya segala yang berlaku. Berbekalkan sedikit pengalaman, pendapat undian pertama juga ada pro n contranya. Mujur juga sahabat ana, Ustaz Ismail sudi bersama bergerak awal dari Bahau pada hari pertandingan. al-Mumtaz, Shoutul Mawaddah (Kalam Jamaie) dan Shoutul Azqiya' (Dikir Barat) bertolak ke PD dengan 2 buah bas. al-Mumtazah dengan kereta Ustaz Ismail, Cikgu Nazariah & 'Ferrari' ana bertolak ke PD seawal jam 6.15 pagi.

Sampai di PD, vanue pertandingan rupanya tidak berpusat. Setelah mendaftar, kami perlu bergerak ke vanue yang lain iaitu di ILMI, Institut Latihan Islam ATM (kalau tak silap ana). Tiba di ILMI, sebaik memasuki dewan satu kejutan lagi kami terima. Penganjur hanya menyediakan 3 mikrofon sahaja, termasuk 1 untuk MC. Cikgu Nazariah mula resah, kami mula berbincang tentang siapa nak pegang mikrifin, bagaimana dengan pergerakan sewaktu persembahan dll. Sambil mengharapkan yang terbaik, datang pasukan yang mendapat giliran kedua dari SK Putra, daerah Jelebu. Kebetulan, mereka membawa mikrofon spare (4 buah lagi).

Pasukan dari SK Putra. Jazakallah sudi pinjamkan mikrofon

Subhanallah, Maha Benar janji Allah, Dia bersama dengan hamba2NYA yang bertawakkal. Setelah berunding akhirnya team SK Putra bersetuju meminjamkan mikrofon mereka. Jadi 3+4, maka cukup 7 buah mikrofon. Alhamdulillah. Persembahan al-Mumtazah berjalan baik meskipun masih ada ruang yang perlu diperbaiki.

Usai persembahan al-Mumtazah, Cikgu Nazariah mahu terus berada di ILMI. Ana bersama Ustaz Ismail dan suami Cikgu Nazariah bergerak ke vanue utama bagi mempersiakpan al-Mumtaz. Perkusi juga hanya 1 set untuk digunakan oleh kedua2 pasukan. Jadi, kenalah bergilir.

Sampai di vanue utama, kumpulan ke 5 sedang membuat persembahan. al-Mumtaz terus disiapkan. Pakai samping, pakai brooch tapi tak sempat touch up, sekadar lap peluh je. Persembahan juga di dewan terbuka, masing2 berpeluh kerana hari dah mendekati waktu tengah hari. Selesai sekali rehearsal dan pesanan terakhir kepada al-Mumtaz, giliran mereka pun tiba. Alhamdulillah, persembahan mereka juga baik tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Persembahan al-Mumtaz di Dewan Terbuka. Memang panas...

Selesai seluruh pertandingan, majlis penutup dimulakan pada jam 12.45 petang. Majlis yang diadakan di Dewan Tertutup tidak mampu memuatkan semua peserta. Hujan pula turun dengan agak lebat. Hanya sebahagian kecil sahaja peserta berada di dalam dewan. Selebihnya, guru2 dan ibu bapa. Kalau dipasang speaker di luar dewan alangkah baiknya.

Keputusan diumumkan bermula dengan acara tilawah dan syarahan. Apabila keputusan nasyid diumumkan, al-Mumtaz dan al-Mumtazah mula merapati dewan tetapi masih di tepi dewan kerana sebelah dalam terlalu sesak. Tempat kedua, diumumkan. Juara Festival Nasyid KPM, SK Batang Benar yang dipanggil. al-Mumtaz hampir bersorak. Bila MC mengumumkan Juara menjadi milik SKTMS, al-Mumtaz tak dapat menahan kegirangan. Mereka bersorak. Ana hanya mampu mengucap syukur.

Al-Mumtazah turut berada di tepi dewan. Menantikan keputusan bagi kategori perempuan. Bila diumumkan sebagai pemenang, masing2 terjerit girang. Alhamdulillah, kedua2 pasukan nasyid SKTMS telah berjaya menjadi johan. Kepenatan, tekanan dan tension selama ini hilang dengan sendiri. Maskipun kebanyakan masa di sekolah dihabiskan untuk mereka hinggakan tugasan lain agak lewat diselesaikan, segalanya berbaloi.

Kini, Pengurus Pasukan (ana la tu) makin pening. Ihtifal Kebangsaan tak sampai sebulan. Persediaan dari segi persembahan boleh dilakukan, persediaan keperluan yang menjadi kekangan. Segalanya memerlukan kewangan yang agak besar. Kepala mula senantiasa berputar memikirkan kaedah mencari dana. Beberapa nama terus muncul bagi mendapatkan sumbangan. Moga Allah permudahkan usaha kami dan semoga ada insan yang sudi membantu. Buat antum, terima kasih atas doa dan sokongan. Kami amat berhadap doa dan sokongan antum berterusan hingga kami ke Intifal Peringkat Kebangsaan nanti di Kedah.

Sekian catatan ana buat kali ini. Mahu ke sekolah untuk siapkan sijil pemenang dan penyertaan al-Mumtaz dan al-Mumtazah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment