Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Friday, November 8, 2013

Travellog IKK 13 [081113]: Membawa Cabaran NS



Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, pada awalnya ana rasa tak dapat nak buat catatan travellog IKK 13 ni memandangkan WIFI di UUM ni hanya untuk staf dan student. Rancangan ana hanyalah untuk buat satu entri khas bila balik ke NS selepas selesai Ihtifal nanti. Walaubagaimanapun, Allah Maha Merancang. Ana ditempatkan sebilik bersama dengan seorang sukarelawan PAID Jempol yang juga pegawai yang ditugaskan untuk membantu ana dan al-Mumtaz sepanjang Ihtifal ini, Us. Khalilullah. Entri ini dan insya Allah entri hingga hari terakhir kami berada di UUM Sintok ini akan ditaja oleh beliau (sebab guna WiFi HP dia). Jazakallah sheikh...

Untuk makluman semua, kami bertolak dari SKTMS dengan bas JHEAINS hampir jam 7.00 malam. Ana sendiri yang pulang lewat ke rumah untuk berkemas selepas menguruskan keperluan ahli pasukan turut agak terlewat tiba ke sekolah. Kebetulan, Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 juga yang diadakan pada hari yang sama. Alhamdulillah, YB Shamshulkahar sudi menyumbang bagi menampung perbelanjaan kami sepanjang berada di Kedah nanti.


Perjalanan kami dari SKTMS menuju ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi terlebih dahulu. Usai solat Maghrib dan makan malam, sesi taklimat bersama Us. Amir Intizam diadakan. Selepas taklimat, barang2 dialihkan ke dalam bas lain, Bas Persiaran yang disewa olah JHEAINS. Perjalanan ke UUM Sintok bermula pada jam 9.30 malam. Al-Mumtaz & Al-Mumtazah selain diiringi oleh ana sendiri dan Cikgu Nazariah, turut dibantu oleh seorang pegawai JHEAINS bagi setiap pasukan. Selain kami dan beberapa orang pegawai JHEAINS, turut bersama ialah peserta Tilawah al-Quran L/P tahap 1 dan 2 serta peserta Syarahan.


Sepanjang perjalanan, beberapa kali juga bas berhenti di RnR bagi memudahkan peserta berehat, mengambil angin, membeli makanan mahupun 'melepaskan hajat'. Selain daripada itu, antum tengok sendiri gambar di atas. Tidur... jaga... tak sampai lagi. Tidur lagi... jaga lagi... pun tak sampai lagi. Jauh sungguh haih! Alhamdulillah, perjalanan lancar. Peserta juga tiada masalah kecuali seorang ahli al-Mumtazah yang tak biasa menaiki bas. Pening dan muntah2 sampai 'lembik'. Kesian... Walaubagaimanapun, perjuangan tetap perlu diteruskan.


Kontinjen NS antara yang paling awal sampai ke UUM. Turut bersama sampai awal ialah peserta dari kontinjen Negeri Selangor. Dengar cerita persediaan mereka dibantu oleh munsyid ternama. Takpelah, SKTMS cuba berikan yang terbaik dari usaha guru2 sendiri. Sebelum bergerak ke lokasi kediaman, ana ambil kesempatan ambil gambar dewan utama dahulu (Dewan Mu'azam Shah) lokasi utama merangkap lokasi untuk pertandingan Nasyid bagi kategori Lelaki. Penginapan kami disediakan di kediaman pelajar UUM. Peserta diletakkan 3 orang sebilik manakala guru pula ditempatkan berdua dalam satu bilik.



Kami datang semua ke vanue utama pada waktu tengah hari bagi mendapatkan hidangan makanan tengah hari. Jarak kediaman dengan vanue utama pun memakan masa hampir 20 minit. Selesai makan tengah hari, ana dan Cikgu Nazariah bawa al-Mumtaz & al-Mumtazah untuk merasai debaran berada di atas pentas utama dengan jangkauan pandangan audien yang luas. Harap2 membantu hilangkan rasa gementar dalam hati mereka. Sebelum turun, macam biasa la. Bergambar dulu. Sebelah petang, kami habiskan untuk berlatih dan berehat di bilik penginapan.


Pada sebelah malamnya diadakan sesi taklimat program. Kebetulan taklimat tersebut disampaikan oleh sahabat ana sewaktu di KUIM (sekarang USIM) dulu, Ustaz Ahmad Tarmizi. Beliau kini berkhidmat di JAKIM sebagai Penolong Pengarah Unit UPKK Buku Sumber dan Kurikulum. Sempat juga ana berjumpa dengan beliau selepas sesi taklimat berakhir.

Usai sesi taklimat, al-Mumtazah dibawa ke dewan berasingan oleh Cikgu Nazariah, lokasi pertandingan untuk Nasyid kategori Perempuan pada pagi esok. Dewan tersebut hanya bersebelahan dengan dewan utama. Alhamdulillah, masalah tak cukup perkusi insya Allah akan dapat diatasi meskipun perkusi SBPI Jempol turut kami bawa bersama.

Insya Allah, pertandingan akan bermula jam 8.00 pagi esok dan akan dihentikan sebentar bagi memberi laluan kepada Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Selepas itu, pertandingan akan disambung hingga selesai. Untuk makluman antum, al-Mumtazah mendapat giliran ke 7 manakala al-Mumtaz pula mendapat undian ke 10 daripada 14 pasukan yang akan bertanding bagi kedua-dua kategori.

Ana ambil kesempatan ini untuk mengajak antum agar bersama-sama mendoakan kejayaan kontinjen NS amnya dan pasukan nasyid SKTMS khasnya dalam pertandingan pada kali ini. Moga Allah permudahkan urusan dan usaha kita semua.

Sekian catatan ana untuk hari ini. Insya Allah, bertemu lagi dalam entri seterusnya malam esok dalam 'Travellog IKK 13 [091113]

Wassalam.

No comments:

Post a Comment