Ana doakan antum semua sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah daripada apa jua penyakit, bala bencana mahupun wabak yang melanda negara kita dewasa ini.
Membaca entri terkini blog beberapa orang sahabat ana, rata2 membicarakan tentang wabak H1N1 yang mengancam masyarakat dan negara kita, sekarang. Sebahagiannya menceritakan tentang dilema demam yang dihidapi, dibimbangi kalau2 bukan demam biasa, tak kurang juga yang berkongsi penawar mahupun ikhtiar secara rohani dalam usaha untuk mengelakkan diri dari dijangkiti virus tersebut. Dalam beberapa entri ana sebelum ini juga ana terus menerus mengajak sahabat2 semua agar menginsafi dan bermuhasabah akan sebab musababnya Allah menurunkan ujian sebegini getir buat kita.
Memang, bala yang Allah turunkan tidak mengenal si pelaku maksiat mahupun insan soleh yang senantiasa beramal dan mengharapkan redha dariNya. Kerapkali juga ana berpesan kepada murid2 yang ana didik agar memilih untuk jika dijangkiti, mahu menjadi pesakit yang beriman atau sebaliknya. Jika ditakdirkan pendek umur, mahu dalam keadaan hatinya sejahtera ataupun gundah gulana dek kemungkaran yang berterusan dilakukan tanpa jemu.
Apapun, sebelum kita pasrahkan diri, Islam mengajar agar kita berusaha dan berikhtiar mencari penyembuh mahupun pendinding dengan jalan yang dibenarkan oleh Islam. Doa perlu berterusan, munajat perlu dilazimi dalam kehidupan seharian kita. Pada masa yang sama, perbaikilah diri. Sekurang2nya kita bersedia untuk segala kemungkinan yang mendatang. Bagi yang punya kekuatan, gunakanlah 'tangan' yang Allah kurniakan untuk islahkan kembali masyarakat dalam negara kita, bermula dengan ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Gunakan apa juga medium. Blog, Web, YM, Skype, Emel, Facebook dll., sampaikan kepada mereka amaran dari Allah, pujuk jua mereka akan janji kenikmatan daripada Allah buat hamba2Nya yang sentiasa BERFIKIR.
Semoga kita semua dilindungi Allah. Wassalam.
p/s: Dari blog sahabat ana, Us. Hamidi, beliau ada kongsikan bacaan untuk doakan pada air untuk minum, jerlun ataupun buat mandi bagi yang mengalami demam. Baca kemudian tiupkan pada air. Bacaannya:
1. Surah al-Fatihah
2. 3 Qul (An-Naas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas)
3. Ayatul Kursi
4. Ayat dari Surah al-Hasyr 21-24 (lau anzalna...)
5. Selawat Syifa
6. Doa hajat yang dikehendaki
No comments:
Post a Comment