Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Tuesday, August 4, 2009

Israk & Mikraj SKTMS 2009

Assalamualaikum...

Rasa segan dan bersalah menerjah2 hati ana bila lama tak menulis entri terbaru. Bukan kerana tiada bahan atau perkara yang hendak diketengahkan tetapi hambatan tugas2 harian membuatkan ana tak berkesempatan menulis.

Sebelum ana mulakan entri kali ini, sekali lagi ana mengajak antum semua bermuhasabah diri, keluarga dan masyarakat di negara kita, memandang penularan virus H1N1 yang semakin meluas, angka kematian semakin hari semakin bertambah, marilah kita sama2 kembali meletakkan arah tuju hidup kita hanya kepada Allah, dengan menuruti segala perintahnya dan meninggalkan segala tegah dan larangannya. Pada masa yang sama, kita sama2 berdoa agar virus tersebut beransur2 hilang dari negara kita. Mudah mudahan kita semua tergolong dalam golongan hamba Allah yang sentiasa mendapat perlindungan dariNYA. Insya Allah...

Bercakap tentang Israk dan Mikraj. Ketiadaan Ustazah Mazni yang mengambil kursus 14 minggu benar2 dirasakan. Manakan tidak, sebagai Ketua Panitia PI, beliau selalunya yang paling 'alert' dengan setiap hari kebesaran Islam yang bakal menjelang. Menghubungi penceramah, menjemput, dan membahagi2kan tugasan untuk setiap AJK panitia sememangnya menjadi tugas yang tak pernah beliau abaikan. Apapun, berkat kerjasama semua AJK panitia, maskipun dengan ketiadaan Ustazah Mazni, program ceramah dapat juga kami jalankan. Walaupun pada peringkat awalnya penceramah telahpun kami tetapkan, di saat2 akhir terpaksa dibatalkan kerana penceramah tersebut mempunyai urusan lain. Tergapai2 juga kami mencari2 pengganti. Akhirnya, salah seorang penceramah yang dihubungi telah menyelamatkan keadaan. Beliau akan hadir dan meminta disediakan laptop dan LCD untuk keperluan dalam ceramah beliau.

Pada hari Jumaat (31.7.09), Ustaz Fairuz b. Md Isa, seorang penceramah bebas, tiba bersama 'BBC' (bahan bantu ceramah) beliau. Laptop dan LCD telahpun sedia ana pasang. Sambil menantikan kehadiran beliau ana mainkan dahulu beberapa buah lagu dan rakaman yang ada dalam simpanan ana bagi menghilangkan kebosanan murid2. Setibanya beliau, terus ana minta 'pen drive'nya untuk ana sediakan. Malangnya, pengisian dalam bentuk Power Point yang beliau bawa itu tak dapat dibuka. Mujur beliau ada membawa nota tambahan. Ceramah berkisar tentang perjalanan Nabi dari mula sehinggalah ke akhirnya. Diselitkan juga beberapa tayangan video yang beliau bawa bersama bagi menarik minat murid2.

Alhamdulillah, akhirnya ceramah tersebut dapat juga dilaksanakan. Diharap murid2 yang mendengar dapat mengambil manfaat daripada ceramah yang Ustaz Fairuz sampaikan. Yang paling penting, perintah bersolat yang menjadi intipati 'perjalanan' Baginda ketika Israk dan Mikraj perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Ceramah kemudiannya diserikan dengan persembahan dari pasukan Al-Mumtaz. Ternyata, walaupun dengan PA sistem yang kurang memuaskan, sambutan daripada murid2 SKTMS terhadap persembahan mereka tetap seperti dahulu malah lebih menggalakkan. Sungguhpun lagu2 yang dipersembahkan itu telah berulangkali mereka dengar ketika sesi latihan Al-Mumtaz sebelum ke pertandingan pertengahan bulan lepas, minat mereka terhadap irama nasyid tak pernah pudar. Hebatnya 'irama dan lagu' yang Allah ilhamkan dalam fikiran manusia...

Selain persembahan, murid2 juga dimeriahkan dengan pertandingan kuiz spontan. Ramai juga yang bertuah dapat menjawab soalan2 yang dikemukakan. Manakan tidak, semuanya berkisar tentang isi ceramah yang baru sahaja disampaikan. Bagi yang tak berjaya, cuba lagi tahun depan.

Sesungguhnya, di sebalik perjalanan Baginda s.a.w, terkandung pelbagai hikmah dan pedoman buat manusia yang mahu berfikir. Sama2 kita hayati perjalanan Agung Baginda s.a.w.

Wassalam.

Ustaz Fairuz (kanan) ditemani GPK KOKO, Ustaz Abd. Malik

Murid2 SKTMS tekun mendengar ceramah yang disampaikan. Turut kelihatan Us. Ismail dan GPK 1, En. Adnan

Al-Mumtaz membuat persembahan

No comments:

Post a Comment