Ana sendiri pun tak pasti dah berapa lama sebenarnya ana dah tak menulis entri baru. Saban hari menunggu kesempatan menulis hinggalah ke saat ini, berhasil juga akhirnya. Ana habiskan masa hampir 3 ke 4 jam juga untuk baca maklumat terkini tentang negara kita dan dunia termasuklah menyemak entri sahabat2 blog ana yang dah lama benar ana tak jenguk.
Sebenarnya ada beberapa faktor yang menghalang ana dari menulis entri terbaru sejak entri ana yang terakhir.
1. Kerosakan perkhidmatan internet tanpa wayar di sekolah ana. Kebetulan pula, pegawai teknikal yang baru sahaja ditugaskan ke sekolah ana menghadiri kursus sebelum cuti bermula. Jadi, terbiar jelah internet tanpa wayar di sekolah ana buat sementara wakktu.
2. Kesibukan persediaan lawatan pegawai dari Jabatan Pelajaran NS dan PPD. Sibuk dengan persiapan diri, macam2 fail (bukan tak ada tapi tak tersusun), kemaskini segala macam, bilik jQAF, bilik2 khas yang lain, fuhh... demam ana.
3. Hasilnya, memang ana demam. Kebetulan pula kena betul dengan hari lawatan JPNS dan PPD. Lega pun ada, frust la yang banyak. Lega sebab semua persediaan dan setel. Frust sebab buat jerih bersedia bagai nak rak, demam pulak yang datang. Demam pun bukan sikit2. Hampir seminggu ana terlantar. Kejap panas, kejap sejuk. Ditambah dengan siksaan dikuarantinkan oleh zaujah ana. Ana ingat ana mangsa H1N1 seterusnya. Dah rasa macam duduk dalam lokap dah. Mujur demam ana sembuh menjelang 1 Ramadhan. Itupun, masih ada belen2 lemah badan hari pertama puasa dulu.
4. Dah cuti. Maklum la kalau dah cuti ni. Program pun boleh tahan jugak banyaknya. Nak berbuka di kampung, nak kemas itu, nak uruskan ini. Hasilnya, tertangguh ana nak masukkan entri. Sampai la ke hari ini.
Sekarang ini ana dalam usaha nak siapkan RPH ana yang tertinggal minggu terakhir persekolahan dulu. Dalam masa yang sama ana nak siapkan beberapa banner untuk kempen Ihya' Ramadhan yang akan berlangsung sepanjang sesi persekolahan dalam bulan puasa nanti. Ana jugak nak kena hantar cek tempahan Kertas Peperiksaan Akhir Tahun Kelas Agama Petang ke Pejabat Agama. Ana dah siapkan cek tu sebelum ana demam tapi takde orang nak tolong hantarkan. So, ada baiknya ana hantar sendiri je. Bukan jauh pun, di Bandar Seri Jempol je.
Apapun, ana masih belum terlewat rasanya untuk ana ucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk tahun ini kepada semua pengunjung blog ana. Tak lupa juga buat warga SK Tunku Muda Serting. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment