Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Sunday, January 31, 2010

Ahlan 2010



Assalamualaikum semua...

Entri pertama ana untuk tahun 2010. Insya allah akan ana kisahkan beberapa isu yang berlaku disekeliling ana. Maaf atas kelawatan memasukkan entri baru. Hambatan tugas amat menjerihkan, membuatkan ana terkejar2 melunaskan tanggungjawab yang tak kunjung tamat.

Entri lalu ana gariskan tugasan2 ana untuk tahun 2010. Ada tugasan yang sama, ada yang ditukarkan, ada juga yang ditambah. Bagi yang sama atau ditukarkan, pada ana tidaklah terlalu mencabar. Yang menjadi cabaran dan hambatan ana mengejar masa ialah tugasan terbaru iaitu Penyelaras ICT. Syukur mantan penyelaras yang berpengalaman 6 tahun menguruskan ICT tak lokek membantu, syukran Kak As. Tugasan ini bukan hanya melibatkan urusan berkaitan ICT di sekolah malah makmal komputer juga perlu diselenggarakan. Dalam hal teknikal tiada masalah kerana juruteknik sentiasa berada di situ. Urusan filing dan penyediaan jadual ICT, ICTL dan penggunaan makmal benar2 meratah masa ana yang tidak banyak berbaki. Dengan waktu mengajar yang sedia 32 waktu termasuk tasmik, ditambah dengan Kelas Agama Petang (KAP), waktu yang tinggal untuk ana hanyalah waktu2 senggang P&P pagi, lewat petang selepas KAP dan waktu malam. Apapun keadaannya, tugas tetap tugas. Kepercayaan yang diberikan perlu ana balas dengan kerja keras dan usaha yang terbaik.

Disamping itu, tugas perbendaharaan PIBG dan KAP juga agak menghambat pada tahun ini. Berbanding tahun lepas yang kutipan hanya dilakukan pada semester kedua, tahun ini awal2 tahun lagi ana perlu berulang alik ke bank hampir setiap minggu. Minggu lepas adalah minggu ketiga ana menunaikan Solat Jumaat di Bahau kerana ingin mengelakkan bank 'jem' dengan pelanggan lain. Mahu ke bank dalam waktu persekolahan, masa tidak mengizinkan. Alamat tertinggal pula kelas ana nanti. Wang yang diserahkan perlu direkod, disimpan buat sementara, seterusnya di'bank inn'kan sebelum direkodkan sekali lagi. Hujung bulan, buat laporan. Dalam pada itu, kalau ada bayaran yang perlu dilunaskan, invois dan cek perlu diisi sebelum dibawa kehadapan YDP PIBG untuk ditandatangan. Kemudian barulah cek itu boleh diserahkan kepada penerima. Berbeza jika wang yang dikeluarkan untuk program sekolah, perlu ana cashkan dan diserahkan kepada individu yang ditentukan untuk menerimanya. Begitulah rutinnya seorang Bendahara (bendahari). Amanah perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Kewangan yang diselenggarakan jika berlebih tak mengapa, kalau kurang atau tak selari dengan penyata bulanan, alamat berpeluh ana mencari silapnya. Tapi sebaik2nya tepat2 je, tak lebih tak kurang.

II.

Pada hari Jumaat lepas (29.1.2010), selesai ana bank inn duit PIBG & KAP, pindahkan bayaran Al-Quran ke akaun DARULFIKIR dan mengaktifkan akaun Public Bank, sedang ana pusing2 bandar Bahau untuk membeli beberapa kelengkapan untuk Makmal Komputer, ana terima panggilan dari sahabat ana, Us. Ismail. "Nak derma darah dak?" soalnya pada ana. "Mau la. Kat mana?" jawab ana terus bertanya semula. "Kat Bank Rakyat. Mai la cepat. Nak tutup dah ni," katanya. Tanpa berlengah ana terus menuju ke Bank Rakyat. Benar seperti kata Ismail, ana individu terakhir yang boleh menderma. Alhamdulillah, lepas juga hajat ana nak dermakan darah. Kali terakhir ana derma tahun 2006 yang lalu. Sejak itu ana sentiasa pasang2 telinga kalau2 ada kempen derma darah di mana2. Syukur juga ana ditemukan dengan Ismail, sahabat sederma darah ana. Kalau ada pot (tempat) derma darah di area berdekatan Bahau ni, memang kami pergi sekali la jawabnya. Hanya itulah yang dapat ana buat untuk bantu umat manusia, untuk manfaat umum. Kebetulan darah ana jenis O, jadi sesiapapun boleh gunakan. Masuk yang terbaru, ana hanya telah menderma sebanyak 8 kali, masih terlalu sedikit jika dibandingkan dengan orang lain yang menderma berpuluh malah beratus2 kali. Semoga Allah balas amal mereka dengan pahala berpanjangan.

III.


إن لله وإن إليه رجعون.... Hanya ungkapan itu selayaknya ana ucapkan sebagai hamba yang sentiasa berserah dengan ketentuanNYA. Sahabat ana, Nik Shahril seorang Hakim Mahkamah Syariah di Terengganu baru2 ini terlibat dalam kemalangan. Tayar Perdana V6 yang beliau pandu tiba2 meletup membuatkan kenderaan yang dipandunya terbalik. Beliau bagaimanapun hanya mendapat kecederaan di muka dan retak tulang belakang. Hampir sebulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Sekarang telahpun keluar dari hospital dan berehat di rumah. Sama2 kita doakan yang terbaik buat beliau.

IV.

Alhamdulillah, baru2 ini seorang penyumbang yang ana hubungi telah bermurah hati mewakafkan sejumlah naskhah Al-Quran untuk kegunaan warga SKTMS. Beliau seorang eksekutif di syarikat carigali EXXONMOBIL disamping berniaga telah menyumbangkan RM4000.00 dalam bentuk wang tunai. Bagi mendapatkan harga yang baik, ana telah menghubungi FARULFIKIR. Alhamdulillah, dengan jumlah yang disumbangkan, naskhah yang dianggarkan berjumlah hanya 200 dapat ditambah jumlahnya kepada 296 naskhah. Tak sampai seminggu, DARULFIKIR telahpun menghantar naskhah yang ana tempah melalui faks pada minggu sebelumnya. Selesai dicop dan diletakkan stiker wakaf, mushaf tersebut terus dihantar ke kelas tahun 4,5, dan 6. Mudah mudahan dengan kemudahan tersebut, target untuk memastikan 90% murid khatam al-Quran pada tahun 6 akan menjadi kenyataan. Bagi pihak sekolah, jutaan terima kasih ana ucapkan kepada penyumbang yang bermurah hati mewakafkan mushaf tersebut. Semoga usaha ini membuahkan pahala berpanjangan. Kepada penyumbang yang memberikan sumbangan untuk pembelian buku Iqra', insya allah perkembangannya akan ana maklumkan nanti. Apapun, terima kasih atas sumbangan anda.

V.

Syukran akhi Anis! Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ana ucapkan kepada Us. Anis (Abuhazieq) di atas kesudian beliau membantu menuliskan khat untuk ana hasilkan papan tanda di Bilik Mesyuarat sekolah ana. Beliau merupakan salah seorang khattat yang dikenali dikalangan penulis2 khat di Malaysia, pada mulanya hanya ana kenali melalui blog, akhirnya membawa kepada pertemuan sewaktu Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2009 di Kuantan. Terima kasih atas bantuan anta sheikh.

VI.

Ekspedisi Macaca Nemestrina (MN). Ekspedisi yang pada ana, antara yang meletihkan. Disertai seramai 4 orang termasuk ana, kami bertolak ke Kelantan hampir tengah malam hari Jumaat malam Sabtu melalui laluan pantai, Terengganu. Sebagai 'sherpa', mana mungkin ana tidur. Mahu tak mahu, ana berjaga walaupun pemandu telahpun bertukar kepada orang lain. Kami solat Subuh di salah sebuah masjid berdekatan bandar K. Terengganu seterusnya meneruskan perjalanan ke Kg. Semat Jal, Morak, Kelantan. Kami tiba di Pekan Wakaf Bharu pada jam 9.00 pagi hari Sabtu. Selesai bersarapan ana terus bawa mereka ke rumah salah seorang cikgu MN yang ana bahasakan beliau 'cikgu'. Cikgu membawa kami berjumpa bekas penghulu kampung tersebut yang juga berpengalaman mengajar MN dan mengenali agak ramai juga cikgu2 lain di kawasan tersebut. Setelah melihat prestasi beberapa MN dan berunding dengan cikgu mereka, beberapa MN telah berpindah tangan. Urusan perpindahan MN berjalan sehingga lewat petang dan berakhir dengan pembelian kelengkapan MN untuk dibawa pulang ke NS. Kami bertolak pulang pada jam 9.00 malam melalui laluan Gua Musang. Berehat untuk makan malam di Gua Musang, solat Subuh di Masjid Spg. Pertang dan sampai ke destinasi pada jam 8.30 pagi. Masuk sahaja ke rumah, tiada apa yang ana cari melainkan bantal. Sarapan pun tak ana endahkan. Jam 3.00 petang barulah ana terjaga untuk mandi dan solat zuhur. Bagi yang kurang memahami maksud saintifik Macaca Nemestrina, nama sebenarnya ialah BERUK. Jadi, ekspedisi yang ana kisahkan di atas sebenarnya bertajuk Ekspedisi Beruk! Memang mencabar...

Cukup setakat ini untuk kali ini. Insya allah kalau berkesempatan, ana menulis lagi lain kali.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment