Assalamualaikum semua...
Ana doakan antum semua ceria disamping keluarga dan kerjaya, dirahmati Allah sepanjang masa hendaknya.
Dah lama terlintas dalam hati ana setiap kali mendengar nasyid dari kumpulan Rabbani bertajuk Mana Milik Kita, ana selami senikatanya, serentak ana renungi segala yang dianugerahkan Allah kepada ana. Tak ternilai nilainya, sesungguhnya amat ana syukuri. Seringkali juga ana ingatkan pada zaujah bahawa segalanya adalah milik Allah, harta, kemudahan, anak2 hatta tubuh badan kita sendiri adalah datang dariNYA. Usah ragu akan keadaannya di dunia asalkan di akhirat kelak kita mendapat redha dariNYA. Bukan pula bermaksud segala2nya tak perlu diambil berat tetapi biarlah sesuai dengan kehendak Empunya Yang Hakiki. Hakikatnya, kita hanya dipinjamkan dan usahakan segala yang telah sedia diberikan Allah.
Bersyukur dengan segala yang ada, beramanah dalam menguruskannya dan kiranya ditarik Allah, ia adalah satu daripada tanda ingatanNYA pada kita. Mungkin kita alpa dari ingat padaNYA. Sekali berlaku, setiap kali melihat dan mengingatkan ingatanNYA pasti akan menzahirkan rasa ingat padaNYA sekaligus redha dengan ketentuan dariNYA.
Sekian buat kali ini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment