Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Thursday, January 6, 2011

Tahun Baru: 2011 atau 1432?



Assalamualaikum semua...

Ana doakan antum semua senantiasa beroleh naungan rahmat Allah serta keampunan dariNYA. Minggu pertama persekolahan telahpun berakhir.

Sengaja ana tulis tajuk macam ni. Mengenangkan sebilangan manusia lebih memuliakan dan menyambut tahun baru tak kena dengan masa, cara dan pendekatannya.

Sungguhpun Tahun Baru Islam 1432 lebih sebulan telah berlalu (dah masuk bulan Safar pun), kesibukan ana lantaran tugasan dan tanggungjawab sebagai pendidik hanya benar2 bermula pada Tahun Baru 2011. Bukan apa, biasanya ana ambil masa seminggu sebelum sesi persekolahan bermula untuk menyusun fail, menyediakan RPH, mengemaskini data2 dalam laptop mahupun pen drive dan perkara2 lain yang difikirkan perlu untuk persediaan bagi menghadapi sesi persekolahan yang baru. Berbeza dengan tahun ini apabila segala2nya tertangguh lantaran kelewatan ana pulang dari kampung zaujah ana di Kelantan. Kebetulan, pulang ke sana pun dah pertengahan bulan Disember. Lagipun ada kenduri masa tu, adik ipar ana kawin. Bulan November dah sibuk dengan Al-Mumtaz, awal bulan Disember pula sibuk menguruskan beberapa urusan meraikan kemenangan mereka.

Dari segi tugasan dan tanggungjawab di sekolah untuk tahun ini, pada ana tak jauh berbeza. Ada tugasan yang digugurkan namun digantikan dengan tugasan lain. Macam manapun, tugas tetap perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sepenuh hati. Yang penting, ana harap ana mampu menyusun dan menjalankan semua tugasan dengan bijak dan lancar.

Dari segi P&P terutamanya Bahasa Arab, setelah mengikuti dan memberi penerangan tentang Teknik Pelaksanaan P&P berkesan penghujung tahun lepas, ana bertekad untuk menghabiskan silibus setiap tahun yang ana ajar. Memang tak dinafikan, beberapa tahun mengajar sebelum ini masalah tak mampu menghabiskan silibus masih membelenggu sehinggalah teknik dan kaedah pengajarannya dipelajari dan diajarkan kepada rakan2 jQAF yang lain. Ternyata bila dipraktikkan, segalanya nampak mudah malah ana sendiri berkeyakinan untuk menghabiskannya sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2011 tahun ini. Besar harapan ana agar rakan2 jQAF yang mengikuti kursus bersama ana di Melaka dan Jelebu akan juga mempraktikkan ilmu dan kaedah yang kita pelajari ini untuk kebaikan anak bangsa umat Baginda Muhammad s.a.w.

Disamping itu, mata pelajaran Al-Quran juga tak boleh dipandang ringan. Dengan kekuatan 7 orang adik beradik jQAF di SKTMS dan dibantu dengan GPI2 yang amat supportive, ana yakin matlamat untuk melahirkan generasi yang celik Al-Quran akan tercapai jua. Segalanya dilakukan untuk memberikan yang terbaik untuk murid2. Jadual tasmik, pemantapan P&P, integrasi dengan KAP, analisa bulanan dan beberapa pendekatan lain, segala2nya dipersiapkan bagi memastikan kelancaran P&P dan tercapainya matlamat untuk tahun ini.

Pembelajaran Jawi dan Kem Bestari Solat juga ana harap dapat di laksanakan dengan lebih baik dan berkesan pada tahun ini. Maklum saja, melaksanakannya dengan penglibatan 100% seringkali dirasakan mustahil dengan terlelu banyak kekangan. Begitupun, perbincangan dengan rakan2 jQAF dan guru GPI terus menerus diadakan. Bukan apa, dalam sesetengah perkara penggembelengan usaha guru2 jQAF dan GPI sahaja sudah cukup untuk melaksanakan satu2 aktiviti. Sungguhpun begitu, penglibatan guru2 lain amat2 dihargai.

Yang paling menarik tahun ini, puteri sulong ana Hanisah Aqilah telah memulakan persekolahannya. Ana hantar ke PASTI. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Dia dapat menyesuaikan diri dengan rakan2 dan suasana pembelajaran sejak hari pertama lagi. Mujur la dia tak meragam, kalau tak pening juga ana nak uruskan. Ana dan zaujah doakan dia dapat belajar dengan baik seterusnya bila dewasa kelak menjadi muslimah yang solehah. Insya Allah.

Sampai di sini dulu ana menulis. Memang kebelakangan ni agak berat rasanya nak menulis. Mungkin tak banyak perkara yang mahu diceritakan. Insya Allah, ana akan menulis lagi di lain kesempatan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment