Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Friday, December 25, 2009

PMR: Tahniah Pak Cu!


Assalamualaikum semua...

Posting ana pendek sahaja kali ini. Ana hanya ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah kepada adik bongsu ana, Mohd. Iqbal di atas kejayaannya
memperolehi 7A 1B 1C dalam PMR yang diumumkan semalam. Ana tumpang berbangga dengan pencapaian adik ana yang sorang ni. Beliau belajar di SMKA Pedas. Sehingga ini, beliau ialah adik beradik ana yang ketiga belajar di sana selepas adik kedua ana, Haslinda (seorang doktor yang kini bertugas di Kuantan) dan adik keempat ana, Mohd. Isa (sedang menuntut di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, KIPSAS.

Walaupun ada 1 B dan C, yang pasti keputusan Iqbal yang lebih mesra dengan panggilan adik atau Pak Su dikalangan anak buahnya, jauh lebih baik dari ana masa PMR dulu. Harapan ana agar Iqbal dapat meneruskan kecemerlangan dalam pelajaran seterusnya dalam kehidupan hingga ke akhir hayat.

Along dengar adik minat bidang sains. Apapun bidang yang adik ceburi, jangan lupa tanggungjawab kepada Allah, Rasul, mak abah dan masyarakat. Persiapkan diri dengan iman dan taqwa yang kukuh agar adik sentiasa dipandu hidayah Allah walau apa yang adik lakukan.

Buat adik, along mewakili mak, abah dan adik beradik yang lain doakan yang terbaik buat adik. Jadilah insan yang berguna dan bermanfaat untuk agama dan masyarakat satu masa nanti.

Sekali lagi TAHNIAH dari along!

Wassalam.

2 comments:

  1. TAHNIAH!!! Kalo minat sains, bleh la amik bidang yg diminati tu. SMKA Pedas tu ada aliran sains x mie? Kalo sekolah agama kat kelantan, ada gak ar aliran sains tulen.

    ReplyDelete
  2. kat sekolah tu memang ada aliran sains. adik aku yang no 2 & 5 pun amik sains jugak kat situ...

    ReplyDelete