
SOLAT DI MANA?
SUCIKAN HATIMU
Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010
Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009
Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013
Thursday, May 28, 2009
Renungan: Hargailah Isterimu... bhg. I

Wednesday, May 27, 2009
Dunia Baruku, JU...
Mesyuarat AJK PIBG SKTMS
Monday, May 25, 2009
Selamat Kembali Sahabatku...

Thursday, May 21, 2009
Program Bulan Penghayatan Disiplin SKTMS

Sambutan Hari Guru SKTMS 2009
Monday, May 18, 2009
Pasca Sambutan Hari Guru 2009

Sunday, May 17, 2009
Keputusan PTK Dah Keluar!
Friday, May 15, 2009
Kem Bestari Solat (KBS) Tahun 3 Kali ke 2
Assalamualaikum dan salam Hari Guru buat semua...
Thursday, May 14, 2009
Selamat Hari Guru 2009



Renungan: Petua Imam Syafie
Kesihatan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
1. Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur para ulama; dan ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur para Raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur syaitan
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Wednesday, May 13, 2009
Lawatan Penolong Pengarah (j-QAF)
.jpg)
Monday, May 11, 2009
Jejak Sahabat
Saturday, May 9, 2009
Panorama Malam di Oman
Hari Keluarga SKTMS 2009
Friday, May 8, 2009
Insan Bergelar Mak/Ibu/Umi dll.
p/s: Ucapan Selamat Hari Ibu khas buat mak ana, Hjh. Fatimah. Terima kasih kerana menjadikan ana seorang makhluk bernama insan. Terima kasih atas segala pengorbanan dan jerit perit mak membesarkan along. Semoga Allah memberkati dan sentiasa merahmati mak.
Thursday, May 7, 2009
Renungan: Peringatan Buat Wanita
Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.
Diceritakan oleh Sayyidina Ali Karamah Allah Wajhah (K.A.W); Pada suatu hari aku masuk ke dalam rumah Nabi S.A.W. dan ada bersamaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi S.A.W. "Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah;"Saya dengan suamiku, Ali. Anakanda datang untuk bertemu denganmu ya Rasulullah".
Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati Nabi menangis teresak-esak.
Maka kataku (Sayyidina Ali K.A.W.) baginya; "Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya Rasulullah. Apakah yang menyebabkan engkau menangis?"
Maka Rasulullah SAW. bersabda;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang teramat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebabkan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".
Sayyidina Ali K.A.W. bertanya;
"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"
Maka Rasulullah S.A.W. bersabda;
Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka) dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung memakan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan di sebelah bawahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung ditambat oleh malaikat dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala keadaannya memakan ular dan kala akan dagingnya dan meminum akan darahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi menggelupur seperti terkena penyakit yang teruk; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atas beribu-ribu warna daripada azab; dan
Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar melalui mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka.
Sayyidina Ali K.A.W. berkata;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;
"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-bagai siksaan itu?"
Maka Nabi S.A.W. bersabda;
Perempuan yang diseksa tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; kerana sesungguhnya dia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandangnya,
...dan adapun perempuan yang diseksa tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; kerana sesungguhnya dia menyakiti hati suaminya.
...dan adapun perempuan yang diseksa tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu disumbat masuk ke dalam kerongkongnya kerana sesungguhnya dia memberikan air susu badannya [kepada bayi yang lain] tanpa izin suaminya.
...dan adapun perempuan yang diseksa tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu kerana sesungguhnya dia keluar rumah tanpa izin suaminya.
...dan adapun perempuan yang diseksa tergantung dan memakan tubuhnya dan api neraka dinyalakan dibawahnya kerana sesungguhnya dia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tidak bagi suaminya.
...dan adapun perempuan yang diseksa tergantung ditambat oleh malaikat dua kakinya kepada dua puting susunya dan ditambatkan dua susunya keubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya beberapa ekor ular dan kala lalu ular dan kala memakan dagingnya dan dia meminum darahnya kerana sesungguhnya dia di dunia tidak hendak menyucikan tubuhnya badannya serta tidak mahu mandi junub dari haid dan nifas dan meringan-ringankan solat.
...dan adapun perempuan yang diseksa berada dalam keadaan buta, tuli dan kelu serta berada dalam api neraka kerana sesungguhnya ia melahirkan anak dari hasil zina dan dia mengawal suaminya iaitu (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).
...dan adapun perempuan yang diseksa tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai kerana sesungguhnya dia sangat suka mengadu domba lagi amat berdusta.
...dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya kerana sesungguhnya dia adalah sangat mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongannya kepada orang lain dan sangat suka mendengki
p/s: Hanya peringatan buat yang terlupa ataupun terlena dibuai nikmat lautan dunia yang sementara. Bisakah kalian bertahan dengan balasan Allah sepertimana yang diceritakan oleh Junjungan Nabi s.a.w.? Yang pasti, semuanya benar dan pasti akan berlaku. Terpulang sekiranya kalian mahu jadi sebahagian daripada mereka (mesti tak nak kan?). Ingatlah, janji Allah adalah benar. Syurga dan neraka Allah juga adalah benar. Semoga peringatan ini bermanfaat buat wanita2 di sekeliling kita. Insya allah.