Pray 4 Misr

Pray 4 Misr

SOLAT DI MANA?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

SUCIKAN HATIMU

Al-Mumtaz Johan BNM Musim ke 4, 2010

Al-Mumtaz Naib Johan FNK 2009

Al-Mumtaz: Tempat Ke-3 Ihtifal KAFA Kebangsaan 2013

Wednesday, May 13, 2009

Lawatan Penolong Pengarah (j-QAF)

Sedang ana berdikir barat bersama murid2 kelas 3B, ana mendapat panggilan daripada Us. Abd. Malik, GPK KO sekolah ana. " Turun pejabat kojap, Us Suhaimi nak jumpo. Tolong maklumkan pado sumo GPI dan GPI j-QAF yo", katanya. Kebetulan memang masa ana di kelas tu dah hampir tamat. Setelah memberikan latihan kepada murid2, ana terus turun ke bilik guru.

Sampai di bilik guru, ana terus capai buku catatan dan turun ke pejabat. Kelihatan Us. Suhaimi sedang menunggu. Ana antara yang awal turun. Setelah bersalam dan bertanya khabar Us. Suhaimi meminta analisa Oktober 2008. Ana terus bergegas mendapatkan dokumen itu daripada Us. Ismail di bilik guru. Sekembalinya ana dari bilik guru, semua GPI & GPI j-QAF telahpun berada di sana. 

Perkara pertama yang disoal oleh Us. Suhaimi ialah jumlah kelas j-QAF, waktu mengajar guru2 (termasuk waktu tasmik) dan pelaksanaan pengajaran Al-Quran. Namun perkara yang paling ditekankan oleh beliau ialah tanggungjawab untuk memastikan murid2 tahun 5 sekarang (yang akan memasuki tahun 6 tahun hadapan) akan khatam al-Quran selewat2nya pada akhir semester pertama. Ini kerana kejayaan dan kegagalan pelaksanaan program j-QAF secara umumnya akan dilihat melalui indikator ini. Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memikirkan apa juga cara yang mampu dilaksanakan untuk memastikan sasaran itu tercapai.

Antara perkara2/pendekatan yang dicadangkan oleh beliau ialah:

1. Menyediakan analisa bulanan. Ini bertujuan untuk melihat pencapaian murid2 secara individu dan mengambil langkah2 yang perlu bagi mengelakkan keciciran.

2. Pelaksanaan Kem Literasi al-Quran. Kem ini dijalankan khusus untuk membantu murid2 yang tercicir.

3. Pelaksanaan Tasmik Perdana. Dilakukan dengan mengumpulkan seramai mungkin tenaga pengajar untuk membimbing bacaan setiap murid sehingga khatam.

4. Pelaksanaan Bengkel Pemulihan Al-Quran. Juga khas untuk murid2 yang tercicir.

5. Pelaksanaan Sinar Iqra' Pagi. Iaitu menggunakan kesempatan awal pagi untuk memanggil murid yang datang awal untuk ditasmik

6. Memperkasakan Tasmik. Dilakukan dengan cara mendapatkan tenaga tambahan untuk membantu dalam waktu tasmik.

7. Mesra 'Relief'. Bermaksud menerima kelas 'relief' tetapi memohon kepada GPK agar diberikan kelas yang dikehendaki untuk pelaksanaan tasmik.

8. Berikhtiar dan berdoa. Membuat solat hajat, bacaan Yasin dan Qiyamullail 

Selain itu beliau turut memaklumkan bahawa pelaksanaan j-QAF akan diteruskan hingga ke Sekolah Menengah di mana pelajaran TAQ akan lebih menjurus kepada Tafsir Al-Quran. Turut disentuh ialah budaya membawa buku catatan ke mana sahaja. Ini perlu agar kita tidak terlepas pandang perkara2 penting yang tidak kita catatkan. 

Kesimpulannya, adalah amat penting untuk semua GPI & GPI j-QAF untuk mengambil apa juga pendekatan dalam usaha untuk memastikan sasaran program j-QAF tercapai selewat2nya tahun hadapan (2010).

Wassalam.

p/s: Ana mohon maaf kerana kualiti gambar yang ana masukkan sekali dengan entri ini agak kurang memuaskan. Ana ambil guna kamera telefon je tu. Cari kamera tak jumpa pulak masa tu. Taklimat pun dah nak dekat habis. So, ana hentam pakai telefon je. Kepada Us. Suhaimi, syukran 'ala ziyarotuka. Sama2 kita doakan agar program j-QAF berjaya mencapai matlamatnya tahun hadapan. Insya allah.

1 comment:

  1. salam...

    itu lah yang kita kena wat. masa ada setahun je lagi... atau mungkin kurang daripada tuh.

    doa dan usaha... agak dicelikkan hati murid2 kita serta sentiasa berdamping dengan al-quran.

    namun jgn kita terkejar2 nak khatamkan murid, terabai aspek tajwid dan sebagainya...

    semoga jqaf akan berjaya...
    jqaf tanpa gagal...

    insyaAllah

    ReplyDelete