Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Kalau dibaca tajuk entri ana kali ni saja mesti ingat ana nak tulis dalam BI kan? Takdelah sampai macam tu, ana bukan pandai sangat BI ni. Setakat boleh faham apa yang orang cakap tu ada la sikit2, nak bercakap tu payah kot, lidah Melayu bersadur Arab.
Sebelum ana masukkan entri berkenaan Pertandingan Bola Sepak dan Bola Tampar yang diadakan di sekolah ana, ana nak ceritakan dulu berkenaan SALC Week sekolah ana yang diadakan 2 minggu yang lalu (ana lupa SALC tu short form untuk apa). Program ni di bawah Panitia Bahasa Inggeris, kebetulan dalam minggu yang sama sekolah ana jadi tuan rumah untuk English Competition Peringkat Daerah. Jadi, disamping mengelolakan pertandingan peringkat daerah tu, Panitia BI juga menjalankan aktiviti2 dan pertandingan2 lain untuk murid2 dan guru antaranya Discovery Spelling untuk guru2 SKTMS sendiri.
Pertandingan itu diadakan mengikut panitia. Setiap panitia dikehendaki menghantar 5 orang wakil. Antara panitia yang terlibat ialah Panitia BM, Panitia Agama dan Panitia Sains & Matematik. Sungguhpun masing2 dah bergelar guru, pertandingan yang dijalankan dengan disaksikan oleh semua murid menjadikan guru2 yang mengambil bahagian seram sejuk dan gemuruh. Malu la kalau salah eja depan anak murid. Namun atas semangat meraikan program rakan2 setugas, digagahkan juga ke pentas menyertainya.
Pertandingan perjalan dalam 3 pusingan. Setiap peserta akan diberikan 1 perkataan setiap seorang, seorang demi seorang. Jika salah ejaan, tersingkir. Mujur peserta hanya perlu menulis perkataan yang dibacakan oleh hakim. Kalau kena eja, alamat merapu la peserta2 atas pentas.
Bagi Panitia Agama, guru2 j-QAFlah yang jadi mangsa. "Korang ada degree", kata guru2 PI yang lain. "Hentam sajalah", kata ana kepada rakan j-QAF yang lain, merekapun tiada masalah menyahut cabaran tersebut. Pusingan pertama berjaya diharungi oleh semua peserta. Memasuki pusingan kedua, perkataan semakin susah untuk dieja dan ditulis. Hasilnya, seorang demi seorang peserta terkeluar sehinggalah sampai pusingan terakhir di mana seorang wakil Panitia MB, 2 orang wakil Panitia Agama dan seorang wakil Panitia Sains & Matematik sahaja yang tinggal. Salah seorang wakil Panitia Agama tu, ana. Perkataan seterusnya untuk wakil Panitia BM dan sahabat ana wakil Panitia Agama gagal dijawab dengan tepat, mereka berdua tersingkir. Seterusnya, perkataan untuk ana. Alhamdulillah, dapat ana jawab dan tulis dengan betul. Ini bermakna sekiranya guru wakil Panitia Sains & Matematik tidak berjaya menjawab dengan betul, analah pemenangnya.
Ditakdirkan itulah yang berlaku. Ana pemenangnya! Lawak betul. Masa sekolah dulu punya la 'blur' Inggeris, SPM pun cukup makan je, boleh pulak menang pertandingan ni. Bila ana amati semula, rupanya penguasaan ana dalam BI bermula apabila ana menuntut di KUIM (sekarang USIM). Sebahagian besar kuliah undang2 dan subjek2 pengurusan termasuk kaunseling dipelajari dalam BI. Thesis ana pun dalam BI juga. Mungkin dari situ, penguasaan ana sedikit demi sedikit bertambah.
Apapun, bukan tujuan ana masukkan entri ini untuk meninggi diri atas kejayaan ana dalam pertandingan tersebut, jauh sekali mahu berbangga2. Ilmu dan pengetahuan, segalanya adalah hak milik Allah. Kita hanya diberikan kesempatan untuk memiliki hanya sekelumit daripada ilmu Allah yang Maha Luas ini. Jadi, apa sumbangan kita dengan ilmu yang kita ada? Sejauh mana ilmu yang Allah kurniakan itu kita manfaatkan ke jalanNYA? Sama2 kita fikirkan.
Bersama entri ini, ana masukkan beberapa keping gambar buat tatapan pengunjung semua. Wassalam.
peserta berdebar menunggu pertandingan dimulakan
empat orang peserta pusingan akhir. masing2 tengah cuak...
empat orang hakim daripada Panitia BI. pakar2 semuanya tu...
No comments:
Post a Comment