Assalamualaikum semua...
Ana doakan antum semua berada dalam keadaan yang sihat, ceria dan senentiasa diberkati Allah.
Untuk entri kali ini, ana akan laporkan secara ringkas berkenaan lawatan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Unit Pra Sekolah, Guru Besar dan guru2 Pra Sekolah negeri Kedah ke Pra Sekolah di sekolah ana pada 24.4.09 (Jumaat) baru2 ini.
Dari awal pagi, persediaan untuk menyambut kedatangan mereka telahpun dimulakan. Bagi Pra Sekolah sekolah ana, persediaan telah pun dimulakan sejak minggu lepas bagi memastikan segala2nya berjalan lancar. Bagi ana, tugasan menyiapkan tanda nama Pra Sekolah dapat ana siapkan walaupun kesuntukan masa. Rombongan dari Kedah seramai lebih 30 orang tiba ke SKTMS lebih kurang jam 11.30 pagi. Kehadiran mereka disambut dengan persembahan silat oleh murid2 Kelab Silat Gayung, seterusnya persembahan nasyid oleh Kumpulan nasyid sekolah, Al-Mumtaz.
Kemudian mereka dibawa melawat Pra Sekolah. Selesai melawat dan mengambil serta merakamkan gambar, rombongan dijamu dengan hidangan tengah hari di kantin sekolah. Merasa mereka gulai daging salai, ikan bakar, kerabu pegaga dan ayam sambal masakan chef di kantin sekolah kami (Abg. Johari). Memang marvellous...
Sesi diteruskan dengan bertukar2 cenderahati antara pihak SKTMS dengan tetamu sebelum mereka terus bergerak pulang ke Kedah (katanya nak singgah ke Port Dickson).
Apapun, jutaan penghargaan buat semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan tersebut. Buat tetamu2 yang datang, jangan segan2 berkunjung lagi ke sini. Insya Allah, jika ada umur yang panjang, kita pasti bersua lagi. Semoga dengan pertemuan dan perkongsian ilmu serta ukhuwah yang terbina akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk anak bangsa.
Sekian untuk kali ini. Wassalam.
Murid2 Ahli Kelab Silat Gayung sedang membuat demonstrasi di hadapan tetamu
Tetamu sedang dihiburkan dengan persembahan dari Al-Mumtaz
Sebahagian tetamu yang hadir melawat Pra Sekolah, SKTMS
Salam Kimi,
ReplyDeleteAkak ni salah seorang ahli rombongan Cik Kiah JPNK hihihi akak memang guna nama lawa.Sebenarnya lawa tu asal dari antulawa.
So jgn terkezut laaa..nanti akak beri url blog kimi ni pada ahli rombongan cik kiah kami yang lain yg juga dah mulai menyentart masuk blogging hihihih.Nantikan kehadiran mereka.
Terima kasih atas segala layanan yang hebat dari pihak tuan rumah atas kunjungan kami baru baru ini.
Akak ni paling suka persembahan nasyid dan seni silat tu.hehhe maklumlah akak ni memang dah orang muzik so x leh lari dari meminati segala yg berkaitan dgn seni.
Kimi masuk komen n3 akak mengenai surau tu..
Layak le sebab Kimi ustaz so nak dgr tazkirah ustaz dalam komen suaru pulak.Silakan ...